Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

09 December 2008

Atas Nama Cinta

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan
Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan

Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murkaNya menghukum leka

Di atas nama cinta
Pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini
Dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
NikmatNya...
SyurgaNya...
CintaNYa...




"manis senyuman" ini merupakan godaan dunia kepada tiap mata manusia yang di tuntun oleh nafsu semata-mata maka dengan mudah akan terjebak pada khayalan dunia. Hakikat ini yang dihadapi oleh semua manusia, ramai yang kecundang, tak kurang juga yang dapat melepasi mehnahnya. Aku? Pernah juga suatu ketika melalui zaman kegelapan yang aku kira kerana terpaut dengan "senyuman dunia". Syukur, selamat dari lumpur namun luka terpalit. Peribahasa apa ni? ngeh3x.. Bila tiba suatu ketika, aku tersedar dari lena yang aku sendiri cipta. Acapkali diri teringat akan kesalahan dan palitan kisah silam. Tenang...


Setelah kehilangan sesuatu yang amat aku sayang, walau hingga kini masih memikirkannya, namun aku rela untuk sebuah kemanisan Iman. Walau sakitnya masih terasa hingga waktu ini. Adess..Allah saja yang tahu ape yang sudah aku lalui. Derita hingga kelihatan susut tubuhku. Namun aku bersyukur, kerana hidayah yang menjalur dalam hati menerangi diri menuntun hidupku kepada cinta Sang Pencipta yang lebih kekal abadi di sini dan akhirat jua nanti.

Yup..memang bukan mudah untuk menjadi seorang hamba, khalifah dan da'ie. Tanggungjawab dan janji kita pada Tuhan lagi sebelum di lahirkan ke dunia harus di kotakan. Kelak diri yang binasa, takut akan azab seksa. Astagfirullah al azim.. Bernafas dalam jiwa hamba yang penuh dugaan nafsu, hasutan musuh utama syaitan. Kadang terasa tewas, kadang terasa begitu lemah. Kekuatan pada Yang Esa ku mohon untuk menuntun diri.

Di atas nama cinta pada yang Esa ku mohon agar di keluarkan dunia dari hatiku. Namun ia takkan menjadi semudah itu. kerana bukan mudah untuk mendidik jiwa, perlukan istiqomah dan dalam istiqomah cobaan yang mendatang maha hebat..masyaALLAH..

Yang ku cari cintaNYA..yang ku damba rindu hanya kepadaNYA.. yang ku nanti ampunan dariNYA..yang ku cari hati yang sentiasa ingat padaNYA..yang ku cuba menggantungkan diriku sepenuhnya hanya kepadaNYA..akan ku pasrah pada takdirNYA.. Biar sendiri hingga hujung nyawa, asal tak sepi dari kasihnya.. kerana sesungguhnya hakikat cinta hanya Dia yang Esa.......


No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)