Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

20 September 2012

Amazing Journey (Hong Kong & Macau)

Salam

Alhamdulillah, 12-17 sept lebih kurang seminggu meniggalkan Malaysia dan berada di hamparan bumi Allah yang luas untuk menuntut ilmu dan menjelajah bumi Allah.

"Mengembaralah dengan meninggalkan negeri-negerimu untuk mencari kemuliaan.
Dan bermusafirlah kerana terdapat lima faedag bermusafir iaitu menghilangkan
kedukaan, mencari rezeki,faedah ilmu, faedah adab dan menemani orang yang mulia"
-Imam Syafie"-

Dari kecik lagi aku memang selalu berangan nak melancong kesana kemari, alhamdulillah Allah bagi trough Herbalife, siape ada impian macam aku? But I tell you, it tooks commitment and hard work, nothings comes free!!:) 

MasyaAllah, memang seronok journey kali ni sebab bawa Fatiyyah sekali, haritu pergi Singapore memang aku takde mood sangat nak jalan sebab teringat anak je and betol2 nak focus kat training je. So, sampai-sampai je Hon kong kami terus dibawa ke tempat makan memang halal, Indian Food, lepas dari terus di bawa jalan-jalan satu hong kong. Korang selalu kan nengok cerita cina dari hong kong, so tahu la kan gambaran macam mane? hihi.

view dari bilik hotel tingkat 34.

Bangunan kat sana memang semuanya tinggi-tinggi belaka, populasi penduduk cuma 7juta je, aku tanya tour guide hong kong ni implement polisi macam China ke 1 FAMILY 1 CHILD. Dia kata dulu ye, tapi sekarang tak, sebab semua orang macam tanak ada anak pulak, nisbah baby, dua pasangan 1 anak. Diorang kawin lambat umur 30 baru kawin, pastu lepas 6 ke 7 tahun kawin baru nak anak. ini pon kesan dari kos kehidupan yang sangat-sangat tinggi. 

Boleh tour guide tu kata kat hong kong Herbalife tak famous, padahal dah ada 1 chairmains club member kat situ, orang bukan herbalife mesti tak faham kan?haha, meh aku explain, maksudnye income die paling miskin rm400ribu sebulan. pheww. *peluh-peluh.

Second day barulah kami ke hong kong disneyland!! 

Rumah tarzan, betol2 atas pokok dia buat.

Basically tempat ni memang exactly yang korang nengok citer-citer cartoon tu di reality kan kat sini. Memang semua cartoon tu ade kat sini, cuma aku tak larat nak queue ambil gambar sebab ramai berator, dengan nak carry Fatiyyah lagi, tak larat. haha. 

jambatan kat rumah tarzan tu,hubby pon sempat posing,hehe

aku bukan main gagah lagi naik tangga sampai keatas semata-mata nak naik rumah ni, penat tau. Lepas dari ni kitaorg nengok kind like teater kot? animal teater, best sangat! dari pkul 10.30pagi sampai 3pm jalan-jalan satu disneyland, aku tak larat la nak upload gambar semua kat sini, korang nengoklah dalam facebook ea:) 

jumpe lagi Disneyland!!

Memang sangat seronok, so next time nak datang bawak family pulak. Siapa nak ikut?:)


MACAU
Dari Hong Kong nak ke Macau ni kene naik ferry, seriusly macam bot besar dan memang rasa melambung-lambung kalau ada ombak besar, siape yang mabuk memang confirm boleh muntah!haha. Member-member aku siap distribute pill loya kot kat geng-geng yang nak muntah ni, aku pulak? aku suke bende-bende macam ni!:) hehe. 

dalam ferry

Tiap kali melambung tinggi je semua orang "wooo" haha.boleh imagine tak?:) Sampai Macau ingatkan boleh terus ke hotel tapi kitaorang ada "challenge" pasal shuttle bus, but alhamdulillah end up everything okay and I can say team yang aku handle ni memang layak untuk jadi TAB Team dah, thank you guys for you leadership and cooperation. 

Macau ni city of gambling, boleh considered macam LA Di asia, semua hotel besar-besar giler dan semua ada casino. dulu macau ni di jajah oleh portugal so diorang tak berapa nak tahu sangatlah bahasa english, sebab english ni jadi bahasa ketiga dah. penduduk tak ramai sangat and tak pernah kene jam pon. huhu. pulau pon macam baru nak membangun. 

tempat ni macam petaling street.

gereja.

This is the place where kitaorang shopping baju-baju macam I Love Macau dan keychain2. macam buruk je, tapi best, siap boleh tawar2 lagi tuh. naik bus je kesini. dan sempatlah aku tangkap gambar kat tempat2 bersejarah.

Kesian sebenarnya dengan orang2 macau ni sebab most casino yang open tu orang luar punya, dan diorang cuma jadi kuli-kuli je and taxi driver. Penjajahan ekonomi memang macam ketara sangatlah. 

TEMPAT TRAINING
Okey, tempat kami training ni namanya Venition. venition merupakan bangunan yang ke-4 terbesar di dunia dan yang paling menarik, kat sinilah antara tempat pengambaran cerita korea yang famous Boys over Flowers tu.

area "sungai" buatan

Kalau perasan atas tu macam langit kan? Tapi itu bukan langit sebenar, tapi langit buatan. kat kawasan tu sentiasa siang je, high tech betol kan.

Alhamdulillah Macau and Hong Kong merupakan negara ke 4 dan ke 5 kami, Herbalife bawa kami kembara satu dunia, its really amazing journey. so, jom ubah kehidupan kita sama-sama!:)

Simple-Fun-Magical

EARN EXTRA INCOME
TEACHABLE

CONTACT ME FOR APPOINTMENT
017-7105075 

P/S: For serious people only!:) mesti baca - http://bannateha.blogspot.com/2012/10/from-zero-to-hero.html !!:)

25 August 2012

Counting Days to Macau & Hong Kong Disneyland

Salam..

Okey aku super excited nak pergi Macau and Hong Kong this time. Tahun lepas pergi Korea kami berdua je suami isteri tapi kali ni datang dengan Fatiyyah dan 6 orang kami bawa dalam team kami untuk datang ke Herbalife Universiti. Tripe ni BUSINESS MEETING + TRAINING + HONEYMOON.

Aku nervous sebab 1st time nak bawak Fatiyyah naik kapal terbang ni sebab risau kalau dia mengamuk time dalam flight tu, oh cannot imagine if Fatiyyah nangis2, kalau naik kereta boleh la berhenti kat mana-mana, ni nk turun pon tak boleh. Kene doa kuat-kuat kat Allah & buat solat hajat. Moga dia tenang-tenang sahaja. ameen:)

Second nervous is because I bring people with me to this amazing leaders training, teringat Uncle Allen pernah cakap, dia bawa 2 orang ke Herbalife University pastu income dia jadi RM27 ribu, (how powerful Herbalife University is). So, possible tak income aku pasni jadi RM60 ribu?ameen,hehe. Nervous not only sebab income tu, tapi people that coming in and ask for our guide to change their life too. Woohaa...super nervous. Tahun ni nak enjoy betol-betol sebab ikut pakej, so akan jalan-jalan dengan team, sangat tak sabar! Semoga Allah memberkati journey kita kali ni,doa banyak-banyak ye semua.


