Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

09 December 2008

Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini
Dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya...
SyurgaNya...
CintaNYa...




"manis senyuman" ini merupakan godaan dunia kepada tiap mata manusia yang di tuntun oleh nafsu semata-mata maka dengan mudah akan terjebak pada khayalan dunia. Hakikat ini yang dihadapi oleh semua manusia, ramai yang kecundang, tak kurang juga yang dapat melepasi mehnahnya. Aku? Pernah juga suatu ketika melalui zaman kegelapan yang aku kira kerana terpaut dengan "senyuman dunia". Syukur, selamat dari lumpur namun luka terpalit. Peribahasa apa ni? ngeh3x.. Bila tiba suatu ketika, aku tersedar dari lena yang aku sendiri cipta. Acapkali diri teringat akan kesalahan dan palitan kisah silam. Tenang...


Setelah kehilangan sesuatu yang amat aku sayang, walau hingga kini masih memikirkannya, namun aku rela untuk sebuah kemanisan Iman. Walau sakitnya masih terasa hingga waktu ini. Adess..Allah saja yang tahu ape yang sudah aku lalui. Derita hingga kelihatan susut tubuhku. Namun aku bersyukur, kerana hidayah yang menjalur dalam hati menerangi diri menuntun hidupku kepada cinta Sang Pencipta yang lebih kekal abadi di sini dan akhirat jua nanti.

Yup..memang bukan mudah untuk menjadi seorang hamba, khalifah dan da'ie. Tanggungjawab dan janji kita pada Tuhan lagi sebelum di lahirkan ke dunia harus di kotakan. Kelak diri yang binasa, takut akan azab seksa. Astagfirullah al azim.. Bernafas dalam jiwa hamba yang penuh dugaan nafsu, hasutan musuh utama syaitan. Kadang terasa tewas, kadang terasa begitu lemah. Kekuatan pada Yang Esa ku mohon untuk menuntun diri.

Di atas nama cinta pada yang Esa ku mohon agar di keluarkan dunia dari hatiku. Namun ia takkan menjadi semudah itu. kerana bukan mudah untuk mendidik jiwa, perlukan istiqomah dan dalam istiqomah cobaan yang mendatang maha hebat..masyaALLAH..

Yang ku cari cintaNYA..yang ku damba rindu hanya kepadaNYA.. yang ku nanti ampunan dariNYA..yang ku cari hati yang sentiasa ingat padaNYA..yang ku cuba menggantungkan diriku sepenuhnya hanya kepadaNYA..akan ku pasrah pada takdirNYA.. Biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihnya.. kerana sesungguhnya hakikat cinta hanya Dia yang Esa.......


apa khabar kau IMAN?

ZIARAH KU KALI INI

Assalamualaikum salam ku padamu Iman..lama tidak aku bersua muka dengan mu, namun begitu aku tetap merasakan kehadiranmu. Apa khabar dirimu?

Iman kulihat menjawab dengan lesu, "alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberiku hidayah untuk menjadi Iman lagi."

Aku terkesima, kenapa kau mengatakan begitu Iman?

Iman berkata, " kerana aku takut andai aku(Iman) ditukar oleh Sang Pencipta menjadi jahiliyah. Mungkin kerana kau tidak menjaga aku setelah Sang Pencipta menganugerahkan padamu. Kau jemu denganku?

Astagfirullah al azim. Masakan aku jemu dengan hidayah Allah dengan mengurniakan kau Iman? Tidak, tak mungkin terjadi. Kalut keadaan aku rasakan, getaran hati semakin kurasakan, takut ku memuncak, dingin seluruh tubuh hingga ke tulang. AzabMU aku terbayang, derita neraka jahannam seperti terlihat di depan mata.. Takutt..

Iman pilu dan sayu. Benar kau takut? Adakah benar kau masih perlukan aku? Jujurkah perasaanmu itu? Bertubi-tubi aku di tanya. Ku dengar iman mengeluh, andai benar apa yang kau katakan, kenapa tidak kau kotakan janjimu itu, hinggakan aku jatuh gering. Janjimu mahu mohon istigfar 1000 kali memohon ampunan pada Tuhan mu namun tak sekalipon kau lakukan, hingga hitam seluruh tubuhku, hampir cahayaku padam. Mana istiqomahmu sahabat? Janjimu mahu berselawat ke atas junjungan tercinta, kelak dia yang akan memberi syafaat kepadamu. Mana pergi janjimu? Aku rindu pada kekasih Allah itu, tapi kau mungkir lagi.

Janjimu mahu bertemu Kekasih Abadi, Tuhan sang pencipta, namun kau seperti lebih memilih tidur lenamu. Aku menjerit hingga tekakku sakit, deru nafasku seakan menghilang kerana pekikkan ku tidak kau hiraukan. Aku semakin tenat engkau perlakukan.

Hibaku mendengar rintihan Iman. Tundukku tak sanggup melihat Iman. Sungguh! Aku malu, malu yang teramat. Titisan air mata ini tidak mampu aku bendung, merebes membasahi pipiku. Terasa diriku jauh dari Tuhan. Iman sudah berpaling seolah mahu pergi. Iman..!!!!!!!!! Teriakku, Iman, jangan tinggalkan aku...

