Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

26 May 2009

kisah Adikku (^_^)..

UiTM SYAH ALAM

Alhamdulillah adik aku akhirnya mendapat tawaran untuk masuk ke Asasi Sains UiTM selama setahun. Setelah menanam jagung kat rumah selama 5 bulan. Walaupun bukan aku yang dapat tawaran tuh, tapi akulah orang yang paling "jakun" or orang kampung aku kata, paling "happy" dengan kejayaan yang dia perolehi. Syukur kepada illahi. Tiada ucapan sebaik, alhamdulillah~~

Pada 23 Mei 2009 tarikh keramat untuk adik aku, registration kemasukkan, alhamdulillah sistem yang di gunakan sekarang mudah. Sampai-sampai je ambil kunci bilik dan borang. Selepas itu terus je masuk bilik letak barang. Kalau nak di bandingkan dengan sesi dulu, time tu la nak bayar yuran, time tu la nak isi borang. Kene beratur berderet panjang-panjang. Letih, penat! Tapi sekarang, dunia da berubah, UiTM dah maju. Barang dia bawak punyalah banyak berbondong-bondong, kalah aku. Hampir satu almari nak di angkutnya ke UiTM, adess. Nasib baik ibu halang, karang kalau balik tak yah la susah-susah nak bawak balik baju banyak-banyak. Macam aku, kadang balik bawak hand beg je!


ORIENTASI YANG DI BENCI! (,")..

Standard kalau masuk mana-mana IPTA atau IPTS pasti, akan ada minggu orientasi, yang aku pon menyampah. Ada slot yang aku tak suka, slot drama, dengan gamble nya aku skip slot tuh. Membe kata, baru-baru masuk dah otai. Yeke? Tak bermanfaat langsung. Jangan harap aku nak joint. Kembali kepada adik. Nak dipendekkan cerita, adik mengalamu simptom home sick kronik. yang sangat Amik ko! Masakan tidak, dalam 500++ yang register, dia sorang je yang tak participate dalam orientasi, dia cuma datang untuk registration, selebihnya duduk bilik sakit. Siang tu hari pendaftaran, malamnya dia call aku.

"Akak, ko amiklah aku kak, aku demam ni..pinjamlah kereta siapa-siapa.." fuhh...adik tuh. Selaku kakak yang bertanggungjawab pasti kesian tahap maximum kat adik. Ni merupakan pengalaman pertamanya berpisah dengan family. Akhirnya, aku biarkan sampai keesokkan harinya. Pagi-pagi lagi ibu telephone bertanyakan tentang adik. Ibu pon naik jenuh dok mujuk dia ni hah. Aku ingatkan dah okey sikit. Sekali petang ahad dia call nangis-nangis.

"Kak, aku tak sehat, kak, call kan mak cik, aku nak mak cik, orang yang macam ibu.." Kak, cepatlah datang sini sekarang."

Rasa macam nak terbang je ke Syah Alam time tu juga, tapi apakan daya. Tiada sayap. Nasib baik ada seorang sahabiah, Safiyah membantu. Dia orang Syah Alam dan dia jelah harapan aku. Kesian jugak kat dia sebab tengahari tu baru je balik dari Syah Alam, tapi dah kena pergi balik. Oleh kerana dia dah kepenatan makanya aku yang drive. Bila stereng kereta kat tangan aku, faham-faham jelah. Kat dalam kepala ni dah duk fikirkan adik je. Memang petang tuh speed sehabis boleh, rasanya 140 km/j. Naik gelong kereta dibuatnya. Aku paut kemas-kemas, dari awal line 3 je aku amik. Bayangkan, keretea canggih-canggih semua aku overtake, walaupon proton saga, boleh caya jugak product Malaysia ni. Naik kering gusi di buatnya, masakan tidak.

Sampai sana, mak cik dan pak cik sampai dulu dengan seorang ustaz. Guru kepada Harun Din pulak tuh, subhanAllah. Bila emosi seseorang ni tak stabil, maka anasir-anasir luar ni senang la nak "menumpang". Siap di buatkan air biar dia ni kuat semangat. Usai solat mahgrib dan isyak berjemaah bersama adik dan shabat Safiyah kami makan sebentar. Pukul 9.30 nak kena kembalikan dia ke bilik sakit. Terima Kasih kepada Izah yang susah payah menjaga adik, tidur dengan adik.


DI UJI~

Malam itu aku pulang ke Kolej bergerak dari UiTM pukul 10.30 dan 45 minit kemudian sampai di station Petronas Jalan Semarak untuk mengisi minyak. Sepanjang perjalanan pulang aku bawak perlahan je, sebab tempreture naik. Maklumlah, kereta lama, tapi amat berjasa dan banyak kenangan tercipta bersamanya. Sebelum ni pon, kereta pernah "merajuk' sebab bateri. Dan kali ni masalah yang sama.

Selepas mengisi minyak, kereta tak nak hidup. Muka cool lagi , senyum kambing, semyum sumbing, Segala macam senyum ada. Last-last, confirm tak dapat nak dihidupkan. Syukur ada sahabat yang sudi datang untuk menolak kereta secara manual. Terima Kasih! :)

AYAH DATANG

Esoknya, ayah pula yang datang ke UiTM. Aku kesian betol dengan ayah. Terpaksa menggambil cuti, naik bus dari Tangkak nak ke UiTM. Ayah kata, dia pakai redah je, alhamdulillah sampai juga ke UiTM. Nasib baik ayah ada sahabat yang bekerja kat UiTM. Disitulah ayah menumpang tido untuk satu malam. Ibu kata kat adik, kalau ayah datang dia kena joint orientasi. Tapi, bila ayah depan mata, lagi la... Faham-faham lah sendiri..

Hari ini aku tercicir handphone entah di mana aku pon lupa. Tapi alhamdulillah ada seorang hamba Allah yang baik hati ambilkan untuk aku. Tapi aku masih belum lagi ketemu dengan orangnya. Mungkin esok. Bila adik call petang tadi, suata dia happy semacam, rupanya dah dalam bus dengan ayah balik ke Tangkak. Bertuah punya budak.


DIRAWAT

Rupanya adik di bawa berjumpa dengan ustaz UiTM,untuk sesi kaunseling dan rupanya memang betollah, ada yang menumpang. Bila di tekan bahunya dia rasa sakit sangat. Air yang dijampi terasa pahit sangat! Ustaz ni memang dah berpengalaman dengan bende-bende macam nih. Tiap tahun mesti akan ada case-case yang semacam ini.

Oleh itu, ayah pun membawa adik pulang. Owh adikku, ko memang otai giler, orang duk sibuk joint orientasi ko pulang ke rumah. Dia nih, kalau dah kata TAK NAK.. Memang tak akan la jawabnya.

Moga kau kuat dalam mengejar cita-citamu dik! Akak sentiasa mendukungmu!

akhir kalam.. wassalam~

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)