Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

20 November 2008

Kembara Bersama Teman

DESTINASI CAMERAN HIGHLAND:

Sebelum cuti sem kawan-kawan serumah bercadang, konon-kononya nak pegi bercuti, masing-masing pun mencadangkan banyak tempat. Nak pegi mana ni? Sabah jom.. Tak jadi, bajet mahal sangat. Pulau Pangkor jom! Ade pulak yang mabok.

Haa..jom kita pegi Cameron Highland. Semua setuju sebab bajet tak la mahal sangat. Tapi bila cuti macam senyap je.

Lastly alhamdulillah, berjaya juga, dan tempat penginapan di sponsor
oleh mak cik kepada kawan aku.


SAUJANA MATA MEMANDANG:
ladang teh



dari kiri:aku,hazel,nurul,zaty and lina

Inilah pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke Cameron Highland bersama teman-teman serumah. Saujana mata memandang akan kehijauan ladang teh yang meluas terus mencetus fikir yang membawa zikir. Masakan tidak, hari-hari yang selalu aku lalui mata ini hanya menjamah lalu-lalang kereta dan hiruk pikuk kota tapi disini kedamaian menyapa jiwa. Kami diberitahu pekerja ladang teh bukannya orang tempatan, tetapi pekerja yang diimport dari luar negara. Melihat curam-curam bukit pasti orang yang mahir saja yang bisa melalui. Kalau aku,boleh terpeliot kaki di buatnya. Kami ambil pakej berjalan setengah hari yang memakan coz sebanyak RM 25 sahaja tunai (hutang tak diterima). Membawa kami ke 5 destinasi menarik di Cameron Highland iaitu Ladang Teh, Ladang stawberi, Taman rama-rama, Taman Bunga rose dan Taman lebah.


BOH Factory:


Destinasi seterusnya kami di bawa ke tempat pemprosesan teh. Sangat teruja melihat cara-cara pemprosesannya. Khasiat teh sudah di ketahui sejak turun-temurun lagi antaranya penggamal minum teh akan awet muda dan yang amat penting amalan meminum teh dapat mencegah cancer..! Jom BOH..
.

kilang pemprosesan teh.

Stawberi Farm:
Selepas puas melihat kilanh teh tu dan juga berkesempatan membeli Teh Stawberi yang hanya di jual di Cameron Highland kami terus di bawa ke destinasi seterusnya iaitu tempat penanamman stawberi..!! Di tmpat yang sama ade juga menjual product-product makanan dan cederamata semuanya berasas dan berimagekan stawberi sokmo. Rambang mata tapi pada masa yang sama, jimatkan duit..hehe.


tempat penanaman stawberi


menikmati stawberi..yummmm

Tempat seterusnya kami berkunjung ke tempat penanaman rose. Tempat ni biasa-biasa je pon, taklah canggih mana. Tapi yang bestnya bila memanjat bukit yang tinggi dan melihat pemandangan dari puncak, SubhanAllah, Maha Suci Allah yang menghamparkan gunung ganang yang menghijau mententeramkan jiwa yang gundah. Kawasan penanam rose ini dipenuhi dengan segala macam bunga-bungaan, kepada pemggemar dan peminat fanatik bunga pasti akan berasa teruja apabila melihatkan taman bunga ini. Tapi aku taklah suka sangat bunga, biasa-biasa saja tapi suka melihat tak suka menanam. Leceh rasanya, tapi siapa tahu sekali akan ku buka ladang bunga??


pemandangan dari atas bukit


kat belakang ada hantu!!!

Destinasi terakhir adalah Bee Farm. Tapi aku tak bape suka sangat pon tempat tu, dan pada aku tak menarik bila dilihat dari sudut pandangan mata kasar. Oleh kerana itu, aku tak amik gambar pon kat situ lagi pun seorang rakan aku ni tak sehat, so rasa tak patot la aku gembira tapi dia berduka... Pergi ke semua destinasi akhirnya tamat pada pukol 1.30 dan kami pulangke tempat penginapan menggumpul tenaga untuk berjalan pada petang hari pula..! =)


Stawberi oh stawberi:
Petangnya selepas asar kamu pergi ke tempat penanaman stawberi berdekatan dengan tempat penginapan. Dan disana.........



mengimbau zaman kanak-kanak


merah menyala oh stawberi ku..!!yumm..

Di puncak pusat tanaman ada di sediakan satu stall menjual pelbagai jenis cenderamata dan makanan. Aku membeli stawbwri milk shake.. Sedap tak terkata. Alhamdulillah. Pabila tiba senja kami berkesempatan untuk pergi ke pasar malam. Pengalaman menarik, ada menjual cili goreng dan yang terkejutnya cili langsung tidak pedas...! Rakan-rakan yang lain sibuk membeli bunga-bunga tapi aku membeli makanan untuk memenuhi tuntutan perut yang kelaparan. Sehari berjalan benar-benar buat ku keletihan tapi jauh berjalan indah pemandangan banyak pengalaman..

Hari ketiga kami merupakan hari terakhir berada di Cameron Highland. Nak citer la kalau kat sini aku takkan minum air teh panas nak yang berais saja, tapi kat sana jadi terbalik. Untuk keberapa kali seumur hidup boleh dikira, aku dan rakan-rakan
yang lain order minuman panas..huhu. Awal pagi kami bangun untuk bersarapan di kedai berhamppiran, biasalah menu pagi, roti canai mari...


roti canai dekat di hati=p

Selepas menghabiskan sarapan kami juga meneruskan agenda seterusnya iaitu pengembaraan dari Brinchang ke Tanah Rata lebih kurang dari kolej ke matin. Bayagkan jalan kaki dengan aku yang pakai baju kurung, tapi saujana mata memandang keindahan di pagi hari, walaupun matahari sudah memancar tapi masih lagi sejuk!! Itu yang seronok tu.. Jalan banyak mana pun tak berpeluh.Sampai ke tanah rata kira-kira pukol 11 lebih. Tapi selepas tu kami pergi ke taman permainan.Untuk ape? Ape lagi, posing tangkap gambar sakan. Kemudian hampir pukol satu kami kembali semula ke Hotel dengan menaiki teksi, kos tambang RM 8 je.

Kemudian kami bersiap-siap untuk pulang kerana tiket bus yang kami beli tu pukol 3 ptg. Suasana jadi sayu pula, dah best jalan pastu fikir tak nak balik, banyak cantik.hehe.
Kembara 3 hari 2 malam ke Cameron Highland semacam memberi nafas baru dalam persahabatan kami, semacam ukhwah tu semakin erat di rasa, InsyaAllah. Kalau ada rezeki kami ingin lagi menggembara bersama, InsyaAllah kalau ongkosnya cukup.. Semoga percutian ini membawa suatu yang bermakna, bukan sekadar suka-suka tapi untuk meneroka kejadian alam ciptaan Tuhan Yang Maha Agong dengan bersyukur akan nikmatnya dan menginsafi diri.


sayonara~

Jumpa Lagi. Selamat tinggal~~

wallahualam..

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)