Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

05 November 2009

Pesanku

Assalamualaikum wa Rahmatullahi wa Barokatuh..

Terasa ingin mengatakan sesuatu, tidak tahu medium apa untuk menyampaikan, mungkin melalui penulisan ini. Moga-moga saudara menziarahi blog saya. Ahlan Wasahlan, syukran Jiddan. Pertamanya, ingin saya memohon kemaafan, seandainya diri saya mengecewakan saudara. Sesungguhnya, diri ini merasa sedih, kerana tidak dapat memberi seperti yang dihajati. InsyaAllah, ada hikmahnya.

JODOH PERTEMUAN
Pada saya, "jodoh" dan "pertemuan" membawa erti yang berbeza. Kadang sudah bertemu, tapi tidak mempunyai jodoh.Kadang memperoleh jodoh, tanpa perlu bertemu. Dan, jodoh pertemuan itu di tangan Allah s.w.t. Dia menciptakan makhluknya berpasang-pasangan. Malam jodohnya siang, lelaki jodohnya perempuan. Inilah fitrah kejadian Tuhan. Sungguh indah aturannya pada mereka yang mahu menilainya dengan mata hati.

Teringat kata-kata seorang naqibah suatu ketika dulu, jodoh ni macam rezeki, ada yang dapat pagi, ada yang dapat tengahari, ada yang dapat petang, ada yang dapat malam, dan ada juga yang kempunan. Ada yang awal jodohnya, ada yang sedikit lewat. Namun, harus kita bersabar dan teruskan berusha, semata-mata untuk mencari redha Allah s.w.t. dan redho emak dan abah. Seandainya saudara belum lagi bertemu jodoh, tandanya mungkin belum tiba masa. Mungkin Allah tahu, kita belum bersedia dan Allah mahu untuk kita bersiap sedia. Mungkin juga Allah mahu menguji keikhlasan kita, sejauh mana kita mampu bersangka baik denganNYA. Mungkin juga Allah mahu memberi sesuatu yang TERBAIK untuk kita, oleh itu Dia mahu kita benar-benar bersedia untuk menerima kurniaan dariNYA ini. Oleh itu akh, janganlah bersedih dan berputus asa. Persiap dan perkemaskan diri dengan ilmu.

Mungkin juga Allah mahu kita berubah, bukan kerana pemangkin luaran. Allah mahu kita berubah (inside-out) dari dalam diri kita sendiri, agar ia kukuh andai nikmat pemangkin itu di tarik balik. Bila kita bersedia untuk berubah kerana kita sendiri benar-benar mahu berubah, mungkin dikala itulah jodoh saudara tiba. Siapa tahu? :)

ZAUJAH SOLEHAH
Setiap manusia fitrahnya mahukan sesuatu yang baik. Sedangkan "maknyah" tu pon, kalau nak cari zaujah, kalau boleh pon nak yang baik-baik belaka. Itu fitrah. Sama-samalah kita muhasabah diri kita ini, terutama saya. I don't thing I am good enough for anybody, truly. Dan saya sedang berusha untuk menjadi yang terbaik untuk si dia suatu hari nanti. Wallahualam. Saya yakin saudara seorang muslimin soleh yang baik. Sahabiah saya bercerita mengenai mak saudara, seorang yang sangat baik. Pasti dia berjaya mendidik anaknya juga dengan cukup baik.

Dan tenanglah dengan janji Allah, lelaki yang baik, untuk perempuan yang baik :) Mungkin juga elok untuk muhasabah diri, pernikahan ini untuk apa, untuk mendapat suami/istri soleh? Untuk mendapat anak soleh?untuk berkeluarga?untuk memenuhi fitrah manusia? Ia, semua itu mungkin, tapi berpaksikan redho Allah atau kehendak manusiawi semata-mata. Dan saya pasti, saudara sudah jelas dengan semua ini. Yang belum jelasnya saya. Budak mentah la katakan.

Cumanya, ingin saya katakan, bersabarlah dengan debaran akan ketibaan jodoh saudara. InsyaAllah, moga dipermudahkan urusannya. Teruskan berdoa dan berdoa dan berusha dan bertawaqal. Moga diteguhkan kaki saudara di jalan perjuangan menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini. Mohon untuk undur diri, andai ada kata-kata yang tersinggung, mohon dimaafkan. :D



(zaujan untuk nak suami soleh, zaujah isteri solehah..hee)

wallhua'alam..wassalam~

p/s:tak pandai nak bagi nasihat~ huhu

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)