Salam
Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua yang membaca blog saya, eceh macam ramai pulak yang nak baca blog aku kan?;p Dah shake? Siapa yang belum shakes cepat-cepatla have your own shakes sebab rugi tak minum shakes tau!
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana kami menjadi antara orang terpilih yang dapat hadir ke event yang sangat luar biasa Twins of Faith di PICC Putrajaya pada 30hb Dec. Program berjalan 2 hari tapi kami hanya dapat hadir pada hari kedua sahaja:)
Hubby fatiyyah and masskot:)
Seriously memang super best sebab yang bagi talk semuanya Sheikh dari luar negara dan aku nak share sikit kat sini ada satu slot yang sangat menyentuh hati oleh Sh. Tawfique Chowdhury dengan topik "A Day in Paradise".
semoga Fatiyyah menjadi serikandi Islam, ameen.
SYURGA
“AKU telah mempersiapkan bagi hambaKU apa yang belum pernah dilihat oleh mata, belum didengar oleh telinga dan tidak satu hati manusia yang dapat memahami /dirasakan”.(HR.Ibnu Majah, Ibnu Hibban)"
Mesti korang rasa, ala topik yang dah banyak kali dengar, kat sekolah, kat ceramah-ceramah agama ustaz-ustaz selalu cerita pasal syurga-syurga ni. Tapi sangat lain dan banyak lagi rupanya cerita pasal syurga yang aku tak tahu.
Kenapa kita diciptakan? Ya akhi, why God create you? Ask Sh Tawfiq to the audience.
And most common answer that people will give is "we being create to be khalifah in this earth, to do ibadah".
Betul. Tapi sangat tersentap bila Sh Tawfiq jawab, Allah ciptakan kita untuk masukkan kita dalam syurga! Manusia dicipta untuk syurga! Dan Allah mencipta syurga untuk mahluknya dengan "tangannya" sendiri.
Allah did not create us to punish us or send to hell, but Allah create us to send us to Jannah. Ya Salam.
Semua ahli syurga berada di usia 33tahun, tidak akan tua sampai bila-bila. Nice age. Dan bila nak masuk syurga kita akan jadi tinggi 60kaki, lebar 7kaki, membesar jadi seperti Nabi Adam a.s. Dan di setiap pintu syurga ada nama kita, di antara pintu syurga jarakknya 500tahun perjalanan. Bau wangi syurga sejauh 500tahun.
Dan bila masuk ke syurga, tiba-tiba ada satu cahaya yang sangat terang sehingga mata kita silau. Kemudian kita bertanya kepada anak-anak kecil di dalam syurga kemudian mereka hanya tersenyum dan berpaling. Malaikat pon menjawab, itu isterimu di syurga!
Part kat sini dah start jealous. Jealous dengan bidadari syurga dapat suami aku. Tapi rupanya Bidadari tercantik adalah isterimu di dunia dan merupakan Ketua bidadari!
Kecantikkan bidadari di gambarkan kalau tidak kerana Allah mengharamkan kita mati di syurga, we would die because of the beautiful of wife in paradise.
Kat syurga kita boleh nak ada anak seramai yang kita mahu, dan tempoh mengandung hanya 1jam sahaja! Bukan 9bulan macam kat dunia ni, dan yang bestnya kita boleh minta nak anak tu umur berapa dan freeze kan umur budak tu, contoh suka nak budak 9 bulan, so dia akan stay dengan umur 9 bulan sahaja!
Sometimes we love while they are at certain age but we can't stop them from keep growing!:) In heaven we can have it.
Yang paling seronok bila tiba hari Jumaat, angin akan bertiup sepoi-sepoi bahasa, dan berguguran menandakan hari jumaat. Dan kita akan naik kuda terbang ke satu tempat dimana semua level dalam syurga berkumpul untuk berjumpa! MasyaAlah disinilah kita akan berjumpa dengan Nabi. Sh Tawfiq cerita kita boleh berjumpa dengan Salahuddi Alayubi, " hey how are you, I've read about you about constantinaple". Haha, serious lawak.
Dan sampai satu saat malaikat berbisik dengan kita bahawa Allah s.w.t mahu berjumpa dengan hambaNYA. dan selama 1jam kita akan ada one to one session dengan Allah dan disitulah kita boleh melihat wajah Allah, masyaAllah. dan kita boleh berbicara apa sahaja yang kita mahu dengan Allah. T_T.
Setelah hampir habis hari jumaat, kita akan pergi kepasar besar, pasar dimana ada semua barang kat dunia ni, dan boleh didapatkan di syurga! Sh Tawfiq selalu mendidik anaknya jika nak beli mainan supaya menyedekahkan duit tu dan Allah akan gantikan di syurga kelak.
Ask Allah for Jannah, and Jannah will ask Allah for us to enter.
Pray for Jannah, keep reminding ourself about Jannah, that is how we develop our ikhlas.
Semoga dapat membentu keluarga ahli syurga.
Cinta sampai syurga.
Sekian.
No comments:
Post a Comment