Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

22 November 2008

Histeria Lagi..

KONGSI PENGALAMAN:

Peristiwa ni memang fresh berlaku semalam (21/11/08) aku dengan sahabat aku di panggil oleh kak ipa. Ceritanya begini, pada suatu malam....

Jumaat tu aku berpuasa, tapi puasa yang sangat mencabar bagi aku, ikutkan hati dari pagi lagi memang da macam nak buka puasa je. Tapi aku cakap pada diri, jangan harap nafsu, untuk kali ini aku takkan layan kau. Padan muka (patot ke?) hehe. Rupa-rupanya nak ada peristiwa berlaku pada malamnya. Aku makan berat selepas isyak membe masakkan, elok-elok habis makan je dapat panggilan dari kak ipa ni.


"Salam, riha ade histeria kat blok S1 03 ni, cepat datang. Aku pon apa lagi bergetar la jugak hati tu. Dan seperti biasa si fulana la yang kena ni.


Usai aku solat isyak+taubat sekali dan sebelum pergi menggunci diri dengan surah 3 Qul sebagai pendinding diri, tapi bukan dengan surah tu aku selamat tapi dengan izin Allah jua.
Sampai je bawah blok budak-budak berkumpul, tahu kenapa? Biasalah, jakun.. Kak ipa kata, Si Fulana tu masuk bilik kunci pintu, tapi aku ngan membe gagahkan kaki naik jugak atas, nasib baik membe p amik master key kat opis hostel.


Masuk-masuk je mata budak tu merah menyala, yang sahabat aku ni leh duk relex kat depan si fulana tu.
Tanya, ko ni sape? Nak apa? Datang dari mana? Ish..ni memang spesis Jin degil betol, tanya-tanya pastu dia p tampar tangga katil pastu menjerit sekuat hati.. aaaaaaahhhhhhhhhh!!!!


Bergegar rumah tu rasanya. Membe aku lawan balik cakap, jerit lagi, dia lawan. Panas hati betol.
Mau tak goyang kepala lutut aku. Esok nak exam, aku tak study habis lagi, memang Allah saja menduga, alhamdulillah aku bersyukur dengan ujianMU tanda Kau ingat padaku Ya Rabbi. Tanya-punya tanya akhirnya dia cakaplah jugak nama dia (jin) sapa. Dia kata dia suka kat si fulana tu. Tannya kenapa dia marah sangat ni, dia jawab " sebab boy friend si fulana ni pukul dak pompuan tu". Jadi kononnya dia marah la. Mula-mula negotiate cara baik punnya soh keluar. Tapi memang sah spesis degil,dia taknak.


Pastu, bila di pegang tengkuknya dan dibacakan ayat Kursi terus pulak si fulana ni muntah-muntah, Ya Allah busuk betol, aku pon nak ikut muntah sekali kalau tak tahan betol-betol. Rupanya jin tu bermarkas di tengkuk dan mata budak tu. Bila aku bacakan surah Al-Fatihah dan pada ayat ke-4 berulang kali dia menggerang kesakitan. Sahabat aku ni p picit ibu jari kaki kiri dia, menjerit kesakitan lagi. Da naik lunyai budak tu aku nengok, kesian gak.

Masa makin suntuk, Naik geram jugak kau melayan bende alah ni, memang menguji kesabaran kalau tak de iman aku nak bior je, tapi fikirkan si fulana itu saudara se Islam aku yang memerlukan bantuan, amatlah kejam aku meninggalkannya. Macam-macam method la aku dan sahabat-sahabat ni cuba, antaranya,
Bacakan air dengan ayat Kursi dan surah Al-Fatihah, bila di renjiskan kemukanya menjerit kesakitan, tawu sakit tapi taknak keluar...!! Jam dah berganjak ke pukul 11pm. Budak tu letih, kami-kami pon letih melayan dia. Dan yang memeranjatkan dalam badan si fulana tu ada 3 skali jin masuk..!


Dasat-dasat, DIN (nama jin tu,tapi bukan nama sebenar), dia kata mak dan nenek aku pun ade skali ni, dalam hati, " aku ni buat rombongan meminang ke, serius ni nak buat bini, " Astagfirullah al azim.
Bila di siasat rupa-rupanya si DIN ni di anta oleh ex boy friend si fulana tu.masyaALLAH. macam ni ke nak menunjukkan sayang???? boleh..boleh blah.(bahasa sopan)..



TIPU DAYA SYAITAN:


Lepas kesakitan kami bacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran, akhirnya dia bersetuju keluar. Sahabat aku menyuruhnya keluar sampai ke pintu dan kemudian tinggalkan si fulana tu kat situ je. Dia pon buat dengan jari kaki yang macam terangkat dan mata yang belinggas pandang orang, kalau aku congkel baru tawu (cakap dalam hati je=p). Nak sampai kat depan pintu dia pun jatuh rebah. Sahabat-sahabat aku ni ye-ye dok angkat dia, kalau ringan tak pe. Tapi bila dilihat matanya, aku tak rasa yang "benda" tu dah keluar.


Dia aku lihat kebingungan dan keletihan. Kami bagi minum air dan cuba "kunci" badannya. Tapi, yang buat ni bukan orang pakar pon, so..paham-paham jelah. Dalam 15 minit pastuh dia boleh cakap normal, dia cakap aku nak selamatkan dak-dak kolej ni daripada jantan..ba di atas ba, ba di bawah bi (sebut dalam hati ye=p). Benci betol dia aku lihat kat jantan **** tuh. Dia kata duit saya banyak habis kat jantan tu dan kalau nak tahu makan minum dia semua saya tanggung.

Gadis ini dulunya seorang yang menjaga solatnya, pakaian pon menutup aurat tapi kini.......hmmm..

Kami pon rasa yang budak tu dah okey dan "DIN" tu betol-betol dah keluar, aku dan sahabat aku pon baliklah uma untuk study, sok exam. Rupa-rupanya ada rentetan lagi!!! Bila seorang yang aku boleh perkenalkan dia sebagai "ustaz" datang, terus si fulana ni ketakutan, rupanya DIN ni tak berambus lagi dan tadi tu semuanya hanya lakonan sahaja..

Ustaz tu pon duduk kat depan si fulana tuh, dia tak pandang langsung mata ustaz tu, dia pandang tempat lain. Tahu takut. Bila orang yang dekat dengan Allah, hantu yang takut dengan kita, ni tak..ish3..astagfirullah al azim~

Jenuh jugaklah ustaz tu layan bende alah tu nak dekat kul 1pagi baru setle, dan dari 3 mahluk tu mak dan nenek dia je yang nak keluar yang si DIN ni berdegil nak duduk gak. Last-last biar je dulu untuk negotiate ngan budak yang pukol si fulana ni. Tak dapat aku bayangkan musibah yang melanda dirinya.

"Dan jika syaitan menggangumu dengan suatu godaan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Fussilat: 36)

INGATLAH WAHAI MANUSIA:

Kehidupan dunia ini hanya sementara, dan akhirat itulah yang kekal abadi buat selamanya. Amalan baik mahupun jahatlah yang akan di perhitungkan.


"Dan kehidupan dunia in hanya senda gurau dan permainan.
Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya,
sekiranya mereka mengetahui"
(Al-Ankabut: 64)


wallahualam..

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)