Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

15 April 2009

jatuh Cinta!

Assalamualaikum..

Ia... Benar, aku dah jatuh cinta yang amat, tapi kali ni arusnya amat berbeza. Lenggok dan gaya bahasanya juga tidak sama. Sebab cinta ku kini pada kalamullah. Dua khazanah yang di tinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah Al-Quran dan sunnhnya. Sungguh, aku ingin benar-benar mengkajinya, ingin aku fahami ertinya tanpa melihat kepada terjemahannya.

Cinta ku pada bahasa Arab.. Lama pencarian untuk mendapatkan tempat dimana untuk aku mempelajari bahasa ini, alhamdulillah dengan teknologi di hujung jari memudahkan urusan ku. Oleh itu aku mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat maklumat yang aku perolehi. Mungkin maklumat ini amat berguna kepada mereka yang benar-benar mengkehendaki.

Allah berfirman dalam Al-Quran:
" Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mreka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunnyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Merekalah orang-orang yang lenggah."
(Al-A'raf: 179)

Astagfirullah al azim.. Moga aku tidak di golongkan dalam golongan yang Allah maksudkan di dalam ayat tadi..

Biarkan aku menginfa'kan diri ini pada jalanMU Ya Allah.. berikanlah ketenangan di dalam hatiku Ya Allah.. Berikanlah aku kekuatan dalam perjuangan ini, sungguh aku lemah dan banyak khilafnya.. Aku lemah Ya Allah..

Kepada siapa yang berminat untukl menyertai kelas bahasa arab. Maklumat adalah seperti berikut:

SUBJEK : KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI
LOKASI : BILIK SUMBER MASJID AL-HASANAH (MASJID JAMEK BNDR BARU BANGI),
BERHADAPAN PUSAT RAWATAN ISLAM AN-NOR & AZ-ZAHRAH,
SEKSYEN 9, BANDAR BARU.
YURAN : RM 100
TEMPOH : 2 BULAN UNTUK 1 TAHAP. ADA 6 TAHAP. SETIAP TAHAP HANYA RM 100 UNTUK 2 BULAN
BERKENAAN.
HUBUNGI: USTAZ NADZMI (0129637287)
KELAS : SABTU (5pm - 6.30PM) SETIAP MINGGU.

Selamat mencuba.

wassalam..(^_~)

14 April 2009

siapa "KITA" ?

Assalamualaikum pembuka bicara..
Salam sejahtera, doa keatas muslimin dan muslimat khususnya..

KITA

Kita serupa..

Kita satu jiwa..

Kita satu bangsa..

Bilamana penggunaan perkataan "KITA" digunakan menunjukkan? Ramai, lebih dari seorang. Selalu kalau cakap "kita" apa yang ada dalam minda agak-agak?
Kita manusia.. Kita pelajar.. Kita anak.. Kita isteri.. Kita suami.. Kita pimpinan.. Kita da'ie.. Kita Pelajar Melayu Muslim atau Kita Muslim Melayu pelajar? Mana dulu? Muslim yang penting ke atau pun Melayu?

Muslim jawapan anda? habis tuh, Melayu tak penting lah? Kalau kita bukan Melayu, tak dapat pinjaman MARA, tak dapat pinjam buku teks free tau kat sekolah. Konfius? huhu..

So macam mana? Dalam apa sekalipun, Muslim yaini Islam itu sendiri hendaklah di letakkan paling atas sekali dalam hirarki hidup kita. Sebab disisi Allah s.w.t adalah Islam. Kalaulah Allah menerima amalan-amalan seseorang atau menilai seseorang dengan bangsa. Contohnya, bangsa Melayu je yang masuk syurga, maka Allah zalim. Tapi tidak, kerana Allah tidak melihat bangsa sesuatu kaum tapi melihat ISLAM.

" Sesungguhnya Allah s.w.t tidak melihat kepada tubuh-tubuhmu, tidak pula kepada rupa bentukmu, tetapi dia melihat kepada hati-hatimu dan amalan-amalanmu"

(HR: Muslim)


Jadi bila meletakkan Islam yang teratas maka kita BANGSA ISLAM.. TANAH AIR ISLAM.. ABIK BERADIK ISLAM.. PERJUANGAN ISLAM!

Dan disini hendaklah difahami bahawa HATI YANG BAIK hendaklah dibuktikan dengan AMALAN YANG BAIK. Amalan mencerminkan hati. Boleh ke percaya orang cakap, "saya tak solat, tapi saya baik."

"Saya penzina, tapi saya baik." Boleh terima ke? Sudah tentu tidak. You have to believe, have faith and to show! Sayang kene ditunjukkan, kene ada bukti. Betol?

