Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

01 March 2013

Work With My Little Princess

Salam

Sekarang ni ramai pasangan suami-isteri yang kedua-duanya bekerjaya. Hidup zaman sekarang ni, lagi-lagi kat bandar tak cukup kalau suami seorang je yang bekerje. kerja 9pagi balik 5 petang. Anak-anak terpaksa di hantar ke pusat asuhan. Kat apartmen aku ade taska untuk kanak-kanak 2 bulan dan keatas. Kalau lalu pagi-pagi mesti akan dengar budak-budak menangis secara berjemaah sebab kene tinggal dengan mak ayah diorang.

As for me, one of my biggest reason why I'm doing Herbalife FULL-TIME is because of her:

Hai, saya busy tolong ummi susun flyers ;p


Kalau berpisah dengan Fatiyyah for a  few hour je pon aku dah rinduu. Dalam herbalife ni, akulah bos akulah kuli. Boleh kerja dimana sahaja pada bila-bila masa dan dengan siapa yang aku suka. Kemana-mana pergi akan membawa Fatiyyah:

Di Maybank Bangi Seksyen9 sebelah masjid Hasanah.


Di pasar pagi Seksyen2 Bangi

waktu ni Fatiyyah dah mengantuk sangat sampai tertidur!hehe.

Biasanya kalau ke booth hanya perlukan 1 - 2 jam sahaja, bergantung kepada kekuatan aku nak mendokong Fatiyyah. ahah.

Ada anak susah nak buat Herbalife? Itu pilihan masing-masing. Nak seribu daya. 

Memang mencabar. Tidak mudah bagi orang yang tidak punya "why" herbalife yang kuat. Kadang kat booth Fatiyyah merenggek, menangis itu perkara biasa, contohnya:

cepat beli shakes kalau nak saya berhenti menangis!! LOL!

Tapi sangat FUN sebab dapat melihat anak membesar setiap masa. I don't want to miss any step of her growth. I CHOOSE to be with her. 

Pilihan kedua adalah melakukan dari rumah melaui blog dan facebook, macam korang yang tengah baca blog aku ni:) Ada yang berminat, set appointment dan shake party, lazimnya tak lebih 20km dari rumah, ini namanya Work From Home:) Daripada kita online facebook dok stalk orang je, sambil-sambil tu boleh la share dengan kawan-kawan pasal herbalife. 

Ketiga, call kawan-kawan, set appointment untuk timbang-timbang dan rasa shakes PERCUMA. Sangat simple okey. Dan aku buat kesemua yang diatas:)

Keempat, sambil pergi pasar beli barang dapur, hantar anak ke sekolah ke, sambil tu bagi flyers sekali kat orang-orang yang kita jumpa. Masukkan herbalife dalam apa yang kita buat, Itu sahaja. 

SIMPLE - FUN - MAGICAL!

Kalau orang kene punch card 9am - 5 pm, aku cuma datang HOM (Herbalife Opportunity Meeting) setiap hari Rabu dan jumaat hanya 2jam sahaja. Kalau tak datang business akan jadi slow atau stagnant. 

Bila hujung minggu sahaja mesti datang ke STS (Successful Training Seminar) pada hari ahad 10am - 5pm, untuk belajar dan improve lagi skills. 

Bila dikira-kira HOM+STS punya waktu hanya 9 jam sahaja untuk kene spend time untuk datang event nak compare dengan office hour Isnin - Jumaat 9pg ke 5 petang adalah 35 jam! So kalau serious dengan Herbalife business hanya perlu korbankan 9 jam tu sahaja. Kerje paling senang kot. 


di event zero to hero. again Fatiyyah tertido dah -_-".

Bukan aku seorang je yang macam ni, boleh baca entry tentang cerita kawan-kawan aku yang lain disini. Dari kecik anak kita sentiasa dengan kita, hari-hari dia nengok aku bagi flyers kat orang, hari-hari dia nengok aku timbang orang, one day dia pon akan buat bende yang sama. Kat negara yang Herbalife dah lama macam Korea, dah 20tahun, satu family buat Herbalife.

