Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

13 September 2009

Suatu Kisah

ANAKKU

Asalamualaikum..bibik.. bibik.. Ketiduran mungkin, aku lihat jam di lengan, sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Sudah lewat. Pasti bibik dan anak-anak sudah tidur. Aku pula lupa untuk membawa kunci rumah. Ku cuba sekali lagi, manalah tahu, kalau-kalau bibik terjaga. Akhirnya pintu terkuak, dengan bibik memisat-misat matanya kelat. Masakan tidak, lewat pagi aku mengejutnya. Mintak maaf ya puan, bibik tidak kedengaran puan neriak-neriak manggilin. Begitulah bibik dengan loghat jawanya. Tak mengapa bik, saya yang patut minta maaf sebab terlupa bawa kunci rumah. Terasa lega tatkala kaki menginjak ke dalam rumah sendiri. Dua hari satu malam berada berjauhan dengan anak-anak kerana tuntutan kerja dan perjuangan sudah cukup membuatkan hatiku merindui mereka. Lantas kaki di hayun menghala ke kamar putera sulungku, Mohammad Irsyad bin Taqiyuddin. Lantas ku kucup dahinya, pipinya tanda rindu yang membuak-buak. Petang tadi aku menelefonnya bertanyakan khabar. Renggek suaranya mahu aku segera pulang. Ummi..ummi..ummi bila nak balik? Along rindu sangat kat ummi..ummi...belikan along atroman ye. Begitulah pintanya. Dua malam aku terlepas untuk membacakan buku cerita kepadanya, sepeti lazim yang selalu aku lakukan.

Usai menjenggah Mohammad Irsyad, aku ke kamar puteri tunggalku, Nur Aisyah Binti Taqiyuddin. Lena ku lihat tidurnya, rambutnya panjang seperti umminya. Kata Aisyah, dia mahu seperti ummi..persis kelihatan seperti ku. Seperti abangnya, ku kucup dahi dan pipinya, moga dia dapat merasa getaran sayangnya ummi padamu sayang. Mohammad Irsyad dan Nur Aisyah, kamu harta paling berharga yang ummi ada. Lantas ku masuk ke kamar ku.

Senyap. Sayu, entah kenapa tiba-tiba rinduku pada seseorang seperti datang tiba-tiba. Terduduk di birai katil, teresak-esak nangis sendirian. Abang....


SUAMIKU

22 Ogos 2006 merupakan tarikh keramat bagiku. Disitulah bermulanya statusku sebagai isteri yang sah kepada Taqiyuddin. Pemuda yang padaku sempurna dari semua sudut, baik agamanya, mahu pun akademiknya. Sungguh, aku berasakan tidak layak sama sekali untuk berdampingan dengannya. Padaku dia pemuda hebat dengan semangat juangnya mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini tanpa rasa jemu. Aku kagum dengan semangatnya.

Alhamdulillah, tepat jam 11pg yang mulia itu, dengan sekali lafaz maka sahlah aku disisi agamamu, halal disisimu. Menitis air mata sayu, terharu. Akhirnya aku sudah menjadi milik orang lain. Maka tanggungjawab dan perhatianku berubah kepada suami. Kini dia yang utama bagiku, demi mendapat redha Tuhanku. Majlis pernikahan kami sederhana, dengan hantaran pinta ayah kepadanya hanyalah senaskah Al-Quran. Pesan ayah kepada abang, agar mendidikku dengan acuan Al-Quran, itu sahaja pintanya. Usai nikah kami solat sunnat nikah bersama. Selesai solat maka upacara pembatalan air sembahyang, iaitu dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Inilah pertama kalinya aku mengucup tanganya, inilah pertama kalinya dia mengucup dahiku sebagai isterinya. Alhamdulillah, hubungan kami tidak seperti pemuda-pemudi zaman kini yang melewati sunnahtullah sebelum melunaskan tanggungjawab syariatullah.

