Salam..
Rasanya semua orang sekarang counting days sebelum menjelangnya Ramadhan. Kat mana-mana pon promosi-promosi untuk berbuka puasa dah launch, bukan tu saja, promosi untuk syawal pon dah mula meriah. -__-''. huhu.
Bila sebut pasal Ramadhan je mesti kebanyakkan orang fikir, "wawwww the best month untuk turunkan berat badan!". Sebab pada bulan-bulan biasa selalu kalah pada nafsu nak makan. Tapi... even bulan puasa pon kalau tak control time berbuka tu, lahap jugalah kita ni. Selalu bila bulan ramadhan maka ini adalah perkara2 yang biasa akan berlaku:
5 Perkara lazim bila tiba bulan Ramadhan:
1. Bazar Ramadhan
Dimana-mana sahaja di setiap ceruk kampung, bandar mesti orang dah sibuk book khemah untuk berniaga makanan waktu bulan Ramadhan. Zaman aku remaja sampai form3 puas dah tolong ayah niaga dekat bazar Ramadhan. Kami jual karipap panas dengan martabak RM1 sahaja. Memang laku, tapi penat, lepas zohor dah kene pergi tempat niaga.
Pada hari pertama Ramadhan confirm jualan2 licin! Kalau pergi bawa semua duit, insyaAllah semua duit tu boleh habis, nak selamat bawa RM10 SAHAJA. Maka segala list kuih-kuih dalam kepala otak sedang dalam senarai, kan kan? :) Maka jika tidak pandai kawal nafsu PEMBAZIRAN akan berlaku, sebab bila berbuka makan sikit dah kenyang.
bazar ramadhan
2. Bubur lambuk/kurma
Yang paling popular adalah bubur lambuk Kampung Baru. Dan paling BEST adalah dapat bubur lambuk FREE. Tapi aku selalu terlepas.haha. Dekat mana-mana masjid confirm ada, dah jadi macam suatu kewajipan pula bubur lambuk ni.
bubur lambuk berkawah-kawah!
Bukan itu sahaja, maka akan muncullah kurma-kurma di merata-rata tempat yang hanya akan ada pada musim Ramadhan sahaja. Kalau kat kampung aku macam Tangkak, bulan-bulan biasa kalau cari memang tak ada. Dekat bangi, di Warta sahaja yang ada jual buah kurma sepanjang tahun. So, ramai lah kawan-kawan, dan sedara-mara yang jual kurma :)
kurma ketika berbuka juadah wajib.
3. Buka puasa PERCUMA di surau/masjid
Kalau zaman student dulu, nak jimat duit maka aku kan berbuka puasa di surau sahaja. Dan rasanya sama kepada semua student-student lain atau sesiapa sahaja yang nak jimat duit, Ramadhan is the best month as well. hihi.
4. Sudah tentu solat terawikh
Selalu di kebanyakkan tempat 15malam pertama semua masjid/surau akan penuh. Barisan pon akan penuh sentiasa. Tapi bila 15 malam terakhir jemaah mula beransur-ansur berkurang. Tapi bestnya aku duduk Bangi ni, Penuh sepanjang bulan Ramadhan, masyaAllah.. Bila Solat terawikh, kalau makan tu "over" confirm jadi macam ular sawa.. Mengantuk gila, menghitung-hitung bula lah terawikh ni nak habis. haha. Kan kan? Elehh korang, tak yah tipula.. Macam ni kan..
tiba-tiba ada iringan lagu yang tak di undang. LOL.
5. Turun berat badan
Hikmah bulan Ramadhan sangat besar, janganlah kita hanya jadi golongan yang hanya menahan lapar dan dahaga tapi tak dapat apa-apa. Okey, aku bukan nak bebel pasal tu, sambil menyelam minum air! Berpuasa dan menurunkan berat badan secara sihat dan bertenaga!
Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa,
Cantik Bergaya di hari Raya :)
H E R B A L I F E N U T R I T I O N
Tapi.... bila hari raya berat badan naik mendadak semula, hilang sudah hikmah Ramadhan pergi begitu sahaja. Adakah Ramadhan kita kali ini akan sama macam ramadhan sebelumnya?
So....... Lets make it different this time!
Jadikan Ramadhan kali ini berbeza dengan Ramadhan sebelum-sebelum ini dengan berpuasa dengan nutrisi herbalfie:
Bersahur amatlah mudah dengan herbalife. Since aku ni tak rajin nak bangun pagi masak-masak, beberapa minit sahaja nutrisi lengkap sudah tersedia untuk diri dan suami tercinta. Kalau sebelum ni anda bersahur dengan makanan-makanan berat seperti nasi+pauk, jomla bertukar dengan Herbalife, insyaAllah akan sentiasa bertenaga sepanjang hari! Tak percaya? Cubalah sehari sebelum Ramadhan ni!
Rasa macam tak puasa sangat, dan tak delah lembik macam orang lain. Sepatutnya pada bulan Ramadhan kita sebagai umat Islam jadi lebih produktif, bukan sebaliknya.
PELAN PEMAKANAN SEMASA RAMADHAN BERSAMA HERBALIFE
Kebaikkan bersahur dan berbuka dengan Herbalife:
1. Lebih produktif kerana berpuasa dengan Herbalife anda akan kekal bertenaga sepanjang hari. Boleh cuba sendiri. Jika anda ada suami, anak, ibu bapa, jangan kedekut sorang-sorang je gunakan herbalife untuk ramadhan ni. Promote kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai! Especially your family members.
2. Tidak membazir ; oleh kerana sudah kenyang dengan shakes, maka sejujurnya juadah selepas magrib anda tidak akan makan secara banyak. Sebab memang DAH PENUH.
3. Tidak mengantuk ketika terawikh kerana anda berbuka dengan makanan yang sangat rendah kandungan gula! Membekalkan "instant energy". Bila minum shakes je, dalam masa 13 saat sel-sel badan kita dah serap shakes yang kita minum. Isn't it great?
4. Turun berat badan secara sihat kerana waktu ramadhan ni, sel-sel badan kita akan "repair" dan adalah lebih baik jika kita "supply" nutrisi yang lengkap kepada sel badan kita. Rendah kalori, dan tinggi nutrisi, subhanAllah.
fuhhh... panjang betul entry ni. Ramadhan kali ini, merupakan Ramadhan ketiga kami berpuasa dengan Herbalife, sangat luar biasa! Alhamdulillah. Kami tidak sabar, anda bagaimana? ;)
Sekian sahaja dari saya.. Khas untuk anda semua~
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua
MULAKAN NUTRISI HERBALIFE HARI INI
DAN JUGA RAMADHAN
email: sha_riha@yahoo.com
sms/whatsapp: 017-7105075
No comments:
Post a Comment