Syarat terpenting nak buat Herbalife ni sangat mudah, anda kene MAKAN PRODUCT dan ada product testimonials! Tak boleh buat Herbalife kalau tak makan product, tak dapek den nak nolong. Orang bisu pon boleh buat herbalife sebab ada gambar sebelum dan selepas herbalife. Your testimonials speaks louder than you!

Product herbalife sangatlah BEST, menangis kalau tak makan sehari, T_T. 

Kepada yang belum pernah merasa shakess, get your shakes A.S.A.P!

PERKARA PALING BEST

Boleh bawa anak ke luar negara, Fatiyyah dah pergi ke Macau dan Hong Kong, boleh baca disini tentang story Fatiyyah on her first overseas trip. So kepada housewife di luar sana, takdelah life kita bosan duduk kat rumah jaga anak je tak de buat apa-apa. Dapat extra income lebih tak yah nak minta suami kalau nak shopping barang-barang sendiri.



BEKERJA BERSAMA ANAK, 
PART TIME/FULL TIME OPPORTUNITY 
CONTACT ME NOW!:)

27 February 2013

Contohi Teladan Hassan Al-Banna

Salam

Kalau sebelum ni aku sharing tentang Ragam Rumah Tangga baca buku-buku dari penulis Barat John Gray, ada lagi sebuah kisah yang kalau korang baca confirm menusuk qalbu. Asyahid Imam Hassan Al-Banna.

Hubungan suami-isteri ni kita mesti sentiasa up-grade dan sentiasa up-to-date. Banyak perkara baru yang muncul yang mesti kita hadapi. 

Sudah 3kali aku khatam baca buku ni:



Kali pertama membacanya aku memang menangis berjujuran air mata betol. Kaw-kaw punya nangis. Buku ni menceritakan bagaimana seorang bapa yang merupakan dai'e pejuang Islam dalam mendidik anak-anaknya dan aku rasakan sangat beliau meneladani Rasulullah s.a.w. *touching*

Buku ni sesiapa pon MESTI baca. Tapi kalau yang dah kahwin dan ada anak lagila WAJIB baca. Hanya 75 halaman je, boleh habis beberapa jam sahaja.


MAKAN BERSAMA ANAK-ANAK MENJADI KEUTAMAAN

Selalu sangat aku perhatikan, bila anak semakin dewasa. Ayah semakin tidak mengenal anak. Imam Hassan Al-Banna ni tersangatlah sibuk tetapi dia masih lagi mampu untuk makan bersama anaknya ketika dirumah. 

Tidak ada suara keras dirumahnya. 

Seorang bapa yang sangat mengambil tahu setiap perkara tentang anak-anaknya sehinggakan untuk setiap anak beliau akan menyimpan carta mengenai tarikh kelahiran, nombor  kelahiran, catatan prestasi di sekolah dan lain-lain. Anda seorang ayah? Have you do that?

Selalunya perkara-perkara remeh macam ni ibu-ibu yang buat, seorang bapa jarang merasa "perlu" nak tahu details tentang anak. Tapi sebenarnya inilah antara tugas yang seorang bapa perlu lunaskan.

Part yang paling buat aku tersentuh hati adalah bagaimana Imam Hassan Al-Banna menghukum anak-anaknya.

Kalau situasi sekarang ni, bila anak buat salah lazimnya apa yang kita nampak? Anak kene pukul, kene rotan. Mak kene jerit-jerit, bapak kene tengking-tengking nak bagi anak "takot" dan "hormat". Secara paksaan dan bukannya berhikmah. Yang difahami "kekerasan" diperlukan untuk anak dengar cakap dan berdisiplin. 

Anaknya Saifulislam mengatakan hukuman paling berat yang pernah diterimanya adalah tarik telinga. 

Suatu hari anaknya melakukan kesalahan kerana tidak memakai kasut. Selepas para ikhwan pulang, beliau memanggil anaknya. Melangkah dengan lambat kerana takut. Ayah berkata. "duduklah di kerusi dan angkat kedua-dua kaki kamu. Beliau lalu memukul kaki anaknya dengan pembaris pendek. Setiap sebelah kaki mendapat sepuluh sebatan. Tapi terus - terang saya terasa ingin ketawa kerana pukulannya begitu perlahan bahkan saya tidak merasa sakit pon. Ayah hanya ingin membuat saya mengerti bahawa saya telah melakukan kesalahan. 



