Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

14 June 2012

Fatiyyah Third Injection

Salam.

Harini aku kat tangkak, sanggup ulang-alik balik tangkak untuk fatiyyah punya injection immunisasi. Kenapa balik tangkak? sebab aku takot kalau-kalau dia demam, sebab yang kali ni budak boleh demam, so 1st baby tak ade pengalaman, apa-apa berlaku ke ade ibu dengan aku. Jasa ibu bukan time nak besarkan kite je tau, dah ade anak pon die masih "jaga" kita lagi. tapi "jaga" dalam definition yg berbezalah. huhu.

sehari selepas lahir kene inject kat tangan dan fatiyyah nangis sekejap.
(gambar sekadar hiasan, ni bukan muka anak aku.)

Sape takut dengan jarum?Aku ade sepupu namenye ila, die sanggup mati dari jumpe doktor and trust me die tak pernah jumpe doktor.bhaha. sakit macam mane die akan tahan dan takkan makan ubat. sebab die TAKOT doktor dah ubat.hewhew. Aku tak tawulah kalau die pregnant nanti pergi check up every month and nk bersalin kene pergi hospital macam manalah die agaknya. sorry ila.hihi. Okeyh, oleh kerana injection kali ni "ura-ura" mengatakan baby akan demam so aku nervous lebih dari fatiyyah. boleh tak? So tadi die kena injek kat punggung macam gambar kat bawah ni.

Time kene inject fatiyyah tidor dan aku peluk die kuat-kuat2 (takot kalau-kalau die meronta ke pastu tercuck lagi dalam ke pastu die lagi sakit.haha. imaginasi melampau betollah aku ni. Seriously aku tak sanggup nengok anak aku kene cucuk-cucuk ni, sakit kot, event aku kene cucuk pon takot, cuak, sakit lagikan fatiyyah, rasa dia macam terlalu kecik untuk merasakan kesakitan tu. Kalau boleh aku yang kene biarlah aku yang kene cucuk. huhu. naluri seorang ibu memang macam ni kan? naluri untuk melindungi. Sebab nak service baik punya pasal aku pergi klinik private walaupon bayarannya aku boleh pergi shopping. hehe. Alhamdulillah nasib baik buat herbalife, mampulah aku pergi klinik private kalau tak, just like ordinary people kot. dan alhamdulillah fatiyyah tak demam, balik terus bagi ubat. 

Love you fatiyyah. babai.

27 May 2012

Fatiyyah 1bulan 25hari



Salam

Nak ucapkan berbanyak-banyak Terima kasih pada Abg Hassan, Naim, Kak ipa, Syaza, Hazel, Rahmah & pali, Sarah, Iera, Lina, Izzaty, Amalina&Abqari sebab sudi datang rumah and bagi hadiah kat Fatiyyah. Fatiyyah sekarang lagi femes dari ummi dia. huhu. Aku sampaikan tak terbeli-beli baju sebab banyak sangat orang bagi, alhamdulillah, syukran jiddan:)

Ada yang teringin sangat nak jumpa tapi tak sempat-sempat no problem, nanti ada rezeki kita jumpa. Nah, ni possing2 comel fatiyyah, cameraman nyer ibu aku. haha. sikit2 ambil gambar, lebih rindu cucu dari aku. Profile picture handphone semua orang dalam rumah ni semua gambar die. Adeh.

wek-wek;p

ummi, VIP macau ye bulan ni, haha

I Love Herbalife, how about you?:)

ummi nak susu nak susu.gagaga

Lose weight now, Ask me how! hihi

muka sememeh nak nangis.. uweek uweek

mata stim nak tdo~~

isap jari tanda haus saaagaaat nih!!huhu

kalau tido paling suka posing macam ni..

posing paling gediks!!haha. anak ummi

Tiap hari ada je gaya terbaru dia yang buat aku and hubby ketawa, kalau ada je benda baru yang dia buat menjerit2 hubby panggil aku. Excited nengok perkembangan baby. Sehari tak jumpa, aduh frust macam orang putus cinta.hahaha.

Dari Fatiyyah: doakan saya PRESIDENT TEAM 2033 UMUR 21TAHUN YE:) Jangan lupa minum shake kalau nak comel macam saya, contact ummi cepat2 tau untuk appointment.hihi

babai!

16 May 2012

Singapore - EXTRAVAGANZA

Salam..