Selesai manyarungkan cincin, kami bersalam-salaman dengan sanak-saudara dan rakan taulan terdekat. Seperti yang aku kata tadi. Cukup sederhana majlis ini, namun kami merasa cukup bahagia dan penuh barokah. Penat seharian melayan tetamu. Ku lihat wajah suamiku keletihan, namun senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Sejuk hatiku setiap kali memandangnya. Petang itu saudara-mara masing-masing meminta diri diri untuk pulang. Ku ucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis pernikahan kami. Malam itu, mahgrib dan isyak abang pergi ke masjid. Aku dirumah mempersiapkan diri. Malam pertama bagi kami, Tuhan sahajalah yang tahu betapa berdebarnya aku untuk berhadapan dengannya nanti. Tidak ku buka hijap lagi, malu menebal dalam diri, abang kata, haya' adalah perhiasan yang paling berharga untuk kaum wanita=)

Pulangnya abang dia tidak segera masuk ke dalam bilik, seperti memahami keadaan isterinya ini. Setengah jam kemudian pintu di ketuk. Tidak keruan aku dibuatnya, namun aku tenangkan diri. Itu suamiku. Assalamualaikum sayang, gemersik suaranya lembut memangilku dengan gelaran yang tak pernah terjangka yang dia akan memangilku dengan gelaran itu. Tak mampu untuk berkata apa-apa, aku lalu menjawab salamnya. Waalaikumsalam. A..abang baru balik? Maaf ye, sayang sibuk kemas bilik tadi. Subhanallah, gagap rasanya untuk berbicara, namun aku tidak kekok untuk terus membahasakan diri dengan pangilan yang telah di hadiahkan suami untukku. Ya Rabbi, bahagianya hati ini. Aku berdiri aku, lantas dia datang padaku dan mengucup lembut dahiku, lalu menarik tanganku untuk duduk bersamanya di birai katil. Dipandangnya aku tak berkelip. Aduh! Aku cukup tak tahu nak membalas pandangan orang. Merah muka ku. Kemudian terdengar dia mengekek ketawa. Kenapa sayang kaku sangat dengan abang? Aku tertunduk malu, namun senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Lantas aku meminta izin untuk mengambilkannya susu berserta madu untuk di minum sebelum tidur. Sunnah nabi.

Aku membawa dua cawan, satu untuk dirinya, satu lagi untuk aku. Setelah aku minum, dia meminta gelasku lalu bertanya, tadi sayang minum kat mana? Lalu dia pon minum di tempat yang sama di mana aku minum. Terharunya aku rasa. Dihabiskan baki minuman yang tidak terhabis olehku. Kemudian, kami solat sunnat taubat bersama-sama sebelum tidur. Namun, doanya cukup menyentuh hatiku. Aku tidak peduli, ku sembamkan muka ku ke ribanya, nangis teresak-esak, nangis semahunya. Dibelai lembut kepalaku, untuk meredakan tangis yang berselang sedu. Tangis kesyukuran kerana kini aku sudah sah bergelar isterinya, setelah bersabar menanti dirinya. Tidak ku sangka, akhirnya jodoh kami menemukan kami jua.

Pagi itu, abang mengejutkan ku untuk bangun subuh. Terkejut, macam mana aku boleh berada di atas katil. Rupanya semalam aku tertidur di ribanya. Lantaran kepenatan menangis, kemudian dia mengangkat aku untuk tidur di katil. Ya Allah, bahagianya kurasa. Solat pagi itu aku rasakan cukup tenang. Berimamkan suami, kemudian mengaminkan doanya. SubhanAllah, yang memberikan nikmat kebahagian kepada kami.

Aku dambakan bait muslim yang hidup dengan perjuangan. Perjuangan menegakkan kalimah Allah. Aku mahu diriku jadi tunjang kepada semangat suamiku. Kami saling bergantung antara satu sama lain. Alahamdulillah setelah pernikahan ini, lebih memudahkan gerak kerja dakwah kami, tiada lagi masalah ikhtilat yang membatasi. Kami mahu jadikan perkahwinan ini suatu model untuk adik-adik yang lain. Bahawa perkahwinan tidak menghalang seseorang untuk bergiat aktif dengan gerakan.

