Breastfeed Itu Sunnah
Sebelum menempuh alam dunia anak berada dalam rahim yang di satu tempat yang penuh kasih sayang. Bila lahir ke dunia, diteruskan lagi dengan penyusuan ibu selama 2tahun.
Penyusuan ibu adalah perintah yang difirmankan Allah dalam al-Quran; Surah al-Baqarah ayat 233. Ia juga adalah Sunnah yang menjadi amalan ketika Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dibesarkan. Kata para ulama, pada setiap amalan sunnah terkandung kunci kepada Sa’adah iaitu kebahagiaan.
Saidina Anas RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
“Seseorang yang menyintai sunnahku adalah menyintaiku dan ia akan berada di dalam syurga bersamaku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Susu Ibu Mencukupi Untuk Keperluan Bayi Anda!
Susu ibu mencukupi untuk anak kita. Kebanyakkan faktor kegagalan dalam penyusuan bila mana si ibu tidak bersedia dengan ilmu pengetahuan di awal kelahiran bayi mereka di tambah lagi dengan tiada sokongan positif daripada orang sekeliling.
Di awal kelahiran, perut bayi hanyalah sebesar buah ceri sahaja! Perut bayi kecil, dan kuantiti susu ibu yang sedikit sudah mencukupi untuk bayi anda.
Akan tetapi orang selalu bimbang tak bertempat bila mana bayi "cranky" terus buat kesimpulan bayi lapar disebabkan susu ibu tidak cukup lalu diberi susu formula.
Dan tidak di lupa, kenyang tu Allah yang bagi. Boleh jadi sedikit tapi kenyang. Boleh jadi banyak tapi belum kenyang. Berdoalah dan mintalah pada Allah semoga berapapun kuantiti susu yang anak dapat, anak kita akan berasa kenyang.
Kolestrum Susu Ibu
Untuk 1minggu perrtama susu ibu adalah susu yang paling mahal dan berkhasiat kerana itu adalah susu colestrum. Susu colestrum ini berwarna kekuningan dan mengandungi immunoglobulin untuk imunisasi iaitu sistem pertahanan tubuh badan dari penyakit dan anti-microbial serta molekul bioaktif untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Tidak ada susu yang mempunyai formula dan kandungan terbaik sebaik susu ibu
Susu kolestrum juga dapat membuang zat bilirubin pada bayi yang menyebabkan penyakit kuning. Jadi untuk menggelakkan bayi kuning atau menyembuhkan bayi daripada sakit kuning adalah susu ibu!
Bukan itu sahaja, dalam penyusuan, si ibu sebenarnya menyalurkan DNA immunisasi untuk penyakit-penyakit yang telah di alami oleh si ibu. Contoh si ibu telah terkena chicken pox atau orang Melayu kata cengkering. So baby pon dapat imunisasi untuk penyakit chicken pox juga. Amazing kan?
Berapa Kekerapan Penyusuan?
Jawapan untuk pertanyaan di atas adalah sekerapnya. Apatah lagi jika bayi anda mengalami sakit kuning.
Bayi yang mengalami sakit kuning akan kurang menyusu dan lebih kepada tidur sahaja, jadi anda hendaklah sentiasa mengejutnya supaya menyusu.
Bukan tunggu bayi bangun baru nak susukan, ia akan menyebabkan sakit kuning melarat.
Kekerapan menyusu adalah sangat penting untuk memastikan susu tidak kering atau susu semakin banyak, insyaaAllah. Bila kita kerap susukan bayi, maksudnya receptor di nipple akan bagi isyarat pada otak bahawa ada "demand".
Bila ada demand, maka akan ada "supply" iaitu otak akan hantar isyarat tingkatkan production susu.
Kekerapan menyusu adalah sangat penting untuk memastikan susu tidak kering atau susu semakin banyak, insyaaAllah. Bila kita kerap susukan bayi, maksudnya receptor di nipple akan bagi isyarat pada otak bahawa ada "demand".
Bila ada demand, maka akan ada "supply" iaitu otak akan hantar isyarat tingkatkan production susu.
Supaya anda merasa bayi tidak lapar, saya cadangkan untuk bayi yang tidak ada sakit kuning untuk menyusukan sebelum ayi celik mata lagi. Maksudnya bila baby dah bergerak-gerak macam nak bangun tu, terus angkat dan susukan.
Supaya dia tak nangis terjerit-jerit lalu si ibu pon buat kesimpulan dia tak nak susu ibu.
Cara lekapan bibir yang betul oleh bayi ketika menyusu.
Lekapan yang tidak betul akan menyebabkan nipple crack.
Tips Susu Meriah
Ada 2 hormon yang si ibu mesti jaga iaitu hormon prolaktin dan hormon oksitoksin. Hormon prolaktin berada pada paras tertinggi pada pukul 12tengah malam sehingga 5pagi.
Penyusuan yang kerap pada waktu malam juga akan mengurangkan kesuburan iaitu menjarakkan tempoh kehamilan secara semula jadi.
Untuk ibu-ibu yang memerah susu kerana bekerja, power pumping berkesan dilakukan pada jam 5pagi. Kerana hormon prolaktin pada ketika itu adalah tinggi.
Hormon kedua adalah hormon oksitoksin. Hormon ini kita akan dapat jika kita gembira atau selepas melakukan senaman. Ibu mestilah menjaga emosi supaya tidak terlalu tertekan kerana ianya akan memberi kesan kepada penghasilan susu.