Sebenarnya ni baru 1/5 dari keseluruhan yang ada dalam buku. Sangat-sangat best. REAL STORY. Dan buat kita rasa insaf dan nak lebih belajar seni mendidik anak. SILA BACA FULL VERSION ya. 

Menjadi ibu bapa yang boleh mendidik anak bukanlah pakej "automatik" yang boleh di raih. Status mungkin "ibu bapa", tapi macam mana kita sendiri bertanggungjawab dalam belajar  peranan sebagai ibu-bapa. Selalu kita lupa yang anak juga ada hak keatas orang tuanya.

Renung-renungkan. Muhasabah diri. Kalau ibu bapa kita tidak dapat berperanan sebetulnya, kita boleh ubah untuk tidak menjadi seperti itu. 

Semoga kita bahagia di akhirat nanti. 

Anak soleh/solehah yang mendoakan orang  tuanya saham terbaik untuk akhirat nanti. 

Sekian

*penat sangat harini, dah 2kali shakes.ok bai*

26 February 2013

Kepada Isteri & Ibu di Luar Sana

Salam

Seronok bila kahwin sebab sentiasa ada teman suka dan duka bersama-sama. Makan sama-sama, kalau ada anak lagi la best. Bila berborak dengan hubby, kami amat bersyukur dengan kehadiran Fatiyyah pelengkap hidup kami, menguatkan lagi hubungan cinta suami isteri dan yang best penghibur kami. Tak delah bosan hubby dengan aku je.

Selalu orang akan kata ISTERI sebagai CEO dapur. Okey, aku ni bukannya jenis yang pandai masak sangat. Tapi aku suka masak. Dan setiap kali aku masak mesti akan tanya hubby, "sedap tak hunny masak?" Kadang aku masak termasin, pon habis jugak hubby makan.haha. Senang bersuamikan Abdul Rasyiid ni sebab dia orangnya sangat tidak cerewet pasal makanan. cool. Kalau angin malas datang aku goreng telur je. hehe.


Wahai orang-orng yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada 

kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

al-baqarah:172



Peranan kita sebagai seorang isteri dan ibu sangatlah besar. Tulang belakang kepada suami dan "perut" keluarga juga! Kenapa aku cakap perut? Sebab yang manage dapur adalah kita. Kalau kita lihat ibu yang terlebih berat badan, lazimnya suami dan anak-anaknya pon sama. Kadang tu sederat semuanya gemuk-gemuk belaka. 

Pagi-pagi sarapan nasi lemak SETIAP HARI.

Malam-malam makan sup tulang + tomyam SETIAP HARI.

Kalau keduanya sibuk jawabnya makan luarlah SETIAP HARI.

Air tangan isteri dan seorang ibu sangatlah berharga. 

Kalau anda seorang wanita yang tak pandai nak masak atau yang tak ada masa nak masak, how can you assure to get healthy food?

shake flavour strawberry + real strawberry, yummmy!

Nak jadi isteri dan ibu solehah zaman moden yang tidak ada masa tapi masih boleh sediakan makan sihat terbaik untuk seisi keluarga? Jawapannya Herblife SHAKES! 

Boleh bancuh untuk suami dan anak sebelum pergi kerja dan sebelum anak ke sekolah.

Air + shakes + ais + buah-buahan (be creative) + ais = ready healthy food for breakfast and dinner!

Jadi kepada isteri, atau bakal isteri dan ibu-ibu di luar sana. Jadilah wanita yang bijak bagi makanan yang baik-baik sahaja untuk ahli keluarga kita.

SERIOUSLY bangun pagi memang tak payah nak fikir makan apa, buat shakes je.


Love you both!

Suami dan anak anugerah yang tak ternilai dari Allah s.w.t. Terima kasih Ya Allah kerana menghadirkan suami dan anakku dalam hidupku.

Moga kami menjadi calon-calon ahli syurga, insyaAllah.

