IBU
Alhamdulillah, aku dikurniakan seorang ibu yang penyayang, yang membesarkan aku sehingga ku dewasa dini hari. Apa yang ada sekarang, hasil didikan ibu tapi yang tak baik tu, disebabkan kelemahan diri kau sendiri. Because, nobody perfect! Bila masuk kedalam bilik ibu, inilah rutin kami anak beranak akan bercerita. Tak kesahlah tentang apa pun. Itulah antara sebab kenapa kalau aku balik rumah memang takkan keluar rumah jumpa kengkawan ke. Sebab aku sudah ada ibu sebagai teman untuk berbicara. Dikesempatan itu, aku bertanyakan soalan cepukmas, kalau tak cepukmas, cepuktangan! haha. Saja-saja bertanyakan pada ibu, bu..dulu masa lahirkan akak macam mana ek? Tanya si anak inginkan ceritera akan dirinya dilahirkan bagaimana.
Alhamdulillah, aku dilahirkan normal, dengan berat hanya 2.7kg sahaja. Sekecil tapak tangan! Sekarang?he. Sepanjang mengandungkan aku, alhamdulillah ibu tidak mengalami apa-apa komplikasi. Tepat jam 5.05 petang maka aku lahir la ke alam ketiga iaitu alam duniawi yang fana ini.
CABARAN!
Semasa kecil-kecil lagi aku sudah menghadapi cabaran untuk terus hidup. Waktu ibu sedang menyusukan aku, nurse yang datang untuk check keadaan ibu terperanjat dengan kondisi aku! "Eeh, baby ni biru la". Maksudnya aku berada dalam keadaan yang kritikal. Terus di bawa ke wad kecemasan dan dilakukan pemeriksaan lanjut.
Doktor amik darah untuk membuat uji kaji. Tawu dia amik darah kat mana? Kat tapak kaki, dihiris sedikit tapak kaki untuk mengeluarkan draah sebab masih baby lagi, tak boleh nak amik drarah macam prang dewasa ni. Tapi kat tangan doktor cucuk untuk masukkan antibiotik. Nurse bagi tahu ibu, "kesian baby tu, satu malam dia nangis je". Aku yang mendengar kisah diri sendiri rasa kesian dengar cerita pasal "baby" tu. Itulah kau fariha. 5 malam aku di tahan di wad, 2 malam di kawal rapi oleh doktor, 1 malam ibu jaga sampai nak pitam, 2 malam lagi atok(popuan) aku pula yang jaga. Besarnya pengorbanan ibu!
DETIK-DETIK KELAHIRAN
Sementelah aku ni bayi perempuan, maka sakitnya agak lama nak compare dengan bayi lelaki. 5 jam ibu menangung kesakitan yang dipanggil contraction, ni selalu perempuan alami sewaktu kedatangan haid. Macam tulah, tapi yang ni ibu kata lagi sakit! aduh~~ Tiba-tiba mengurut perut..grr... Ibu bersalin normal, kesemua anak ibu keluar secara normal. Ibu kata, kalau orang bersalin normal ni, akan ada satu horman yang mnegalir yang akan membuatkan anda berasa sangat bahagia! O h ya? uhuk3..
BERSEDIAKAH AKU?
Besarnya pengorbanan seorang ibu.. Aku? dah bersediakah aku untuk menjadi seorang wanita setabah ibu?sehebat ibu dalam menemani liku payah kehidupan, peneman setia kepada ayah.. Memanglah nak untuk jadi seorang Ummi.. Perasaan bercampur bair, teruja, takut, resah. "Untuk melahirkan anak adalah lebih mudah untuk mendidik anak, kata ibu"..
Terima kasih ibu kerana sudi membesarkan dan memberi sepenuh kasih sayang dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.. I Love You So Much!
p/s:Lafaz Yang Tersimpan..sobs