Penyusuan yang kerap pada waktu malam juga akan mengurangkan kesuburan iaitu menjarakkan tempoh kehamilan secara semula jadi.
Untuk ibu-ibu yang memerah susu kerana bekerja, power pumping berkesan dilakukan pada jam 5pagi. Kerana hormon prolaktin pada ketika itu adalah tinggi.
Hormon kedua adalah hormon oksitoksin. Hormon ini kita akan dapat jika kita gembira atau selepas melakukan senaman. Ibu mestilah menjaga emosi supaya tidak terlalu tertekan kerana ianya akan memberi kesan kepada penghasilan susu.
Faktor Yang Mempengaruhi Penghasilan Susu
FIL : Feedback Inhibitor of Lactation adalah protien yang ada di dalam susu ibu yang akan memberi isyarat kepada otak untuk mengurangkan production susu.
Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku si ibu hendaklah menyusukan sehingga payudara betul-betul kosong.
Jika anak sudah kenyang, ibu ibu boleh pump atau urut breast untuk keluarkan susu. Sebab itu bila terasa breast penuh maka kita mestilah susukan anak supaya kosong kembali. 80% kandungan susu ibu adalah air, manakala 20% adalah lemak.
Lemak berada paling belakang sekali dalam susu, sebab itu cuba susukan sehingga kosong anak akan lebih kenyang.
Jika tersilap makan boleh menyebabkan bayi cirit birit.
Amalkan pemakanan sunnah seperti kurma, buah delima, buah zaitun, madu untuk meningkatkan kualiti susu.
Baik yang si ibu makan, baiklah penghasilan kualiti nutrisi susu. Begitu juga sebaliknya. Alhamdulillah saya mengamalkan nutrisi herbalife sepanjang kehamilan, berpantang dan dalam tempoh menyusukan anak anak dapat membantu saya dalam memberi nilai tambah pada susu ibu bernutrisi dan meriah, pada masa yang sama saya dapat turunkan berat badan tanpa berlapar.
Anak ke-3 Fatimah Azzahrah 16/7/2016:)
Pengambilan kalsium juga amat penting untuk ibu menyusu kerana kekurangan kalsium akan menyebabkan si ibu cepat penat, mudah marah, mudah stress.
Kalsium boleh didapati dalam makanan atau anda boleh menggambil supplement kalsium.
Saya memilih kalsium herbalife, kerana kalsium herbalife juga mengandungi vitamin K yang membantu penyerapan kalsium yang optimum dalam badan.
Kurang kalsium juga menyebabkan ibu ibu cepat hilang gigi :D
EMOSI: Faktor emosi si ibu amat memainkan peranan. Cuaca si ibu ditentukan oleh si ayah. Suami juga memainkan peranan penting dalam memberi sokongan dalam penyusuan.
Membantu isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah dapat memberi impak bahagia kepada isteri dan secara tak langsung memberi kesan kepada penghasilan susu.
KITARAN HAID: Ada sesetengah wanita apabila didatangi haid akan menyebabkan penghasilan susu berkurangan mungkin disebabkan faktor hormon yang tidak stabil.
Amalkan makanan yang boleh memberi kesan gembira kepada ibu supaya hormon oksitoksin kekal tinggi.
Faktor Kegagalan Dalam Penyusuan
1. Si ibu tidak bersedia dengan ilmu penyusuan. Kerana badan setiap wanita berbeza, ada yang mengalami susu lambat keluar. Jika kita bersiap sedia, kita tidak panik dan membuat keputusan terburu- buru dengan terus memberikan anak susu formula. Ketahui potensi diri and what to expect.
2. Tidak ada sokongan daripada suami atau ibu kandung atau ibu mertua atau orang yang menjaga ketika berpantang. Situasi ini terjadi apabila si ibu berpantang dirumah yang tidak ada orang support breastfeeding. Mungkin disebabkan kegagalan mereka sendiri dalam menyusukan anak, dan merasakan menyusukan anak adalah sesuatu yang mustahil. Dan anda menjadi mangsa.
3. Tidak memahami cara penyusuan yang betul atau kurang bersedia untuk susukan anak.
Istilah Dalam Breastfeeding:
- DF- Direct Feeding, ibu susukan terus anak tanpa menggunakan botol.
- EBM - Ekspress Breast Milk/ Susu perahan.
- FRESH EBM - Susu yang baru diperah.
- CHILLER EBM - Susu yang di simpan di peti bahagian bawah.
- FROZEN EBM - Susu yang disimpan di peti bahagian atas.
- BP- Breast pump.
- EBF -Exclusive Breastfeeding. Hanya minum susu ibu sahaja tanpa makanan dan minuman yang lain sehingga usia 6bulan.
- EEBF - Extended Exclusive Breastfeeding. Meneruskan susu ibu sahaja melebihi usia 6bulan tanpa makanan dan minuman lain.
- FIL - Feedbaack Indicator Lactation.Petunjuk susu penuh, dan susu mesti segera di keluarkan supaya otak tidak menerima isyarat mengurangkan production susu.
- LDR - Let Down Reflex. Rangsangan susu pada tahap tertinggi, maka susu yang keluar pada waktu itu biasanya banyak.
- EP MOM - Exclusive pumping mother. Ibu yang memberi susu badan tetapi melalui EBM sahaja.
BREASTFEEDING ADVOCATE
FB: FARIHA SAIBANI
IG: @FARIHASAIBANI_COACH
WHATSAPP: 0108945543
No comments:
Post a Comment