Abang lelaki paling sabar pernah aku temui. Dia menerima diriku seadanya. Menerima kelemahan diriku dan menghargai kelebihan diriku. Tidak pernah sekali-kali dia mencela diriku. Pernah suatu hari aku bertanya kepada abang. Abang, kalau ayang offer abang kahwin lagi satu, abang nak tak? Dia terdiam. Kenapa ayang nak abang kahwin lagi satu? Sebab ayang rasa abang layak untuk dapat wanita lebih baik dari diri ayang. Dia hanya tersenyum. Katanya, isteri satu sudah terasa ramai.. Mahu bertanya lagi, cepat sahaja jari telunjuknya hinggap di bibirku, tanda tidak mahu ku jangan bertanyakan lagi. Abang seolah boleh membaca isi hatiku. Dia berkata, I choose you not because I like you, but because you are the miracle women Allah choose for me to accompany me Till the end. Terharu sungguh aku dengan kenyataan suamiku. Pandai sungguh dia mengambil hatiku..

Namun...

Bersambung..

p/s:tak de kene mengene dengan yang hidup atau pon yang telah meningal dunia. rekaan semata-mata.

09 September 2009

Bila RAYA,semua bagai nak gila, bila PUASA, buat-buatlah lupa!

BUS!

Bus kat sebelah nilah bus yang selalu aku naik waktu form 4 & form 5 dulu. Sekarang ni, giliran adik pula. Nama sahaja "Cepat Ekspress" tapi bukan main lambat lagi kalau nak sampai, kadang rasa macam nak tanggal kepala lutut tunggu berjam-jam kat platform. Itulah ragam kalau naik pengangkutan awam. Bagi yang manja-manja, agaknya tak boleh nak hidup dengan situasi macam ini.

Cobaan untuk Suamimu

Justify Full
Suamiku,
Di uji pernikahan ini,
Dengan hadiah kifarah dosa dari TuhanMu,
Moga kau tabah dan terimalah diri ini seadanya,
Terima Kasih kerana sudi berlaku setia~


ORANG KAMPUNG

Alhamdulillah, beberapa bulan yang lalu, orang kampungku yang menuntut di Maktab Ilmu Khas telah selamat menjalankan pernikahan dan walimahtul urus mereka. SubhanAllah, pujian bagi Allah Tuhan yang telah menyatukan dua hati untuk saling menyayangi dalam menuju mardhotillah Illahi.

Namun, di dalam suatu kehidupan dan perhubungan pasti ada ujian yang akan datang menguji sejauh mana sayang, sejauh mana sanggup berkorban, sejauh mana keampuhannya dalam setia menerima keadaan si pasangan. Perancangan yang di atas adalah yang terbaik, dan tak mungkin kita manusia biasa dapat meneka, maka redho peneman terbaik diri.

Setelah bahagia dengan pernikahan, si isteri disahkan menghidap penyakit luekimia, suatu penyakit barah darah. Jiran sebelah rumah aku juga menghidapi penyakit luekimia ni, Kurus dan botak jadinya, lesu tubuhnya. Dalam si isteri berperang nyawa di hospital, suami berhempas pulas mencari rezeki untuk menanggung kos rawatan isteri tercinta. SubhanAllah, andai itu aku, sanggupkah suami ku berkorban seperti itu? Cinta bukan sekadar ungkapan indah di bibir, tapi harus di buktikan dengan perbuatanmu.