HONG KONG DISNEYLAND!!!!
Okey, aku memang tak sabar nak pergi tempat ni, dan alhamdulillah all paid by our own money ye, bukan herbalife taja, syukur duit cukup. Kami bermalam 1 malam kat Hong Kong Disneyland ni so akan dapat nikmati suasana malam dan siang, tempat ni memang luas gilerr so memang kene 1day stay baru puas pergi semua tempat..










Oleh kerana nak upload2 internet macam siput so ni jela yang aku mampu "sabar" untuk upload, korang pergi ke google, type hong kong disneyland pastu pilih images, memang super best. Ini tahun kedua kami dalam herbalfe, so Macau & Hong Kong would be our next 4 and 5 country we go. alhamdulillah. Allah pon kata dalam Quran firman Allah dalam Surah Al-’Ankabuut ;ayat 20:



 Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan   makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [29:20]

Okey kawan-kawan,be prepared mentally and physically ye!:)  


HERBALIFE UNIVERSITI MACAU!!! 
Training ni is open only World Team and above which means Leaders yang qualify (cepat2 put yourself into this position okey) sebab memang sangat lain trainig ni. tak de cakap pasal retail ke apa tapi more to leadership and self development, I was so bless being in Herbalife sebab traning2 ni never stop.

Siapa yang tak stretch diri diorang untuk qualify to attend this event is either two things will happen into their business, they will be slow or quick. scary kan dengar? trust me it's a life changing event (semua event herbalife macam tu..huhu).

okey, kami akan depart on 12 sept and balik on 17 sept.

PROMOTION: Open to non-sv under Fariha & Rasyiid organization, those who qualify Supervisor this month will get special present from us from Macau ok, tapi rahsia!!:)

EARN EXTRA INCOME
PART TIME/ FULL TIME
SMS: 017-710 5075



 

24 August 2012

Raya sebagai Isteri dan Ummi

Salam lebaran.

Sebelum tu nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa, tersilap tingkah laku, mohon di ampunkan. Maaf zahir dan batin:)

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur masih lagi sempat untuk menyambut raya kali ini dengan orang-orang yang kita kasihi juga tak lupa kepada arwah Wak Pah (makcik belah ayah), raya kedua tanpa arwah memang amat terasa, Al-Fatihah untuk arwah Wak Pah. *sebak jap*
Okey, raya kali ni lebih excited,bukan sebab excited jakun sangat nak raya macam zaman budak-budak dulu, tapi sebab ada orang baru dalam family kami. Siape tak kenal the famous baby in the house, Fatiyyah Bt Abdul Rasyiid;) *bunga api*. Who is she??



My name is Fatiyyah!

She's get attention MORE than me, nengok kat picture die tu, 29 LIKESS kot. haha. Rasanya kalau Fatiyyah buat retail lagi laju dari aku kot, sebab semua orang suka kat dia, semua orang suka baby kot, kan? Bila ada anak memang tak fikir sangatlah baju sendiri, almost every week she's get new clothes, haha. 

Okey, berbalik ke cerita raya, dah menyimpang ni, raya kali ni aku beraya di kampung sebelah ayah kat Sri Paya Batu Pahat. Sehari sebelum raya dah balik pada Ramadhan terakhir, raya kali ni ada bakar lemang. Wah2 meriah sungguh,ayah la ni master mind nya. 

                                                                    lemang oh lemang

Hubby memang rajin bab-bab gotong royong ni, (bertuah dapat hubby) hehe. He's having skill regarding lemang-lemang ni. Sebab hubby cerita dulu selalu tolong abah, abah rajin buat lemang. Waktu ni pon da gerimis2 sebenarnya. Aku?enjoy sedut asap lemang jela jawabnya. Kedepan kebelakang sibuk melayan our little princess yang sekarang makin banyak naik akal. 

So sampai la pagi raya, semua adik beradik ayah yang ada berkumpul untuk bersalam-salaman di pagi raya memohon maaf. Pagi raya tu aku dengan hubby pakai baju kahwin kitaorang yang baru pakai sekali tu, so yang ni second time la pakai baju yang sama.

more than 12Kg,hehe, AskMeHow;)

Boleh pulak dah siap cantik-cantik Fatiyyah tido pulak -_-", anak ummi ni.  Kalau dulu pagi raya gosokkan baju aku dengan hubby je, tapi kali ni kene bangun lagi awal sebab nak siapkan anak pulak, anak dulu baru kami, baju pon Fatiyyah dulu baru kitaorang. Bak kata ustaz Hasrizal, sayang anak tanpa syarat. Sayang anak, bukan sayang kanak-kanak,sangat beza. Sayang anak sampai dia besar,kawin,dia ada anak, macam apa yang ibu ayah buat kat aku sekarang. Terima kasih ibu ayah:)

So raya kali ni memang seronok kenalkan Fatiyyah dengan sedara-mara and Nek Ibu dengan Tok Ayah pon excited kenalkan cucu diorang lebih dari aku, huhu. Raya kali ni lagi seronok bila dapat bagi duit raya lebih sikit dari raya lepas sebab alhamdulillah rezeki bertambah-tambah bila ada anak. Ya,kitaorang tanggung hidup sepenuhnya guna duit Herbalife. Thank You.

After all, kami pon bergambar beramai-ramai:
                                          semoga raya tahun hadapan dapat kita berjumpa lagi!

Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. dari Fariha,Fatiyyah dan Rasyiid:)

p/s:jemput datang rumah kami di bangi:)




23 June 2012

Salam Ramadhan


Salam.


Sya'ban dah menjelma, sekejap je dah nak ramadhan balik. Alhamdulilllah masih dipanjangkan umur berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan yang berkat nih. Tahun ni tahun kedua aku berpuasa Herbalife. Senang nak sahur, jimat duit time berbuka, luar biasa!


So pada siapa yang nak turun berat badan, ramadhan is the best month to start! Sebab cel badan senang pulih:)


Sihat di bulan puasa, Langsing di hari raya!:)


 
 Untuk Wanita-wanita solehah diluar sana, please read this!:)
 http://bannateha.blogspot.com/2011/12/isteri-cerdik-yang-solehah.html

Lose Weight Now
ASK ME HOW
Fariha: 0177105075
Rasyiid: 0108945543

wasalam.

My Dream for Fatiyyah

Salam..

Since fatiyyah belum lahir lagi aku dah ade impian nak ape kalau ade nak. 2008 aku ade tulis entry pasal nak anak --> http://bannateha.blogspot.com/2008/11/nak-anak-didik-anak.html. Alhamdulillah after three years my dream come true. now having a baby. A lovely daughter.