KISAH

Peperangan Badar merupakan peperangan pertama bagi ummat Islam. Peperangan yang sayu, orang Islam menentang orang kafir, anak dengan ayah, abag dengan adik, pakcik dengan anak sedara! Darah daging mereka sendiri, tapi bila mana meletakkan Islam sebagai yang teratas maka adikku adalah Islam!

Ketika selesai peperangan yang berpihak kepada ummat Islam yang ketika itu hanya seramai 313 orangtentera berjaya mengalahkan 1000 orang tentera quraish. Tawanan perang di kumpulkan di suatu tempat dan salah seorang tawanan adalah Abu Aziz B. Umair. Abu Aziz merupakan adik kepada Musab B. Umair yang sudah memeluk Islam. Abu Aziz menjadi tahanan perang tentera Islam. Sahabat kepada Musab yang menangkap adiknya. Musab lalu dihadapan tawanan dan adiknya memanggilnya. "Tolong longgarkan ikatan tanganku ini, engkau kan abang aku," kemudian Musab berkata kepada sahabatnya " tolong kuatkan lagi ikatan tangannya, engkau bukan adikku sebaliknya beliau mengajukan sahabatnya itu sebagai adiknya."

Lihat, betapa solid nya iman mereka dan meletakkan Islam paling tinggi sekali.

Jadi, KITA sebagai ummat Islam hendaklah benar-benar hadam dengan fahaman dan asas-asas Islam itu sendiri. Moga di beri petunjuk daripada Allah s.w.t menuntun hati menuju redhoNYA..

ameen..ameen..Ya Rabbal a'lameen..

wallahualam..

(T_T)..sob3..

reACTIVATE!

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera aku ucapkan kepada semua sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang ku rindui sekalian! Rindu? betul, tak tipu.. Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah s.w.t Tuhan semesta alam. Yang mengguasai hati-hati manusia, semoga hati kami thabat di jalanMU Ya Rabbi..

Entah bagaimana hendak aku mulakan, sudah lama tidak menjenggah blog hinggakan terlupa password kerana melayan "rajuk" terhadap laptop yang rosak. Rasa hilang semangat dan aku membiarkan ia begitu saja. Bila cuba untuk menulis hati aku kaku, tangan seolah tidak tahu untuk menekan papan kekunci. Pandangan "kosong" tawar hati kononya. SubhanAllah, Maha Suci Allah yang Menghidupkan dan Mematikan. Hempusan bayu dari "Jordan" mungkin yang dapat mencairkan tembok "rajukku". Terima kasih "Mem". Bersua tidak, mendengar suara tak pernah, berbicara hanya berapa kali cuma, tapi kami seolah sudah lama mengenali antara satu sama lain. Allahuakbar! Ukhwah yang terbina kerana aqidah ini, ku harap kekal hingga hujung nyawa. Betol tak Mem? :P

Hampir putus asa dalam memberi nafas baru kepada "layout" blog, ntah kenapa hendak menukar templates tapi kod je yang keluar, Mem, Thank You so much!! kerana memberi "injection" towards my spirit.

Ku harap dapat istiqamah dalam perjuangan mencoret sedikit cebisan kehidupan yang mungkin dapat dikongsikan bersama sahabat-sahabat seperjuangan..
Moga langkah derapku lebih tersusun.. Syukran kepada yang selalu memberi semangat.

Wailal liqa'

wallahualam..

wassalam..(^_^)

25 January 2009

Syeikh Ahmad Yasin

AMANAT SYEIKH AHMAD YASIN

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dab sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata:

Tidakkah kamu melihat wahai bangsa Arab, sudah sampai kemana keadaan ini??

Sesungguhnay aku seorang tua yang lemah, tidak mampu menyandang pena dan menyandang senjata, dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu kemana- mana tempat lagi untuk memenuhi hajatku, kecuali mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia serta di timpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit yang menimpa diriku menimpa bangsa Arab sehingga manjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai bangsa Arab, kalian diam, membisu dan lemah, atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pon yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah...
Tiada satu pon kumpulan dari kalangan kalian yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah menisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami, dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan di zalimi oleh pembunuh, penjenayah serta pengganas... Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musus-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah ummat ini terhadap dirinya yang di hina sedangkan pada dirinya terdapat kemuliaan. Tidak malukah negara-negara ummat Islam membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsa tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Aadakah pertubuhan-pertubuhan ummat ini dan, pasukan tenteranya, pasti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan;

"Ya Allah perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang di patahklan tulang temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMU yang beriman!"

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian kaan mendengar tentang peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua, pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kaangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada'.

Jangan kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyakskan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa saja yang lalai menunaikan kewajipan yang di amanahkan.

Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin ummat ini, wahai bangsa ummat ini.

"Ya Allah kami mengadu kepadaMU... Kami mengadu kepadaMU... Kami mengadu kepadaMU...
Kami mengadu kepadaMU lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkau lah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa kepada kami?"

Ya Allah kami mengadu kepadaMU darah-draah yang tertumpah, maruah yang ternoda, yang kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang di yatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan. tanaman-tanaman yang di rosakkan.

Ya Allah kami menggadu kepadaMU seleraknya kesatuan ummat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMU betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya ummat di sekililing kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami...

..............................

KEPERGIANNYA

6 September 2003

Tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran dari udara dan darat untuk membunuh pengasas Hamas, Syeikh Ahmad Yasin dan Ismail Haniah. Mereka berdua bagaimanapun berjaya di selamatkan.

pagi 22 Mac 2004. Isnin.

Syeikh Ahmad yasin telah dibunuh dengan 3 butir peluru roket yang ditembak menggunakan helikopter Apachee sebaik sahaja beliau selesai menunaikan solat subuh berjemaah di sebuah masjid yang berdekatan dengan rumahnya di Hayyu Syabra, Timur Genting Gaza. Peristiwa yang turut menyayat hati itu turut menggorbankan 9 orang pengikut setianya.

perjuangannya akan berterusan walau jasadnya tiada. Tapi semangat juangnya membakr terasa lagi bahangnya hingga kini.

Ketakutan Yahudi jelas..

Al-Fatihah..

wallahualam..

Kekejaman Yahudi: Dulu..kini..selamanya??

BERAT MATA MEMANDANG

Dari kejauhan merentas benua, sekadar hanya melihat dari kaca tivi.. sudah cukup untuk meluluhkan hatiku melihat penderitaan saudara seagamaku.. Meremang tubuh saat mencoretkan nukilan ini. Masyarakat seluruh dunia bingkas bangun melakukan demonstrasi, tabung bantuan, ubat-ubatan.

Marah, hiba, duka, sakit hati..ini sudah pasti!

Hacur ISRAEL..!! Hancur ZIONIS..namun seperti tidak sedikitpon mengurangkan derita mereka. tetap saja mereka di bom. di bunuh sesuka hati.


TINDAKAN

Jihad kecil yang mampu kita buat adalah dengan memboikot segala macam bende alah produk keluaran Yahudi laknatullah. Biar pun sekecil-kecil perkara dan dilihat enteng oleh sesetenggah pihak.

Dan yang aku benggang dan tak faham boleh pulak kerajann ni cakap "kalau pemboikotan di lakukan maka akan menjatuhkan ekonomi negara." ape nih??!!!!

sedangkan pada pengamatan aku, ini adalah peluang cerah kepada industri tempatan untuk melebarkan sayap dan memperkukuhkan kedudukan. Rakyat tempatan yang dapat untuk. Memang tak faham..

PERISTIWA DALAM SEJARAH


Pada 31 Mei 1950, satu serangan di Wadi "Arabah sehingga mengorbankan seramai 30 orang rakyat Palestin.

Pada 14 Oktober 1953, serangan berterusan selama 16 jamdi Qabbiah -62 terbunuh,56 buah rumah di robohkan.

Kemuncak keganasan Israel ialah pada 16-18 September 1982, apabila tentera Israel pimpinan Menteri Pertahanannya, Ariel Sharon melakukabn keganasan membunuh lebih 3000 orang Islam di Sabra dan Syatila. Ada juga dakwaan yang mengatakan angka kematian sebenar menjangkau 7500 orang.

Melihatkan tiada tindak balas daripada negara-negara ummat Islam, rejim Israel semakin enak melakukan kekejaman dan pembunuhan. Pada 8 Oktober 1990, tentera Israel melepaskan tembakan rambang kepada ummat Islam yang sedang menunaikan solat di dalam Masjidil Aqsa mentebabkan 21 terbunuh, 150 cedera, dan hampir 300 orang di tangkap.

Pada 25 Februari 1994, skali lagi ummat Islam yang sedang solat ditembak oleh pengganas Yahudi. Seramai 60 orang terbunuh di dalam Masjid Nabi Ibrahim di bandar Al Khalil (Hebron) ketika menunaikan solat Subuh di bulan Ramadhan.

BANGKITLAH ISLAM

Segala yang terjadi sudah tertulis, setiap yang tertulis pasti terjadi.

Islam pasti akan bangkit semula, itulah sinar yang di tunggu-tunggu. Yang membuatkan ummat Islam terus emangat untuk berjuang menggapai janji Tuhan.

Kata-kata MU benar, janjiMU benar.

Takbir!! Allahuakbar!!!!!!

wallahualam

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)