Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

23 November 2008

BUKU OH BUKU..

BUKU:

Alhamdulillah, bersyukur kerana aku punya minat membaca dan di kelilinggi dengan sahabat yang suka membaca, jadi seringkalilah kami bertukar-buku untuk menambah-luaskan pengetahuan. Orang yang banyak membaca akan membawa otaknya kepada fikir dan zikir kepada Allah s.w.t InsyaALLAh..

BUKU YANG DALAM PENCARIAN:


buku ni penulisnya dari Indonesia


buku ni acapkali mmberi inspirasi bilamana
kesedihan melanda~

selalunya kalau beli buku aku suka pergi ke:

  1. Jalan TAR.
  2. Jalan Masjid Jamek.
  3. Terminal one.
  4. MPH berdekatan.
Ada cadangan tempat atau buku-buku yang menarik?? Jangan lupa bagi tahu ye..

Terima kasih..

wassalam..

Kembara dari Kolej ke Mantin..(^_^)

7.OO am:

Selepas subuh nan hening suasana pagi amat mententeramkan jiwa..huhu. Ni la bahana selalu tido pas subuh, bukan tak tahu bende tu tak elok..ish3.. Aku dan sahabat seperjuagan biar aku perkenalkan, Kak Duratul Kaamilah Bt Shoib atau lebih dikenali dengan panggilan manja dengan nama "kak due" (hehe)..

Kami memilih maraton jalan kaki dari ke kolej ke Mantin untuk memenuhi tuntutan jasaniah yang selalu terbiar dek kemalasan yang melampau.. Astagfirulallah al azim..


Perjalanan menaiki kenderaan yang lazimnya hanya memakan masa selama 10 minit tapi dengan berjalan kaki adalah selama 1 jam. 6 kali ganda lambat dari gun
a kenderaan. Tapi padi kami sangat menyeronokkan lagi-lagi kalau berselisih dengan lori, tunggu je bukak mulut sure kering gusi (tak lawak)..

Dan kebetulan camera masih lagi ada pada aku, so..tunggu apa lagi..


alhamdulillah..ceria di pagi hari..=)


peace...no war..


8.00 am:

Alhamdulillah 1 jam kamudian kami sampai ke pekan Mantin yang menjadi destinasi pilihan..kui3. Da sampai mantin aku p beli surat khabar dan tahu tak pastu kami buat apa setelah jauh berjalan?? Makan roti canai kat kedai mamak..!! Bak kata kawan aku, dah buang lemak p sedut lemak balik..

No komen.


Pastu dah makan-makan tuh singgah ke kedai berdekatan belek-belek barang, tak beli pon. Macam pelancong kononnya. 40 minit berada di pekan Mantin kami
pon bergerak pulang. Pergi terasa lama tapi bila balik terasa sekejap jer. Dalam jalan pergi dan balik tu banyak jugak la yang dibincangkan. Bukan sekadar borak kosong dan ini menguatkan ukwah fillah antara kami, InsyaALLAH. Sampai ke kolej semula pada pukol 9.25 kalau tak silap, alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali.

kak due..jangan tinggal riha...!!!! =p

RUMAH TRADISONAL:

Sempat kami menggambil foto rumah-rumah yang kami lihat sepanjang perjalanan di tambah lagi memang suka sangat nengok rumah melayu lama ni.. Check this out..


berdekatan dengan jalan masuk ke kolej..


spesis umah atas yang tinggi



umah spesis ni senang di jumpai..

rumah ni nampak lama tapi masih berdiri kukuh..
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas..


rumah ni aku suke sebab comel dengan ade
buaian tu yg best!!

Kalau perasan umah-umah yang aku amik gambar semuanya rumah atas kerana mengingkatkan aku kembali kepada zaman kanak-kanak waktu umah atuk aku masih belum diturunkan lagi. Paling seronok sebab suka turun naik tangga, part ni lah yang mak bapak paling malas nak jaga..hehe..

panorama indah memukau pandangan mengingatkan aku pada Pencipta yang TERAGUNG..

wallahualam..

22 November 2008

Buatkan assingnment untuk BOY FWEN????!!!!

