Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

12 April 2012

Syariat atau Adat?

Salam..

Ramai yang datang kat aku mengadu pasal masalah nak kawin. Penat nak jawab kot, so aku decide untuk tulis terus kat blog so kalau ada lagi yang tanya aku suh baca blog aku je.

Kebanyakkannya tak dapat kawin disebabkan masalah yang sebenarnya bukan satu masalah, atau dengan kata lain, tak dosa pon kalau tak ikut. Ape masalahnya? Basically masalah kekangan kewangan, atau parents tak bagi. Kalau masalah duit senang nak setle, tapi kalau masalah parents ni rumit sikit kalau takde ilmu.



Lazimnya masalah parents ni antaranya anak tak habis belajar lagi, langkah bendol (ada kakak atau abang yang belum kawin, nak kene yang tua kawen dulu), parents tak suka calon pasangan atas sebab2 yang tak munasabah contohnya semata2 bukan pilihan diorang, dan of coz kewangan la, orang akan selalu cakap pasal duit ni "ko nak bagi anak bini ko makan ape, makan pasir??". Dan ada yang kata, "kita ni family susah, senangkan family dulu baru fikir kawin".

Kalau masalah datangnya dari pihak lelaki takde masalah sangat sebab lelaki ni tak perlu wali dan sebenarnya xperlu pon nak minta izin lagi2 kalau memang calon perempuan tu tak ade halangan dari sudut syariah. Tapi rumit kalau dari pihak perempuan sebab nak kene ada wali. Tapi tak jadi masalah sebab boleh rujuk pejabat qadi dan diorang akan mudahkan jalan, boleh guna wali hakim kalau yang perempuan takde wali sebab wali taknak jadi wali.


SYARIAT vs ADAT
Syariat tu cukup mudah, tapi bukanlah mudah yang boleh diperlekehkan. Tapi mudah kerana tahu hakikat fitrah manusia yang diciptakan memang begitu sifatnya nakkan pasangan. tak payah lah aku nak huraikan tentang macam mana panduan nak cari pasangan, korang mestilah tahu, kalau tak tahu sila pergi belajar.

Tapi jadikanlah Rasulullah sebagai teladan macam mana dia mengahwinkan anaknya Fatimah dengan saidina Ali. Yanng wajib maskahwin. Hantaran tu adat. Tapi akhir zaman ni manusia menilai adat tu yang macam dah wajib bukan main. Nak kawin kene hantaran 10k, 20k sampai kene berhutang dengan bank, lagi teruk hutang dengan along bagai. Pas kawin pening pikir hutang segala. Adohai. Asalkan orang tu bertanggungjawab tak kira dia masihh belajar ke, muda lagi ke insyaAllah selamat, berapa ramai yang kaya-raya kadang nafkah pon tak bagi.



HAK ANAK KE ATAS IBU BAPA
Selalu ibu bapa memikirkan mereka berhak sepenuhnya keatas kehidupan anak, tapi lupa akan hak anak kepada ibu bapa yang mesti juga ditunaikan.

i. memberikan nama anak semasa lahir dan memanggil anak dengan nama yang baik2,
ii. mengajar anak kitab2 Allah;
iii. mengahwinkan anak apabila anak mencapai umur yang boleh dikahwinkan.

Takyah lah aku explain pasal bagi nama dengan mengajar kitab tu semua orang senang nak faham, aku nak emphasize kat sini pasal yang ketiga tu. Tak kira anak lelaki atau perempuan. Fardhu upon the father. Jika bapa gagal mengahwinkan anak bila dia dah boleh kahwin dan anak tu terus buat dosa sebab tak kawin maka dosa anak akan di masukkan sekali ke dalam akaun dosa bapa dia. Dosa mata, tangan, telinga dll, bapa dia pun ada jumlah yg sama dosa anak tu.

Bapa dia bertanggungjawab atas anak tu tak kira la bapa dia tu alim ulama besar, hartawan yg dermawan, tak pernah tinggal sembahyang jemaah di masjid atau apa saja.
Bila anak lelaki atau perempuan dia dah boleh kawin si bapa kena support, sokong dan cari calon yang beriman untuk anak dia tu. Dilarang membiarkan anak untuk bercouple-couple etc. Kerana ingat dosa anak bapak dia pun tanggung sekali.

