Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

25 January 2009

Kekejaman Yahudi: Dulu..kini..selamanya??

BERAT MATA MEMANDANG

Dari kejauhan merentas benua, sekadar hanya melihat dari kaca tivi.. sudah cukup untuk meluluhkan hatiku melihat penderitaan saudara seagamaku.. Meremang tubuh saat mencoretkan nukilan ini. Masyarakat seluruh dunia bingkas bangun melakukan demonstrasi, tabung bantuan, ubat-ubatan.

Marah, hiba, duka, sakit hati..ini sudah pasti!

Hacur ISRAEL..!! Hancur ZIONIS..namun seperti tidak sedikitpon mengurangkan derita mereka. tetap saja mereka di bom. di bunuh sesuka hati.


TINDAKAN

Jihad kecil yang mampu kita buat adalah dengan memboikot segala macam bende alah produk keluaran Yahudi laknatullah. Biar pun sekecil-kecil perkara dan dilihat enteng oleh sesetenggah pihak.

Dan yang aku benggang dan tak faham boleh pulak kerajann ni cakap "kalau pemboikotan di lakukan maka akan menjatuhkan ekonomi negara." ape nih??!!!!

sedangkan pada pengamatan aku, ini adalah peluang cerah kepada industri tempatan untuk melebarkan sayap dan memperkukuhkan kedudukan. Rakyat tempatan yang dapat untuk. Memang tak faham..

PERISTIWA DALAM SEJARAH


Pada 31 Mei 1950, satu serangan di Wadi "Arabah sehingga mengorbankan seramai 30 orang rakyat Palestin.

Pada 14 Oktober 1953, serangan berterusan selama 16 jamdi Qabbiah -62 terbunuh,56 buah rumah di robohkan.

Kemuncak keganasan Israel ialah pada 16-18 September 1982, apabila tentera Israel pimpinan Menteri Pertahanannya, Ariel Sharon melakukabn keganasan membunuh lebih 3000 orang Islam di Sabra dan Syatila. Ada juga dakwaan yang mengatakan angka kematian sebenar menjangkau 7500 orang.

Melihatkan tiada tindak balas daripada negara-negara ummat Islam, rejim Israel semakin enak melakukan kekejaman dan pembunuhan. Pada 8 Oktober 1990, tentera Israel melepaskan tembakan rambang kepada ummat Islam yang sedang menunaikan solat di dalam Masjidil Aqsa mentebabkan 21 terbunuh, 150 cedera, dan hampir 300 orang di tangkap.

Pada 25 Februari 1994, skali lagi ummat Islam yang sedang solat ditembak oleh pengganas Yahudi. Seramai 60 orang terbunuh di dalam Masjid Nabi Ibrahim di bandar Al Khalil (Hebron) ketika menunaikan solat Subuh di bulan Ramadhan.

BANGKITLAH ISLAM

Segala yang terjadi sudah tertulis, setiap yang tertulis pasti terjadi.

Islam pasti akan bangkit semula, itulah sinar yang di tunggu-tunggu. Yang membuatkan ummat Islam terus emangat untuk berjuang menggapai janji Tuhan.

Kata-kata MU benar, janjiMU benar.

Takbir!! Allahuakbar!!!!!!

wallahualam

16 January 2009

MY APOLOGY

FORGIVE ME

Assalamualaikum..

To all visitors, I am VERY-VERY-VERY sorry because of the late updated and the inconvenience.

The post already been written but unfortunately it still not being post in this blog.InsyaALLAH I try my best to post it as soon as possible.

Thank you for all supported people and follow this poor blog. Till then, see you guys InsyaALLAH.

wallahualam

Ma'al Hijrah / Tahun Baru / New Year

MAAL HIJRAH

Alhamdulillah hi rabbila'lamin, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Ku bersyukur akan nikmat yang di kurnia olehNYA yang secara percuma diberi tanpa bayaran wang ringgit. Tanpa apa pun. Dan seharusnya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur. Syukur alhamdulillah umat Islam di seluruh dunia meraikan tahun baru hijrah yang ke-1430 hijriah bersamaan 1 muharram.Dalam bulan Muharam itu sendiri terjadinya peristiwa-peristiwa penting yang sudah tertulis dalam sejarah.



1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Seperti biasa kalau Ma'al Hijrah ni akan dibacakan doa akhir tahun dan awal tahun, alhamdulillah aku juga tidak melepaskan peluang. SubhanAllah..segala puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan, aku masih lagi bisa bernafas, masih lagi bisa melihat dunia, masih lagi dapat merasai nikmat yang Kau berikan kepada hambaMU ini Ya Allah. Lalu apa alasan ku untuk tidak menjadi seorang hamba yang bersyukur? Sedarlah wahai diri! Astagfirullah al azim, teringat sabda Rasulullah s.a.w:


"Kullu bani Adam khattaun wa khairal khattaun attawwabin".
( Setiap anak Adam pernah bersalah dan sebaik-sebaik orang yang salah
adalah yang bertaubat )

UJIAN DI TAHUN BARU

Selepas Ma'al Hijrah maka TAHUN BARU MASIHI menjelma, akan tetapi sebelum itu sesuatu peristiwa telah berlaku kepadaku. Beberapa hari sebelum tu aku menjalani treatment electric di suatu tempat dan tubuhku memberi tindak balas yang cepat. Di wajahku terdapat satu kesan seperti melecur, kecil jer dan aku pon fikir positif jelah, mungkin jerawat kot. Pastuh kat kepala tumbuh lagi satu. Naik demam jugaklah badan, dan masih lagi aku berfikir positif sebab kalau jerawat ni kadang memang boleh orang demam. Kemudian start mula tumbuh gelembung-gelembung kecil kat muka, alamak..menggelabah rasanya.

