Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

24 August 2012

Raya sebagai Isteri dan Ummi

Salam lebaran.

Sebelum tu nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa, tersilap tingkah laku, mohon di ampunkan. Maaf zahir dan batin:)

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur masih lagi sempat untuk menyambut raya kali ini dengan orang-orang yang kita kasihi juga tak lupa kepada arwah Wak Pah (makcik belah ayah), raya kedua tanpa arwah memang amat terasa, Al-Fatihah untuk arwah Wak Pah. *sebak jap*
Okey, raya kali ni lebih excited,bukan sebab excited jakun sangat nak raya macam zaman budak-budak dulu, tapi sebab ada orang baru dalam family kami. Siape tak kenal the famous baby in the house, Fatiyyah Bt Abdul Rasyiid;) *bunga api*. Who is she??



My name is Fatiyyah!

She's get attention MORE than me, nengok kat picture die tu, 29 LIKESS kot. haha. Rasanya kalau Fatiyyah buat retail lagi laju dari aku kot, sebab semua orang suka kat dia, semua orang suka baby kot, kan? Bila ada anak memang tak fikir sangatlah baju sendiri, almost every week she's get new clothes, haha. 

Okey, berbalik ke cerita raya, dah menyimpang ni, raya kali ni aku beraya di kampung sebelah ayah kat Sri Paya Batu Pahat. Sehari sebelum raya dah balik pada Ramadhan terakhir, raya kali ni ada bakar lemang. Wah2 meriah sungguh,ayah la ni master mind nya. 

                                                                    lemang oh lemang

Hubby memang rajin bab-bab gotong royong ni, (bertuah dapat hubby) hehe. He's having skill regarding lemang-lemang ni. Sebab hubby cerita dulu selalu tolong abah, abah rajin buat lemang. Waktu ni pon da gerimis2 sebenarnya. Aku?enjoy sedut asap lemang jela jawabnya. Kedepan kebelakang sibuk melayan our little princess yang sekarang makin banyak naik akal. 

So sampai la pagi raya, semua adik beradik ayah yang ada berkumpul untuk bersalam-salaman di pagi raya memohon maaf. Pagi raya tu aku dengan hubby pakai baju kahwin kitaorang yang baru pakai sekali tu, so yang ni second time la pakai baju yang sama.

more than 12Kg,hehe, AskMeHow;)

Boleh pulak dah siap cantik-cantik Fatiyyah tido pulak -_-", anak ummi ni.  Kalau dulu pagi raya gosokkan baju aku dengan hubby je, tapi kali ni kene bangun lagi awal sebab nak siapkan anak pulak, anak dulu baru kami, baju pon Fatiyyah dulu baru kitaorang. Bak kata ustaz Hasrizal, sayang anak tanpa syarat. Sayang anak, bukan sayang kanak-kanak,sangat beza. Sayang anak sampai dia besar,kawin,dia ada anak, macam apa yang ibu ayah buat kat aku sekarang. Terima kasih ibu ayah:)

So raya kali ni memang seronok kenalkan Fatiyyah dengan sedara-mara and Nek Ibu dengan Tok Ayah pon excited kenalkan cucu diorang lebih dari aku, huhu. Raya kali ni lagi seronok bila dapat bagi duit raya lebih sikit dari raya lepas sebab alhamdulillah rezeki bertambah-tambah bila ada anak. Ya,kitaorang tanggung hidup sepenuhnya guna duit Herbalife. Thank You.

After all, kami pon bergambar beramai-ramai:
                                          semoga raya tahun hadapan dapat kita berjumpa lagi!

Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. dari Fariha,Fatiyyah dan Rasyiid:)

p/s:jemput datang rumah kami di bangi:)




No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)