FIKIRTerduduk aku di jendela, memandang gelap pekat kelam malam. Kosong, sepi, sunyi. Menggamit bermacam-macam kenangan di benak hati. Yang pahit, yang manis, sedih, gembira, sasau, angau. Eh, yeke ke? Yang sasau dan angau tu tak bape nak betol. So, abaikan..abaikan..
Fuhh..hati ni..sungguh-sungguh rasa macam nak meletup. Rasa macam nak buat keje gila. Tengking orang tiba-tiba, pastuh blah dengan muka tak bersalah. Amacam? Fuhh..memag psiko. Dan aku memang mengalami masalah psikologi sekarang ni. Kalau kaya, boleh la jumpa pakar psikiatrik kot? Ni duit seposen je dalam poket. Lantaklah apa orang nak kata aku. Aku ni gila ker.. Ye, aku memang rasa macam hampir-hampir nak macam gila sekarang nih. Jiwa aku agak tidak terurus. Alhamdulillah sedikit kekuatan qiam membekas di hati.
MASALAHIa, tak yah cakap. Aku tahu korung nak cakap, masalah takkan jemu untuk kunjung tiba. Regulary customer, pakai istilah business sikit. Argh..serabot sungguh. Orang nampak aku senyum-senyum..gelak-gelak..macam tak da masalah, tapi senyum tu aku terasa kelat sangat. Ketawa tu aku rasa macam hipokrit sangat. Sebab aku tak tahu nak menghampakan orang, automatik, tapi kemanisannya aku tak dapat rasa.
Dengan assignment yang bertimpa-timpa, disebabkan management kolej yang memang serabai semester ni. Semua assignment aku hanya dapat selepas mid term, bayangkan. Due date dahlah dekat-dekat. Tapi, yang kira aku boleh tahan lagi, more to technical technic yang aku kena rearrange. Nak pecah kepala jugak.
HMMMMTapi yang aku tak tahan, gangguan yang tak nampak dek mata, tapi terpamer jelas pada tingkah laku adik. Bende tu..bende tu..fuhh. Dia ganggu adik aku! Aku layankan adik untuk sebulan pertama ni. Cita-cita adik tinggi menggunung. Nak jadi doktor. Doktor Hany Naziha Bt Mohd Saibani, aku tumpang bangga. Keputusan SPM adik alhamdulillah cemerlang, tapi masih belum melayakkan dia untuk mendapatkan course kedoktoran. Ni cita-cita constant dia dari kecik lagi, selalu dia sebut-sebut. Tapi, bila mula melangkah ke Universiti ni. Langkah pertamanya lagi Allah s.w.t dah menguji. Adik..akak sentiasa disisi..
Mulanya aku dan keluarga ingat sekadar homesick semata, tapi keadaannya..pelik.. Adik langsung tak boleh nak pergi kat orang ramai, dia akan terus berdebar-debar tak keruan. Bila check kadar denyutan nadinya, tak sekata, tak normal. Sebab tulah dia tak dapat nak joint orientasi. Dari malam pertama dia tidur kat Universiti sampai sekarang ni, dia asek mimpi buruk je, mmimpi kena kejar katak la, mimpi kena marah-marah, ni antara tanda-tanda dia datang melalui mimpi. Ye, bende tu marah sebab adik nak buang dia. Dia pulak sibuk nak menumpang! Aku rasa macam nak menyumpah-nyumpah aje. Tapi tidak, kalau aku buat begitu, maksudnya aku dengan benda tuh takda beza. Pergi kau! Jangan ganggu adik aku, dia nak belajar! Pengalaman warden, Ustaz Aminuddin cakap, benda ni suka ganggu budak yang pandai-pandai, sampai pernah ada sekali tuh ada sorung budak nih sampai dah tak tahan, hinggakan dia quick dari universiti. But I won't let that thing to happen to my sister. I won't! This I promise you dik..
Tiap masa sms aku. "Kak, bila ko nak datang sini, aku takut ni kak, bukan aku tak cuba lawan, aku cuba." hmm.. Tapi kadang, memang menguji kesabaran aku, kesabaran ibu juga melayan kerenah adik. Benda tuh buat dia rasa binggung. Sikap adik berubah...berubah dalam beberapa hari saje. Tenungan mata dia semacam, gelap je nengok muka dia. Kalau termenung mata tuh tak berkelip. Selalu kalau lepas mahgrib, dia pasti akan baca quran. Sebab dia cakap kat aku, "adik ingat pesan ustaz Nazmi, kalau 1 hari tak baca sekurang-kurangnya sepuluh ayat, hati akan jadi gelap." Tapi sekarang kalau di suruh baca quran dia tak nak.
Solat pon jadi tunggang langgang. 4 rakaat jadi 5 rakaat. Rukuk baca al fatihah. Tahiyat awal sampai buat 2 kali. Tak gila tuh?! Tak cukup ganggu emosi dia ganggu solat sekali. Ni yang buat aku jadi geram tahap gaban. Ya Allah, sungguh kami memohon dariMU dari syaitan yang di rejam Ya Allah. Tempat ni memang keras, tambah-tambah keluarga kami memang de masalah saka nih. Bukanlah hendak membuka aib, tapi berkongsi pengalaman pengakaran bersama. Selepas tuh, yang lagi pelik, selalaunya kat rumah kalau nak pergi toilet kat dapur tu je dah mintak aku temankan. Tapi kat hostel dia, seluruh bangunan tak da orang, dia berani duduk sorang-sorang pastuh siap basuh baju n mandi sorang-sorang. Ya Rabbi. Dia tak suka ada orang teman. Memang misi bende tuh agaknya nak adik aku jadi macam kera agaknya! Sabar... Ye, memang aku sabar.
