Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

20 November 2008

Matlamat tak menghalalkan cara

RENUNGKAN BERSAMA:



wanita oh wanita..

diciptakan begitu indah..
sebagai dugaan untuk kaum adam..
sebagai makhluk terkuat..mampu membunuh sejuta orang dalam sesaat..

wanita..ingatlah..
mata lelaki itu hanya akan tertarik pada bentuk tubuhmu..
mengucapkan kata manis untuk mendapatkan apa yang mereka mahu..
dengan segala puji dan pujuk rayu..
semuanya hannyalah untuk penuhi nafsu..

wanita..ingatlah..
HATI ini hanya tertarik pada akhlak yang ada padamu..
hiasan terindah yang di bawa ke akhir hayatmu..
yang mampu menyejukkan qalbu..
rasa sayang itulah akan Allah berikan padamu..
tapi jangan sekutukan Allah dengan cintamu..

wanita..izinkan ku mengingatkan kamu..
jangan percaya pada perkataan yang di ucapkan sebelum ada ikatan yang halal..
ucapan I LOVE YOU itu adalah "AKU NAFSU KAMU"..
AKU SAYANG KAMU..itu adalah "AKU INGIN BERMAKSIAT DENGANMU"..

walau pun yang mengatakan itu adalah lelaki yang nampak taat agama..
jangan pernah percaya..mengapa..?
kerana kalau betul ia taat agama..MENGAPA IA MENCUBA untuk DEKATI dan
BUAT JALAN MENUJU ZINA..

jangan berbuat alasan..
"kami tak buat apa-apa pun..kami sms je.."
"kami nak ta'aruf saja.."
"saya sayang kamu kerana Allah.."(kenapa masih dekati larangan Allah kalau benar sayang kerana Allah)

TA'ARUF itu mesti dengan PERANTARA...
bukan berdua-dua..
kalau berdua-dua itu bukan ta'aruf tapi taqorrub (mendekat)..



ISLAM ITU HARUS DIFAHAMI DENGAN HATI:


Ajaran Islam itu hendaklah di hadam dengan betol-betol. Difaham dengan sebenar-benarnya. Ingin aku kongsi suatu cerita, pada tahun 1970an telah tercetus suatu issue dimana menjadi tanda-tannya ustazah-ustazah yang balik belajar dari Al-Azhar. Belajar dan mendalami ilmu agama disitu, akan tetapi balik dengan bukan bercirikan Islam kerana memakai skirt dan tidak menutup aurat. Dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang pulang daripada United Kingdom pula yang bertudung litup kerana menerima tarbiah disana. Dan tersentuh hati mereka akan Nur Islam itu sendiri.

Disini dapat dilihat bahawa ilmu yang banyak tidak menentukan sama ada dia akan mendapat kefahaman yang sebenar kerana suatu jika hanya di fahami dengan aqal tapi tidak dapat difahami dengan hati maka dia hanya akan mencetus tahu tapi hati sekadar tahu dan tiada riaksi mahu.

Ramai yang menggoyakkan akhirat untuk menutup dunia. Mereka menggunakan orang yang belajar agama yang mungkin kefahamannya benar, something right but not accurate. Maka orang-orang biasa akan mudah terpedaya kerana bagi mereka jika seseorang yang punya pelajaran agama maka boleh di jadikan contoh. Akan tetapi hakikat hidup tidak seperti itu.
Semoga kita semua diberi kefaqehan dalam beragama kerana dengan kefaqehan itu kebaikkan menanti di penghujungnya. ameen..

wallahualam..

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)