PSIKOLOGI ANAK
Aku ade Distributor 2orang yang belajar psikologi industry kat UTM Skudai (macam2 orang dalam herbalife ni)Sarah & Wana. Wana kongsi tentang minda bawah sedar dan kenapa tak boleh cakap "jangan" kat anak. Minda bawah sedar ni basically tentang perkataan baik positif atau negatif yang kita cakap yang akan jadi kenyataan sooner or later. So kalau nak membentuk jati diri anak yang ada personaliti yang herbat, kenela cakap perkataan yang baik-baik dengan anak. Kalau cakap "ko ni pemalaslah", jadi malas la anak tu. Betollah apa yang Islam ajarkan, Kata-kata itu satu doa, bersangka baik. Semuanya ada kaitan yang sangat rapat dengan kehidupan kita.
thanx wana n sarah for be a part of me:) sarah buat herbalife part time
last month income rm4k++, yet dean student. congratulation dear.

PRIVATE SCHOOL
Since aku duk bangi so dah survey2 sekolah2 kat area sini and kitaorang berkenan dengan sekolah Sri Ayesha.
biah solehah dari usia kanak-kanak lagi.

kat situ bukan blaja ilmu dunia je, tapi belajar ilmu Allah. Dari kecik dah boleh hafal ayat-ayat lazim Al-Quran. InsyaAllah.

BELAJAR BERENANG
Ni bukan untuk fatiyyah je, tapi untuk aku jugak. haha. Ok, aku tak pandai berenang tapi naaak sangat-sangat belajar berenang since ade anak boleh la aku belajar berenang sekali.
So kalau hantar fatiyyah ke kelas renang ummi dengan abi pon join sekali sebab kitaorang pon tak pandai berenang T_T. bhaha.

BELAJAR BERKUDA
Kat bangi memang ade tempat belajar berkuda, syukur duduk kat sini semua ade.

nn
jadi srikandi islam ye:)

MEMANAH ATAU MENEMBAK?
Okeh, ni untuk nak memanah atau menembak? aku suka aktiviti-aktiviti lasak macam ni. which dari dulu lagi aku teringin tapi tak tahu lah jadi kenyataan ke tak. Alhamdulillah dalam Herbalife, we are forcing to have a dream.

Berenang, berkuda and memanah ni semua sunnah nabi. hikmahnye besar sangat. bukan sihat fizikal tapi otak pon cerdas. healthy lifestyle. dan syukur ada herbalife shake, lagi mudah nak makan apa yang nabi makan. Alhamdulillah.


14 June 2012

Fatiyyah Third Injection

Salam.

Harini aku kat tangkak, sanggup ulang-alik balik tangkak untuk fatiyyah punya injection immunisasi. Kenapa balik tangkak? sebab aku takot kalau-kalau dia demam, sebab yang kali ni budak boleh demam, so 1st baby tak ade pengalaman, apa-apa berlaku ke ade ibu dengan aku. Jasa ibu bukan time nak besarkan kite je tau, dah ade anak pon die masih "jaga" kita lagi. tapi "jaga" dalam definition yg berbezalah. huhu.

sehari selepas lahir kene inject kat tangan dan fatiyyah nangis sekejap.
(gambar sekadar hiasan, ni bukan muka anak aku.)

Sape takut dengan jarum?Aku ade sepupu namenye ila, die sanggup mati dari jumpe doktor and trust me die tak pernah jumpe doktor.bhaha. sakit macam mane die akan tahan dan takkan makan ubat. sebab die TAKOT doktor dah ubat.hewhew. Aku tak tawulah kalau die pregnant nanti pergi check up every month and nk bersalin kene pergi hospital macam manalah die agaknya. sorry ila.hihi. Okeyh, oleh kerana injection kali ni "ura-ura" mengatakan baby akan demam so aku nervous lebih dari fatiyyah. boleh tak? So tadi die kena injek kat punggung macam gambar kat bawah ni.

Time kene inject fatiyyah tidor dan aku peluk die kuat-kuat2 (takot kalau-kalau die meronta ke pastu tercuck lagi dalam ke pastu die lagi sakit.haha. imaginasi melampau betollah aku ni. Seriously aku tak sanggup nengok anak aku kene cucuk-cucuk ni, sakit kot, event aku kene cucuk pon takot, cuak, sakit lagikan fatiyyah, rasa dia macam terlalu kecik untuk merasakan kesakitan tu. Kalau boleh aku yang kene biarlah aku yang kene cucuk. huhu. naluri seorang ibu memang macam ni kan? naluri untuk melindungi. Sebab nak service baik punya pasal aku pergi klinik private walaupon bayarannya aku boleh pergi shopping. hehe. Alhamdulillah nasib baik buat herbalife, mampulah aku pergi klinik private kalau tak, just like ordinary people kot. dan alhamdulillah fatiyyah tak demam, balik terus bagi ubat. 

Love you fatiyyah. babai.

27 May 2012

Fatiyyah 1bulan 25hari



Salam

Nak ucapkan berbanyak-banyak Terima kasih pada Abg Hassan, Naim, Kak ipa, Syaza, Hazel, Rahmah & pali, Sarah, Iera, Lina, Izzaty, Amalina&Abqari sebab sudi datang rumah and bagi hadiah kat Fatiyyah. Fatiyyah sekarang lagi femes dari ummi dia. huhu. Aku sampaikan tak terbeli-beli baju sebab banyak sangat orang bagi, alhamdulillah, syukran jiddan:)

Ada yang teringin sangat nak jumpa tapi tak sempat-sempat no problem, nanti ada rezeki kita jumpa. Nah, ni possing2 comel fatiyyah, cameraman nyer ibu aku. haha. sikit2 ambil gambar, lebih rindu cucu dari aku. Profile picture handphone semua orang dalam rumah ni semua gambar die. Adeh.

wek-wek;p

ummi, VIP macau ye bulan ni, haha

I Love Herbalife, how about you?:)

ummi nak susu nak susu.gagaga

Lose weight now, Ask me how! hihi

muka sememeh nak nangis.. uweek uweek

mata stim nak tdo~~

isap jari tanda haus saaagaaat nih!!huhu

kalau tido paling suka posing macam ni..

posing paling gediks!!haha. anak ummi

Tiap hari ada je gaya terbaru dia yang buat aku and hubby ketawa, kalau ada je benda baru yang dia buat menjerit2 hubby panggil aku. Excited nengok perkembangan baby. Sehari tak jumpa, aduh frust macam orang putus cinta.hahaha.

Dari Fatiyyah: doakan saya PRESIDENT TEAM 2033 UMUR 21TAHUN YE:) Jangan lupa minum shake kalau nak comel macam saya, contact ummi cepat2 tau untuk appointment.hihi

babai!

16 May 2012

Singapore - EXTRAVAGANZA

Salam..

BEFORE  EXTRAVAGANZA
Aku harini cukup-cukup 44hari selepas melahiran Fatiyyah. Kalau orang melayu 44hari baru habis pantang, orang jawa 40hari. huhu. Tapi ada second part waktu berpantang, sampai hari yang ke 60hari aku tak boleh la nak jalan-jalan laju sangat, tak boleh nak angkat-angkat benda berat.



