Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

11 May 2009

ANTARA DUA JALAN

KEBENARAN VS KESESATAN

Firman Allah SWT: maksudnya;

“Dan Kami telah tunjukkannya dua jalan (jalan kebajikan dan jalankajahatan).”
(al-Balad: ayat 10)

“Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja(tanpa dipertanggung-jawabkan).” (al-Qiyamah: ayat 36)

Telah ditentukan bagi manusia jalan yang ditempuhinya. Allah SWT telah menggariskan jalan tersebut di sisi-Nya dan meletakkan di hadapan manusia panji-panji matlamat kehidupan dan juga hikmat kejadiannya.

Firman AllahSWT: maksudnya;
“Apakah kamu mengira bahawa Kami menjadikan kamu secara sia-sia sahajadan kamu semua tidak akan dikembalikan kepada Kami. Maka Maha Tinggi Allah,Raja yang sebenarnya.” (al-Mu’minun: ayat 115-116)

BERBAHAGIALAH KAMU

Orang yang berbahagia ialah orang yang telah bertemu dengan pertolongan-Nya.Orang yang telah ditarik oleh cahaya hidayah-Nya. Mereka telah meneroka dengan pandangan mereka segala kabus yang telah menutup kealpaan dan kelalaian mereka selama ini. Seterusnya mereka tahu akan marhalah-marhalah perjalanandan melangkah menuju ke matlamatnya.

Firman Allah SWT: maksudnya;
“Maka segeralah kembali mentaati Allah . Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmmu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan (Ilah) yang lain di samping Allah.Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu.” (az-Zariyat: ayat50-51)

Apa sahaja yang menyebabkan manusia terpesong daripada sampai kepada-Nya,atau mengubah serta menyelewengkan manusia daripada menghadap-Nya, atau memisahkan manusia daripada bergantung serta berharap kepada-Nya, samaada berupa hawa nafsu yang menguasai atau kemahuan yang degil atau kehendak-kehendak terhadap sesuatu yang cepat lupus dan hilang (duniawi), maka semua ituadalah ilah-ilah selain daripada-Nya.

Firman Allah SWT: maksudnya;
"Kedua-dua jalan tersebut tidak akan sama selama-lamanya".

“Maka apakah orang-orang yang beriman sama dengan orang-orang yangfasiq (kafir)? Mereka tidak sama. Ada pun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman,sebagai pahala terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan adapun orang-orangyang fasiq, maka tempat mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendakkeluar daripadanya, mereka dikembalikan ke dalamnya dan dikatakan kepadamereka:
"Rasakan siksa neraka yang dahulu kamu mendustakannya.”
(As-Sajadah: ayat 18-20)

“Apakah patut Kami jadikan orang-orang Islam itu sama dengan orang-orang yang berdosa? Mengapa kamu berbuat demikian? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan? (al-Qalam: ayat 35-36)

“Patutkah Kami menganggap orang-orang yang beriman dan mengerjakanamal saleh sama dengan orang yang melakukan kerosakan di muka bumi? Patutkah pula Kami menganggap orang- akupun termasuk orang-orangyang menunggu bersama kamu”. Kemudian Kami selamatkan para Rasul Kami danorang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajipan atas Kami menyelamatkanorang-orang yang beriman.”(Yunus: ayat 102-103)

Sesungguhnya hati itu berada di bawah kekuasaan Allah SWT. Firman AllahSWT: maksudnya;

“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.”(Yusuf: ayat 21)

ALLAH s.wt. YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG

Firman Allah SWT dalam al-Hadith al-Qudsi (yang bermaksud):

“Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku (kekasih-Ku), Aku telah mengisytiharkan perang terhadapnya. Tidak ada cara bertaqarrub (mendekatkan diri) seorang hamba kepada Ku yang lebih Ku sukai melainkan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang Ku fardhukan kepadanya. Namun sentiasa hamba-Ku itu berusaha mendekatkan diri kepada Ku dengan melakukan hal-hal yang sunat sehingga Aku pun mencintai(mengasihi)nya. Apabila dia telah Aku cintai, Akulah pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannyayang dengannya dia memukul keras dan kakinya yang dengannya dia berjalan.Jika dia memohon kepada Ku, Aku akan kurniakan dan jika dia memohon perlindunganKu, Aku akan melindunginya. Dan tidak pernah Aku ragu-ragu pada sesuatudi saat Aku akan melakukannya seperti ragu-Ku untuk mengambil jiwa orang mu’min yang enggan mati sedangkan Aku tidak suka mengganggunya.” (HadithRiwayat al-Bukhari)-

kenapa hati saya keras? (,")

TETAMU DI UNDANG

Alhamdulillah semalam dapat juga bawa ukhti-ukhti dari UIA datang melawat ke Legenda Darul Hikmah ni, ukthi Syafiyah dan Ukhti Majdah. Pulak tu dapat kuih bangkit dari Kedah, terharuu. Seronok dapat merapatkan silaturrahim dengan depa semua. Opss, dah ngeti cakap Kedah, almaklumlah depa dua yang mai ni memang anak jati Kedah. Seghonok doq dengaq depa cakap dan diri aku pun terikut sama cakap Kedah naa. (cewah).

Malam tuh ada usrah dan kononnya aku menjemput diorang berdua ni sebagai naqibah jemputan. Sesekali bertukar naqibah seghonok jugok. Takdelah anak-anak buah usrah bosan. Amacam? (^_^). Yang paling buat aku rasa bahagia sangat ialah perkongsian ilmu, yelah, bilamana kita bertukar-tukar pendapat maka akan ada perkongsian ilmu. Inilah yang seronoknya bila kita berada bukan dalam lingkungan orang yang sama. Bak kata orang kampung aku "network connection" kena luas. Bukan takat nak ada cable carik kerja tapi network ilmu paling penting kawan-kawan.

PERKONGSIAN ILMU

Selalu kita tertanya-tanya, kenapalah hati nih kadang macam keras semacam. Ketuk dengan penukul tak lut. Sekeras kerikil,alamak macam tajuk drama la pulak. Tapi itulah hakikatnya. Dan sahabiah ni berkongsi ilmu yang dia dapat dari Sheikh yang datang mengajar ditempatnya. Cuba kita sama-sama muhasabah balik la ada tak benda-benda ni dalam diri dan kehidupan seharian kita:

Kata Imam Sufyan Athauri:
1) Kita selalu berdoa TETAPI kita hanya berdoa untuk diri kita
sendiri. Tak doakan sahabat-sahabat, orang-orang mukmeen yang
lain,orang-orang yang dah meningal dunia dan ummat Islam yang
ditindas seperti di negara-negara di Iraq,Afghanistan dll.

2) Kita orang yang belajar dan tahu membaca Al-quran: TAPI
baca Quran tak sampai 100 ayat sehari.

3) Bilamana kita masuk masjid, waimah sekadar menumpang tandas
sekalipon, hendaklah kita menghormati masjid dengan solat
tahyatul masjid.

4) Bila kita lalu di kuburan, kit tidak mendoakan ahli-ahli kubur.

5) Siapa yang bermusafir untuk hari jumaat, tapi dia tak solat
Jumaat. Memanglah ada rukhsah pada musafir yang membolehkan
mereka untuk tidak solat Jumaat, tapi apa salahnya pergi solat
Jumaat. Zaman modern nih, naik kereta bukan unta.

6) Bila datang orang berilmu ke kampung kita, kita tidak datang
ke majlis ilmunya untuk menuntut ilmu. Dahlah tak pandai agama,
bodoh sombong pula lagaknya.

7) Bila bersahabat tapi tidak tahu nama sahabat. Tapi mungkin
tinggi sikit kot, bersahabat tapi tak tahu apa sahabat suka,
apa yang dia tak suka. Taaruf lagi ya.

