Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

23 December 2008

Suatu Perjalanan

RENTETAN

Ni sebenarnya rentetan cerita daripada "fasilatator tuh".. Malamnya kami pergi menumpang tidur dirumah seorang ustazah ni..

Perjalinan Dari Masjid Ke rumah dalam 1km rasanya dan melalui 1 traffic light. Nak kongsi, seorang ustaz dari 3 yang aku sebutkan tuh menjadi guiden kami untuk menuju kerumah ustazah tuh.

Aku akui, aku ni kalau traffic light memang selalu melanggar peraturan, suka-suka je langgar lampu merah (jangan ikut ea, salah ye adik2..hehe). Kemudian bila kat traffic light tuh "merah" punnyalah lama dan kenderaan pun bukannya banyak kalau nak langgar memang boleh jer.

Tapi nak diceritakan kat sini, ustaz ni dengan tenang dan sabar dok tunggu jugak sampai warna hijau. Walaupon motor dia da mati enjin 2 kali. Tapi aku nengok dia tenang jer walaupon aku da "provoke" die dengan press minyak moto..haha.

Walau hanya suatu perjalanan tapi aku mendapat suatu pengajaran yang sangat berguna. Bila kat traffic light jer aku teringat kejadian tuh. Semoga dapat mencontohi sifat sabarnya itu.

p/s:bersabarlah di atas kesabaran..

Wallahualam~

Fasilitator

DIJEMPUT

Pada hari sabtu dan ahad yang lepas (20/12 - 21/12) kami telah dijemput oleh Ustaz Khidir untuk menggendalikan suatu program "Smart Solat". Mulanya macam tak nak pergi, tapi last-last digerakkan hati juga oleh Allah untuk pergi. Kami enam orang Naufal, Syazwan, kak Due, Kak Ipa, Ili dan aku pergi kol 7.30 pagi naik moto. Skali-skale konvoi naik moto best gak..hehe. Tapi ni bukan suka-suka ea.. Nak berkhidmat..jeng3.

DI UJI

Alhamdulillah kami sampai ketempat lokasi pada pukul 8.20 tapi sebelum tu kami di uji. Ape dia? Standart la kalau pergi ke tempat yang tak biasa ni iaitu terSESAT.. Teringat kata-kata seorang sahabat tuh, "kalau kita buat benda baik tapi tak di uji, tu mesti ade something wrong. wallahualam..

Bila sampai je kami di berikan ucapan alu-aluan oleh tok imam, "selamat datang kepada ustazah-ustazah dari UKM", terkejut den, masokan tidak kami dari Legenda, meronta ronta gak hati ni tapi wat muka relexx jer lar.. (^_^)..

Kesemua Fasi adalah seramai 8 orang, 4 orang muslimin dan 4 orang muslimat. Kemudian pembahagian kumpulan, Ya Rabbi geramnnya nengok dak-dak ni comel sangatttt.. Adess, ada sorang kak *** ni cakap,"sebenonyer ikutkan akak tak mo datang, sebab nanti takot nak kawen cepat coz nak anak". hehehehe.. Dalam hati," da sampai seru kot. (^_~)..

Mengajar budak-budak dari umur 8 tahun hingga ke 11 tahun, macam-macam karenah dan mendapat soalan pedas.. antaranya.

"Ustazah...ustazah da kawen ke??"

"Ustazah..ustazah ni cantik la..sebenonyer die nak cakap baju yang aku pakai tu, tawu ajer..hehe..

Macam-mcaam ragam, barulah faham perasaan seorang guru biler anak murid degil tak mo dengar cakap, nak di tangan anak orang (teringat peribahasa sayangkan anak tangan-tangankan..huehue).. Silap ari bulan kene saman pulak..astagfirullah al azim.. Dan perasaan gembira bila anak murid dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang..

DAPAT GELARAN BARU

Masakan tidak kami(muslimat) di panggil "ustazah"..mula-mula memang tergelak jugaklah, dan mula-mula still bahasakan diri dengan "akak" kendian dah di panggil ustazah nak wat camner.. ikutkan ajerlah.. Alhamdulillah budak-budak ni tak derlah jenis yang degil pon, mereke semua dengar cakap kalau kene gaya. Tu kenelah pandai "tackle" dak-dak ni. diorang suka dengar kalau kita bercerita, even kita yang da besar-besar ni pon suka kalau time belajar lecturer p bercerita.. segar terus mata den..hihi.

Setelah siang penat memerah otak menghafal, malamnya diakan sesi "MUHASABAH".. sian diorang menangis tersedu-sedu dibuatnyer dan alhamdulillah respon positif daripada ibu bapa terhadap apa yang dah dilakukan, masakan tidak balik je sume dok peluk parents diorang, empunyer diri yang melihat pon terharu.. "MELENTUR BULUH, BIARLAH DARI REBUNGNYA"..