Aku n hubby decide not to bring Fatiyyah with us sebab rasa dia masih kecik sangat, nanti kalau nangis-nangis kesian. Pengorbanan berjauhan dengan anak yang orang kata masih merah lagi untuk 5hari. kalau orang lain boleh bagi macam-macam alasan yang memang logik baru habis pantang, anak susu badan, tak boleh nak tinggal anak. Tapi sebab kitaorang sangat desperately nak SUCCESS and succes require SACRIFICE. Success not come by accident. Saja-saja je ko boleh berjaya. But we are going to make this worth it! Berbaloi kot untuk dapat income RM30K end of this yeaar kan?:) (sape nak join saya boleh isi borang atas~~wee~~)

SINGAPORE
Kat Singapore takde apa yang jauh beza dengan Malaysia pon cuma hubby cakap macam "Malaysia yang ada a littke discipline" so jadilah Singapore. huhu. Orang lain pergi Universal Studio tapi aku n hubby chose not to go coz aku nak ada enough rest untuk registration esok.

Petang tadi solat di masjid Mohd Salleh aku berkenalan dengan seorang makcik yang sebaya dengan ibu aku ade anak belajar dekat UIA Gombak. Alhamdulillah dapat sedara baru makcik ni duduk dekat jerung. Raya nanti boleh la datang:) sempat tangkap gambar semua tapi oleh kerana tak bawak cable so tak boleh nak upload sekarang, balik malaysia nanti baru upload la ea. hehe.

Since aku memang tak pernah pergi mana-mana luar negara so setiap negara yang kitaorang pergi memang JAKUN la kot sebab semua negara 1st time. haha. boleh baca kat sini --> http://bannateha.blogspot.com/2012/01/thailand-vs-korea.html

Nothing much to say on 1st day here, cuma aku rinduu sangat kat Fatiyyah, we do this for you dear.. Ummi dengan abi rinduuuu sangat kat fatiyyah, kali ni je, pasni takde pisah-pisah dah. Bulan 9 ni kita pergi Macau bawak tok ayah dengan nek ibu sekali ye.

babai.

13 April 2012

Antara Dua Jalan

Salam..

Siapa ingat time kita form three ade satu poem tu pasal "the road not taken"?

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Aku suka sangat poem ni, sebab its really about humans life, things that we deals with it everyday. To make a DECISION, something that different with common people.


I TOOK THE ONE LESS TRAVELED BY!
Yes, itu yang aku dan hubby buat. Kami buat keputusan untuk bernikah awal (http://bannateha.blogspot.com/2011/12/kehidupan-selepas-berkahwin.html) , sedangkan remaja lain sebaya kami lebih selesa dengan bercouple. Kawin awal its nnot about enjoy, but its about TAKE RESPONSIBLE. Sedang orang lain duk uma sewa dengan kawan2, sewa uma devide 10orang sebab nak bagi semurah mungkin, tapi kami sewa uma sendiri untuk kehidupan suami isteri. Waktu rakan sebaya kami cuma memikirkan pas belajar nak kerja apa? Tapi kami pilih untuk BUILDING OUR BUSINESS and expand our organization by earning more than 5digit income at young age.

Waktu orang lain sibuk dengan hal remeh-temeh gadoh dengan bf/gf tapi kami sibuk memikirkan hal mmbesarkan anak kerana kini sudah bergelar ibu dan bapa. Time orang sibuk fikir nak isi waktu lapang dengan apa, kitaorang sibuk nak pergi trainig, Extravaganza kat Singapore Mai ni, Macau September ni sebab nak jadi orang yang luar biasa. Responsible orang yang 10tahun lagi tua dari kami yang patot tanggung, but we take it early. Lucky we in Herbalife, is because it prepared us with personal development n financially stable.


WHO WOULD LIKE TO JOIN US?
We are looking forward a person that would like to have a better life, positive, teachable, independent, not giving excuses to join us together to have a great life. Design a life that we want together trough Herbalife. We only want serious people, bukan yang nak cuba-cuba *deengan tegasnya* huhu.

Ia tidak mudah, tapi juga tidak susah.

muhasabah.

12 April 2012

Syariat atau Adat?

Salam..

Ramai yang datang kat aku mengadu pasal masalah nak kawin. Penat nak jawab kot, so aku decide untuk tulis terus kat blog so kalau ada lagi yang tanya aku suh baca blog aku je.

Kebanyakkannya tak dapat kawin disebabkan masalah yang sebenarnya bukan satu masalah, atau dengan kata lain, tak dosa pon kalau tak ikut. Ape masalahnya? Basically masalah kekangan kewangan, atau parents tak bagi. Kalau masalah duit senang nak setle, tapi kalau masalah parents ni rumit sikit kalau takde ilmu.



Lazimnya masalah parents ni antaranya anak tak habis belajar lagi, langkah bendol (ada kakak atau abang yang belum kawin, nak kene yang tua kawen dulu), parents tak suka calon pasangan atas sebab2 yang tak munasabah contohnya semata2 bukan pilihan diorang, dan of coz kewangan la, orang akan selalu cakap pasal duit ni "ko nak bagi anak bini ko makan ape, makan pasir??". Dan ada yang kata, "kita ni family susah, senangkan family dulu baru fikir kawin".

Kalau masalah datangnya dari pihak lelaki takde masalah sangat sebab lelaki ni tak perlu wali dan sebenarnya xperlu pon nak minta izin lagi2 kalau memang calon perempuan tu tak ade halangan dari sudut syariah. Tapi rumit kalau dari pihak perempuan sebab nak kene ada wali. Tapi tak jadi masalah sebab boleh rujuk pejabat qadi dan diorang akan mudahkan jalan, boleh guna wali hakim kalau yang perempuan takde wali sebab wali taknak jadi wali.


SYARIAT vs ADAT
Syariat tu cukup mudah, tapi bukanlah mudah yang boleh diperlekehkan. Tapi mudah kerana tahu hakikat fitrah manusia yang diciptakan memang begitu sifatnya nakkan pasangan. tak payah lah aku nak huraikan tentang macam mana panduan nak cari pasangan, korang mestilah tahu, kalau tak tahu sila pergi belajar.

Tapi jadikanlah Rasulullah sebagai teladan macam mana dia mengahwinkan anaknya Fatimah dengan saidina Ali. Yanng wajib maskahwin. Hantaran tu adat. Tapi akhir zaman ni manusia menilai adat tu yang macam dah wajib bukan main. Nak kawin kene hantaran 10k, 20k sampai kene berhutang dengan bank, lagi teruk hutang dengan along bagai. Pas kawin pening pikir hutang segala. Adohai. Asalkan orang tu bertanggungjawab tak kira dia masihh belajar ke, muda lagi ke insyaAllah selamat, berapa ramai yang kaya-raya kadang nafkah pon tak bagi.