BEFORE  EXTRAVAGANZA
Aku harini cukup-cukup 44hari selepas melahiran Fatiyyah. Kalau orang melayu 44hari baru habis pantang, orang jawa 40hari. huhu. Tapi ada second part waktu berpantang, sampai hari yang ke 60hari aku tak boleh la nak jalan-jalan laju sangat, tak boleh nak angkat-angkat benda berat.



Aku n hubby decide not to bring Fatiyyah with us sebab rasa dia masih kecik sangat, nanti kalau nangis-nangis kesian. Pengorbanan berjauhan dengan anak yang orang kata masih merah lagi untuk 5hari. kalau orang lain boleh bagi macam-macam alasan yang memang logik baru habis pantang, anak susu badan, tak boleh nak tinggal anak. Tapi sebab kitaorang sangat desperately nak SUCCESS and succes require SACRIFICE. Success not come by accident. Saja-saja je ko boleh berjaya. But we are going to make this worth it! Berbaloi kot untuk dapat income RM30K end of this yeaar kan?:) (sape nak join saya boleh isi borang atas~~wee~~)

SINGAPORE
Kat Singapore takde apa yang jauh beza dengan Malaysia pon cuma hubby cakap macam "Malaysia yang ada a littke discipline" so jadilah Singapore. huhu. Orang lain pergi Universal Studio tapi aku n hubby chose not to go coz aku nak ada enough rest untuk registration esok.

Petang tadi solat di masjid Mohd Salleh aku berkenalan dengan seorang makcik yang sebaya dengan ibu aku ade anak belajar dekat UIA Gombak. Alhamdulillah dapat sedara baru makcik ni duduk dekat jerung. Raya nanti boleh la datang:) sempat tangkap gambar semua tapi oleh kerana tak bawak cable so tak boleh nak upload sekarang, balik malaysia nanti baru upload la ea. hehe.

Since aku memang tak pernah pergi mana-mana luar negara so setiap negara yang kitaorang pergi memang JAKUN la kot sebab semua negara 1st time. haha. boleh baca kat sini --> http://bannateha.blogspot.com/2012/01/thailand-vs-korea.html

Nothing much to say on 1st day here, cuma aku rinduu sangat kat Fatiyyah, we do this for you dear.. Ummi dengan abi rinduuuu sangat kat fatiyyah, kali ni je, pasni takde pisah-pisah dah. Bulan 9 ni kita pergi Macau bawak tok ayah dengan nek ibu sekali ye.

babai.

13 April 2012

Antara Dua Jalan

Salam..

Siapa ingat time kita form three ade satu poem tu pasal "the road not taken"?

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.


Aku suka sangat poem ni, sebab its really about humans life, things that we deals with it everyday. To make a DECISION, something that different with common people.


I TOOK THE ONE LESS TRAVELED BY!
Yes, itu yang aku dan hubby buat. Kami buat keputusan untuk bernikah awal (http://bannateha.blogspot.com/2011/12/kehidupan-selepas-berkahwin.html) , sedangkan remaja lain sebaya kami lebih selesa dengan bercouple. Kawin awal its nnot about enjoy, but its about TAKE RESPONSIBLE. Sedang orang lain duk uma sewa dengan kawan2, sewa uma devide 10orang sebab nak bagi semurah mungkin, tapi kami sewa uma sendiri untuk kehidupan suami isteri. Waktu rakan sebaya kami cuma memikirkan pas belajar nak kerja apa? Tapi kami pilih untuk BUILDING OUR BUSINESS and expand our organization by earning more than 5digit income at young age.

Waktu orang lain sibuk dengan hal remeh-temeh gadoh dengan bf/gf tapi kami sibuk memikirkan hal mmbesarkan anak kerana kini sudah bergelar ibu dan bapa. Time orang sibuk fikir nak isi waktu lapang dengan apa, kitaorang sibuk nak pergi trainig, Extravaganza kat Singapore Mai ni, Macau September ni sebab nak jadi orang yang luar biasa. Responsible orang yang 10tahun lagi tua dari kami yang patot tanggung, but we take it early. Lucky we in Herbalife, is because it prepared us with personal development n financially stable.


WHO WOULD LIKE TO JOIN US?
We are looking forward a person that would like to have a better life, positive, teachable, independent, not giving excuses to join us together to have a great life. Design a life that we want together trough Herbalife. We only want serious people, bukan yang nak cuba-cuba *deengan tegasnya* huhu.