Dan firman Allah: "Takkan beriman seseorang itu selagi dia tidak di uji". Ini ujianmu sahabatku. Moga kalian suami isteri tabah dalam menempuh dugaan ini.


p/s: ku doakan dari jauh

06 September 2009

kalau nak wangi, berkawanlah dengan penjual minyak wangi

KALAU NAK HEBAT, BERKAWANLAH DENGAN ORANG-ORANG YANG HEBAT

Alhamdulillah, aku diterima masuk ke dalam akademik Sekolah Pemikir Muda. Di akademik ini, kami didedahkan dengan falsafah-falsafah dunia dan pemikiran-pemikiran global. Yang menjadi penuntut di akademik ini bukanlah calang-calang orangnya. Semua hebat-hebat belaka. "Gerun" melihat ilmu pengetahuan mereka. Tapi aku garapkan dalam diri, berkawan dengan orang yang hebat-hebat ini akan membantu aku mempunyai pemikiran yang hebat juga. Normal person will talk about common thing, medium person will talk about event, big person will talk about ideas. Panel-panel jemputan untuk berdiskusi dengan kami juga tak kurang hebatnya. Professor serta doktor doktor yang luas ilmu pengetahuannya yang takkan dapat kat perpustakaan.

Dari sini aku mula berjinak-jinak untuk membaca buku-buku yang lebih "berat" pembawaannya dan membantu aku untuk mempunyai kematangan pemikiran pada level 10 tahun kehadapan, mungkin juga lebih. Walaupon aku merupakan ahli termuda di akademik itu, tapi aku tidak mahu ia dijadikan alasan "tidak tahu". Disinilah melatih aku untuk mengasah diri mengkaji perkara-perkara penting yang dulu aku anggap remeh.


TUGASAN

Untuk kelas akan datang kami diberi tugasan untuk mencari buku mengenai perlembagaan. Dan aku di tugaskan untuk mencari buku "Politik Perlembagaan: Suatu Perbincangan Tentang Isu-Isu Semasa dari Sudut Perlembagaan dan Undang-Undang" Karangan Aziz Bahri.

Tugasan kali ini memerlukan dua orang peserta dalam setiap kumpulan dan aku ditugaskan untuk bekerjasama dengan Kak Nurul Syuhada penuntut UIAM, atau kalau orang kenal sekarang, zaujah Ustaz Syaari. Tak sangka yang aku akan digandingkan dengan beliau. Cuak sebenarnya, takot-takot kalau aku tenggelam dengan kehebatannya. Maksud tenggelam ini aku tak dapat nak produce idea sebaik dia, takot jadi parasit yang menumpang pada pokok pula:) Orang yang mengarang buku ini merupakan pensyarah dia rupanya. Jadi, aku akan datang ke UIAM insyaAllah untuk interview penulis buku tersebut.

Sangat teruja sebenarnya kerana berpeluang bekerjasama dengan orang-orang yang hebat macam Kak Nurul ni dan beliau antara orang yang aku admire jugak la sebenarnya.


SEMAKIN JELAS

Jadi, sekarang ini matlamat ku rasakan makin lama makin jelas dan makin menakutkan. Sungguh, realiti dunia amat kejam. Jadi, kepada mahasiswa-mahasiawa, janganlah berada di zone selesa, keluarlah mengenal dunia!

p/s:akhirnya aku dah tawu macam mana nak mengadakan balik bende ni.he.

Aku tertipu+ditipu

SEJARAH
Justify Full
Sejarah merupakan penceritaan terpenting dalam sesuatu tamadun, atau masyarakat. "Those who don't know about history, will repeat it again". Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Nak tahu tak macam mana mereka pilih tarikh ni? Bila Tengku bermesyuarat dengan British untuk mendapatkan kemerdekaan. British tanya, "You nak merdeka bila ni?" Si Tengku ni pon jawab "nanti dulu I balik Malaysia fikir dulu." Bila Tengku Balik Malaysia, dia jumpa dengan seorang hamba Allah ni dia tanya, agak-agak tarikh bila yang sesuai untuk kita nak merdeka ni? Orang tu pon bukak kitab falak, kalau ikut kitab falak, da lepas tarikh keramat ni. Dia pon buka kitab zodiak pulak, ha..Tahun depan pada 31 Ogos 1957 sesuai untuk sambut merdeka. Tarikh merdeka pon dah ada unsur khurafat. Macam mana nak berkat?


ANALOGI

Nak kasi mudah faham beginilah. Macam warden penjara tanya dekat seorang tahanan ni, "awak nak saya bebaskan awak bila?" Dia pon jawab, "tahun depan." Tak ke "bijaksana" tu namanya? Bijak-bijak, sangat bijak!

