Fariha Saibani on Instagram!

Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts
Showing posts with label tazkirah diri. Show all posts

26 March 2013

Are you IN CONTROL?

Salam..:)

Bila dah lama buat Herbalife ni dah jumpa macam-macam perangai orang. dari yang muda hinggalah ke tua. Dalam situasi kat universiti sampailah ke masyarakat sekeliling. Seronok dapat collect macam-macam story, ada yang inspired ada yang boleh diambil untuk jadikan pengajaran. That's how it make us become grateful in life and matured.

Dalam hidup ni dia ada dua bende je.

Pilih satu antara dua.

Tidak ada yang atas pagar. 

Baik atau buruk. Baik atau jahat. Nak atau tak nak. It's call Decision.




SITUASA I
A: Saya buat Herbalife ni cuma part time sahaja, Masa sangat-sangat limited, Hanya selepas waktu habis bekerja baru kami boleh melakukan Herbalife. Alhamdulillah, focus dengan menggunakan sepenuh masa yang ada kami boleh melakukan personal volum 10k dalam 3bulan berturut-turut.

B: Parents saya sangat menentang saya buat Herbalife ni, tapi saya tahu Herbalife ni bagus dan apa yang saya buat ni perkara baik dan untuk masa depan saya. Mereka menentang sebab mereka belum nampak apa yang saya nampak. Saya akan buktikan pada mereka yang Herbalife memang untuk saya dan saya boleh berjaya dengan Herbalife. Jadi, saya harus bekerje keras!

SITUASI II
A: Saya ni bekerja/student, memang tak ada masa nak buat perkara lain. Kadang out station, nak uruskan keluarga lagi, memang tak sempat. Nak buat tapi.... Itulah, kekangan masa yang jadi "penghalang".. Kalaulah saya ada masa lebih... 

B: Kak, saya memang tak boleh nak buat Herbalife ni, mak saya suruh saya focus belajar 100% pada study dulu dia tak bagi nak buat bende lain. Nak buat tapi.... tulah, parents tak bagi. Kene tunggu habis belajar dulu baru boleh buat dan nak kerje dulu boleh kumpul modal nak buat Herbalife ni.....

SITUASA I vs SITUASI II

Ramai orang yang selalu membiarkan keadaan luar yang membuat keputusan untuk diri mereka. Cuaca, ekonomi, masa. Waiting for the blue sky to happen into their life.

I always tell people, something good doesn't come easy. Mesti akan ada halangan, so you have to solve the challenge and move forward. 

The circumstances doesn't change, YOU CHANGE!

Selalu sangat kita membataskan diri kerana perkara luaran sedangkan potensi sebagai manusia ni lebih dari tu. So kita Decide sendiri nak jadi orang yang macam mana?

Have a strong character to decide on your own or you let other people to decide for you? Sometimes, people decide not to decide. haha.

Ramai yang tak perasan bab tu. Selalu saja "aku tak boleh nak buat keputusan la". Well, it's because we don't decide to decide.  


So, are you in control of yourself???


15 November 2009

Proses Kematangan diri

PERMATA YANG BERHARGA DAN CAWAN YANG CANTIK
Bagaimana terhasilnya batu-batu permata yang berkilau indah itu? Terhasilnya ia akibat proses himpitan, tekanan, dan mengambil suatu tempoh yang cukup lama.Kemudain di bentuk pula, di asah untuk memperelokkan rupanya. Sehinggalah menjadi satu batu permata yang sangat indah dan amat mahal harganya. Begitu juga dengan satu cawan yang cantik. Sebelum nak jadi cawan, kene di lebur, di ketuk, dibentuk, dipanaskan, di gilap. I asatu proses yang "menyakitkan". Lumrah, untuk mendapatkan sesuatu yang cantik terhasil, maka memerlukan satu proses yang menyakitkan, pengorbanan waktu juga.