Ia tidak mudah, tapi juga tidak susah.

muhasabah.

12 April 2012

Syariat atau Adat?

Salam..

Ramai yang datang kat aku mengadu pasal masalah nak kawin. Penat nak jawab kot, so aku decide untuk tulis terus kat blog so kalau ada lagi yang tanya aku suh baca blog aku je.

Kebanyakkannya tak dapat kawin disebabkan masalah yang sebenarnya bukan satu masalah, atau dengan kata lain, tak dosa pon kalau tak ikut. Ape masalahnya? Basically masalah kekangan kewangan, atau parents tak bagi. Kalau masalah duit senang nak setle, tapi kalau masalah parents ni rumit sikit kalau takde ilmu.



Lazimnya masalah parents ni antaranya anak tak habis belajar lagi, langkah bendol (ada kakak atau abang yang belum kawin, nak kene yang tua kawen dulu), parents tak suka calon pasangan atas sebab2 yang tak munasabah contohnya semata2 bukan pilihan diorang, dan of coz kewangan la, orang akan selalu cakap pasal duit ni "ko nak bagi anak bini ko makan ape, makan pasir??". Dan ada yang kata, "kita ni family susah, senangkan family dulu baru fikir kawin".

Kalau masalah datangnya dari pihak lelaki takde masalah sangat sebab lelaki ni tak perlu wali dan sebenarnya xperlu pon nak minta izin lagi2 kalau memang calon perempuan tu tak ade halangan dari sudut syariah. Tapi rumit kalau dari pihak perempuan sebab nak kene ada wali. Tapi tak jadi masalah sebab boleh rujuk pejabat qadi dan diorang akan mudahkan jalan, boleh guna wali hakim kalau yang perempuan takde wali sebab wali taknak jadi wali.


SYARIAT vs ADAT
Syariat tu cukup mudah, tapi bukanlah mudah yang boleh diperlekehkan. Tapi mudah kerana tahu hakikat fitrah manusia yang diciptakan memang begitu sifatnya nakkan pasangan. tak payah lah aku nak huraikan tentang macam mana panduan nak cari pasangan, korang mestilah tahu, kalau tak tahu sila pergi belajar.

Tapi jadikanlah Rasulullah sebagai teladan macam mana dia mengahwinkan anaknya Fatimah dengan saidina Ali. Yanng wajib maskahwin. Hantaran tu adat. Tapi akhir zaman ni manusia menilai adat tu yang macam dah wajib bukan main. Nak kawin kene hantaran 10k, 20k sampai kene berhutang dengan bank, lagi teruk hutang dengan along bagai. Pas kawin pening pikir hutang segala. Adohai. Asalkan orang tu bertanggungjawab tak kira dia masihh belajar ke, muda lagi ke insyaAllah selamat, berapa ramai yang kaya-raya kadang nafkah pon tak bagi.



HAK ANAK KE ATAS IBU BAPA
Selalu ibu bapa memikirkan mereka berhak sepenuhnya keatas kehidupan anak, tapi lupa akan hak anak kepada ibu bapa yang mesti juga ditunaikan.

i. memberikan nama anak semasa lahir dan memanggil anak dengan nama yang baik2,
ii. mengajar anak kitab2 Allah;
iii. mengahwinkan anak apabila anak mencapai umur yang boleh dikahwinkan.

Takyah lah aku explain pasal bagi nama dengan mengajar kitab tu semua orang senang nak faham, aku nak emphasize kat sini pasal yang ketiga tu. Tak kira anak lelaki atau perempuan. Fardhu upon the father. Jika bapa gagal mengahwinkan anak bila dia dah boleh kahwin dan anak tu terus buat dosa sebab tak kawin maka dosa anak akan di masukkan sekali ke dalam akaun dosa bapa dia. Dosa mata, tangan, telinga dll, bapa dia pun ada jumlah yg sama dosa anak tu.

Bapa dia bertanggungjawab atas anak tu tak kira la bapa dia tu alim ulama besar, hartawan yg dermawan, tak pernah tinggal sembahyang jemaah di masjid atau apa saja.
Bila anak lelaki atau perempuan dia dah boleh kawin si bapa kena support, sokong dan cari calon yang beriman untuk anak dia tu. Dilarang membiarkan anak untuk bercouple-couple etc. Kerana ingat dosa anak bapak dia pun tanggung sekali.