8) Bila orang jemput datang kenduri, kita tidak datang tanpa
sebarang alasan munasabah.

9) Pemuda pemudi yang tidak menuntut ilmu.

10) Orang yang kenyang, tapi membiarkan jiran sekeliling kelaparan.


MUHASABAH

Bila kita lihat betol-betol dalam senarai ni, berlaku apabila kita bersikap individualistik. Dan cantiknya Islam yang amat menjaga kebajikan ummtnya, menyuruh pengikutnya untuk bersikap pedulik antara satu sama lain. Setiap muslim itu bersaudara. Bukan setakat hati keras, tapi tindakan kita yang keras, dengan sahabat-sahabat pon ada masalah silaturrahim. Inilah dia.

Berapa peratus ada dalam diri anda? Diri aku? 50% confirm. Astagfirullah al azhim...

TIPS

Kalau-kalau rasa hati tu kusut masai. Disarankan buat 3 perkara ni. Iaitu, berdzikir kalau tak tenang jugak baca quran, kalau tak tenang jugak dengar orang baca quran. Tapi kalau tak tenang jugak nampak sangatlah hati kita nikeras. Check balik diri kita, sebab 3 perkara tu adalah terapi terbaik yang melunakkan hati.

sama-sama kita renungkan..Tapi jangan dok renung je. Lakukan perubahan
wallahualam.

03 May 2009

Si Kurung Melayu Hijau yang comel

RUTIN

Rutinku setiap hari sabtu untuk ke bangi ke kelas bahasa arab. Alhamdulilah, dengan sahabiah seperjuangan kami menaiki motor, tapi kali ni aku tidak mahu sepenuhnya menggunakan lebuh raya. Sebab sebolehnya cuba untuk mengelakkan berselisih dengan bas. Masakan tidak, menurut hukum fizik halaju tinggi maka tekanan rendah. Betol tak cikgu? ;) Kisahnya begini, bus tukan besar dahtuh pemandu bas Malaysia nih kalau bawak macam pelesit.. fuhh~~ sejauh mata memandang. Jadi bila kami yang naik moto ni, sekali dia lalu kat tepi, gelong moto. Dap dup jantung den.

LOKASI

Tempat kuliahnya dekat masjid, lazimnya aku bergerak dari kolej pukul 4ptg dan akan sampai waktu asar. Sampai-sampai terus solat dulu.


SI DIA

Bila kat masjid ni, makanya ramai la kanak-kanak comel, pulos dan kudus je muka mereka semua. Benarlah kata-kata bahawa kanak-kanak mungkin gagal mengikut arahan kita, tapi mereka todak pernah gagal untuk mencontohi tingkah laku kita .

Buktinya banyak kulihat bila kat masjid ni. Bila ibunya solat, si kecil ikut ditepi terbongkok-bongkok untuk turut rukuk,sujud, walaupon tak sempurna. Teringat kata-kata ustaz, fitrah manusia untuk menyembah Tuhannya. Tapi belum selesai solat dah surrender berlari dengan teman-teman, kanak-kanak lah katakan. hehe.

Satu hari ni aku nak amik wuduk, datanglah Si Kurung Hijau ni. Budak lelaki, comel je. Datang-datang dia pandang aku, aku opn bagila senyuman yang cukop manisla kononya.hee. Tawu dia buat apa? Nak wuduk jugak,pastuh dia bukak paip, beso pulak. Kakak dia kecikkan,maka dia pon amik wuduk. Nak tawu dia start dari mana? Dari kaki! Tersenyum dibuatnya, tak pelah salah, tapi dia naluri untuk berwuduk. Budak sekecil itu pon mahu berwuduk tapi yang orang-orang yang da besar gedabak ni asal la punya liat.