Bapak kena support kewangan, kebenaran, tak membebankan calon kalau anak perempuan sampai nak tetap hantaran berpuluh ribu RM. Pengsan la calon klu kena macam tu. Baru nak mulakan hidup dah kena berhutang. Cuba kalau bapak dia yg kena macam tu masa nak kawin dengan mak dia sekarang ni. Jawabnya sampai ke tua la bapak skrg...

Jangan ikut sangat budaya salah masyarakat nak suruh anak tu tunggu lepas universiti, kerja bergaji beribu-ribu dulu, kena ada kereta dulu, beli rumah, mampu buat kenduri sembelih lembu 2 3 ekor dulu, nak jumpa menantu yg hansome cantik dulu etc baru nak bagi kawin. INGAT!!! Dosa anak bapak tanggung sekali yer...

Khalifah Umar alkhattab suatu hari meronda waktu malam. Beliau terdengar satu perbualan anak perempuan dgn ibunya. Si anak bgtau susu untuk jualan esok tak cukup. So si mak suruh campur air, tapi anak tu tak setuju. Si anak kata khalifah marah buat macam tu. Mak ckp khalifah tak dgr sebab khalifah tgh tido. Si anak jawab Tuhan khalifah tu tau apa yg kita buat. Esoknya, khalifah umar hantar rombongan untuk meminang anak perempuan tu untuk anaknya Abdullah ibnu Umar.

Satu kisah yg berlaku zaman abasiyyah kut(tak ingat). Seorang kadi dapat tau yg esok pagi ada pembesar zaman tu akan dtg meminang anaknya kerana tau anak dia cantik. Kadi tu tau yg pembesar tu tidak beriman dan fasik. Apa yg kadi tu buat ialah dia suruh seorang anak murid dia tunggu lepas subuh. Cari 2 org saksi dan terus kahwinkan anak perempuan dia tu dgn pemuda tu. Walaupun pemuda tu miskin dan tak masuk universiti (ni ayat tambah sendiri). Bila pagi tu rombongan pembesar sampai dia pun cakap dia takde anak perempuan yg belum kawin. Semua dah kawin. Setel masalah.

Stigma kawin muda menyusahkan patut dikikiskan dalam minda mak dan bapak yg beriman. Kerana kawin telah terbukti menjadikan seseorang itu lebih fokus, bertanggungjwab, ceria, kuat berusaha dll. Ye lah gelora nafsu badannya telah dipenuhi, ada tanggungjawab, hidup dia lebih bermakna dan enjoy lepas kawin. Jadi mak dan bapak (bapak la paling banyak saham dlm hal ni) kena pikiaq hal ni elok2. Ni hak anak., tanggungjawab bapak. INGAT!!!dosa saya bapak tanggung ok...kahwinkan anak bila sampai waktunya...bapak kena sokong moral dan duit untuk bagi anak kawin...klu ada anak pompuan tu jangan bagi susah sangat letak belanja sampai bakal menantu kena buat loan bank rakyat pulak nak kawin...dah la lepas kawin anak tu nak mulakan hidup baru...beli brg dlm rumah lagi etc...

apa salahnya akad nikah lepas tu buat jamuan makan tengahari saja? jemput ahli keluarga dan jiran terdekat saja...susah tapi boleh dibuat...mungkin rasa malu sikit tapi insya allah selamat dunia akhirat...nak besar sikit bapak sponsor la lembu sekor..klu tak mampu tu buat kecil kecilan sudah...kawin tu sah jugak...bapak terlepas dosa...dah ada duit nanti buatla kenduri kesyukuran besar skit....





KULIL HAQ WALAU KANNAMURRON
Berkatalah benar walaupon pahit. Nampak "simple" kan. Tapi nak melaksanakannya memang susah dan sangat mencabar, trust me. Islam itu asing, dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing. Kalau niat dan jalan kita betol pasti Allah akan tunjukkan jalan, ada je jalan keluar, ade je pertolongan dari arah yang tak disangka-sangka. Biarkanlah orang yang nak mengata, mulut manusia buat betol dikata apatah lagi kalau tak betol. Yang penting betol di sisi Allah insyaAllah selamat dan berkat dunia akhirat.

Terimakasih Allah kerana dengan izinMU kini aku sudah bergelar isteri dan juga ibu. Moga sahabat-sahabat lain dipermudahkan urusan pernikahan. Banyak2 berdoa, doa tu senjata orang Islam.

-the end-

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)