Masih segar dalam ingatan, Rabu 31 December 2008, aku disahkan mendapat demam CHIKEN POX. Innalillah... Kemudian aku mendapat cuti selama dua minggu, betapa terkejutnya diri ni Allah saja yang tahu, sampaikan dekat 2 ke 3 kali aku bertanyakan doktor, "doctor are you sure I got chicken pox??are sure??are you really sure doctor?? Pastuh doctor tu cakap, "if you not believe me then you can go to another clinic.." Mungkin kifarah dosa,alhamdulillah di atas dugaan yang diberi, tanda Kasih dan Sayang Allah kepada hambaNYA sungguh Allah itu Maha Halus terhadap hambaNYA.. Aku redho.. Teringat akan sahabat nabi Saidina Omar Al-Khattab yang amat risau andainya tidak diberi apa-apa ujian atau kesusahan.masyaALLAH, sungguh tinggi iman para sahabat..


ADA HIKMAHNYA

Perlu ke untuk aku berasa kecewa? Terkilan itu mungkin ada sikit tapi sungguh Allah itu perancang yang terbaik, sebenarnya aku tak sabar nak tunggu tahun baru masihi ni bukan apa, tapi nak mendekati mad'u yang berkeliaran menyambut tahun baru. Lama ku tunggu peluang ini tapi tak mengapa, tidak di izinkan Allah, maka harusnya aku bersangka baik dengan Allah. Kerana Allah berfirman, AKU adalah seperti apa yang hambaKU fikirkan.. Allahuakbar!!!

Dan aku tidak merasakan apa-apa perasaan pon untuk tahun baru ini, entah.. Perasaan ku kosong,hiba,sayu.. Astagfirullah al azim. Lailahailla antasubhanakainnikuntuk minazholimin..


AZAM

Sejujurnya aku langsung tidak memikirkan akan azam tahun baru. Sebab hari-hari azam itu memang kena ada untuk menjana diri melakukan sesuatu. setuju?? Kalau tahun baru baru nak fikir azam payahlah camni, agaknya lah kot.. Orang lain sibuk bertanyakan azam aku tenang wat dont know jer.

Tapi cabaran baru menanti memang maha hebat, Ya Allah moga hatiku tetap berada di jalan MU, tetapkanlah ia Ya Allah.. Tetapkanlah aku dalam jalan dakwah pemberianMu.. ameen..

UCAPAN PADA SEMUA

Kenalan-kenalan, rakan, kawan, sahabat,

akan ku telusuri mehnah ini dengan sabar,

akan ku didik diri dengan istiqomah,

akan ku cabar nafsu untuk tunduk kepadaku,

maaf ku mohon dari semua,

akan keterlanjuran perbuatan yang diri ini lakukan,

akan kekurangan dan kelemahan yang
akan ku cuba perbaiki,

semoga masa yang berlalu,

membawa biarlah seribu atau sejuta erti yang bermakna,

kerna kita tidak lepas dari diperhitungkan amalan kelak..

wallahualam

Hikmah Kembara

DARI MANTIN KE SUNGAI BESAR

"Kembara" kali ini adalah bertujuan unbtuk menziarahi rumah sahabiah dan menggenal orang tuanya serta cara hidupnya. Alhamdulillah, walau pada mulanya empat orang yang akan pergi, namun izin Tuhan, hanya tiga dari kami sahaja yang "berlepas" dengan bas walaupun pada mulanya "terlepas" bas kerana terlewat sampai ke pudu 10 minit. Syukran jazilan pada ukhti Duratul sebab membiayai accomodation kami. Walaupun hanya Selangor sahaja, namun perjalanan menggambil masa selama tiga jam untuk sampai ke destinasi, namun sepanjang perjalanan hampir sahaja aku menghabiskan dengan tidor.hee.

Kebas rasanaya duduk terlalu lama(lama la sangat). Setibanya, kami kene berjalan masok ke dalam untuk sampai ke rumah taman teres kak due.

Untuk hari pertama kami tidak kemana-mana, duduk di rumah dan makan-makan.hohoho. Ummi kak due dah "bising" kat dia, sebab tak bawa kami jalan-jalan,hehehe. Keesokkan harinya lepas subuh kami pergi ke pusat terapi "eletrik". Satu pengalaman yang "menyeronokkan" coz pas aku wat rawatan terapi ni je aku terus dapat chicken pop. Dah nak jadi, nak wat macam mana, kifarah dosa, alhamdulillah..