TAK FAHAM:

Memang tak faham dengan pemikiran dak-dak zaman sekarang ni. Lagi-lagi yang bercinta (walau aku dulu penah gak becinta..dulu-dulu kala) sampai sanggup berhabis harta benda, lagi parah pada yang sanggup menyerahkan "jiwa dan raga" kononnya.


Dan bagi pelajar IPTA/IPTS sampai ada yang sanggup wat kan assignment kekasih hati pojaan diorang tuh.
Kalau aku, awal-awal dah tunjuk perangai macam ni, kirim salam boleh jalan lah jawabnya. Persoalan lagi, perlu ke nak bercinta ni? Atas dasar fitrah manusiawi yang selalu dikatakan sayang dan menyayangi itu fitrah manusia??


Jangan di buat itu sebagai alasan..
Okeh, sambung pada topic watkan assignment tok boypren diorang ni. Memang la ada jugak yang buatkan untuk girlpren tapi nak cakap apa yang berlaku depan mata ni. Konpius pon ada jugak, mana taknya, dahlah terbeban dengan tugasan sendiri dan menambah beban yang tak perlu! Kalau setakat nak mintak tunjuk ajar tak pe lagi, ni terus serah bulat-bulat. Nak kata "bodoh", belaja dah bertingkat-tingkat sampai ke menara gading, tak cukup tu tambah gading gajah lagi (tak lawak)..

Dunia dah berubah.. Zaman dah maju..


Zaman global dan modenisasi masih ada lagi yang tidak tahu untuk menggunakan otak spenuhnya. Anjakan paradigma apatah lagi. Bila diri dah hanyut dengan cinta dunia, cinta sejati kononnya yang buruk nampak caintikkk je. Yang busuk bau wanggi jerr, yang jahat nampak baikkk je. Kenapa ek?? Sebab tak ade tujuan, panduan lalu arah tujunya bersimpang siur.



"Dan sungguh, (Al-Quran) itu benar-benar
menjadi petunjuk dan rahmat
bagi orang-orang
yang beriman"
(An-Naml: 77)




wanita solehah idaman suami mithali=)



wallahualam~

Histeria Lagi..

KONGSI PENGALAMAN:

Peristiwa ni memang fresh berlaku semalam (21/11/08) aku dengan sahabat aku di panggil oleh kak ipa. Ceritanya begini, pada suatu malam....

Jumaat tu aku berpuasa, tapi puasa yang sangat mencabar bagi aku, ikutkan hati dari pagi lagi memang da macam nak buka puasa je. Tapi aku cakap pada diri, jangan harap nafsu, untuk kali ini aku takkan layan kau. Padan muka (patot ke?) hehe. Rupa-rupanya nak ada peristiwa berlaku pada malamnya. Aku makan berat selepas isyak membe masakkan, elok-elok habis makan je dapat panggilan dari kak ipa ni.


"Salam, riha ade histeria kat blok S1 03 ni, cepat datang. Aku pon apa lagi bergetar la jugak hati tu. Dan seperti biasa si fulana la yang kena ni.


Usai aku solat isyak+taubat sekali dan sebelum pergi menggunci diri dengan surah 3 Qul sebagai pendinding diri, tapi bukan dengan surah tu aku selamat tapi dengan izin Allah jua.
Sampai je bawah blok budak-budak berkumpul, tahu kenapa? Biasalah, jakun.. Kak ipa kata, Si Fulana tu masuk bilik kunci pintu, tapi aku ngan membe gagahkan kaki naik jugak atas, nasib baik membe p amik master key kat opis hostel.


Masuk-masuk je mata budak tu merah menyala, yang sahabat aku ni leh duk relex kat depan si fulana tu.
Tanya, ko ni sape? Nak apa? Datang dari mana? Ish..ni memang spesis Jin degil betol, tanya-tanya pastu dia p tampar tangga katil pastu menjerit sekuat hati.. aaaaaaahhhhhhhhhh!!!!


Bergegar rumah tu rasanya. Membe aku lawan balik cakap, jerit lagi, dia lawan. Panas hati betol.
Mau tak goyang kepala lutut aku. Esok nak exam, aku tak study habis lagi, memang Allah saja menduga, alhamdulillah aku bersyukur dengan ujianMU tanda Kau ingat padaku Ya Rabbi. Tanya-punya tanya akhirnya dia cakaplah jugak nama dia (jin) sapa. Dia kata dia suka kat si fulana tu. Tannya kenapa dia marah sangat ni, dia jawab " sebab boy friend si fulana ni pukul dak pompuan tu". Jadi kononnya dia marah la. Mula-mula negotiate cara baik punnya soh keluar. Tapi memang sah spesis degil,dia taknak.