HAK ANAK KE ATAS IBU BAPA
Selalu ibu bapa memikirkan mereka berhak sepenuhnya keatas kehidupan anak, tapi lupa akan hak anak kepada ibu bapa yang mesti juga ditunaikan.

i. memberikan nama anak semasa lahir dan memanggil anak dengan nama yang baik2,
ii. mengajar anak kitab2 Allah;
iii. mengahwinkan anak apabila anak mencapai umur yang boleh dikahwinkan.

Takyah lah aku explain pasal bagi nama dengan mengajar kitab tu semua orang senang nak faham, aku nak emphasize kat sini pasal yang ketiga tu. Tak kira anak lelaki atau perempuan. Fardhu upon the father. Jika bapa gagal mengahwinkan anak bila dia dah boleh kahwin dan anak tu terus buat dosa sebab tak kawin maka dosa anak akan di masukkan sekali ke dalam akaun dosa bapa dia. Dosa mata, tangan, telinga dll, bapa dia pun ada jumlah yg sama dosa anak tu.

Bapa dia bertanggungjawab atas anak tu tak kira la bapa dia tu alim ulama besar, hartawan yg dermawan, tak pernah tinggal sembahyang jemaah di masjid atau apa saja.
Bila anak lelaki atau perempuan dia dah boleh kawin si bapa kena support, sokong dan cari calon yang beriman untuk anak dia tu. Dilarang membiarkan anak untuk bercouple-couple etc. Kerana ingat dosa anak bapak dia pun tanggung sekali.

Bapak kena support kewangan, kebenaran, tak membebankan calon kalau anak perempuan sampai nak tetap hantaran berpuluh ribu RM. Pengsan la calon klu kena macam tu. Baru nak mulakan hidup dah kena berhutang. Cuba kalau bapak dia yg kena macam tu masa nak kawin dengan mak dia sekarang ni. Jawabnya sampai ke tua la bapak skrg...

Jangan ikut sangat budaya salah masyarakat nak suruh anak tu tunggu lepas universiti, kerja bergaji beribu-ribu dulu, kena ada kereta dulu, beli rumah, mampu buat kenduri sembelih lembu 2 3 ekor dulu, nak jumpa menantu yg hansome cantik dulu etc baru nak bagi kawin. INGAT!!! Dosa anak bapak tanggung sekali yer...

Khalifah Umar alkhattab suatu hari meronda waktu malam. Beliau terdengar satu perbualan anak perempuan dgn ibunya. Si anak bgtau susu untuk jualan esok tak cukup. So si mak suruh campur air, tapi anak tu tak setuju. Si anak kata khalifah marah buat macam tu. Mak ckp khalifah tak dgr sebab khalifah tgh tido. Si anak jawab Tuhan khalifah tu tau apa yg kita buat. Esoknya, khalifah umar hantar rombongan untuk meminang anak perempuan tu untuk anaknya Abdullah ibnu Umar.

Satu kisah yg berlaku zaman abasiyyah kut(tak ingat). Seorang kadi dapat tau yg esok pagi ada pembesar zaman tu akan dtg meminang anaknya kerana tau anak dia cantik. Kadi tu tau yg pembesar tu tidak beriman dan fasik. Apa yg kadi tu buat ialah dia suruh seorang anak murid dia tunggu lepas subuh. Cari 2 org saksi dan terus kahwinkan anak perempuan dia tu dgn pemuda tu. Walaupun pemuda tu miskin dan tak masuk universiti (ni ayat tambah sendiri). Bila pagi tu rombongan pembesar sampai dia pun cakap dia takde anak perempuan yg belum kawin. Semua dah kawin. Setel masalah.

Stigma kawin muda menyusahkan patut dikikiskan dalam minda mak dan bapak yg beriman. Kerana kawin telah terbukti menjadikan seseorang itu lebih fokus, bertanggungjwab, ceria, kuat berusaha dll. Ye lah gelora nafsu badannya telah dipenuhi, ada tanggungjawab, hidup dia lebih bermakna dan enjoy lepas kawin. Jadi mak dan bapak (bapak la paling banyak saham dlm hal ni) kena pikiaq hal ni elok2. Ni hak anak., tanggungjawab bapak. INGAT!!!dosa saya bapak tanggung ok...kahwinkan anak bila sampai waktunya...bapak kena sokong moral dan duit untuk bagi anak kawin...klu ada anak pompuan tu jangan bagi susah sangat letak belanja sampai bakal menantu kena buat loan bank rakyat pulak nak kawin...dah la lepas kawin anak tu nak mulakan hidup baru...beli brg dlm rumah lagi etc...

apa salahnya akad nikah lepas tu buat jamuan makan tengahari saja? jemput ahli keluarga dan jiran terdekat saja...susah tapi boleh dibuat...mungkin rasa malu sikit tapi insya allah selamat dunia akhirat...nak besar sikit bapak sponsor la lembu sekor..klu tak mampu tu buat kecil kecilan sudah...kawin tu sah jugak...bapak terlepas dosa...dah ada duit nanti buatla kenduri kesyukuran besar skit....





KULIL HAQ WALAU KANNAMURRON
Berkatalah benar walaupon pahit. Nampak "simple" kan. Tapi nak melaksanakannya memang susah dan sangat mencabar, trust me. Islam itu asing, dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing. Kalau niat dan jalan kita betol pasti Allah akan tunjukkan jalan, ada je jalan keluar, ade je pertolongan dari arah yang tak disangka-sangka. Biarkanlah orang yang nak mengata, mulut manusia buat betol dikata apatah lagi kalau tak betol. Yang penting betol di sisi Allah insyaAllah selamat dan berkat dunia akhirat.

Terimakasih Allah kerana dengan izinMU kini aku sudah bergelar isteri dan juga ibu. Moga sahabat-sahabat lain dipermudahkan urusan pernikahan. Banyak2 berdoa, doa tu senjata orang Islam.

-the end-

11 April 2012

Kehadiranmu penyeri Ummi & Abi

Salam..

Alhamdulillah, harini genap 10hari kelahiran anak pertama kami, seorang bayi perempuan yang diberi nama Fatiyyah Binti Abdul Rasyiid;) Nama ni husben aku yang bagi, secara spontan mulanya dia menyebut pastu aku terus berkenan. Dari dalam kandungan lagi aku dengan hubby dah panggil-panggil baby dalam perut dengan name ni. Dan tiap kali hubby communicate dengan baby, mesti die gerak2 tanda respon. huhu.

Fatiyyah di jangka lahir dalam 17 ke 20 April, tapi allhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. dia lahir 2minggu awal, to be exact in 37weeks 6days. memang dah boleh bersalin pon time ni, baby lahir plus minus 2weeks. Orang selalu kata antara dua sama ada kembar air atau kembar darah. Selalunye yang kembar darah sakitnye yang amat. Boleh tak mak sedara aku cakap aku ni dia nengok2 macam kembar darahT_T. Sabo jelah ^^".

