Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

20 November 2008

Nak anak --> Didik Anak

NAK ANAK:



Tidak lah melampau kiranya aku menyatakan keinginan untuk memperoleh anak, maklumlah fitrah semula jadi wanita. Kalau aku nengok budak-budak kecil dalam lingkungan umur 1 hari sampai 6 tahun (time ni masih comel-comel lagi) rasa geram sangat- sangat melihat keletah diorang. Rasa nak cubit-cubit je pipi diorang tu (bukan mendera). Kalau tension-tension buat assignment, time terfikir kalaulah dapat dukung baby time ni sure tension hilang. Sebabnya? Sebab kulihat anak kecil itu masih suci lagi dari noda dosa, ibarat kain putih, terpulanglah pada kedua ibu bapanya untuk mencorakkan anak kecil itu.

Aku punya anak buah kembar, Nabila dan Nadia. Sangat "brutal" dan tak reti nak duduk diam. Ada saja yang nak di buatnya. Raya haritu aku berkunjung ke rumah mereka dan dapatlah melepas rindu walau sekejap cume. Ni lah anak buah kesayangan aku. Ada berangan gak kalau boleh nak anak kembar, tapi rezeki Allah yang bagi (hehe). Standart la tu kalau fikir pasal anak, cumanya aku masih belom mampu untuk mempunnyai anak. Maklumlah..... Allah masih belom mengizinkan..(^_^)





(Yang ini si kakakNabila)



(yang ini kakak juga sebab adik da tido.hee. tapi muka diorang sama je)



MACAM MANA AKU NAK MENDIDIK ANAK KELAK:

Ketika Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan kota Constantinaple, maka mereka memilih imam untuk mengimamkan solat Jumaat pertama mereka.

Beliau berkata kepada tentera-tenteranya, "siapa yang tidak melakukan sila duduk."

Soalannya, siapa yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu selepas baligh? Semua orang berdiri.

Kemudian, "Siapa yang tidak pernah meningalkan solat sunat rawwatib? Hanya beberapa orang yang duduk."

Soalan terakhir, "siapa yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud selepas dia baligh? Maka semua yang berada di situ duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh. Maka beliaulah yang selayaknya untuk menjadi imam.



(Sultan Muhammad Al-Fateh)

Pasti semua mahu untuk memiliki anak yang soleh dan solehah. Tapi persoalannya bagaimanakah kita? Kita sendiri hendaklah membentuk ahlak dan keperibadian yang mulia agardapat mendidik anak kelak untuk menjadi role model yang terbaik kepada anak kita nanti. Aku mahukan anak yang sedari baligh tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunnat rawwatib dan solat tahajjud. Tapi aku sendiri tidak pernah melakukannya? Oleh yang demikian, sebagai bakal "ibu dan bapa" sahabat-sahabat di luar sana pembentukkan sahsiah yang terpuji dan melahirkan keluarga baitul muslim adalah bermula dari diri kita sendiri.

Aku mengimpikan andai aku punnya anak suatu hari nanti, sedari sebelum lahirnya lagi ketika ia masih dalam kandungan akan ku perdengarkan dengan kalimah-kalimah tauhid dan bacaan ayat-ayat suci al quran kerana bayi juga boleh mendengar. Lahirnya nanti sudah pasti aku akan di azankan oleh suamiku (i believe his somewhere out there). Sejak dia di lahirkan lagi aku tiap kali dia tidur, makan, menyalin pakaian, akan aku bacakan sekali doa bagi pihaknya agar dia terbiasa sedari kecil lagi. Ketika aku mahu solat, aku mahu mendukungnya dalam solatku supaya dia terbiasa untuk solat sejak dari kecil lagi. Mandinya beradap agar dia tahu Allah itu Maha Melihat dan rasa malu pada diri sendiri. Ku ajar asma ul husna bila dia sudah mula pandai untuk berbicara. Dan akan aku perkenalkan huruf-huruf Al-Quran sebagai yang bertama dia pelajari.

Aku ingin mengajarnya untuk menggenal siapa Tuhannya. Mengajarnya menggenal Islam dan mewujudkan bi'ah solehah dalam baitul muslim ku nanti. Aku mahu dia fasih dalam berbahasa arab dan belajar bahasa-bahasa yang lain. Aku mahu mendegar petah bicaranya dan pandangannya walau dia masih kecil sebab kalau kita nak anak kita dengar cakap kita, kita kena belajar untuk mendengar cakap mereka. Aku juga mahu mewujudkan suasana sentiasa berteman dengan ayat-ayat cinta Allah (Al-Quran) dan menggalakkan mereka menghafaz. Usrah di biasakan sedari kecil lagi, tapi yang ini usrah keluarga.