SI ABANG

Yang kes ni pulak dekat masjid Jamek Syah alam, usai solat aku terdengar "samiAllah hulimanhamidah...." suara budak lelaki. Dia menjadi imam kepada adik perempuannya. SubhanAllah, nak rukuk dia aja, macam ni dik macam ni.. Teruja, sayu, terharu dan cmeburu. Melihat mereka, masakan tidak si abang yang dalam lingkiungan usia 8 tahun sudah mengajar adiknya solat! Kuperhati hingga mereka usai solat. Dah hiabis solat wajah adiknya di tolah lembut ke kanan, kemudian kekiri untuk memberi salam.

SubhanAllah...Lunak rasanya hati melihat perilaku mereka. Akan ku didik anakku nanti seperti itu (cewah).

TERKILAN

Tapi... Aku sedikit terkilan dengan perspektif masyarakat kepada kanak-kanak dalam masjid. Apa dia?

Papan-papan tanda yang menentang fitrah, contonhnya "kanak-kanak tidak di bernarkan melompat-lompat". Cuba di buat, "orang dewasa sila melompat-lompat". Amacam?
"Kanak-kanak dilarang membuat bising". Itu dan ini, terlalu banyak larangan yang sebenarnya menentang fitrah. Setuju?

Kalau nak di kata untuk mendapat kekhusyukkan, dalam senyap pon belom tentu khusyuk dan senyap bukan jaminan untuk khusyuk dalam solat. Tapi fokus untuk khusyuk. "Consenting mind".

HARAPAN

Semoga masjid-masjid di Malaysia menjadi "Mesra Kanak-kanak". Kalau penerimaan mereka di dalam masjid seperti "not welcoming" macam mana bila da besar nanti nak ada ruh untuk ke masjid. Dari waktu kecil inilah nak di lentur.

Fikir-fikirkan bersama.

wallahualam.

Aku Ingin MencintaiMU

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri,
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa,
Entah mungkin karna ku terlena,
Sementara Engkau beri aku kesempatan,
Berulang kali agar aku kembali,

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU,
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU,

Aku ingin mencintaiMU,
Setulusnya,sebenar-benar aku cinta,
Dalam do'a, dalam ucapan, dalam setiap langkahku,
Aku ingin mendekatiMU selamanya,
Sehina apapun diriku,
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi...


bY: Edcoustic

Pertama-tamanya mendengar lagu ini,ingatkan untuk manusia tapi bila di amati liriknya rupanya kepada Allah.

Semua orang boleh menutur bicara, Aku Ingin mencintai Tuhanku. Tapi sekadar di pinggir bibir. Ayuh! Sama-sama tekadkan azam untuk mengenal Sang Pencipta.

ujian itu datang lagi..

DENGAN KUDRAT-NYA

Entah azam ini berorientasikan kepada kebendaan mungkin, maka bila ia hilang, semangat pun turut hilang? Astagfirullah al azim.

Kali ini destop ku rosak, power supply meletup and monitor sekali terbakar. Ganas tak fariha ni? Sebelom ni motherboard laptop rosak, sekarang destop pula menyusul. Ya Rabbi, Tuhan Yang Maha Mengetahui, Yang Maha halus terhadap hambaNYA. Sengaja mengujiku agar aku menjadi hamba yang sabar,agar aku kenal siapa kawan yang sanggup menghulurkan bantuan atau menghindari aku ketika aku kesusahan. Melatih aku untuk berjuang tak kira senang atau susah, tak kira sempit ongkosnya atau luas.

SubhanAllah.. Dia memberi "latihan" ysng lebih agar aku lebih kuat dalamannya. Lebih tegar dalam menghadapi dugaan yang mendatang. Aku kurang sifat sabar, jadi "extra test" Allah bagi supaya ampuh dalam meredah ranjau!

Alhamdulillah..alhamdulillah..

Ujian moga posisi niatku betol. Tepat. Semoga aku beroleh kekuatan..DariMu Ya Rabbi.
Ameen.

wallahualam

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)