Mulanya aku nak deliver baby kat Kajang tapi bila difikir2 balik, hubby decide it is better balik rumah ibu ayah sebab anak sulung and die pon cuak sebab aku asek mengadu sakit2 macam sakit senggugut (contraction) 2weeks before Fatiyyah lahir and dia pon tak tahu nak buat apa. So, 30/3 khamis aku pon balik. Aku balik sorang, hubby balik hari ahad sebab kene pergi training, ahad tu ada STS which this is heart of our business. Terpaksa berkorban berjauhan dengan hubby sekejap. Dan2 hubby balik ahad tu, pagi isnin pukul 3.45 aku bangun sebab rasa nak terkencing, pastu kua tanda air ketuban pecah. SO, aku kembar air bukan darah.Lega! huhu. Pandai Fatiyyah pilih timing nak kua time abi dia ade:) Perancangan Allah, terimakasih Allah!


PROSES KELAHIRAN
Alhamdulillah, contraction yang kuat mula jam 6ptg, sampai 10.52mlm barula Fatiyyah keluar. Semua orang sibuk tanya. Sakit tak? Tak sakit kalau buta apidurel (aku xreti ejaan sebenar, tapi bunyinye mcm gitu la ye;p ).

Sakitnye Allah jelah yang tahu, macam sakit period tu, tapi lagiiiiii sakit.muahaha. Hah! jangan takut pulak. Ibu pesan, jangan nanti mulut celupar cakap taknak anak dah sebab sakit. ACtually time sakit dalam hati memang ade rasa macam tuh. haha. Tapi dalam hati je k. Dalam sakit tu macam2la aku pikir, macam manela orang yang beranak sampai 10 orang tuh, nak operation la, apelah. sampai aku tanya nurse tu, kalau nak operation boleh tak? dia kata operation memang tak sakit kak, tapi lepas tu lagi sakit! haha. Terbantut hasrat aku.

pukul 10.40 beh kurang dah start boleh push. oh, seriously aku push banyak kali kot. and almost give up untuk push sebab nafas aku tak panjang, doktor kata lagi 5minit tak kua dia nak vacuum, which aku terbayang yang kepala anak aku akan bujur, lonjong, buruk. muahaha. dia cakap macam tu last contraction aku menggunakan sepenuh tenaga yang ada dan alhamdulillah baby berjaya keluar! tak sangka anak aku besar dan sihat 3.5kg;)

ikut muka aku. kan2?:) hihi


Bila baby keluar, seriously terus lupa segala sakit tu!! Dia letak kat dada aku, "nah, ni anak awak". Rasa bahagia giler, orang bersalin je yang faham. Pastu seharian hubby senyum sorang2 happy dah jadi abi:) Aku dengan hubby tiap kali pandang fatiyyah mesti terasa sayang sangat T_T. Buat aku nak work Extra hard.

Ibu dengan ayah dah naik pangkat jadi tok ayah dengan nek ibu. Ibu sangat taknak cucu die panggil die nenek. haha. nak je suh panggil grandma;). Jasa ibu dan ayah sampai kita besar dah kawin, ada anak pon dia masih lagi taking care of me, Ya Allah, syukur kerana mengurniakan aku kedua ibu bapa yang sentiasa menemani tika susah dan senang. sayang ibu ayah! seriously time sakit nak bersalin aku teringat dan berterim akasih sangat kat ibu sebab melahirkan aku. Macam tulah sakit dan sesahnya. sobs.. sayang ibu...............


JERIT PAYAH SEORANG IBU
Dah bersalin bukan boleh terus berlari, kene pantang 44hari kot, paling kurang 36 harilah, tak boleh makan bukann-bukan. Fuh, memang kene tahanla, nak minum sejuk tak boleh, nak makan buah pon tak boleh pakai makan je. nanti bentan kata ibu! bentan tu lagi sakit dari bersalin. huh, tak boleh bayang.

Oleh kerana baby besar so banyaklah jahitannya!! wuhuu.. Lepas bersalin aku tak de sakitt tengkuk, sakit pinggang, pening pale, sume takde. Tapi tempat jahitan tu perit2 rasa, nak jalan pon siput lagi laju. Nasib baik ada Herbalife Aloevera Soothing Gel! Seriously mempercepatkan lagi tempat luka untuk sembuh.

for more info:(http://herbalife-2010.blogspot.com/2010/07/herbalife-soothing-gel.html)

Doktor pesan minum banyak air dan makan banyak sayur supaya tak sembelit, sebab kalau sembelit jahiitan boleh terbuka. Seram giler kot!!! Punyelah aku takot giler nak buang air besar biler teringat apa doktor tu kata. so aku kaw-kaw minum aloevera supaya tak sembelit. Ni product yang aku sangat suka. Alhamdulillah lawas:D.

thanx aloe!!

alhamdulillah aku full breast feed my little princess, sampaikan satu malam tu aku kene salin 3kali baju sbb basah dek susu yang banyak, thank you Allah. minum shake buat susu aku banyak sangat. after 10days berat fatiyyah dah naik 3.9kg. hooyeay. my baby is healthy & xde masalah demam kuning!:)


WORK FROM HOME
Thank you Allah for Herbalife sebab walaupon aku dalam pantang tapi tak menghalang aku untuk meneruskan misi nutrisi kami, kerja2 luar macam followup customer, appointment and attend event semua hubby yang buat, aku followup downline and call customer and prospect masih boleh di buat dalam waktu pantang ni.

Dan syukur sangat rezeki anak last month royalty went double than we expected. Again alhamdulillah. Duduk2 kat rumah pon masih boleh generate income event higher compare dengan orang yang terpaksa OT, kerje 12hours, and terpaksa face traffic jam.



OUR NEW WHY IN HERBALIFE
While looking at her we realize how much we need to work hard because we want to give the best to our daughter. We really want to work EXTRA HARD, really2 hard. Looking at her make me feels unstoppable. Segala puji bagi Allah s.w.t kerana mengurniakan kami zuriat, sedang orang lain ada yang susah payah untuk mendapatkan seorang anak sekalipon. Moga Fatiyyah menjadi seorang anak solehah, muslim yang beriman kepada Allah s.w.t.

Alhamdulillah perancangan Allah tu cukup cantik, Fatiyyah lahir awal so that I can go to EXTRAVAGANZA Singapore. Aku doa kuat2 dekat Allah nak sangat pergi Extravaganza dan Allah makbulkan doa aku. Terima kasih Allah, padaNyalah tempat sebaik2 meminta sesuatu. terkadang kita cuma lupa untuk meminta pada Allah sebab tak yakin Allah tak bagi. Allah tu dalam sangkaan hambaNYA.




Wanita yg bersalin dpt pahala 70 tahun soat dan puasa serta setiap kesakitan
pada satu uratnya, Allah SWT bagi satu pahala haji.

p/s: nak siapkan entry ni dekat 1jam setengah di selang-selikan dengan susukan Fatiyyah 3kali. fuh ~ sape2 yg need my coach, do not hesitate to contact me. tq:)

22 March 2012

Nanny 911

Salam..





