Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

03 May 2009

Si Kurung Melayu Hijau yang comel

RUTIN

Rutinku setiap hari sabtu untuk ke bangi ke kelas bahasa arab. Alhamdulilah, dengan sahabiah seperjuangan kami menaiki motor, tapi kali ni aku tidak mahu sepenuhnya menggunakan lebuh raya. Sebab sebolehnya cuba untuk mengelakkan berselisih dengan bas. Masakan tidak, menurut hukum fizik halaju tinggi maka tekanan rendah. Betol tak cikgu? ;) Kisahnya begini, bus tukan besar dahtuh pemandu bas Malaysia nih kalau bawak macam pelesit.. fuhh~~ sejauh mata memandang. Jadi bila kami yang naik moto ni, sekali dia lalu kat tepi, gelong moto. Dap dup jantung den.

LOKASI

Tempat kuliahnya dekat masjid, lazimnya aku bergerak dari kolej pukul 4ptg dan akan sampai waktu asar. Sampai-sampai terus solat dulu.


SI DIA

Bila kat masjid ni, makanya ramai la kanak-kanak comel, pulos dan kudus je muka mereka semua. Benarlah kata-kata bahawa kanak-kanak mungkin gagal mengikut arahan kita, tapi mereka todak pernah gagal untuk mencontohi tingkah laku kita .

Buktinya banyak kulihat bila kat masjid ni. Bila ibunya solat, si kecil ikut ditepi terbongkok-bongkok untuk turut rukuk,sujud, walaupon tak sempurna. Teringat kata-kata ustaz, fitrah manusia untuk menyembah Tuhannya. Tapi belum selesai solat dah surrender berlari dengan teman-teman, kanak-kanak lah katakan. hehe.

Satu hari ni aku nak amik wuduk, datanglah Si Kurung Hijau ni. Budak lelaki, comel je. Datang-datang dia pandang aku, aku opn bagila senyuman yang cukop manisla kononya.hee. Tawu dia buat apa? Nak wuduk jugak,pastuh dia bukak paip, beso pulak. Kakak dia kecikkan,maka dia pon amik wuduk. Nak tawu dia start dari mana? Dari kaki! Tersenyum dibuatnya, tak pelah salah, tapi dia naluri untuk berwuduk. Budak sekecil itu pon mahu berwuduk tapi yang orang-orang yang da besar gedabak ni asal la punya liat.


SI ABANG

Yang kes ni pulak dekat masjid Jamek Syah alam, usai solat aku terdengar "samiAllah hulimanhamidah...." suara budak lelaki. Dia menjadi imam kepada adik perempuannya. SubhanAllah, nak rukuk dia aja, macam ni dik macam ni.. Teruja, sayu, terharu dan cmeburu. Melihat mereka, masakan tidak si abang yang dalam lingkiungan usia 8 tahun sudah mengajar adiknya solat! Kuperhati hingga mereka usai solat. Dah hiabis solat wajah adiknya di tolah lembut ke kanan, kemudian kekiri untuk memberi salam.

SubhanAllah...Lunak rasanya hati melihat perilaku mereka. Akan ku didik anakku nanti seperti itu (cewah).

TERKILAN

Tapi... Aku sedikit terkilan dengan perspektif masyarakat kepada kanak-kanak dalam masjid. Apa dia?

Papan-papan tanda yang menentang fitrah, contonhnya "kanak-kanak tidak di bernarkan melompat-lompat". Cuba di buat, "orang dewasa sila melompat-lompat". Amacam?
"Kanak-kanak dilarang membuat bising". Itu dan ini, terlalu banyak larangan yang sebenarnya menentang fitrah. Setuju?

Kalau nak di kata untuk mendapat kekhusyukkan, dalam senyap pon belom tentu khusyuk dan senyap bukan jaminan untuk khusyuk dalam solat. Tapi fokus untuk khusyuk. "Consenting mind".

HARAPAN

Semoga masjid-masjid di Malaysia menjadi "Mesra Kanak-kanak". Kalau penerimaan mereka di dalam masjid seperti "not welcoming" macam mana bila da besar nanti nak ada ruh untuk ke masjid. Dari waktu kecil inilah nak di lentur.

Fikir-fikirkan bersama.

wallahualam.

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)