Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

13 September 2009

Suatu Kisah

ANAKKU

Asalamualaikum..bibik.. bibik.. Ketiduran mungkin, aku lihat jam di lengan, sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Sudah lewat. Pasti bibik dan anak-anak sudah tidur. Aku pula lupa untuk membawa kunci rumah. Ku cuba sekali lagi, manalah tahu, kalau-kalau bibik terjaga. Akhirnya pintu terkuak, dengan bibik memisat-misat matanya kelat. Masakan tidak, lewat pagi aku mengejutnya. Mintak maaf ya puan, bibik tidak kedengaran puan neriak-neriak manggilin. Begitulah bibik dengan loghat jawanya. Tak mengapa bik, saya yang patut minta maaf sebab terlupa bawa kunci rumah. Terasa lega tatkala kaki menginjak ke dalam rumah sendiri. Dua hari satu malam berada berjauhan dengan anak-anak kerana tuntutan kerja dan perjuangan sudah cukup membuatkan hatiku merindui mereka. Lantas kaki di hayun menghala ke kamar putera sulungku, Mohammad Irsyad bin Taqiyuddin. Lantas ku kucup dahinya, pipinya tanda rindu yang membuak-buak. Petang tadi aku menelefonnya bertanyakan khabar. Renggek suaranya mahu aku segera pulang. Ummi..ummi..ummi bila nak balik? Along rindu sangat kat ummi..ummi...belikan along atroman ye. Begitulah pintanya. Dua malam aku terlepas untuk membacakan buku cerita kepadanya, sepeti lazim yang selalu aku lakukan.

Usai menjenggah Mohammad Irsyad, aku ke kamar puteri tunggalku, Nur Aisyah Binti Taqiyuddin. Lena ku lihat tidurnya, rambutnya panjang seperti umminya. Kata Aisyah, dia mahu seperti ummi..persis kelihatan seperti ku. Seperti abangnya, ku kucup dahi dan pipinya, moga dia dapat merasa getaran sayangnya ummi padamu sayang. Mohammad Irsyad dan Nur Aisyah, kamu harta paling berharga yang ummi ada. Lantas ku masuk ke kamar ku.

Senyap. Sayu, entah kenapa tiba-tiba rinduku pada seseorang seperti datang tiba-tiba. Terduduk di birai katil, teresak-esak nangis sendirian. Abang....


SUAMIKU

22 Ogos 2006 merupakan tarikh keramat bagiku. Disitulah bermulanya statusku sebagai isteri yang sah kepada Taqiyuddin. Pemuda yang padaku sempurna dari semua sudut, baik agamanya, mahu pun akademiknya. Sungguh, aku berasakan tidak layak sama sekali untuk berdampingan dengannya. Padaku dia pemuda hebat dengan semangat juangnya mahu menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini tanpa rasa jemu. Aku kagum dengan semangatnya.

Alhamdulillah, tepat jam 11pg yang mulia itu, dengan sekali lafaz maka sahlah aku disisi agamamu, halal disisimu. Menitis air mata sayu, terharu. Akhirnya aku sudah menjadi milik orang lain. Maka tanggungjawab dan perhatianku berubah kepada suami. Kini dia yang utama bagiku, demi mendapat redha Tuhanku. Majlis pernikahan kami sederhana, dengan hantaran pinta ayah kepadanya hanyalah senaskah Al-Quran. Pesan ayah kepada abang, agar mendidikku dengan acuan Al-Quran, itu sahaja pintanya. Usai nikah kami solat sunnat nikah bersama. Selesai solat maka upacara pembatalan air sembahyang, iaitu dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Inilah pertama kalinya aku mengucup tanganya, inilah pertama kalinya dia mengucup dahiku sebagai isterinya. Alhamdulillah, hubungan kami tidak seperti pemuda-pemudi zaman kini yang melewati sunnahtullah sebelum melunaskan tanggungjawab syariatullah.

Selesai manyarungkan cincin, kami bersalam-salaman dengan sanak-saudara dan rakan taulan terdekat. Seperti yang aku kata tadi. Cukup sederhana majlis ini, namun kami merasa cukup bahagia dan penuh barokah. Penat seharian melayan tetamu. Ku lihat wajah suamiku keletihan, namun senyuman di bibirnya tidak pernah lekang. Sejuk hatiku setiap kali memandangnya. Petang itu saudara-mara masing-masing meminta diri diri untuk pulang. Ku ucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis pernikahan kami. Malam itu, mahgrib dan isyak abang pergi ke masjid. Aku dirumah mempersiapkan diri. Malam pertama bagi kami, Tuhan sahajalah yang tahu betapa berdebarnya aku untuk berhadapan dengannya nanti. Tidak ku buka hijap lagi, malu menebal dalam diri, abang kata, haya' adalah perhiasan yang paling berharga untuk kaum wanita=)