Semoga baitul da'wah akan terbina dalam keluarga, aku tidak mahu menjadi ibu bapa yang sibuk mentarbiahkan orang lain tapi anak-anak keciciran. Kerana keluargalah institusi permulaan. Dan dengan baitul da'wah ini aku harap dapat membantu suami sebagai sayap kiri dalam perjuagan dengan mendidik anak-anak. Sudah pasti impianku untuk menghantarnya ke sekolah-sekolah agama agar dia dapat lebih mendalami Islam, Tapi aku mahu mendidik agar dia memahami dengan hati bukan saja dengan aqal fikiran. Dan anak ini akanku waqafkan pada jalan da'wah dan menjadi pejuang yang menegakkan agama Islam tapi sebelum itu dia hendaklah menegakkan Islam itu sendiri di dalam dirinya, maka akan tertegak di buminya. InsyaALLAH..

ameen ameen ya rabbal a'lameen..

wallahualam.

19 November 2008

"I" besar vs "i" kecil



"I" besar:


Lazimnya kata nama khas, nama tempat, nama orang jatuh dalam kategori kata nama Khas. Oleh yang demikian (skema sikit) huruf di hadapannya hendaklah di tulis dengan huruf besar. Betol tak murid-murid?? (eh..lupa,ni bukan kat kelas..hee). Jadi, agama Islam merupakan kata nama khas, oleh sebab itu di dalam I/C kita di tulis "Islam" yang "I" di hadapan hendaklah berhuruf besar. Kalau dalam exam kene potong markah kalau tulis huruf kecil. Jadi, ummat Islam kini boleh dikatakan hannya Islam pada "kata nama" sahaja.

Benar, dia Islam, namanya Hidayah Bin Abdul (bukan nama sebenar, hanya contoh).

Benar, dia Islam, mendapat A1 dalam exam dan tahu semua hukum.

Tapi malangnya, Islam itu hanya pada nama. Hanya tahu, tapi tidak mahu melakukan dalam kehidupan. Faham dengan aqal, tapi tidak mahu faham dengan hati. Tahu menghampiri zina itu di larang, tahu arak itu haram, tahu riba' itu tidak dibenarkan sama sekali akan tetapi tidak difahami dengan hati. Kerana hati adalah raja, Rasulullah s.a.w bersabda;


"ketahuilah bahawa dalam badan ada seketul daging,
apa bila ia baik, baiklah seluruhnya. Dan apabila rosak, maka rosaklah sekaliannya. Ketauilah! Itulah hati"

Oleh yang demikian janganlah kita Islam yang hanya pada nama....!


"i" kecil:




Perkataan yang berupa perbuatan hanya di tulis dengan huruf kecil sahaja. Contohnya, makan, minum, mandi, bermain dll. Ditulis dengan huruf kecil di hadapan, kerana ia merupakan kata kerja. Oleh yang demikian, kita hendaklah menjadi seorang muslim yang mukmeen dan seterusnya muslim yang mutaqeen. Menjadi seorang muslim yang bukan hanya pada nama tapi pada perbuatan dan setiap tingkah laku. Di ambil islam itu seluruhnya seperyi mana yang sudah di firmankan di dalam Al-Quran;


" Wahai orang-orang yang beriman! Masuk lah ke dalam
Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah
syaitan. Sungguh ia nyata bagi kamu."
(2:208)


Jelaslah bahawa, yang di mahukan adalah Islam yang hanya bukan pada nama tapi pada perbuatan, kerja, cara hidup. Kerana Islam itu Ad-deen iaitu cara hidup yang syumul (sempurna). Dan hanya agama Islam sahaja agama yang di redhai di sisi Allah s.w.t.

Oleh yang demikian, marilah kita menyeru kepada kerajaan supaya "Islam" ditukar kepada "islam" dalam I/C kerana kita islam yang bukan hanya pada nama (tak lawak)...

wallahualam..

aku yang dulu VS aku yang sekarang

DAHULU, 18 TAHUN YANG DULU:

Lahirku sebagai seorang Islam yang di warisi dari keturunan ayah dan ibuku. Membesar dengan suasana Islam, tapi hanya sekadar Islam pada nama, mungkin. Tidak tahu apa itu da'wah, tidak kenal siapa da'ie, tidak tahu fungsi diri. Aku mula hanyut tika melangkah ke alam kolej, 3 bulan berada pada zaman kegelapan dan nafsu yang menyongsong diri. Hanyut dengan insan yang bernama lelaki, hilang batasan yang selama ini dijaga rapi (masih dalam kawalan). Mungkin kukira aku terlalu suci dan sombong dengan kesucian diri lalu Allah s.w.t mengguji agar terhapus riak dalam hati dengan jalan sebegini.

Aku redha ketentuan illahi.

Dalam dilema mencari identiti diri, aku mahu menjadi muslimah sejati, wanita solehah idaman suami mithali. Kerana wanita ini hiasan dunia dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Noda-noda hitam sudah mula melingkari hati dan jiwa. Dalam kemaksiatan masih lagi aku punya harapan pada Allah moga di tunjukkan aku jalan keluar dan kekuatan.

Ini bukan diri ku.

