Alhamdulillah, 12-17 sept lebih kurang seminggu meniggalkan Malaysia dan berada di hamparan bumi Allah yang luas untuk menuntut ilmu dan menjelajah bumi Allah.
"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan.
Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedag bermusafir iaitu menghilangkan
kedukaan, mencari rezeki,faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia"
-Imam Syafie"-
Dari kecik lagi aku memang selalu berangan nak melancong kesana kemari, alhamdulillah Allah bagi trough Herbalife, siape ada impian macam aku? But I tell you, it tooks commitment and hard work, nothings comes free!!:)
MasyaAllah, memang seronok journey kali ni sebab bawa Fatiyyah sekali, haritu pergi Singapore memang aku takde mood sangat nak jalan sebab teringat anak je and betol2 nak focus kat training je. So, sampai-sampai je Hon kong kami terus dibawa ke tempat makan memang halal, Indian Food, lepas dari terus di bawa jalan-jalan satu hong kong. Korang selalu kan nengok cerita cina dari hong kong, so tahu la kan gambaran macam mane? hihi.
view dari bilik hotel tingkat 34.
Bangunan kat sana memang semuanya tinggi-tinggi belaka, populasi penduduk cuma 7juta je, aku tanya tour guide hong kong ni implement polisi macam China ke 1 FAMILY 1 CHILD. Dia kata dulu ye, tapi sekarang tak, sebab semua orang macam tanak ada anak pulak, nisbah baby, dua pasangan 1 anak. Diorang kawin lambat umur 30 baru kawin, pastu lepas 6 ke 7 tahun kawin baru nak anak. ini pon kesan dari kos kehidupan yang sangat-sangat tinggi.
Boleh tour guide tu kata kat hong kong Herbalife tak famous, padahal dah ada 1 chairmains club member kat situ, orang bukan herbalife mesti tak faham kan?haha, meh aku explain, maksudnye income die paling miskin rm400ribu sebulan. pheww. *peluh-peluh.
Second day barulah kami ke hong kong disneyland!!
Rumah tarzan, betol2 atas pokok dia buat.
Basically tempat ni memang exactly yang korang nengok citer-citer cartoon tu di reality kan kat sini. Memang semua cartoon tu ade kat sini, cuma aku tak larat nak queue ambil gambar sebab ramai berator, dengan nak carry Fatiyyah lagi, tak larat. haha.
jambatan kat rumah tarzan tu,hubby pon sempat posing,hehe
aku bukan main gagah lagi naik tangga sampai keatas semata-mata nak naik rumah ni, penat tau. Lepas dari ni kitaorg nengok kind like teater kot? animal teater, best sangat! dari pkul 10.30pagi sampai 3pm jalan-jalan satu disneyland, aku tak larat la nak upload gambar semua kat sini, korang nengoklah dalam facebook ea:)
jumpe lagi Disneyland!!
Memang sangat seronok, so next time nak datang bawak family pulak. Siapa nak ikut?:)
MACAU
Dari Hong Kong nak ke Macau ni kene naik ferry, seriusly macam bot besar dan memang rasa melambung-lambung kalau ada ombak besar, siape yang mabuk memang confirm boleh muntah!haha. Member-member aku siap distribute pill loya kot kat geng-geng yang nak muntah ni, aku pulak? aku suke bende-bende macam ni!:) hehe.
dalam ferry
Tiap kali melambung tinggi je semua orang "wooo" haha.boleh imagine tak?:) Sampai Macau ingatkan boleh terus ke hotel tapi kitaorang ada "challenge" pasal shuttle bus, but alhamdulillah end up everything okay and I can say team yang aku handle ni memang layak untuk jadi TAB Team dah, thank you guys for you leadership and cooperation.
Macau ni city of gambling, boleh considered macam LA Di asia, semua hotel besar-besar giler dan semua ada casino. dulu macau ni di jajah oleh portugal so diorang tak berapa nak tahu sangatlah bahasa english, sebab english ni jadi bahasa ketiga dah. penduduk tak ramai sangat and tak pernah kene jam pon. huhu. pulau pon macam baru nak membangun.
tempat ni macam petaling street.
gereja.
This is the place where kitaorang shopping baju-baju macam I Love Macau dan keychain2. macam buruk je, tapi best, siap boleh tawar2 lagi tuh. naik bus je kesini. dan sempatlah aku tangkap gambar kat tempat2 bersejarah.
Kesian sebenarnya dengan orang2 macau ni sebab most casino yang open tu orang luar punya, dan diorang cuma jadi kuli-kuli je and taxi driver. Penjajahan ekonomi memang macam ketara sangatlah.
TEMPAT TRAINING
Okey, tempat kami training ni namanya Venition. venition merupakan bangunan yang ke-4 terbesar di dunia dan yang paling menarik, kat sinilah antara tempat pengambaran cerita korea yang famous Boys over Flowers tu.
area "sungai" buatan
Kalau perasan atas tu macam langit kan? Tapi itu bukan langit sebenar, tapi langit buatan. kat kawasan tu sentiasa siang je, high tech betol kan.
Alhamdulillah Macau and Hong Kong merupakan negara ke 4 dan ke 5 kami, Herbalife bawa kami kembara satu dunia, its really amazing journey. so, jom ubah kehidupan kita sama-sama!:)
No comments:
Post a Comment