KEMATANGAN
Ia, kematangan juga suatu perkara yang amat berharga. Ia perlu melalui satu peroses "sepak terajang", suatu proses yang menyakitkan. Dan ini hanya akan dapat jika berada di medan pertempuran. Kematangan yang aku hendak emphasize disini adalah kematangan sebagai seorang pimpinan. Sudah pasti, menjadi seorang pemimpin, memikul suatu amanah yang berat, untuk dilunaskan tanggungjawab itu. Seorang pemimpin mestilah bersedia untuk menerima sebarang kritikan, dan hendaklah bersedia menerima sebarang teguran dari sahabat-shabat pimpinan yang lain dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Kalau dahulu, apabila menerima teguran, maka akan ada sifat su'uzon dalam diri, dan berkecil hati. Tapi kini, hakikat teguran itulah yang membawa kita kembali ke landasan sebenar maka kehadirannya amat di nanti. Tanda masih ada lagi yang prihatin pada diri, tanda sayangnya Allah menegur melalui sahabat-sahabatku yang aku sayangi. Sungguh, terlalu banyak kesilapan dan kekhilafan diri sebagai seorang hamba Allah yang hina ini. Kadang tersandung tunggul kayu yang sengaja disepak, sahabat-sahabat jugalah yang membalut luka itu. Bilamana menerima teguran, kini mampu untuk mempositifkan diri di tahap optimum. Untuk menjadi orang yang hebat, aku mesti mempunnyai pemikiran yang hebat juga. Sedangkan nabi pon melakukan kesilapan sepertimana yang "aku" lakukan. Untuk menjadi seseorang yang hebat, akan melalui ujian yang hebat juga, jadi, kesilapan ini adalah merupakan persediaan untuk aku menjadi orang yang hebat suatu hari nanti. Dan orang yang hebat hedaklah mempunyai jati diri yang hebat juga.

Begitulah pesanku pada diri, acapkali tersalah di dalam mengatur langkah. Terkadang langkahku sumbang, maka sahabat-sahabat yang prihatin la akan menegur agar melangkah tepat dan tidak songsang.


ZONE SELESA
Aku tidak suka untuk menempatkian diri berada di "zone selesa", atau kata lain, tidak mahu menjadi budak yang bermasalah. Bukanlah bermaksud untuk "mencari masalah" dan bukan juga "attention seeker". Di sini aku lebih suka untuk berkonforontasi dengan idea dan tindakan. Jika mahu berada di zone selamat, mudah. Diam dan ikutkan saja. Namun sifat diriku sendiri tidak biasa untuk bertindak begitu.

Bak kata seorang pimpinan, "kamu MAHAsiswa, buat je! Salah nombor dua." Dan dari kesilapan-kesilapan yang aku lakukan, dari situ aku belajar kematagan di dalam "tindakan". Harus aku belajar selaraskan antara gelojak kemahuan dan kepentingan yang seharusnya diutamakan. Terkadang aku tewas dengan diri sendiri, lalu aku redah sahaja, tak kira apa yang akan jadi. Dan aku masih lagi belajar untuk berlaku matang.

Terima kasih sahabat-sahabtku kerana sudi untuk menjadi pengktitik terbaik kepada diriku. Dan jika Allah hendak mengurniakan kebaikkan kepada seseorang, akan dikurniakan sahabat-sahabat sekeliling yang soleh solehah (yang baik-baik) kepadanya.

p/s: *senyum* :)






05 November 2009

Pesanku

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh..

Terasa ingin mengatakan sesuatu, tidak tahu medium apa untuk menyampaikan, mungkin melalui penulisan ini. Moga-moga saudara menziarahi blog saya. Ahlan Wasahlan, syukran Jiddan. Pertamanya, ingin saya memohon kemaafan, seandainya diri saya mengecewakan saudara. Sesungguhnya, diri ini merasa sedih, kerana tidak dapat memberi seperti yang dihajati. InsyaAllah, ada hikmahnya.

JODOH PERTEMUAN
Pada saya, "jodoh" dan "pertemuan" membawa erti yang berbeza. Kadang sudah bertemu, tapi tidak mempunyai jodoh.Kadang memperoleh jodoh, tanpa perlu bertemu. Dan, jodoh pertemuan itu di tangan Allah s.w.t. Dia menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Malam jodohnya siang, lelaki jodohnya perempuan. Inilah fitrah kejadian Tuhan. Sungguh indah aturannya pada mereka yang mahu menilainya dengan mata hati.

Teringat kata-kata seorang naqibah suatu ketika dulu, jodoh ni macam rezeki, ada yang dapat pagi, ada yang dapat tengahari, ada yang dapat petang, ada yang dapat malam, dan ada juga yang kempunan. Ada yang awal jodohnya, ada yang sedikit lewat. Namun, harus kita bersabar dan teruskan berusha, semata-mata untuk mencari redha Allah s.w.t. dan redho emak dan abah. Seandainya saudara belum lagi bertemu jodoh, tandanya mungkin belum tiba masa. Mungkin Allah tahu, kita belum bersedia dan Allah mahu untuk kita bersiap sedia. Mungkin juga Allah mahu menguji keikhlasan kita, sejauh mana kita mampu bersangka baik denganNYA. Mungkin juga Allah mahu memberi sesuatu yang TERBAIK untuk kita, oleh itu Dia mahu kita benar-benar bersedia untuk menerima kurniaan dariNYA ini. Oleh itu akh, janganlah bersedih dan berputus asa. Persiap dan perkemaskan diri dengan ilmu.

