Fariha Saibani on Instagram!

19 April 2014

Kelahiran Putera Pertama

Salam..

Alhamdulillah rabu lepas 16 April 2014, 2.05pm, aku telah selamat melahirkan anak ke-2 kami di Hospital Islam Az-zahrah Bangi, putera pertama. Baru hari ni ada masa nak update blog :) 

Waktu hubby tinggalkan aku dengan Fatiyyah 11 hari ke Manila awal bulan haritu memang aku doa banyak-banyak kat Allah, supaya baby lahir hanya selepas hubby balik. Second week of the month aku dah start rasa sakit-sakit senggugut. 

Mintak-mintaklah jangan keluar dulu. 

Anak ke-2 aku bersalin dan berpantang sendiri je dekat Bangi, seminggu je ibu teman kat sini. kalau anak pertama balik kampung. Anak ke-2 dah ada pengalaman, confident sikit. :) 


Pengalaman Mengandung & Bersalin anak ke-2

Agak berbeza sikit, anak ke-2. Aku tak pasti disebabkan jantina atau disebabkan faktor anak ke-2. Kandungan kelihatan lebih kecil sedikit dan sepanjang mengandung langsung tak ada kaki bengkak sampai ke waktu kelahiran. Kalau waktu nak melakhirkan Fatiyyah air ketuban dah siap-siap pecah dulu, ada tanda, tapi yang ini memang tak ada keluar apa-apa tanda sama ada darah atau aie ketuban pecah. 15 April pergi check up Doktor dan check laluan, dah bukak 3cm.

Fuhhh.. tiba-tiba seriau rasa, haha. Nervous because you know what to expect next. 

Doktor suruh aku admit malamnya tapi aku minta untuk admit keesokkan harinya. Sebab malas nak lama-lama kat hospital. Lepas subuh terus pergi Az-zahrah. Bidan check laluan dan masih lagi 3cm. 

Mula masuk air dan lama-kelamaan contraction makin kuat.... Ada waktunya every 2 minutes, dan setiap kali contraction datang baju hubby jadi mangsa.. Sakit kali ni lebih sikit kalau nak dibandingkan dengan anak pertama. Nak cakap dia punya sakit sampai tetas jahitan baju hubby sebab aku tarik. Pedulik apa dah time tuuu. T_T. 


Dan time sakit tu memang tak sempat nak baca >>> 




Memang sebut Allah Allah je banyak kali. 8am ke 11.30am baru buka sampai ke 6cm. Setiap kali check laluan alhamdulillah pintu rahim berterusan buka. Tapi kali ni sakit memang semakin meningkat tahapnya aku rasa, tak tahannnn sangat dah rasa, aku panggil nurse minta ubat tahan sakit.


Tapi takdelah "sakit" tu boleh hilang terus pon.. Kurangla sikit, Tapi bila masuk labor room dia punya sakit subhanAllah...... Waktu Fatiyyah aku boleh  "cool" lagi, tapi yang ni, memang meraung sikitlaa.. uwaaa... mintak lagi ubat tahan sakit tapi tak boleh dah, takut nanti overdose. huhu. 

Nurse kata tunggu 10cm baru boleh teran, ni dah 8cm! Oh my Allah! Aku memang dah tak tahan sangat dah ni nak tunggu lagi 2cm?!!

Huh.... dan contraction yang sangat kuat! Aku cakap kat nurse 9cm dah boleh teran dahhh ni!! Saya dah tak tahan sangat dah niiiii. haha. Siap aku kata, dulu anak first 9cm dah keluar! Aku memang menjerit dalam keadaan suara tersekat-sekat. Memang dah tak pedulik dah time tu.. huuuu. 

Yang tak tahan bila contraction dengan sekali rasa nak teran, dengan sekali rasa nak terberak (sebab kepala baby tekan tempat najis) berlaku serentak.. Ya Allah... Tuhan sajalah yang tahu sakitnya.. 

Bila anak ke-2 ni pandai sikit teran baby, 3-4 kali je alhamdulillah selamatlah dia lahir ke dunia.. Bila baby lahir je terus letak dekat atas aku and I was like,... Exhausted... Almost 6hour of WAR I can say it as WAR, dan aku "pengsan" selepas itu, ditidurkan buatlah apa yang patut. 

Terima kasih ibu kerana melahirkan aku, terima kasih mak kerana melahirkan suamiku ;)

 It's a BOY!!

Waktu scan dan tahu yang baby adalah baby boy serious rasa nervous, dan aku terbayangkan budak-budak lelaki nutricity. hihi. Teringat Nuaym, Alif, and try to imagine having them as my children. Yelaa.. anak lelaki dengan perempuan kan beza ;D


2 jejaka pengarang jantung hari. Pelindung ummi 
& Fatiyyah :)


Tapi, semua sakit penat tu terasa hilang terus secara total bila lihat baby depan mata. Terima kasih hubby sebab teman setiap saat sehingga detik kelahiran.


Suami sentiasa di sisi

Untuk kelahiran kali ini alhamdulillah dari awal sehingga baby keluar semua hubby saksikan.. Bila aku tanya hubby, macam mana perasaan teman aku bersalin, hubby kata sedih dan kesian, berair mata bila cakap tuu..


shakes pon hubby buatkan. regain energy after deliver.huhu

Bukan setakat sakit bersalin tau, tak kire lagi kene cucuk sana, cucuk sini. Jahit sana, jahit sini. Dan itulah kekuatan aku kali ini, suami di sisi menemani. Rasanya antara moment best kot. Lepas deliver pergi toielt semua hubby teman, Sampaikan masuk dalam toilet, semua hubby buatlah. Bangun hubby angkat, yelah.. kepenatan kot.. Terima kasih hubby:) 





......Amin.....



*********************************************************************************


CONTACT US NOW!:)

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)