Pulangnya abang dia tidak segera masuk ke dalam bilik, seperti memahami keadaan isterinya ini. Setengah jam kemudian pintu di ketuk. Tidak keruan aku dibuatnya, namun aku tenangkan diri. Itu suamiku. Assalamualaikum sayang, gemersik suaranya lembut memangilku dengan gelaran yang tak pernah terjangka yang dia akan memangilku dengan gelaran itu. Tak mampu untuk berkata apa-apa, aku lalu menjawab salamnya. Waalaikumsalam. A..abang baru balik? Maaf ye, sayang sibuk kemas bilik tadi. Subhanallah, gagap rasanya untuk berbicara, namun aku tidak kekok untuk terus membahasakan diri dengan pangilan yang telah di hadiahkan suami untukku. Ya Rabbi, bahagianya hati ini. Aku berdiri aku, lantas dia datang padaku dan mengucup lembut dahiku, lalu menarik tanganku untuk duduk bersamanya di birai katil. Dipandangnya aku tak berkelip. Aduh! Aku cukup tak tahu nak membalas pandangan orang. Merah muka ku. Kemudian terdengar dia mengekek ketawa. Kenapa sayang kaku sangat dengan abang? Aku tertunduk malu, namun senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Lantas aku meminta izin untuk mengambilkannya susu berserta madu untuk di minum sebelum tidur. Sunnah nabi.

Aku membawa dua cawan, satu untuk dirinya, satu lagi untuk aku. Setelah aku minum, dia meminta gelasku lalu bertanya, tadi sayang minum kat mana? Lalu dia pon minum di tempat yang sama di mana aku minum. Terharunya aku rasa. Dihabiskan baki minuman yang tidak terhabis olehku. Kemudian, kami solat sunnat taubat bersama-sama sebelum tidur. Namun, doanya cukup menyentuh hatiku. Aku tidak peduli, ku sembamkan muka ku ke ribanya, nangis teresak-esak, nangis semahunya. Dibelai lembut kepalaku, untuk meredakan tangis yang berselang sedu. Tangis kesyukuran kerana kini aku sudah sah bergelar isterinya, setelah bersabar menanti dirinya. Tidak ku sangka, akhirnya jodoh kami menemukan kami jua.

Pagi itu, abang mengejutkan ku untuk bangun subuh. Terkejut, macam mana aku boleh berada di atas katil. Rupanya semalam aku tertidur di ribanya. Lantaran kepenatan menangis, kemudian dia mengangkat aku untuk tidur di katil. Ya Allah, bahagianya kurasa. Solat pagi itu aku rasakan cukup tenang. Berimamkan suami, kemudian mengaminkan doanya. SubhanAllah, yang memberikan nikmat kebahagian kepada kami.

Aku dambakan bait muslim yang hidup dengan perjuangan. Perjuangan menegakkan kalimah Allah. Aku mahu diriku jadi tunjang kepada semangat suamiku. Kami saling bergantung antara satu sama lain. Alahamdulillah setelah pernikahan ini, lebih memudahkan gerak kerja dakwah kami, tiada lagi masalah ikhtilat yang membatasi. Kami mahu jadikan perkahwinan ini suatu model untuk adik-adik yang lain. Bahawa perkahwinan tidak menghalang seseorang untuk bergiat aktif dengan gerakan.

Abang lelaki paling sabar pernah aku temui. Dia menerima diriku seadanya. Menerima kelemahan diriku dan menghargai kelebihan diriku. Tidak pernah sekali-kali dia mencela diriku. Pernah suatu hari aku bertanya kepada abang. Abang, kalau ayang offer abang kahwin lagi satu, abang nak tak? Dia terdiam. Kenapa ayang nak abang kahwin lagi satu? Sebab ayang rasa abang layak untuk dapat wanita lebih baik dari diri ayang. Dia hanya tersenyum. Katanya, isteri satu sudah terasa ramai.. Mahu bertanya lagi, cepat sahaja jari telunjuknya hinggap di bibirku, tanda tidak mahu ku jangan bertanyakan lagi. Abang seolah boleh membaca isi hatiku. Dia berkata, I choose you not because I like you, but because you are the miracle women Allah choose for me to accompany me Till the end. Terharu sungguh aku dengan kenyataan suamiku. Pandai sungguh dia mengambil hatiku..

Namun...

Bersambung..

p/s:tak de kene mengene dengan yang hidup atau pon yang telah meningal dunia. rekaan semata-mata.

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)