Sesunguhnya sejerah negara kita ditulis oleh tangan barat yang keparat. Sebenarnya, kita sudah tidak ada sejarah, kerana sejarah yang sebenarnya sudah dipadam oleh mereka. Pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenarnya dipadamkan nama mereka dari tulisan sejarah dan kita ummat Melayu di tipu hidup-hidup. Kata seorang pejuang Indonesia. "Kami orang Indonesia merdeka tangannya digenggam, tapi orang Malaysia kok tanganyan dilepaskan." (cuba perhati cara merdeka dilaungkan dengan tangan diangkat tidak bergenggam).

Kalau kita perhati, Indonesia menapat kemerdekaan secara mutlak. Belanda tingalkan Indonesia sehelai sepinggang dengan tidak membawa pulang apa-apa pon aset mereka. Itulah merdeka yang sebenarnya. Hakikat ini disedari oleh British lalu British meletakkan syarat kepada orang Melayu kalau nak merdeka. Merdeka apa tu kalau bersyarat? Hakikatnya, kita masih belom merdeka.


SYARAT-SYARAT KEMERDEKAAN
Ada beberapa syarat yang dikenakan ketasa Tanah Melayu pada ketika itu untuk mencapai kemerdekaan. Antaranya:

1)Malaysia mestilah mengamalkan dasar undamg-undang
"common law". Common Law ini merupakan undang-undang kristian yang kita amalkan sekarang.

2)Dalam tempoh seratus tahun jika berlaku huru-hara di Malaysia, maka kemerdekaan akan di tarik balik.


3)Sekolah lain boleh dibuka di Malaysia. Kalau lihat Indonesia, ada sekolah Cina? Ada sekolah India? Kat British, kita boleh buka sekolah Melayu?


Satu persoalan, adakah orang Cina dan India berjuang menentang British? Jawab la dengan jujur pada diri sendiri.


PEJUANG KEMERDEKAAN

Pejuang kemerdekaan ini merupakan orang yang menentang penjajah, bukannya bekerja dengan penjajah dan menjadi anak kesayangan penjajah. Malangnya, orang yang di angkat sebagai hero iaitu Tengku sendiri adalah orang yang bekerja dengan penjajah! Pejuang kemerdekaan ke tu? Jangan terkejut kalau Malayan Union itu sendiri dalangnya adalah orang Melayu sendiri. Dato' Onn adalah antara yang mengasaskan Malayan Union. Ini ke pejuang kemerdekaan? Hendak menaikkan seseorang itu agar dilihat sebagai hero maka kononnya British menyuruh orang itu untuk "menangkap" mereka. semuanya tipu helah belaka.

Pada 15 Ogos 1547 Dr Burhanuddin Al-Helmy telah membawa agenda kemerdekaan Tanah Melayu ke PBB namun perkara ini langsung tidak disebut dalam sejarah.


DOUBLE STANDARD

Dalam melihat musuh, kita berat sebelah. Sebenarnya, kedatangan Jepun ke Tanah Melayu adalah untuk membantu orang Melayu menghalau British dari Tanah Melayu. Ulama' kita yang memanggil Jepun untuk membantu menghalau orang British. Tambahan, Khilafah Othmaniah pada ketika itu mengeluarkan fatwa bahawa wajib untuk orang Melayu membantu orang Jepun. Malangnya Jepun tidak menulis, tapi di tulis oleh British semata-mata dan di tipu kita oleh mereka.


MERDEKAKAH KITA?

Bila dapat tahu tentang perkara begini, rasa marah dan ditupu oleh "mereka". Rasa geram dan menyampah lagi meluat. Semangat untuk menegakkan Islam dan menghapuskan da'yah barat semakin meluap-luap. "Tenang"nya menjadi golongan intelektual yang tahu perkara sebenar tanpa goyah pendirian.

Sekarang manusia melihat yang palsu itu benar, yang benar itu palsu. Fikir-fikirkanlah bersama.

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)