Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

18 December 2013

What I learn from my husband

Salam..

Alahmdulillah, masih di panjangkan umur dan jodoh. Antara nikmat dunia yang amat aku syukuri adalah mendapat seorang suami seperti Abdul Rasyiid mustafa. cewah. 

Everyday is a new day and new thing to learn and to get to know between each other. Kadang cerita-cerita zaman kecik kecik yang tersimpan dalam kotak fikiran paling dalam terkorek keluar.

Kadang memang ada perasaan, "tak faham betul lelaki ni" same thing goes "tak faham betul perempuan ni". haha.

Setiap pasangan maisng-masing adalah ujian yang sesuai dengan individu tersebut, bukan suami aku tidak ada kurangnya, tapi aku amat bersyukur tidak di uji dengan ujian seorang isteri harus "mendidik" suami.

Alhamdulillah hubby yang banyak mendidik aku.


Solat jemaah dan mengaji
Since latar belakang sekolah menengah hubby dari form1-5 di sekolah agama, membuatkan dia memang ada kefahaman dalam agama lebih daripada aku. Perkara yang aku selalu ambil enteng sebab tak tahu kepentingannya jadi banyak tahu bila kahwin dengan hubby.

Alhamdulillah boleh berimamkan suami sendiri. Boleh jadi imam insyaAllah boleh jadi ketua dalam keluarga.

Aku mengaji lancar tapi tajwid tunggang langgang.haha. So setiap kali baca Quran hubby akan check bacaan. Kadang dia tak nengok quran pon, dengar aku baca je pon dah tahu salah -_-'. Sebab dia ada hafaz banyak surah, alhamdulillah. Al-mathurat aku tak hafal, tapi hubby hafal. Sebab hubby kata budak Kisas kalau tak hafal mathurat tu macam mustahil. haha.

Kalau aku yang kononnya check bacaan hubby, sebab aku "tak puas hati" bacaan aku asyik kene di betulkan je, aku pon "cuba nak betulkan" bacaan hubby. Means, betul aku saja tegur salah. haha. Okey, hubby layannnkan jela isteri dia ni.... :)



Suka membaca
Budaya suka membaca ni memang aku belajar dari hubby. Membaca bukan jenis cuma suka membaca novel macam aku zaman dulu dulu. Tapi baca semua bende. Pegetahuan am ke hal berkaitan agama. 

Kalau baca buku yang "heavy" or "high level" macam tamadun atau 7habits of highly effective people, I really need him to explain sebab english dia pon memang high level sikit dari aku. 

So Fatiyyah yang baru 1 tahun 9bulan ni pon dah ada banyak buku untuk menggalakkan baca dari kecil lagi. 

Kalau dalam kereta nak pergi kemana mana memang sellu perbualan kami akan di isi dengan bahan bahan yang dia baca which aku kan suka kecoh dan kalau bende tu manrik aku akan share dengan customer atau downline. Tapi yang bacanya tu sebenarnya hubby, hehe. Aku masih belum nak berapa rajin membaca, tapi kemalasan aku dalam membaca tak effect hubby pon. cayalah. Yang ni aku sendiri pon salute. haha

 


Bersedekah
Aku bukanlah kedekut tapi, hubby lagi bermurah hati daripada aku. Banyak bersedekah walaupon dalam keadaan susah memang itu yang kami apply sekarang. Kalau tak memberi ketika susah, memang lagi susah nak memberi ketika senang.

Sedekah memang melapangkan jiwa, membersihkan dan membuka pintu rezeki. Membuatkan sikit berasa cukup, ada banyak jadi tak kedekut. 

Duit belum banyak sangat tahap kaya raya lagi, soon insyaAllah tapi hubby ajar supaya banyakkan sedekah. Bertawassul dengan amal sedekah yang kita buat semoga Allah bukakan jalan dalam kehidupan atau business kita. 

Bank account yang terbaik adalah bank account dengan Allah s.w.t sebab 1 kebaikkan Allah akan balas dengan 10 kebaikkan yang lain. Yakin dan bersangka baik dengan Allah swt.




Nasihat aku kepada yang belum berkahwin berdoalah mendapat pasangan yang membawa kebaikkan dunia dan akhirat kepada kita. 

Kepada yang sudah berkahwin, janganlah merungut lagi akan kelemahan yang dia ada kerani suami kurniaan Allah untuk kita membina jalan ke syurga, dan jalan ke syurga itu sungguh tidak mudah. Fokuskan kepada kelebihannya bukan kelemahannya. 

Besarkan imej dirinya sebagai suami di mata kita insyaAllah imej kita sebagai isteri terpahat dalam hatinya. 

Wallahua'lam. 


PRODUCT (LOSE/GAIN WEIGHT)
/BUSINESS OPPORTUNITY
email: sha_riha@yahoo.com
sms 0108945543

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)