Setiap masa dia akan mesej aku, handphone memang tak lepas, agaknya orang ingat aku mesej-mesej ngan boy friend agaknya..eh..salah-salah..ngan suami agaknya..eh.tak jugak..ah..sape-sapelah..asalkan korung tahu ya..aku mesej dengan adik aku. Tak kuasa nak layan mesej orang yang remeh-temeh ni. Bukan sekarang. Bila tiba time mahgrib.....ketakutan memuncak..tak boleh nak control. Adik letih, aku pon letih, ibu lagi letih, ayah lagi keletihan. Semua merasa kesannya. Ayah teman adik duduk kat UiTM. Tumpang tidur rumah kawan, nasib baik membe kampung kamcing katanya. Tapi, aku kesian sangat kat ayah. Ayah.......ayah....sob3..fuh, tak mampu dah nak tahan tubir mata ni. Dari hari ahad sampai esok (rabu) baru ayah balik rumah. Kesian ibu juga kesorangan kat rumah dengan adik lelaki je.
Bukan adik tak suka dengan hostel, dia happy, dapat roomate pon yang best-best. Memang dia ceria, adik kata, nak kata rindu sangat kat ibu pon tak jugak. Tapi kata adik "aku pon tak tahu kak, kenapa aku takut sangat." Sebelum tidur haritu dia citer semuanya kat aku, sebelum tu pon ibu cerita jugak, waktu ibu cerita...sebak aku rasa..kesian kat adik, sampai begini dik ujian yang kau kena hadapi, tapi yang pasti, kau boleh bergantung harap pada ku, tapi bergantung harap yang paling Agung dan Utama adalah pada Sang Pencipta, Allah s.w.t. Dia menguji sesuatu sesuai dengan kesanggupan hambaNYA. Tidak melebihi limit kemampuan hambaNYA. Kerna Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Ini yang selalu aku pesan pada adik. Moga kau kuat dalam menempuh dugaan ini. Ini dugaan KITA, bukan adik sorang. Ibu, ayah, akak, abang, aki.. Kita bersama.
AKU
Bukan adik sorang yang mengalami gangguan, hmm. Aku juga, tapi mungkin tak sehebat adik. Tapi yang aku paling tak tahan dia ganggu solat aku. Doa if titah aku baca ayat kursi. Duduk antara dua sujuk aku baca tahiyat awal. Serabot! Aku marah dan geram. Tapi aku kena sabar. Jika Allah mahu berikan kebaikkan kepada seseorang, maka akan diberi ujian kepada dirinya. Dalam nak ubatkan adik, aku pon kena ubatkan diri aku juga. Tapi diri aku, aku boleh handle, cuma kadang aku rasa tak berdaya sangat, kena fikir sorang-sorang. Nak cerita kat kawan seakan macam tak memahami, nak berpaut pada suami. Belum nikah lagi. hehe.
Mimpi ngeri..ya..aku tak tipu..kalau taknak percaya sudah..biar aku hadapi sorang-sorang kat sini..lihat sajalah aku merana..ok? cewah..takpa..korung tak pedulik kat aku, aku tak kesah.. Tak rugi pon, yang penting Allah masih lagi pedulik pada aku. Allah uji nilah tanda Dia pedulik. alhamdulillah~
Dan aku takkan bagi peluang kat syaitan durjana laknatullah ni untuk menguasai dan bermaharajalela dalam diri aku! Tidak sesekali tidak. Aku gagahkan diri biar seribu kali pon aku jatuh tersembam kebumi. Biar sakit untuk bangun kembali, kalau tak de orang nak bantu tak pa, biar aku sorang-sorang. Yang penting Allah ada..Allah ada..Allah ada dengan aku..
Esok juga aku ambil adik dari UiTM untuk berubat dengan Ustaz. Dia tak sabar nak berubat katanya. Akak tahu adik kuat, adik mesti boleh buat! Mesti boleh... Adik kata "kak, adik tak sabar nak jumpa ustaz tu esok, nak cerita semua kat dia." Lega rasanya... InsyaAllah..doakan perjalanan aku pergi dan pulang mengambil adik selamat. Aku sorang-sorang. Takpa. Allah ada..Allah ada..Allah ada..
Arini ni (2/6/09) pon aku hampir-hampir je nak ponteng kelas MA sebab..aku rasa betol-betol tak de kekuatan nak pergi. Tapi aku gagahkan diri jugak walau kelat 45minit! Memang gila, aku tak pernah wat kerja gila macam nih. Aku pon terasa letih sangat sekarang, minda dan perasaan aku letih. Faham ke? Tak faham? Hmmm..tak pelah.. biar aku cakap sorang-sorang macam orang gila pon tak apa. Yang penting aku puas..aku rasa lega.. Sebab nak cita kat sorang hamba Allah tu aku tak ada mood. Sebab aku tengah merajuk dalam diam dengan dia, tapi dia tak perasan..biarlah..
Moga Allah permudahkan urusan aku pada esok hari, menguraikan keserabotan dalam kepala otak aku ni. Memang lintas pintas berlaku..Jangan shut down sudah..astagfirullah al azim..
Akhir kalam..wassalam..
wallahualam~
p/s: terasa dengan membe bila cita dia kondem, cakp adik gembeng. Ko pk ape! ingat senang ke. Muka aku memang senyum, tp dalam panas. dlm keadaan aku tak stabil sekarang ni, takot-takot aku meletop luar kawalan yang aku sendiri tak expect. Jadi, tolonglah memahami, or kalau tak faham..buat-buat faham pon jadilah. peace no war! (^_^)