Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

23 December 2008

Fasilitator

DIJEMPUT

Pada hari sabtu dan ahad yang lepas (20/12 - 21/12) kami telah dijemput oleh Ustaz Khidir untuk menggendalikan suatu program "Smart Solat". Mulanya macam tak nak pergi, tapi last-last digerakkan hati juga oleh Allah untuk pergi. Kami enam orang Naufal, Syazwan, kak Due, Kak Ipa, Ili dan aku pergi kol 7.30 pagi naik moto. Skali-skale konvoi naik moto best gak..hehe. Tapi ni bukan suka-suka ea.. Nak berkhidmat..jeng3.

DI UJI

Alhamdulillah kami sampai ketempat lokasi pada pukul 8.20 tapi sebelum tu kami di uji. Ape dia? Standart la kalau pergi ke tempat yang tak biasa ni iaitu terSESAT.. Teringat kata-kata seorang sahabat tuh, "kalau kita buat benda baik tapi tak di uji, tu mesti ade something wrong. wallahualam..

Bila sampai je kami di berikan ucapan alu-aluan oleh tok imam, "selamat datang kepada ustazah-ustazah dari UKM", terkejut den, masokan tidak kami dari Legenda, meronta ronta gak hati ni tapi wat muka relexx jer lar.. (^_^)..

Kesemua Fasi adalah seramai 8 orang, 4 orang muslimin dan 4 orang muslimat. Kemudian pembahagian kumpulan, Ya Rabbi geramnnya nengok dak-dak ni comel sangatttt.. Adess, ada sorang kak *** ni cakap,"sebenonyer ikutkan akak tak mo datang, sebab nanti takot nak kawen cepat coz nak anak". hehehehe.. Dalam hati," da sampai seru kot. (^_~)..

Mengajar budak-budak dari umur 8 tahun hingga ke 11 tahun, macam-macam karenah dan mendapat soalan pedas.. antaranya.

"Ustazah...ustazah da kawen ke??"

"Ustazah..ustazah ni cantik la..sebenonyer die nak cakap baju yang aku pakai tu, tawu ajer..hehe..

Macam-mcaam ragam, barulah faham perasaan seorang guru biler anak murid degil tak mo dengar cakap, nak di tangan anak orang (teringat peribahasa sayangkan anak tangan-tangankan..huehue).. Silap ari bulan kene saman pulak..astagfirullah al azim.. Dan perasaan gembira bila anak murid dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang..

DAPAT GELARAN BARU

Masakan tidak kami(muslimat) di panggil "ustazah"..mula-mula memang tergelak jugaklah, dan mula-mula still bahasakan diri dengan "akak" kendian dah di panggil ustazah nak wat camner.. ikutkan ajerlah.. Alhamdulillah budak-budak ni tak derlah jenis yang degil pon, mereke semua dengar cakap kalau kene gaya. Tu kenelah pandai "tackle" dak-dak ni. diorang suka dengar kalau kita bercerita, even kita yang da besar-besar ni pon suka kalau time belajar lecturer p bercerita.. segar terus mata den..hihi.

Setelah siang penat memerah otak menghafal, malamnya diakan sesi "MUHASABAH".. sian diorang menangis tersedu-sedu dibuatnyer dan alhamdulillah respon positif daripada ibu bapa terhadap apa yang dah dilakukan, masakan tidak balik je sume dok peluk parents diorang, empunyer diri yang melihat pon terharu.. "MELENTUR BULUH, BIARLAH DARI REBUNGNYA"..

SUATU CERITA

Ni nak kongsi lah, kalau korung rasa nak gelak terpulang lah.. waktu mahgrib sorung ustaz nih bagi tazkirah dan menanyakan satu soalan. Ibu susuan nabi siapa adik2? Yang ni aku dengan kacangnya boleh jawab, Halimatus sa'diah. Pastuh, yang kedua siape adik2? Alamak,,kami fasi2 tak tahu (sebenonyer lepas pandang bende-bende camni..hee).

Budak-budak ni da toleh2 belakang dok nanyer..ustazah2, tawu tak jawapannya? Yang kami-kami ni wat muka dont noe jer..dalam hati da gelak ngekek2..adess malu tak tahu..pastu menggunakan "kuasa" sebagai fasi bagi arahan.."dah2..pandang depan"..hee.

Dan seorang budak kecik ni bagi tawu jawapan..Dia cakap "ustazah2, saya nak cakap sesuatu ni, ibu susuan nabi yang lagi satu Thuhaibatul Islamiyah..kendian buat muka confident macam tawu.. Betol la tuh...~~

HARI TERAKHIR

Rasanya hanya sekejap cuma bersama mereka tapi hati dah jatuh sayang.. hari terakhir, sampai-sampai je.."ustazah2 jomlah makan..naseb baik pelawa..tapi time tuh ngah saket perut.. hehe..jadik tak bape nak layan..

Hari terakhir juga merupakan hari penilaian kami terhadap peserta2 akan pencapaian mereka..alhamdulillah dan tahniah kami ucakapkan bahawa mereka perform dengan cemerlang.. Rasa bangga juga(bukan riak ea..)

Habis penyampaian sijil kemudian sesi bergambar dan bersalaman.. Punyalah diorang ni salam dekat 4-5 kali..skit2 salam.. maklumlah dan mula sayang sebenonyer..masyaALLAH.. sedih jugak nak pisah tapi cover dan penghargaan daripada ibu bapa buat kami terharu..subhanALLAH..

Untuk itu syukran jazilan kepada siapa yang sudi menjemput kami untuk menjadi fasilitataor dan kepada semua yang hadir menjayakan program ustaz Mahfuz, ustaz Khidir dan ustaz Shahnizam yang sudi memberikan tunjuk ajar..

sekian..jumpa lagi..

wallahualam~

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)