Mungkin juga Allah mahu kita berubah, bukan kerana pemangkin luaran. Allah mahu kita berubah (inside-out) dari dalam diri kita sendiri, agar ia kukuh andai nikmat pemangkin itu di tarik balik. Bila kita bersedia untuk berubah kerana kita sendiri benar-benar mahu berubah, mungkin dikala itulah jodoh saudara tiba. Siapa tahu? :)

ZAUJAH SOLEHAH
Setiap manusia fitrahnya mahukan sesuatu yang baik. Sedangkan "maknyah" tu pon, kalau nak cari zaujah, kalau boleh pon nak yang baik-baik belaka. Itu fitrah. Sama-samalah kita muhasabah diri kita ini, terutama saya. I don't thing I am good enough for anybody, truly. Dan saya sedang berusha untuk menjadi yang terbaik untuk si dia suatu hari nanti. Wallahualam. Saya yakin saudara seorang muslimin soleh yang baik. Sahabiah saya bercerita mengenai mak saudara, seorang yang sangat baik. Pasti dia berjaya mendidik anaknya juga dengan cukup baik.

Dan tenanglah dengan janji Allah, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik :) Mungkin juga elok untuk muhasabah diri, pernikahan ini untuk apa, untuk mendapat suami/istri soleh? Untuk mendapat anak soleh?untuk berkeluarga?untuk memenuhi fitrah manusia? Ia, semua itu mungkin, tapi berpaksikan redho Allah atau kehendak manusiawi semata-mata. Dan saya pasti, saudara sudah jelas dengan semua ini. Yang belum jelasnya saya. Budak mentah la katakan.

Cumanya, ingin saya katakan, bersabarlah dengan debaran akan ketibaan jodoh saudara. InsyaAllah, moga dipermudahkan urusannya. Teruskan berdoa dan berdoa dan berusha dan bertawaqal. Moga diteguhkan kaki saudara di jalan perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Mohon untuk undur diri, andai ada kata-kata yang tersinggung, mohon dimaafkan. :D



(zaujan untuk nak suami soleh, zaujah isteri solehah..hee)

wallhua'alam..wassalam~

p/s:tak pandai nak bagi nasihat~ huhu

09 September 2009

Bila RAYA,semua bagai nak gila, bila PUASA, buat-buatlah lupa!

BUS!

Bus kat sebelah nilah bus yang selalu aku naik waktu form 4 & form 5 dulu. Sekarang ni, giliran adik pula. Nama sahaja "Cepat Ekspress" tapi bukan main lambat lagi kalau nak sampai, kadang rasa macam nak tanggal kepala lutut tunggu berjam-jam kat platform. Itulah ragam kalau naik pengangkutan awam. Bagi yang manja-manja, agaknya tak boleh nak hidup dengan situasi macam ini.

Cobaan untuk Suamimu

Justify Full
Suamiku,
Di uji pernikahan ini,
Dengan hadiah kifarah dosa dari TuhanMu,
Moga kau tabah dan terimalah diri ini seadanya,
Terima Kasih kerana sudi berlaku setia~


ORANG KAMPUNG

Alhamdulillah, beberapa bulan yang lalu, orang kampungku yang menuntut di Maktab Ilmu Khas telah selamat menjalankan pernikahan dan walimahtul urus mereka. SubhanAllah, pujian bagi Allah Tuhan yang telah menyatukan dua hati untuk saling menyayangi dalam menuju mardhotillah Illahi.

Namun, di dalam suatu kehidupan dan perhubungan pasti ada ujian yang akan datang menguji sejauh mana sayang, sejauh mana sanggup berkorban, sejauh mana keampuhannya dalam setia menerima keadaan si pasangan. Perancangan yang di atas adalah yang terbaik, dan tak mungkin kita manusia biasa dapat meneka, maka redho peneman terbaik diri.

Setelah bahagia dengan pernikahan, si isteri disahkan menghidap penyakit luekimia, suatu penyakit barah darah. Jiran sebelah rumah aku juga menghidapi penyakit luekimia ni, Kurus dan botak jadinya, lesu tubuhnya. Dalam si isteri berperang nyawa di hospital, suami berhempas pulas mencari rezeki untuk menanggung kos rawatan isteri tercinta. SubhanAllah, andai itu aku, sanggupkah suami ku berkorban seperti itu? Cinta bukan sekadar ungkapan indah di bibir, tapi harus di buktikan dengan perbuatanmu.