Ya Allah yang Maha Mendegar, Ya Allah yang Mengetahui seluruh rahsia alam, Ya Allah yang Mengatur seluruh kejadian alam semesta, robbana la tuzikqulubana, ba'daizhadaitana wa hablana millandunka rahmat inna kaantal wahab..


sebenarnya..hati ini rindu kepadaMU..

sebenarnya..diri ini cinta kepadaMU..

tapi aku, tidak menggerti menggapa rindu
belum berbungga..

tapi aku,tidak menggerti mengapa cinta
masih tak hadir..

sesungguhnya, walau ku kutip semua permata
di dasar lautmu..

sesungguhnya, walau ku siram dengan air hujan
dari tujuh langitmu..

namun cinta, takkan hadir..

namun rindu, tak akan berbungga..

jika tidak, mengharap rahmatMU,
jika tidak menagih simpati..

padamu Ya Allah..

Tuhan, hadiahkanlah rinduMU kepadaku..

Tuhan, kurniakanlah..kasihMU kepadaku..
kerna ku tahu syukurku..adalah milik
MU...........................

02 December 2008

Ku Waqafkan diri di Jalan Dakwah

Assalamualaikum w.h.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah ta'ala Tuhan sekalian alam. Aku kebingunggan malam ini, entah kenapa jiwa seakan degil tidak mahu menurut kemahuan aqal yang mahukan ketenangan. Kedegilan jiwa yang mahu mengingat akan sesuatu yang tidak mahu di ingat oleh aqal. Seringkali pergolakan berlaku dalam diri. Berapa lama lagi harus aku lalui lagi detik luka ini. Aku pilih jalan ini, kerana ku fikir inilah jalan ketenangan yang membawa ku untuk mendapat redha Illahi. Tapi ternyata, hendak mendidik jiwa tidak semudah yang di sangka.

Aku tidak mahu mengalah. Sekali-kali tidak dengan memberi kemenangan kepada hati. Aku tuannya, seharusnya dia menurut perintah ku! Tapi Tuhanku yang menguasainya, bukan aku. Ya Rabb, berikanlah aku cebisan ketenangan hati, jauhkanlah aku dari fikiran-fikiran yang merusakkan jiwa ku, jauhkan aku dari perkara yang melalaikan aku, jauhkan aku dari mengingati orang yang tak sepatutnya aku letak keutaman untunk di ingat selainMU Ya Allah. Berikanlah aku pedoman dalam mendidik jiwaku ini Ya Allah, tunjukkan aku jalanMU Ya Allah yang Maha Mengetahui. Aku memilih perdagangan yang Kau tawarkan kepadaku Ya Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Kerna yang dijanjikan Allah itu benar;


"wahai orang-orang yang beriman!
Apakah kamu suka kau tunjukkan satu perniagaan
yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang berat?
(Iaitu) kamu beriman denganAllah dan rasulNYA dan berjihad
pada jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih
baik jika kamu mengetahuinya"
(as saff: 10 & 11)


Aku yakin Ya Allah, kalamMu itu benar, janjiMU juga benar, akhirat itu benar, syurga dan neraka itu benar, dosa pahala itu benar, mati itu benar..astagfirullah al azim..

Orang melayu acapkali berkata; sakit HATI, suka HATI, makan HATI, jatuh HATI. Segalanya hati. Dan dalam hadith 40 hati di letak di dalam hadith yang ke-6. Rasulullah s.a.w bersabda; dalam sekujur tubuh manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu maka akan baiklah seluruhnya, kalau rosak maka akan rosaklah seluruhnya, Dan daging itu adalah hati. Hati memiankan peranan yang cukup penting.

Lalu sdayanya aku cuba mendidik hati ke jalan dakwah. Sering ku katakan pada hati, telah ku waqafkan diriku ini pada jalan dakwah. Tapi tak semudah yang di dangka untuk memujuk hati, dia menggeras seperti batu, akan ttapi jiwa dan ruhnya sudah awal lagi bersetuju. Kenapa engkau begitu degil wahai hati.. Iya, kadang aku letih dan berasa seperti sudah tewas hendak melayan kerenah hati, tapi aku gagahkan jiwa dan ruh ini untuk menariknya ikut bersama.

Ya Rabb,

Moga Kau beri kekuatan kepadaku hamba yang lemah, yang tidak langsung punya apa-apa kekuatan. Pliharalah aku dari bisikkan dan godaan syaitan. ameen..

wallahualam..

01 December 2008

Sekeping Hati

sekeping hati di bawa berlari,

jauh melalui jalan yang sempit,

jalan kebenaran indah terbentang,

di depan matamu para pejuang..

Tapi..jalan kebenaran,

tak akan selamanya sunnyi,

ada ujian yang datang melanda,

ada perangkap menunggu mangsa..

Begitulah analogi sebuah cerita tentang hati. Susah untuk aku mengatur bicara tika ini, hati yang sering bergelora, rindukan ketenangan, rindukan dakapan rahmat Tuhan. Ku pilih jalan dakwah, aku waqafkan diri ini di jalan perjuangan. Bersyukur tatkala diri menjadi pilihan Allah s.w.t untuk berjuang menegakkan kembali Islam di bumiMU Ya Allah. Bersyukur tak terkira berada dalam satu barisan bersama sahabat-sahabat seperjuangan bersama mengeratkan ukhwah dan mengharungi liku jalan yang terbentang sudah..

wallahualam

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)