SUATU CERITA

Ni nak kongsi lah, kalau korung rasa nak gelak terpulang lah.. waktu mahgrib sorung ustaz nih bagi tazkirah dan menanyakan satu soalan. Ibu susuan nabi siapa adik2? Yang ni aku dengan kacangnya boleh jawab, Halimatus sa'diah. Pastuh, yang kedua siape adik2? Alamak,,kami fasi2 tak tahu (sebenonyer lepas pandang bende-bende camni..hee).

Budak-budak ni da toleh2 belakang dok nanyer..ustazah2, tawu tak jawapannya? Yang kami-kami ni wat muka dont noe jer..dalam hati da gelak ngekek2..adess malu tak tahu..pastu menggunakan "kuasa" sebagai fasi bagi arahan.."dah2..pandang depan"..hee.

Dan seorang budak kecik ni bagi tawu jawapan..Dia cakap "ustazah2, saya nak cakap sesuatu ni, ibu susuan nabi yang lagi satu Thuhaibatul Islamiyah..kendian buat muka confident macam tawu.. Betol la tuh...~~

HARI TERAKHIR

Rasanya hanya sekejap cuma bersama mereka tapi hati dah jatuh sayang.. hari terakhir, sampai-sampai je.."ustazah2 jomlah makan..naseb baik pelawa..tapi time tuh ngah saket perut.. hehe..jadik tak bape nak layan..

Hari terakhir juga merupakan hari penilaian kami terhadap peserta2 akan pencapaian mereka..alhamdulillah dan tahniah kami ucakapkan bahawa mereka perform dengan cemerlang.. Rasa bangga juga(bukan riak ea..)

Habis penyampaian sijil kemudian sesi bergambar dan bersalaman.. Punyalah diorang ni salam dekat 4-5 kali..skit2 salam.. maklumlah dan mula sayang sebenonyer..masyaALLAH.. sedih jugak nak pisah tapi cover dan penghargaan daripada ibu bapa buat kami terharu..subhanALLAH..

Untuk itu syukran jazilan kepada siapa yang sudi menjemput kami untuk menjadi fasilitataor dan kepada semua yang hadir menjayakan program ustaz Mahfuz, ustaz Khidir dan ustaz Shahnizam yang sudi memberikan tunjuk ajar..

sekian..jumpa lagi..

wallahualam~

19 December 2008

Laptop Ku~

DUGAAN

"Jangan dikatakan seseorang itu beriman sebelum dia diuji", dan itulah lumrah manusia. Perit terasa bila nikmat kesenangan yang "sedikit" cuma ditarik sementara oleh Allah. Tiada terduga laptop yang hampir setahun lebih berhikmat denganku akhirnya jatuh "gering". well, as others laptop is like "life" for student especially in doing assignment. Redha kalimat aguung yang ku semat dalam diri, tapi mengapa kadang dengusan kecil masih terjadi, "rela paksa" atau 'paksa rela"..

Pulak tu, di khuatiri kalau-kalau mother board or processor yang rosak, makin bimbanglah dirasa, masakan tidak jika "gadget" itu yang rosak orang kata; "beh baik ko beli baru". Nak beli yang bayar ansurans, ade ker? Pening memikirkan mana nak dapat duit untuk beli yang baru, tak mahu menyusahkan ibu dan ayah, cukuplah. Rasanya tidak mengapa untuk aku bersusah sedikit, alhamdulillah ade sahabat-sahabat yang sudi membantu, mungkin dari sudut ini Allah nak bagi aku lihat siapa yang akan menghulurkan bantuan saat aku memerlukan.. SubhanALLAH..

POSITIF

Bersikap positif adalah jalan terbaik, terimalah dugaan dari Yang Maha Esa kerana sesungguhnya Dia tidak mensia-siakan hambaNYA yang bertaqwa.. Mungkin jugadugaan ini untuk aku lebih menghargai nikmat di depan mata walau sekecil-kecil cuma. Dan yang terpenting, pengorbanan perasaan.. Kerja sudah datang menimbun, assaignment masa yang diberikan terlalu singkat, memang agak tekanan. Merungut kah aku? Astagfirullah al azim, di uji cuma sedikit dugaan saja aku sudah merasakan sedikit "sakit" dan gelisah.

Bersabar di atas kesabaran.. itulah yang terbaik, menggantikan laptopku, destop rumah yang menjadi mangsa..kesian adik-adik di rumah dah tak da komputer, sedih juga tapi nak buat macam mana. Tapi, destop pula buat masalah, tak boleh nak di "on" kan pula. Kalau setakat internet tak boleh nak online tak pa lagi, tapi lansung tak boleh nak "run the system". Mesej ibu, ibu, ibu kata pergilah ke "CC" dulu, sekadar meluahkan perasaan pada ibu. Hurm, entah kenapa seperti bergenang air mata, teruk sangat ke aku ni dugaan macam ni pon aku lemah untuk hadapi. Ya ALLAh padamu aku berlindung dari kesedihan dan padaMU jualah aku memohon pertolongan, Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..