Pastu, bila di pegang tengkuknya dan dibacakan ayat Kursi terus pulak si fulana ni muntah-muntah, Ya Allah busuk betol, aku pon nak ikut muntah sekali kalau tak tahan betol-betol. Rupanya jin tu bermarkas di tengkuk dan mata budak tu. Bila aku bacakan surah Al-Fatihah dan pada ayat ke-4 berulang kali dia menggerang kesakitan. Sahabat aku ni p picit ibu jari kaki kiri dia, menjerit kesakitan lagi. Da naik lunyai budak tu aku nengok, kesian gak.

Masa makin suntuk, Naik geram jugak kau melayan bende alah ni, memang menguji kesabaran kalau tak de iman aku nak bior je, tapi fikirkan si fulana itu saudara se Islam aku yang memerlukan bantuan, amatlah kejam aku meninggalkannya. Macam-macam method la aku dan sahabat-sahabat ni cuba, antaranya,
Bacakan air dengan ayat Kursi dan surah Al-Fatihah, bila di renjiskan kemukanya menjerit kesakitan, tawu sakit tapi taknak keluar...!! Jam dah berganjak ke pukul 11pm. Budak tu letih, kami-kami pon letih melayan dia. Dan yang memeranjatkan dalam badan si fulana tu ada 3 skali jin masuk..!


Dasat-dasat, DIN (nama jin tu,tapi bukan nama sebenar), dia kata mak dan nenek aku pun ade skali ni, dalam hati, " aku ni buat rombongan meminang ke, serius ni nak buat bini, " Astagfirullah al azim.
Bila di siasat rupa-rupanya si DIN ni di anta oleh ex boy friend si fulana tu.masyaALLAH. macam ni ke nak menunjukkan sayang???? boleh..boleh blah.(bahasa sopan)..



TIPU DAYA SYAITAN:


Lepas kesakitan kami bacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran, akhirnya dia bersetuju keluar. Sahabat aku menyuruhnya keluar sampai ke pintu dan kemudian tinggalkan si fulana tu kat situ je. Dia pon buat dengan jari kaki yang macam terangkat dan mata yang belinggas pandang orang, kalau aku congkel baru tawu (cakap dalam hati je=p). Nak sampai kat depan pintu dia pun jatuh rebah. Sahabat-sahabat aku ni ye-ye dok angkat dia, kalau ringan tak pe. Tapi bila dilihat matanya, aku tak rasa yang "benda" tu dah keluar.


Dia aku lihat kebingungan dan keletihan. Kami bagi minum air dan cuba "kunci" badannya. Tapi, yang buat ni bukan orang pakar pon, so..paham-paham jelah. Dalam 15 minit pastuh dia boleh cakap normal, dia cakap aku nak selamatkan dak-dak kolej ni daripada jantan..ba di atas ba, ba di bawah bi (sebut dalam hati ye=p). Benci betol dia aku lihat kat jantan **** tuh. Dia kata duit saya banyak habis kat jantan tu dan kalau nak tahu makan minum dia semua saya tanggung.

Gadis ini dulunya seorang yang menjaga solatnya, pakaian pon menutup aurat tapi kini.......hmmm..

Kami pon rasa yang budak tu dah okey dan "DIN" tu betol-betol dah keluar, aku dan sahabat aku pon baliklah uma untuk study, sok exam. Rupa-rupanya ada rentetan lagi!!! Bila seorang yang aku boleh perkenalkan dia sebagai "ustaz" datang, terus si fulana ni ketakutan, rupanya DIN ni tak berambus lagi dan tadi tu semuanya hanya lakonan sahaja..

Ustaz tu pon duduk kat depan si fulana tuh, dia tak pandang langsung mata ustaz tu, dia pandang tempat lain. Tahu takut. Bila orang yang dekat dengan Allah, hantu yang takut dengan kita, ni tak..ish3..astagfirullah al azim~

Jenuh jugaklah ustaz tu layan bende alah tu nak dekat kul 1pagi baru setle, dan dari 3 mahluk tu mak dan nenek dia je yang nak keluar yang si DIN ni berdegil nak duduk gak. Last-last biar je dulu untuk negotiate ngan budak yang pukol si fulana ni. Tak dapat aku bayangkan musibah yang melanda dirinya.

"Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu godaan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Fussilat: 36)

INGATLAH WAHAI MANUSIA:

Kehidupan dunia ini hanya sementara, dan akhirat itulah yang kekal abadi buat selamanya. Amalan baik mahupun jahatlah yang akan di perhitungkan.


"Dan kehidupan dunia in hanya senda gurau dan permainan.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui"
(Al-Ankabut: 64)


wallahualam..

20 November 2008

Matlamat tak menghalalkan cara

RENUNGKAN BERSAMA:



wanita oh wanita..

diciptakan begitu indah..
sebagai dugaan untuk kaum adam..
sebagai makhluk terkuat..mampu membunuh sejuta orang dalam sesaat..

wanita..ingatlah..
mata lelaki itu hanya akan tertarik pada bentuk tubuhmu..
mengucapkan kata manis untuk mendapatkan apa yang mereka mahu..
dengan segala puji dan pujuk rayu..
semuanya hannyalah untuk penuhi nafsu..

wanita..ingatlah..
HATI ini hanya tertarik pada akhlak yang ada padamu..
hiasan terindah yang di bawa ke akhir hayatmu..
yang mampu menyejukkan qalbu..
rasa sayang itulah akan Allah berikan padamu..
tapi jangan sekutukan Allah dengan cintamu..

wanita..izinkan ku mengingatkan kamu..
jangan percaya pada perkataan yang di ucapkan sebelum ada ikatan yang halal..
ucapan I LOVE YOU itu adalah "AKU NAFSU KAMU"..
AKU SAYANG KAMU..itu adalah "AKU INGIN BERMAKSIAT DENGANMU"..

walau pun yang mengatakan itu adalah lelaki yang nampak taat agama..
jangan pernah percaya..mengapa..?
kerana kalau betul ia taat agama..MENGAPA IA MENCUBA untuk DEKATI dan
BUAT JALAN MENUJU ZINA..

jangan berbuat alasan..
"kami tak buat apa-apa pun..kami sms je.."
"kami nak ta'aruf saja.."
"saya sayang kamu kerana Allah.."(kenapa masih dekati larangan Allah kalau benar sayang kerana Allah)

TA'ARUF itu mesti dengan PERANTARA...
bukan berdua-dua..
kalau berdua-dua itu bukan ta'aruf tapi taqorrub (mendekat)..



ISLAM ITU HARUS DIFAHAMI DENGAN HATI:


Ajaran Islam itu hendaklah di hadam dengan betol-betol. Difaham dengan sebenar-benarnya. Ingin aku kongsi suatu cerita, pada tahun 1970an telah tercetus suatu issue dimana menjadi tanda-tannya ustazah-ustazah yang balik belajar dari Al-Azhar. Belajar dan mendalami ilmu agama disitu, akan tetapi balik dengan bukan bercirikan Islam kerana memakai skirt dan tidak menutup aurat. Dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang pulang daripada United Kingdom pula yang bertudung litup kerana menerima tarbiah disana. Dan tersentuh hati mereka akan Nur Islam itu sendiri.

Disini dapat dilihat bahawa ilmu yang banyak tidak menentukan sama ada dia akan mendapat kefahaman yang sebenar kerana suatu jika hanya di fahami dengan aqal tapi tidak dapat difahami dengan hati maka dia hanya akan mencetus tahu tapi hati sekadar tahu dan tiada riaksi mahu.

Ramai yang menggoyakkan akhirat untuk menutup dunia. Mereka menggunakan orang yang belajar agama yang mungkin kefahamannya benar, something right but not accurate. Maka orang-orang biasa akan mudah terpedaya kerana bagi mereka jika seseorang yang punya pelajaran agama maka boleh di jadikan contoh. Akan tetapi hakikat hidup tidak seperti itu.
Semoga kita semua diberi kefaqehan dalam beragama kerana dengan kefaqehan itu kebaikkan menanti di penghujungnya. ameen..

wallahualam..

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)