Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

02 December 2008

Ku Waqafkan diri di Jalan Dakwah

Assalamualaikum w.h.t.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah ta'ala Tuhan sekalian alam. Aku kebingunggan malam ini, entah kenapa jiwa seakan degil tidak mahu menurut kemahuan aqal yang mahukan ketenangan. Kedegilan jiwa yang mahu mengingat akan sesuatu yang tidak mahu di ingat oleh aqal. Seringkali pergolakan berlaku dalam diri. Berapa lama lagi harus aku lalui lagi detik luka ini. Aku pilih jalan ini, kerana ku fikir inilah jalan ketenangan yang membawa ku untuk mendapat redha Illahi. Tapi ternyata, hendak mendidik jiwa tidak semudah yang di sangka.

Aku tidak mahu mengalah. Sekali-kali tidak dengan memberi kemenangan kepada hati. Aku tuannya, seharusnya dia menurut perintah ku! Tapi Tuhanku yang menguasainya, bukan aku. Ya Rabb, berikanlah aku cebisan ketenangan hati, jauhkanlah aku dari fikiran-fikiran yang merusakkan jiwa ku, jauhkan aku dari perkara yang melalaikan aku, jauhkan aku dari mengingati orang yang tak sepatutnya aku letak keutaman untunk di ingat selainMU Ya Allah. Berikanlah aku pedoman dalam mendidik jiwaku ini Ya Allah, tunjukkan aku jalanMU Ya Allah yang Maha Mengetahui. Aku memilih perdagangan yang Kau tawarkan kepadaku Ya Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh alam. Kerna yang dijanjikan Allah itu benar;


"wahai orang-orang yang beriman!
Apakah kamu suka kau tunjukkan satu perniagaan
yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang berat?
(Iaitu) kamu beriman denganAllah dan rasulNYA dan berjihad
pada jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah yang lebih
baik jika kamu mengetahuinya"
(as saff: 10 & 11)


Aku yakin Ya Allah, kalamMu itu benar, janjiMU juga benar, akhirat itu benar, syurga dan neraka itu benar, dosa pahala itu benar, mati itu benar..astagfirullah al azim..

Orang melayu acapkali berkata; sakit HATI, suka HATI, makan HATI, jatuh HATI. Segalanya hati. Dan dalam hadith 40 hati di letak di dalam hadith yang ke-6. Rasulullah s.a.w bersabda; dalam sekujur tubuh manusia ada seketul daging, kalau baik daging itu maka akan baiklah seluruhnya, kalau rosak maka akan rosaklah seluruhnya, Dan daging itu adalah hati. Hati memiankan peranan yang cukup penting.

Lalu sdayanya aku cuba mendidik hati ke jalan dakwah. Sering ku katakan pada hati, telah ku waqafkan diriku ini pada jalan dakwah. Tapi tak semudah yang di dangka untuk memujuk hati, dia menggeras seperti batu, akan ttapi jiwa dan ruhnya sudah awal lagi bersetuju. Kenapa engkau begitu degil wahai hati.. Iya, kadang aku letih dan berasa seperti sudah tewas hendak melayan kerenah hati, tapi aku gagahkan jiwa dan ruh ini untuk menariknya ikut bersama.

Ya Rabb,

Moga Kau beri kekuatan kepadaku hamba yang lemah, yang tidak langsung punya apa-apa kekuatan. Pliharalah aku dari bisikkan dan godaan syaitan. ameen..

wallahualam..

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)