Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

12 May 2009

Wanita begini..

WANITA

"Wanita hiasan dunia.. Seindah hiasan adalah wanita solehah".. Itulah antara bait-bait lagi y ang memartabatkan kaum wanita. Bukan ini sahaja, malahan lambakan lagi lagu yang memuja-muja wanita.. Tapi disini, bukan itu yang mahu aku bicarakan. Sekadar sedikit perkongsian.

Selalukan, kalau kita lihat ibu-ibu kita,mak-mak ke. Ah,samalah tue. Kalau ayah balik lambat, kat rumah mesti dah macam cacing kepanasan. Buktinya, ibu aku, bila ayah balik lambat niaga je mulalah dia suruh aku telefon lah, bukakkan pintu gate awal-awal. Jengguk-jengguk kat tingkap. Adeih~ Ini fitrah wanita, fitrah seorang isteri yang memang dan pasti akan selalu bimbangkan suaminya. Fitrah insani bernama wanita.

Dalam surah Al-Quraisy ayat 4 Allah berfirman:
"Yang telah memberikan makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan"

"Ketakutan" sinonim dengan wanita. Tapi, bukanlah bermaksud wanita ini penakut. Cumanya "takot" bertempat menepati fitrahnya. Ada faham? Pening? Okeyh.. Macam ini.. Wanita ini lazimnya takut kepada 3 perkara, bukan benda. Beza tau,cuba eja. (loyar buruk pulok aku ni.hee. gurau je).


FITRAH

Pertama --> Wanita takut di abaikan.
Kedua --> Wanita takut di tinggalkan.
Ketiga --> Wanita takut dikurangkan "hak"nya.


Lepas tuh, lagi satu perkara ialah yang memang sinonim dengan wanita adalah "bimbang".

Pertama --> Wanita akan bimbang kepada sesuatu yang tiada kepastian.
Kedua --> Wanita akan bimbang kepada perkara yang tiada jaminan.


Ini memang lumrah kejadian wanita di ciptakan yang akan melengkapi lelaki. Wanita pengurus kepada lelaki yang merupakan pemimpin.
Bilamana kita tahu manusia ini fitrahnya bagaimana, maka akan memudahkan gerak kerja dan memahami tingkah laku menjadi mudah. Oleh itu, cubalah untuk sama-sama memahami manusia ciptaan Allah s.w.t ini yang di dalamnya sendiri terdapat tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Sang Pencipta.

wallahualam~

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)