Bapak kena support kewangan, kebenaran, tak membebankan calon kalau anak perempuan sampai nak tetap hantaran berpuluh ribu RM. Pengsan la calon klu kena macam tu. Baru nak mulakan hidup dah kena berhutang. Cuba kalau bapak dia yg kena macam tu masa nak kawin dengan mak dia sekarang ni. Jawabnya sampai ke tua la bapak skrg...

Jangan ikut sangat budaya salah masyarakat nak suruh anak tu tunggu lepas universiti, kerja bergaji beribu-ribu dulu, kena ada kereta dulu, beli rumah, mampu buat kenduri sembelih lembu 2 3 ekor dulu, nak jumpa menantu yg hansome cantik dulu etc baru nak bagi kawin. INGAT!!! Dosa anak bapak tanggung sekali yer...

Khalifah Umar alkhattab suatu hari meronda waktu malam. Beliau terdengar satu perbualan anak perempuan dgn ibunya. Si anak bgtau susu untuk jualan esok tak cukup. So si mak suruh campur air, tapi anak tu tak setuju. Si anak kata khalifah marah buat macam tu. Mak ckp khalifah tak dgr sebab khalifah tgh tido. Si anak jawab Tuhan khalifah tu tau apa yg kita buat. Esoknya, khalifah umar hantar rombongan untuk meminang anak perempuan tu untuk anaknya Abdullah ibnu Umar.

Satu kisah yg berlaku zaman abasiyyah kut(tak ingat). Seorang kadi dapat tau yg esok pagi ada pembesar zaman tu akan dtg meminang anaknya kerana tau anak dia cantik. Kadi tu tau yg pembesar tu tidak beriman dan fasik. Apa yg kadi tu buat ialah dia suruh seorang anak murid dia tunggu lepas subuh. Cari 2 org saksi dan terus kahwinkan anak perempuan dia tu dgn pemuda tu. Walaupun pemuda tu miskin dan tak masuk universiti (ni ayat tambah sendiri). Bila pagi tu rombongan pembesar sampai dia pun cakap dia takde anak perempuan yg belum kawin. Semua dah kawin. Setel masalah.

Stigma kawin muda menyusahkan patut dikikiskan dalam minda mak dan bapak yg beriman. Kerana kawin telah terbukti menjadikan seseorang itu lebih fokus, bertanggungjwab, ceria, kuat berusaha dll. Ye lah gelora nafsu badannya telah dipenuhi, ada tanggungjawab, hidup dia lebih bermakna dan enjoy lepas kawin. Jadi mak dan bapak (bapak la paling banyak saham dlm hal ni) kena pikiaq hal ni elok2. Ni hak anak., tanggungjawab bapak. INGAT!!!dosa saya bapak tanggung ok...kahwinkan anak bila sampai waktunya...bapak kena sokong moral dan duit untuk bagi anak kawin...klu ada anak pompuan tu jangan bagi susah sangat letak belanja sampai bakal menantu kena buat loan bank rakyat pulak nak kawin...dah la lepas kawin anak tu nak mulakan hidup baru...beli brg dlm rumah lagi etc...

apa salahnya akad nikah lepas tu buat jamuan makan tengahari saja? jemput ahli keluarga dan jiran terdekat saja...susah tapi boleh dibuat...mungkin rasa malu sikit tapi insya allah selamat dunia akhirat...nak besar sikit bapak sponsor la lembu sekor..klu tak mampu tu buat kecil kecilan sudah...kawin tu sah jugak...bapak terlepas dosa...dah ada duit nanti buatla kenduri kesyukuran besar skit....





KULIL HAQ WALAU KANNAMURRON
Berkatalah benar walaupon pahit. Nampak "simple" kan. Tapi nak melaksanakannya memang susah dan sangat mencabar, trust me. Islam itu asing, dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing. Kalau niat dan jalan kita betol pasti Allah akan tunjukkan jalan, ada je jalan keluar, ade je pertolongan dari arah yang tak disangka-sangka. Biarkanlah orang yang nak mengata, mulut manusia buat betol dikata apatah lagi kalau tak betol. Yang penting betol di sisi Allah insyaAllah selamat dan berkat dunia akhirat.

Terimakasih Allah kerana dengan izinMU kini aku sudah bergelar isteri dan juga ibu. Moga sahabat-sahabat lain dipermudahkan urusan pernikahan. Banyak2 berdoa, doa tu senjata orang Islam.

-the end-

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)