Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

11 May 2009

kenapa hati saya keras? (,")

TETAMU DI UNDANG

Alhamdulillah semalam dapat juga bawa ukhti-ukhti dari UIA datang melawat ke Legenda Darul Hikmah ni, ukthi Syafiyah dan Ukhti Majdah. Pulak tu dapat kuih bangkit dari Kedah, terharuu. Seronok dapat merapatkan silaturrahim dengan depa semua. Opss, dah ngeti cakap Kedah, almaklumlah depa dua yang mai ni memang anak jati Kedah. Seghonok doq dengaq depa cakap dan diri aku pun terikut sama cakap Kedah naa. (cewah).

Malam tuh ada usrah dan kononnya aku menjemput diorang berdua ni sebagai naqibah jemputan. Sesekali bertukar naqibah seghonok jugok. Takdelah anak-anak buah usrah bosan. Amacam? (^_^). Yang paling buat aku rasa bahagia sangat ialah perkongsian ilmu, yelah, bilamana kita bertukar-tukar pendapat maka akan ada perkongsian ilmu. Inilah yang seronoknya bila kita berada bukan dalam lingkungan orang yang sama. Bak kata orang kampung aku "network connection" kena luas. Bukan takat nak ada cable carik kerja tapi network ilmu paling penting kawan-kawan.

PERKONGSIAN ILMU

Selalu kita tertanya-tanya, kenapalah hati nih kadang macam keras semacam. Ketuk dengan penukul tak lut. Sekeras kerikil,alamak macam tajuk drama la pulak. Tapi itulah hakikatnya. Dan sahabiah ni berkongsi ilmu yang dia dapat dari Sheikh yang datang mengajar ditempatnya. Cuba kita sama-sama muhasabah balik la ada tak benda-benda ni dalam diri dan kehidupan seharian kita:

Kata Imam Sufyan Athauri:
1) Kita selalu berdoa TETAPI kita hanya berdoa untuk diri kita
sendiri. Tak doakan sahabat-sahabat, orang-orang mukmeen yang
lain,orang-orang yang dah meningal dunia dan ummat Islam yang
ditindas seperti di negara-negara di Iraq,Afghanistan dll.

2) Kita orang yang belajar dan tahu membaca Al-quran: TAPI
baca Quran tak sampai 100 ayat sehari.

3) Bilamana kita masuk masjid, waimah sekadar menumpang tandas
sekalipon, hendaklah kita menghormati masjid dengan solat
tahyatul masjid.

4) Bila kita lalu di kuburan, kit tidak mendoakan ahli-ahli kubur.

5) Siapa yang bermusafir untuk hari jumaat, tapi dia tak solat
Jumaat. Memanglah ada rukhsah pada musafir yang membolehkan
mereka untuk tidak solat Jumaat, tapi apa salahnya pergi solat
Jumaat. Zaman modern nih, naik kereta bukan unta.

6) Bila datang orang berilmu ke kampung kita, kita tidak datang
ke majlis ilmunya untuk menuntut ilmu. Dahlah tak pandai agama,
bodoh sombong pula lagaknya.

7) Bila bersahabat tapi tidak tahu nama sahabat. Tapi mungkin
tinggi sikit kot, bersahabat tapi tak tahu apa sahabat suka,
apa yang dia tak suka. Taaruf lagi ya.

8) Bila orang jemput datang kenduri, kita tidak datang tanpa
sebarang alasan munasabah.

9) Pemuda pemudi yang tidak menuntut ilmu.

10) Orang yang kenyang, tapi membiarkan jiran sekeliling kelaparan.


MUHASABAH

Bila kita lihat betol-betol dalam senarai ni, berlaku apabila kita bersikap individualistik. Dan cantiknya Islam yang amat menjaga kebajikan ummtnya, menyuruh pengikutnya untuk bersikap pedulik antara satu sama lain. Setiap muslim itu bersaudara. Bukan setakat hati keras, tapi tindakan kita yang keras, dengan sahabat-sahabat pon ada masalah silaturrahim. Inilah dia.

Berapa peratus ada dalam diri anda? Diri aku? 50% confirm. Astagfirullah al azhim...

TIPS

Kalau-kalau rasa hati tu kusut masai. Disarankan buat 3 perkara ni. Iaitu, berdzikir kalau tak tenang jugak baca quran, kalau tak tenang jugak dengar orang baca quran. Tapi kalau tak tenang jugak nampak sangatlah hati kita nikeras. Check balik diri kita, sebab 3 perkara tu adalah terapi terbaik yang melunakkan hati.

sama-sama kita renungkan..Tapi jangan dok renung je. Lakukan perubahan
wallahualam.

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)