Lepas tu pukul 11pagi kami di bawa ronda-ronda Kuala Lumpur, eh xdalah, ronda-ronda Sungai Besar, pergi nengok sekolah dia belajar dulu, nengok sawah padi memag saujana mata memandang.


JAUH BERJALAN, LUAS PEMANDANGAN, BANYAK PENGALAMAN

Sangat seronok duduk di rumah kak due, kalau orang jawa kata "kerasan".huhu. Ummi kak due memang sporting dan sangat ramah. Bayangkan aku ni jenis suka makan pedas, pastu dia masakkan untuk aku makanan yang pedasnya memang "kaw-kaw" la wa cakap lu. Berasap makan, tapi memang terharulah kerana menerima layanan yang 5 stars. Rasa nak datang lagi, boleh ke kak due?hihi.

Dengan tidak di sangka abah kak due nak bawa kami pergi ke Menara Condong di Teluk Intan Perak. Masyuk betol, macam orang mengantok di sorongkan bantal, kami ni camtulah di ibaratkan. Bergerak dari rumah dalam pukul 3petang dan sampai di Teluk Intan dekat pukul 6petang kerana kami ada singgah-singgah.

Dari Sungai Besar nak ke Teluk Intan tu kami melalui Bagan Datuh@Datuk (tak pasti ejaan) dan singgah di jeti Bagan Datuk tuh, teringat la kat seorang sahabat ni yang kampung ayahnya di Bagan Datuk. Bila bagi tahu sahabat tu dia kata "awat tak ajak ana", hehe. Tak dapek den nak nolong. Di Bagan Datuk kami singgah ke sebuah jeti ni, nak tawu? Check out this pictures =)



jeti inii...



our accomodation




angin yang sepoi-sepoi bahasa. Bukan tak faham bahasa ea.



posing abes.



peace no war ok!



pulang...

KENANGAN DI MENARA CONDONG, TELUK INTAN PERAK




inilah dia..



kenangan..



(^_^)..



tinggi...




tika malam...

PERISTIWA TIDAK KAN KU LUPA

Pertamanya berlaku semasa di pudu raya, oleh kerana kami terlepas bas makanya kena tunggu lagi satu jam, nasib baik dapat bas pukul 11pagi, alhamdulillah. Syaza da mendapatkan tempat duduknya, aku pun merasa seperti keletihan dan mencari tempat duduk. Akhirnya dapatlah duduk kat sebelah sorang amoi nih, waktu tu aku pakai liqa'. Amoi ni dengan rajin dan ramahnya menegur aku, "kakak dari mana?", dalam ati tahu-tahu je dak ni panggil aku akak, sekeh kang baru tawu (dalam hati je.hee).

Kulihat dia mmerhatikan aku dengan penuh minat, mungkkin sebab aku memakai liqa' @purdah. Pastuh aku borak-borak la dengan dia, tanyer belajo kat mana, upenya dia ni dak Segi kolej Damansara. Ramah budaknya, kulihat ada ciri-ciri muslimah dalam dirinya.Wajahnya murah dengan senyuman, dia bertanya "are you smiling", cuz dia tak leh nak nengok muka aku kan. Pastuh aku cakap "yes I am, you can see from my eye".
Mak dia pun sampai, nak pergi da ni, aku pun terfikir nak alamat email dia ke, skali dia mintak no phone aku. Excited nak bagi tapi mak dia da bising-bising suruh cepat dan akhirnya tak dapat even nak bagi no phone pun. Terkilannya hati Allah saja yang tahu. Dekat 3hari aku frust teringat kat amoi ni.

Lepas tuh, hati aku tak tenang aku carik dia kat setiap platform, tapi tak jumpa. Tapi aku fikir, ada hikmahnya, sebelum dier "blah" tu dia salam aku, dia cakap "kalau ada jodoh kita jumpa lagi". Ya Allah, ketemukanlah kami...

Lagi satu peristiwa berlaku sewaktu dalam bus, bas ke Sungai Besar kalini penuh orang. Semua seat ada orang. Aku pun naik dan amik tempat duduk sebelah tingkap, tempat feberet aku kalau duduk dalam bus. Lepas tuh, sorang mamat ni naik dan rupa-rupanya tempat duduk dia sebelah aku. Aku wat dont know jer, tapi aku tahu dia menggelabah. Dia duduk sat sebelah aku tapi sekejap pastuh dia bangun dan mata melilau kebelakang kot-kot ada tempat duduk kosong. Rupanya dia pergi kat sorang nyonya nih dan tukar tempat duduk dengan dia. Sekali nyonya tu citer kat aku, rupanya dia tukar tempat duduk ngan nyonya tuh coz malu ngan aku. Tahu dah... Aku tak yah susah, orang tuh "hormat" dan faham sendiri bila kita "hormat" diri kita. Pahe dok? :(^_~)..

LAGU TEMA KAMI

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia

WALLAHUALAM...

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)