TIAP BERLAKU ADA HIKMAHNYA

Sudah pasti, tiap yang perkara yang berlaku itu ada himahnya dan kadang tidak terlihat olehku. Allah s.w.t. adalah perancang yang terbaik. Kita merancang, Allah merancang tapi Allah lah perancang yang terbaik

mengharapkan keajaiban berlaku? hehe.. Impossible is nothing, kot-kotlah rezeki aku skali laptop apple pulak tuh jatuh depan mata. ngeh3x. berangan tak sudah.=) apa-apa pun all the best pada diri sendiri, mungkin kesusahan ini will force myself to try more harder and put more effort in doing my assignment..hehehe..

Kepada sahabat-sahabat lain, maaf lambat update blog, im sorry for the inconvinient( ade ke orang jenguk blog aku ni?=p) semoga berjumpa lagi. wassalam..

wallahualam~

12 December 2008

cintaKU..cintaKITA..cintaNYA..

cintaKU..



cinta..luas maknanya..dekat dengan jiwa manusia.. ertinya sangat meluas, dilihat dari pelbagai ceruk sedut dan sisi pandang manusia.. Ade yang melihat cinta hanya kepada dirinya, kepada ibu bapanya, kepada kekasihnya.. Ade yang bila di sebut "cinta" pemikirannya terlalu "senteng" hanya akan memikirkan selayaknya kepada kekasih.. Tapi, kan cinta itu anugerah Allah s.w.t kepada seluruh isi alam Tuhan kepada hambaNya, kepada ciptaannya..



Kerana cinta langit ia tidak rebah ke bumi, kerana cinta bintang ia selalu menemani bulan menyinari malam hari, kerana cintanya hamba sanggup melakukan apa saja demi menegakkan agama yang di redhai Tuhanya..subhanALLAH.. indahnya cinta itu Ya Allah..



cinta yang lahir dari hati itulah cinta yang murni, cinta yang dilihat dari mata kaca iman, bukannya nafsu ataupun syaitan..astagfirullah al azim..



cintaKITA..


"Ya Allah, kiranya KAU mempertemukan
kami untuk tarbiah diri kami agar lebih menyayangiMU,
maka hanya KAU yang mampu membawa hati-hati ini bertaut
menelusuri jalan mencari cintaMU, mengharap magfirahMU, janganlah
KAU pisahkan hati-hati ini dikala rindu dan sayang kami
belum cukup untuk melamar redha dan cintaMU..
Ameen..


sayu kurasa tatkali doa ini di "amati' dengan hati. Teringat pada sahabat-sahabat seperjuangan, susah payah bersama dalam menempuh mehnah dalam jalan dakwah yang baru ku kenal, yangmenghulurkan salam untuk menjadi syuhada'(mungkin ke?). Aku makin jatuh cinta pada 'pertempuran" ini kerna memberi seribu satu pengalaman, pengajaran dan yang penting erti kehidupan.

cintaNYA

segala rasa sayang tak kira cintaKU..cintaKITA sumenya harus ku gantungkan kepada cintaNYA yang teragung, merangkul redhanya adalah matlamat utama agar ada keberkatan dalam setiap langkah kehidupan dan kunci pada keberkatan adalah taqawa..

"ada masa memang terasa diri ini

keseorangan, kesepian dalam keriuhan,

kehilangan dalam ramai..

kedukaan dalam keceriaan..

walau aku tahu sahabatku sentiasa bersama..

tak kira apa jua..

cuma kau mengerti yang kesunyian ini sebenarnya

ingin membuat aku lebih menghargai erti sebuah

KERINDUAN..

KERINDUAN ku pada Sang Pencipta..

untuk menggapai cintaNYA..

wallahualam~

10 December 2008

LAwAk SaNtAi =p

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time...

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa tak ada org kat rumah. Unpack segala barang anda & pergi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah sekarang"

3. buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalau dia tanya, pura2 tak tahu apa yang dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dengan kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dengan kuat "Horee...!". buka lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dalam 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, seperti kucing, offer untuk beri makan kepada binatang tersebut. cepat-cepat keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kepada kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat lah...Macam teknik rebonding... ". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. masa roommate tidur, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), lepas itu panggil member dalam 10 baca yasin ramai-ramai.
bila roomate jaga pakat2 buat tak nampak apa-apa.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) lepas itu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.

p/s: apa-apa terjadi adalah tanggungjawab sendiri~ hihihihi.

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)