Dah dua harini aku nengok satu rancangan tvi yang sangat best and i think i should share it here. 8tv setiap hari tak sialp pukul 10am sampai 11am. Nanny ni maksudnya pengasuh.

NANNY 911
Cerita tentang realiti tivi show yang berkisar tentang satu family ada masalah dalam mendidik anak. Parents yang dah rasa out of control and tak tahu macam mana dah nak handle anak-anak diorang yang super degil. Aku nengok cerita ni pon aku rasa macam susah je nak ubah budah-budak ni. Tapi nanny ni tunjuk guide line macam mana nak fix kan balik keadaan jadi normal.


PERANAN IBU BAPA
the first 2 days nanny hanya akan melihat situasi yang berlaku kat dalam rumah tu dan buat penilaian, tapi kes yang harini yang buat aku dengan hubby touching and we both cried terharu sangat because many people forget to "learn" to be a parents. Nak jadi ibu bapa memang senang, tapi nak berperanan sebagai ibu bapa tu kene belajar, ada seninya.

Kes harini keluarga yang ada 3 orang anak, lelaki yang paling besar, perempuan dan anak paling kecik sekali. Si ibu yang cuba untuk manage all the things dalam rumah tu but the father did not really play a roles as a father. Yang bestnya dalam rancangan ni sangat jujur means diorang akan luahkan perasaan diorang kenapa acting like that.

SITUASI
Perkara ni berlaku dalam keluarga orang melayu jugak, bukan keluarga omputeh je. Si mak ni terjerit-jerit bagi arahan dekat anak sebab anak degil and tak dengar cakap. Selalukan?




Pastu, anak mencuri dan menipu?? This situation is where you cannot negotiate. Adik beradik bergaduh dan paling teruk anak-anak buli parents diorang, is this happening? Yes.

So, what to do? Nanny tu buat rules waktu makan dan buat board reward. Means kalau diorang buat slah akan di hukum kalau buat baik dapat ganjaran. Dapat bintang kat board tu and the situation is start to change. Yang paling bestnya family ni ada anak paling kecik dalam usia 3 tahun tapi dah pandai mencarut, oh my.... So apa nany buat, kalau dia buat salah je akan kene denda duduk kat satu tem[pat untuk beberapa minute contoh 5minit kemudian baru boleh buat balik apa yang dia nak.

the important part after the punishment is to communicate with them why do they being punish! part yang paling penting tapi tak semua parents buat. And anak tu sendiri akan mengakui kesalahan dia. Ni kita selalu bebel je, xde bagi moral value and then give them a hug to show that we love you! we do this not to punish you but to you to learn.


AYAH/BAPA/PAPA
Peranan seorang ayah bukan sahaja untuk mencari nafkah pakaian, makanan tempat tinggal pelajaran tapi bimbingan sebagai seorang ayah. Banyak sangat situasi yang kita lihat, waktu anak tu kecik je kita sayang2 pastu bila dah besar tak ada komunikasi langsung, ayah balik kerja penat, ibu yang ambil semua tanggungjawab nak didik anak sorang2 and ayah tak buat apa2 coz he think he done his part. dalam nanny 911 ni dia sangat tekankan to be "A TEAM". ibu dan ayah kena berperanan dalam satu pasukan, bukan devide2. tapi melengkapi.

dan part ni yang buat aku dan hubby touching bila anak lelaki mereka yang paling besar melawan cakap bapa die ni sambil mengacukan gunting dan mencerit2 "give me my stuff back!!" dan bapa ni melakukan sesuatu yang tak pernah dia lakukan.

"lets we talk like an adult. come and talk to me, i am your father, i not anyone else. just tell me.
and the sons say "i'm sorry", i know it is wrong. dalam pengakuan video tu anak tu kata ayah saya tak pernah bercakap dengan saya berdepan macam ni, dia selalu balik kerja dan tengok tivi and im happy with that. at the end, the father said we want to have a better life and lets do it together, come and give me a hug, and the father hug the son which he never done before. Si ayah tu sendiri menangis and aku dengan hubby pon nangis jugak. huhu.



HAVE YOU HUG YOUR SON, GO TO THEM AND JUST SAID IT IS OK FOR YOU TO MAKE MISTAKE, I IS OK TO SAY TO ME THAT YOU ARE SCARED, IT IS OK IF YOU DON'T WANT TO DO SOMETHING THAT YOU DON'T WANT. HUG AND KISS THEM. TREAT THEM LIKE A FRIEND THAT YOU RESPECT. HAVE YOU EVER DONE THAT??

Terus aku cakap kat hubby " hubby jangan lupa treat anak kita nanti macam tu tau". It really means a a lot to us. Berapa ramai ibu bapa yang gagal berperana sebagai ibu bapa bukan sebab mereka tak boleh, tapi tak belajar seni untuk menjadi ibu dan bapa. WE CANNOT CHANGE OTHERS, BUT WE CAN CHANGE OURSELVES.

Jom kita sama-sama belajar macam mana nabi didik anak, macam mana Hassan Al-banna didik anak dia, memang akan menitiskan air mata bagi hati yang mencari.

p/s: sepanjang aku nengok cerita ni dalam hati rasa nak sangat bagi nanny ni ambil herbalife, kaalu aku dekat dengan diorang sponsor diorang makan herbalife pon xpe sebab diorang gemuk. muahaha. diorang baik sangat, so aku rasa diorang deserve untuk kurus dan cantik plus baik hati. hoho.


20 March 2012

KISAS vs TIKL

Salam.

Aku dengan hubby datang dari background study yang berbeza, dulu time sekolah menegah form 4 & form 5 hubby blaja kat KISAS atau nama panjangnya Kolej Islam Sultan Aziz Shah, one of the best boarding school yang Islamic. Nengok kat gambar kawin kitaorang kawan-kawan aku ingat aku kawin dengan pak ustaz. huhu. Nak kongsi sikit pengalaman hubby time dia belajar kat Kisas dulu, aku suka dengar dia cerita pasal sekolah lama dia dan tak jemu suh dia ulang-ulang cerita yang sama:)



HISTORY OF KISAS:)

This college was established in 1374H/1955 AD. The original name was Kolej Islam Malaya. It was erected on a piece of land measuring approximately 14.3 acres located at Jalan Kota Raja, which is about one and a half miles from Klang. The College was initially a palace then benefacted by Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj, son of the late Sultan Alaeddin Sulaiman Shah. He is hoping that the college is to produce scholars' who fear Allah, and thus illuminate the society with the spirit-the spirit of Islam and to eliminate all forms of unbelief and ignorance that exists.[1]

In 1386H/1966 AD, Highest Certificate of Kolej Islam Malaya have been moved to a new building in Petaling Jaya (now Foundation Centre of International Islamic University Malaysia) and then to Bangi(became the Faculty of Islamic Studies Universiti Kebangsaan Malaysia). However, course preparation is still performed in Klang.

