Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

27 February 2013

Contohi Teladan Hassan Al-Banna

Salam

Kalau sebelum ni aku sharing tentang Ragam Rumah Tangga baca buku-buku dari penulis Barat John Gray, ada lagi sebuah kisah yang kalau korang baca confirm menusuk qalbu. Asyahid Imam Hassan Al-Banna.

Hubungan suami-isteri ni kita mesti sentiasa up-grade dan sentiasa up-to-date. Banyak perkara baru yang muncul yang mesti kita hadapi. 

Sudah 3kali aku khatam baca buku ni:



Kali pertama membacanya aku memang menangis berjujuran air mata betol. Kaw-kaw punya nangis. Buku ni menceritakan bagaimana seorang bapa yang merupakan dai'e pejuang Islam dalam mendidik anak-anaknya dan aku rasakan sangat beliau meneladani Rasulullah s.a.w. *touching*

Buku ni sesiapa pon MESTI baca. Tapi kalau yang dah kahwin dan ada anak lagila WAJIB baca. Hanya 75 halaman je, boleh habis beberapa jam sahaja.


MAKAN BERSAMA ANAK-ANAK MENJADI KEUTAMAAN

Selalu sangat aku perhatikan, bila anak semakin dewasa. Ayah semakin tidak mengenal anak. Imam Hassan Al-Banna ni tersangatlah sibuk tetapi dia masih lagi mampu untuk makan bersama anaknya ketika dirumah. 

Tidak ada suara keras dirumahnya. 

Seorang bapa yang sangat mengambil tahu setiap perkara tentang anak-anaknya sehinggakan untuk setiap anak beliau akan menyimpan carta mengenai tarikh kelahiran, nombor  kelahiran, catatan prestasi di sekolah dan lain-lain. Anda seorang ayah? Have you do that?

Selalunya perkara-perkara remeh macam ni ibu-ibu yang buat, seorang bapa jarang merasa "perlu" nak tahu details tentang anak. Tapi sebenarnya inilah antara tugas yang seorang bapa perlu lunaskan.

Part yang paling buat aku tersentuh hati adalah bagaimana Imam Hassan Al-Banna menghukum anak-anaknya.

Kalau situasi sekarang ni, bila anak buat salah lazimnya apa yang kita nampak? Anak kene pukul, kene rotan. Mak kene jerit-jerit, bapak kene tengking-tengking nak bagi anak "takot" dan "hormat". Secara paksaan dan bukannya berhikmah. Yang difahami "kekerasan" diperlukan untuk anak dengar cakap dan berdisiplin. 

Anaknya Saifulislam mengatakan hukuman paling berat yang pernah diterimanya adalah tarik telinga. 

Suatu hari anaknya melakukan kesalahan kerana tidak memakai kasut. Selepas para ikhwan pulang, beliau memanggil anaknya. Melangkah dengan lambat kerana takut. Ayah berkata. "duduklah di kerusi dan angkat kedua-dua kaki kamu. Beliau lalu memukul kaki anaknya dengan pembaris pendek. Setiap sebelah kaki mendapat sepuluh sebatan. Tapi terus - terang saya terasa ingin ketawa kerana pukulannya begitu perlahan bahkan saya tidak merasa sakit pon. Ayah hanya ingin membuat saya mengerti bahawa saya telah melakukan kesalahan. 



Sebenarnya ni baru 1/5 dari keseluruhan yang ada dalam buku. Sangat-sangat best. REAL STORY. Dan buat kita rasa insaf dan nak lebih belajar seni mendidik anak. SILA BACA FULL VERSION ya. 

Menjadi ibu bapa yang boleh mendidik anak bukanlah pakej "automatik" yang boleh di raih. Status mungkin "ibu bapa", tapi macam mana kita sendiri bertanggungjawab dalam belajar  peranan sebagai ibu-bapa. Selalu kita lupa yang anak juga ada hak keatas orang tuanya.

Renung-renungkan. Muhasabah diri. Kalau ibu bapa kita tidak dapat berperanan sebetulnya, kita boleh ubah untuk tidak menjadi seperti itu. 

Semoga kita bahagia di akhirat nanti. 

Anak soleh/solehah yang mendoakan orang  tuanya saham terbaik untuk akhirat nanti. 

Sekian

*penat sangat harini, dah 2kali shakes.ok bai*

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)