Let's have our shakes! :)

SARAPAN SIHAT UNTUK KELUARGA,
TANYA SAYA BAGAIMANA?
017-7105075



25 February 2013

Force to CHANGE

Salam

Seriously sangat ramai orang-orang yang negative dekat luar sana. Ikut pengalaman aku kalau buka booth contoh seperti di depan maybank ke environment kat situ agak tough. Tapi kalau dekat universiti agak positive. Kadang dari luahan perasaan orang kat twitter dan facebook its show that how desperate this people towards self-development. Tapi since diorang tak jumpa alternative untuk jadikan diri mereka positive diorang ditelan oleh negativity diri sendiri.

Aku berkawan baik dengan sideline dalam Herbalife, Najihah Che Seman. Waktu awal-awal buat herbalife dulu ada beberapa kali aku buat sama-sama dengan dia. Suka bekerja dengan Jiha sebab kitaorang satu kepala. Dia jenis tak berkira, aku pon bukan jenis yang berkira. 

waktu ni Herbalife University Korea, jln sama2. Jiha sorang je belum kahwin.hehe

Jiha ni kental orangnya. Events memang tak pernah tinggal.Selalu ulang-alik dari UIA Kuantan ke KL. Da sebab dia masuk herbalife dulu dari aku, so aku banyak belajar dari dia. 

Latar belakang Jiha dia anak jati Teregganu dan budak sekolah agama yang memang jenis pakai tudung labuh la kat sekolah. Jiha ni budak pandai, kat UIA Kuantan pon dia ambil farmasi tahun akhir, keluar degree memang confirm income RM4000. Belajar 16jam sehari. Giler kau! Aku macam tak percaya, tapi bila Maryam kata Jiha memang study macam tu barulah aku 100percen percaya.

Tapi satu perkara lagi yang Jiha share is dia pernah digelar oleh ayahnya sebagai anak derhaka sebab sangat kurang ajar dengan orang tua. Dekat sekolah memang kita belajar pasal AHLAK dalam subjek Agama Islam, tapi dalam Herbalife kene apply AHLAK tu kalau tidak, kita tidak boleh move next level! 

In Herbalife we being force to be positive people! Sebab tulah kalau korang nengok kat fb aku atau twitter mesti sibuk promote2 pasal events herbalife, even in blog. Customer day la, Extravaganza la. Seriously it offer more than products testimonials and business opportunity. It OFFER:

Personal development a.k.a ahlak 

Dari seorang yang sangat negative kepada seorang yang lebih lembut dan sangat positive. Live testimonials yang aku dapat lihat dari Jiha. Sebab itulah orang kata ATTITUDE first, then money will follow. Sebab kita tak layak nak dapat duit banyak2 kalau perangai macam sakai. Perangai tak elok.


tahniah Jiha on your recognition day.

Jiha datang dari keluarga yang senang. Tidak ada masalah kewangan  langsung! Parents Jiha kalau beli apa2 semua beli in CASH okey. Rumah pon CASH. So, apa yang membuatkan dia STAY dalam Herbalife adalah sebab dia dipaksa untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. dan last month income Jiha RM13000. Siapa nak bayar budak2 macam kitaorang ni income besar-besar, syukur Allah jumpakan dengan Herbalife, alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Its not about money. It's about the person you become! 

so, start to CHANGE!

Events by events we become someone better and better. We become mo respectful towards other people, we become more responsible towards our own life. The most important thing is we become the better mukmin and benefit to other people a lot.

That's what HERBALIFE OFFER!

That's what I want to say.

Thank you for reading.

If we can CHANGE,so can you!

Welcome to Herbalife Family:)

08 February 2013

YOU can Invite US to come to your place RIGHT NOW!

Salam..

Kepada semua blog readers, followers (non-herbalife), kawan-kawan dari Sekolah Rendah Sri Tangkak, Sekolah Menegah Tun Mamat, Sekolah Menegah Teknik Kuala Lumpur (TIKL), Kolej Legenda, kawan-kawan dari PMI Kolej Legenda boleh invite kami untuk adakan shake party di tempat anda:)





We help people to:


Jom jadi lebih sihat!:)

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)