Dan firman Allah: "Takkan beriman seseorang itu selagi dia tidak di uji". Ini ujianmu sahabatku. Moga kalian suami isteri tabah dalam menempuh dugaan ini.


p/s: ku doakan dari jauh

21 August 2009

Marhaban ya Ramadhan

KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA

Alhamdulillah..umurku dipanjangkan Allah.. tiba kini di bulan ramadhan yang penuh barakah.
Bulan penuh rahmat, bagiku bulan perjuangan. Perjuangan untuk memproduktifkan diri, perjuangan menegakkan kalimah Allah itu pasti. Namun, persiapan diri adalah uutama. Macam mana nak bawa Islam, tapi Islam pada diri maasih belum tertegak sepenuhnya.

Harapanku pada ramadhan kali ini, dapat mengislahkan diri, menjadi da'ie yang lebih berkualiti. Tak terganggung rasa, memikul dosa diri. Moga ramadhan ini, ramadhan terbaikku, andai ia yang terakhir buatku. Kepada muslimin muslimat sekalian Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.. bersama kita ber"pesta" ibadah. Mungkin ini ramadhan yang terakhir kali?

23 July 2009

Penenang Jiwa


Mukmin itu jiwanya KUAT!
Tidak mudah tergoncang oleh ujian,

Baginya ujian adalah tarbiyah dari Allah,
Tanda kasih sayangNYA,
Jua penghapus dosa,
dan kata seorang saudaraku:
bersabarlah,bukan usahamu sia-sia,
cuma kemenangan yang lewat tiba,
Ku doa semoga Allah sudi kekalkan kita
di atas jalan ini untuk selamanya
dan
mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat, satu sahaja pintaku,
ingin ke syurga bersama
saudara-saudaraku! ameen~


Wahai hati~
Bila engkau memandang segalanya dari Allah,

Yang mempercepatkan segalanya,

Yang menyebabkan sakitnya hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,

Pastinya damailah hatimu..

Kerana, masakan Allah sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia,
Bukan kerana Allah tidak tahu deritanya hidupmu,
Pecah dan remuknya hatimu,
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu,

Kerna Dia tahu, hati yang sebegini,

Lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNYA..


Sahabatku,
Aku bangga melihatmu derita dalam perjuangan,
Daripada melihatmu gembira dalam kelalaian,

Aku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan,
Daripada melihat tawamudalam pengkhianatan,
Aku bangga andai dikau syahid,
Daripada hidup tanpa Islam,
Bukalah hatimu untukditarbiyah dan mentarbiyah,
Bersama ajaran Islam!

p/s: renungkan bersama

17 July 2009

LEMBU vs GAJAH





VS



KISAH BENAR


Ini merupakan kisah benar yang hendaklah setiap dari kita mengambil ibrah darinya.

"Pada suatu hari , di satu surau di sebuah kampung diadakan solat jemaah mahgrib seperti biasa. Imam pon imam muda, jadi semangatnya pon lain macam la. Jadi, semasa solat, selepas bacaan al-fatihah brother imam ni baca surah yang memang panjang semacam. Naik goyang kepala lutut ni. Kalau yang muda pon terasa, apatah lagi yang tua. Yakan?

Selepas usai solat, makanya para brother-brother muda ni bertanyakan kepada brother imam ni tadi.

"Bro imam, tadi tu baca surah apa?" tanya para makmum.
"owh~ tadi tu baca surah lembu (al-baqarah)"
"lepas ni bro imam nak baca surah ape?"
"lepas ni nak baca sural gajah."
"para makmum terkejut."
"dalam hati, kalaulah surah lembu dah panjang berjela, lembu lebih kecik dari gajah. makanya,
gajah apatah lagi!"

Di sebabkan oleh itu, maka untuk solat jemaah seterusnya, semua makmum "blah" tak nak solat jemaah.

Rasionalnya kat sini, sebagai imam, nak buat apa-apa lihatlah kepada kemampuan makmum. Imam merupakan simbol kepada pimpinan, maka para pimpinan janganlah menakut-nakutkan anak buah dengan bebanan kerja yang t idak smaa level dengan kefahaman mereka. Jika tidak, makanya para pengikut akan lari. Tinggallah kamu sorang-sorang!

p/s: ade sedikit pengubahsuaian pada cerita :)

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)