In 1967 the College was taken by the Ministry of Education and make a full government-aided schools named Kolej Islam Klang. Finally in 1972, he was elected to the Boarding School complete with various facilities to this day. Then in 1989, Kolej Islam Klang was renamed Kolej Islam Sultan Alam Shah by Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Hisamuddin son of the late Sultan Alam Shah, Sultan of Selangor Darul Ehsan at that time. Until now, the building of the former sultan's palace still stands.


KISAS
Kisas ni kira salah satu sekolah kluster means sistem dia tak sama dengan sekolah boarding lain. Waktu hubby form 4 dia kata kene hafal nama kawan, nama penuh pulak tu dengan dorm sekali, amek kaw. Ukhwah nak kene mantap la katakan. huhu. Kat KISAS dari sudut ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan amatlah terjaga, lelaki kalau nak cakap dengan perempuan mesti disebalik tabir, kadang di sebalik pintu hubby kata. Oh ye, aku tak boleh bayangkan. huhu.

End up hubby memang tak ade kawan perempaun sangat pon, plus hubby pon jenis yang pendiam (kontra dengan aku) muahaha. Ade la kawan satu kelas dia dalam satu dua org yang dia kenal and rapat sikit (aku jeles k). Hee. Bila form 5 hubby masuk kelas 5A tak silap aku. and 90% clasmate hubby semua pergi overseas (kelas budak pandai) tapi dia rasa biasa je. and hubby sendiir dapat offer pergi overseas tapi tak pergi which to further studies to overseas is one of my dream kot. dia boleh let go?? adohai, eh kalau tak, tak jumpa la aku kan;p hehe. Result SPM die pon gempaq kot, semua A1. satu je B. kalau jumpa budak KISAS cakap yang hubby kelas ni mesti diorang cakap, woo kelas orang pandai tu, tapi aku selalu duk sebelah hubby dia humble je, aku pulak terasa terlebih pandai! haha. sebab terlebih cakap:p *perasantan. huhu.


KELUARAN KISAS

Contoh macam FAISAL TEHRANI penulis novel popular tu dulu pon student KISAS, USTAZ ASRI bekas mufti perlis tu pon dulu ex-kisas juga, dan ramai lagi tapi aku tak ingat ^_^".

Hubby ni perwatakan dia memang la pendiam, event kat uma dia sendiri pon dia tak banyak cakap, dengan aku je his true character appear, aku rasa:) hihi. Hinggakan kat Herbalife event ada sorang member Kisas dia (dah jadi supervisor dah pon) dia tak kenal. Budak tu je kenal dia. huhu. Sorry ye, my hubby ni bukannya sombong jauh skali taknak kawan orang tapi memang karakter dia bukanlah ramah-tamah macam aku ni. Jumpa sekali terus boleh rapat macam dah lama kenal. kadang smapai hubby tanya aku, "nak borak apa ek dengan orang?" ^_^". dengan aku je dia tahu berborak n bermanja. heheh. tak pe< aku suke, tak yah nak mesra-mesra sangat dengan orang. jahat seyh. haha.

SAHABAT SAMPAI MATI
Walaupon hubby takde ramai sangat membe, tapi die jenis ada kawan yang sanggup mati. Maksudnya kawan yang memang sanggup berkorban n bersusah payah dengan dia which sangat susah nak dapat kot, part ni aku jeles. Aku ni senang nak kawan dengan orang tapi kawan karib yang rapat sangat n tahu semua bende yang sefikrah dan yang seperjuangan aku takde. bhahaha. ok. Tapi hubby ada, Baihaqi, tu la yang selalu dia sebut2. Tapi Baihaqi ni kat US sekarang, walau US tapi hubungan tu aku rasa diorang rapat sangat, time susah Baihaqi nilah yang banyak tolong (walau maybe dia rasa macam tak tolong apa2 tapi besar maknanya pada hubby).

Ok, done with Kisas.


TIKL
Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur merupakan sekolah teknik yang tertua di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1926 sebagai "The Federated Malay State Trade School" oleh En. Noel Leembruggent, seorang jurutera dan En. Geary, seorang Superitenden. Lokasi pertama sekolah ini ialah di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Pada tahun 1929, nama sekolah telah ditukarkan kepada "Junior Technical Trade School".
Sekolah Menengah Teknik (Cheras) Kuala Lumpur, or Technical Institute Kuala Lumpur (TIKL), is located in Cheras, Kuala Lumpur and is arguably the oldest technical school in Malaysia. It is considered to be one the best technical schools in the country.




Ok, sekolah aku takdelah gempaq sangat macam sekolah hubby, hee. Sekolah ni memang one of the best technical school tapi aku je yang tak best! haha. kalau result hubby A1, aku dari A sampai D aku kumpul. haha.

Kat sekolah teknik aku pon takdelah femes sangat, low profile je beb, and aku takdelah bercouple-couple macam dak lain (konon). Sebab tak reti kot. Duk johr tapi sekolah kat KL. Nak sangat merasa duk jauh kononya . sekali home sick, hampeh betol sampai aku rasa macam nak balik sekolah lama tapi tak jadi. hehe,

Kat sini aku ambil kos perdagangan tapi still ade subject add math, kimia n fizik which aku tak pernah lulus, time SPM je lulus. haha, kontra dengan hubby siap masuk pertandingan kimia fizik bagai. Oh please aku tak suka number n mengira2 ni. aku raa life so mir=serable kalau bagi aku math! tapi aku suka kira duit, tu takpe;p. kalau boleh aku nak amik kos yang xde kire2 langsung ^^".

Tapi kat sekolah ni aku sangat improve dari sudut bahasa english aku sebab campur dengan budak2 bandar yg open minded kan, kalau ngan budak kampung kene perlekeh nak speaking konon. diorang ok. huhu. And kat sini aku kenal seorang kawan dan keluarganya yang sangat baik hinggakan bagi aku tumpang duduk rumah diorang for almost 3months aku rasa time form5 sebab aku tak leh bawak duk hostel rasa macam takleh belajar. Thank you to Naimah jalal:)




Alhamdulillah kami disatukan dengan ikatan pernikahan yang mulia:) Hubby selalu ingatkan baca quran, solat awal waktu, his done his best to guide me and i feel so bless having him by myside. Thank you ye ustaz abdul rasyiid:) Full support & commitment doing Herbalife together is the best gift as well.

Kepada kawan-kawan sekolah lama kami, maaf kalau time kawin haritu tak jemput sebab serius buat mudah and simple jew, cuma jemput sedara-mara dan kawan terdekat, nak pastikan majlis simple supaya mudah "dupplicate". hehe. Sebab orang ingat nak kawin ni kene ada hantaran 20k smapai berhutang bank bagai, syariat itu mudah, adat yang menyusahkan. Kalau Allah kata ok, kita ON je, takyah pening2 dengan pendapat dan perangai manusia:)

Semoga kita berjumpa lagi ye kawan-kawan, kalau yang berhajat nak kawin tapi takde duit kami boleh bantu ajar cari duit, the answer would be HERBALIFE l aye, jangan tanya lain, kami tak tahu:)

see u.. daa~

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)