Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

16 January 2009

Hikmah Kembara

DARI MANTIN KE SUNGAI BESAR

"Kembara" kali ini adalah bertujuan unbtuk menziarahi rumah sahabiah dan menggenal orang tuanya serta cara hidupnya. Alhamdulillah, walau pada mulanya empat orang yang akan pergi, namun izin Tuhan, hanya tiga dari kami sahaja yang "berlepas" dengan bas walaupun pada mulanya "terlepas" bas kerana terlewat sampai ke pudu 10 minit. Syukran jazilan pada ukhti Duratul sebab membiayai accomodation kami. Walaupun hanya Selangor sahaja, namun perjalanan menggambil masa selama tiga jam untuk sampai ke destinasi, namun sepanjang perjalanan hampir sahaja aku menghabiskan dengan tidor.hee.

Kebas rasanaya duduk terlalu lama(lama la sangat). Setibanya, kami kene berjalan masok ke dalam untuk sampai ke rumah taman teres kak due.

Untuk hari pertama kami tidak kemana-mana, duduk di rumah dan makan-makan.hohoho. Ummi kak due dah "bising" kat dia, sebab tak bawa kami jalan-jalan,hehehe. Keesokkan harinya lepas subuh kami pergi ke pusat terapi "eletrik". Satu pengalaman yang "menyeronokkan" coz pas aku wat rawatan terapi ni je aku terus dapat chicken pop. Dah nak jadi, nak wat macam mana, kifarah dosa, alhamdulillah..



Lepas tu pukul 11pagi kami di bawa ronda-ronda Kuala Lumpur, eh xdalah, ronda-ronda Sungai Besar, pergi nengok sekolah dia belajar dulu, nengok sawah padi memag saujana mata memandang.


JAUH BERJALAN, LUAS PEMANDANGAN, BANYAK PENGALAMAN

Sangat seronok duduk di rumah kak due, kalau orang jawa kata "kerasan".huhu. Ummi kak due memang sporting dan sangat ramah. Bayangkan aku ni jenis suka makan pedas, pastu dia masakkan untuk aku makanan yang pedasnya memang "kaw-kaw" la wa cakap lu. Berasap makan, tapi memang terharulah kerana menerima layanan yang 5 stars. Rasa nak datang lagi, boleh ke kak due?hihi.

Dengan tidak di sangka abah kak due nak bawa kami pergi ke Menara Condong di Teluk Intan Perak. Masyuk betol, macam orang mengantok di sorongkan bantal, kami ni camtulah di ibaratkan. Bergerak dari rumah dalam pukul 3petang dan sampai di Teluk Intan dekat pukul 6petang kerana kami ada singgah-singgah.

Dari Sungai Besar nak ke Teluk Intan tu kami melalui Bagan Datuh@Datuk (tak pasti ejaan) dan singgah di jeti Bagan Datuk tuh, teringat la kat seorang sahabat ni yang kampung ayahnya di Bagan Datuk. Bila bagi tahu sahabat tu dia kata "awat tak ajak ana", hehe. Tak dapek den nak nolong. Di Bagan Datuk kami singgah ke sebuah jeti ni, nak tawu? Check out this pictures =)



jeti inii...



our accomodation




angin yang sepoi-sepoi bahasa. Bukan tak faham bahasa ea.



posing abes.



peace no war ok!



pulang...

KENANGAN DI MENARA CONDONG, TELUK INTAN PERAK




inilah dia..



kenangan..



(^_^)..



tinggi...




tika malam...

PERISTIWA TIDAK KAN KU LUPA

Pertamanya berlaku semasa di pudu raya, oleh kerana kami terlepas bas makanya kena tunggu lagi satu jam, nasib baik dapat bas pukul 11pagi, alhamdulillah. Syaza da mendapatkan tempat duduknya, aku pun merasa seperti keletihan dan mencari tempat duduk. Akhirnya dapatlah duduk kat sebelah sorang amoi nih, waktu tu aku pakai liqa'. Amoi ni dengan rajin dan ramahnya menegur aku, "kakak dari mana?", dalam ati tahu-tahu je dak ni panggil aku akak, sekeh kang baru tawu (dalam hati je.hee).

Kulihat dia mmerhatikan aku dengan penuh minat, mungkkin sebab aku memakai liqa' @purdah. Pastuh aku borak-borak la dengan dia, tanyer belajo kat mana, upenya dia ni dak Segi kolej Damansara. Ramah budaknya, kulihat ada ciri-ciri muslimah dalam dirinya.Wajahnya murah dengan senyuman, dia bertanya "are you smiling", cuz dia tak leh nak nengok muka aku kan. Pastuh aku cakap "yes I am, you can see from my eye".
Mak dia pun sampai, nak pergi da ni, aku pun terfikir nak alamat email dia ke, skali dia mintak no phone aku. Excited nak bagi tapi mak dia da bising-bising suruh cepat dan akhirnya tak dapat even nak bagi no phone pun. Terkilannya hati Allah saja yang tahu. Dekat 3hari aku frust teringat kat amoi ni.

Lepas tuh, hati aku tak tenang aku carik dia kat setiap platform, tapi tak jumpa. Tapi aku fikir, ada hikmahnya, sebelum dier "blah" tu dia salam aku, dia cakap "kalau ada jodoh kita jumpa lagi". Ya Allah, ketemukanlah kami...

Lagi satu peristiwa berlaku sewaktu dalam bus, bas ke Sungai Besar kalini penuh orang. Semua seat ada orang. Aku pun naik dan amik tempat duduk sebelah tingkap, tempat feberet aku kalau duduk dalam bus. Lepas tuh, sorang mamat ni naik dan rupa-rupanya tempat duduk dia sebelah aku. Aku wat dont know jer, tapi aku tahu dia menggelabah. Dia duduk sat sebelah aku tapi sekejap pastuh dia bangun dan mata melilau kebelakang kot-kot ada tempat duduk kosong. Rupanya dia pergi kat sorang nyonya nih dan tukar tempat duduk dengan dia. Sekali nyonya tu citer kat aku, rupanya dia tukar tempat duduk ngan nyonya tuh coz malu ngan aku. Tahu dah... Aku tak yah susah, orang tuh "hormat" dan faham sendiri bila kita "hormat" diri kita. Pahe dok? :(^_~)..

LAGU TEMA KAMI

Di sini kau berdiri
berpijak di bumi
menjunjung langit yang luas
Pernahkah kau berfikir
alam penuh rahsia
anugerah yang maha esa

(CHORUS)
Berjalan,bermusafirlah
melihat kebesaran tuhan
yang diciptakan untuk
mereka yang berfikir
dan bersyukur di atas nikmat
dan kurnianya
nilai harganya,iman dan taqwa
bagi hamba yang setia

Tiada beza warna,kulit atau rupa
yang ada hanya insan yang lemah
dengan satu tujuan mencari keredhaan
dan berbudi di bumi tuhan

Fikirkanlah..dimana arah kita
Renungilah..hikmah kembara
menuju kasih
buktikan cinta kita..
kepadanya..
ini kembara kita

Berjalan dan bermusafirlah
untuk melihat kebesarannya
lantas berfikir dan bersyukur
diatas nikmat dan kurnianya
nilai harganya iman dan taqwa
bagi hamba yag setia

WALLAHUALAM...

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)