Akibat bila kita lupa Tuhan maka balasan aku terima. Terputus hubungan dengan si dia membuat aku nanar dan frust gila-gila. Tak pernah sayang kat orang macam aku sayang kat dia. Bila kita sandarkan sesuatu pada manusia,ia tidak akan kekal lama, tapi kalau kita sandarkan harapan pada yang Esa kita tidak akan kecewa. Namun, dalam pedih dan duka betapa aku bersyukur kerana Allah mahu selamatkan aku dari noda dosa yang nista terpalit dalam diari kehidupan. Dan benarlah dalam firmanya:


"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu
padahal itu amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
pahal ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui."
(2:216)


JANJI ALLAH ITU BENAR:

Aku memikirkan diriku yang tidak keruan tanpa tuju haluan, umpama kapal yang kehilangan layar, begitulah aku di ibaratkan. Takut ku pada janji Allah andai aku wanita jahat maka lelaki jahat yang selayaknya untuk aku. Jiwa aku meronta-ronta untuk mendapat ma'rifatullah tapi aku tidak tahu jalannya bagaimana. Dan Allah itu Maha Pengasih dia tidak biarkan hambaNYA yang meminta bantuan terkapai-kapai begitu sahaja maka di temukan aku dengan sahabat-sahabat yang bercita-cita menjadi syuhada'. Betapa aku bersyukur di kurniakan teman seperti mereka. Kini aku melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang mampu menjadi penyuluh. Teringat kata-kata Naqibah Roha, 'kalau kita nak dapat suami yang baik,kite kena baikkan diri kita dahulu.' Cita-cita untuk menjadi muslimah kerana aku yakin dengan janji Allah s.w.t bahawa:

" perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji
untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik
untuk laki-laki yang baik, danlaki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan
yang baik (pula) Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh

ampunan dan rezki yang mulia (syurga)."
(24:26)


Alhamdulillah yang tak terucap olehku. Diberikannya aku petunjuk dan dituntun menuju kepada jalan yang diredhainya membuat aku teringat pada sepotonh hadith:

"siapa yang diinginkan Allah ke atasnya kebaikkan, maka di
faqehkan(kefahaman) dia dalam perkara agama"
(Bukhari dan Muslim)


Dahulu hidup yang mungkin hanya macam robot bangun tido, mandi, makan, pergi kuliah, penat lastly tido semula. Seolah tidak ada apa untuk diperjuangkan. Hidup aku terasa kosong tapi hati aku sering kali tercari-cari suatu yang mungkin tika itu hijap di hati masih belom terbuka. Aku seperti berada dalam keadaan jahiliyah.

"manusia itu logam. Barangsiapa yang terpilih semasa jahiliyah, dia juga
akan terpilih semasa Islam. Sekiranya dia Faham"
(HR: Abu Hurairah)

AKU KINI...

Aku belajar untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang tahu untuk mensyukuri nikmatNYA. Aku belajar menjadi hamba yang hanya menggantungkan setipa harapan hanya kepadaNYA. Aku cuba untuk menggeluarkan dunia dari hatiku. Aku mahu menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNYA. Aku mahu tautkan sepenuhNYA cintaku pada ILLAHI.

Menjadi hambaNYA ynag bersederhana dalam apa jua yang di lakukan. Yang ku ceritakan ini bukanlah untuk membuka pekong di dada, tapi untuk berkongsi sedikit cebisan kisah silam yang boleh di jadikan pengajaran. Kerana Islam sendiri tidak menyembunyikan zaman kejatuhannya dari sejarah, ku harap begitu juga aku. Terpulang lah kepada kamu untuk menilai aku, melalui kisah silamku atau mungkin mahu menghukum akan kesalahan laluku.

Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat~

wallahualam.

UKHWAH (^_^)

DEFINASI KU:

Teringat kata-kata seorang sahabat "sekecil-kecil ukhwah adalah bersangka baik dan sebesar-besar ukhwah adalah melebihkan sahabatnya daripada dirinya sendiri".

Mampukah aku menggarap ukhwah terbesar itu?

Seringkali ku tanyatakan pada diri, bisakah kau melebihkan sahabat dikala dia memerlukan. Mampukah kau menumpangkan bahumu kala dia memerlukan untuk menangis pilu? Sudikah kau mendegar cerita hatinya dikala dia amat memerlukan? Atau kau sekadar mahu..... Hanya saat gembira menyongsong hati?


DI KALA IKATAN ITU DI UJI:

Suatu ketika ia pasti berlaku bilamana ukhwah itu akan teruji. Kata Kak Ainun "riha, kalau nak tahu sekuat mana ukhwah kita bilamana ia teruji sama ada selepas itu akan bertambah baik atau sebaliknya." Mungkin pandangan tiap insan itu berbeza dan kulihat ukhwah yang di ikat dengan tali Allah s.w.t itu mampu bertahan. Hati ini hati pejuang, satukanlah hati-hati para pejuang. Tautkan hati kami, doaku pada illahi

" Ya Allah Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMU, bertemu untuk mematuhi perintahMU,
bersatu memikul beban dakwahMU,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA (yang benar),
penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbnai MU yang tidak kunjung malap,
lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawwakal kepadaMU,
hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMU,
jika Engkau mentaqdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada
dalam perjuagan agamaMU,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.

ALLAHUMMA AMEN.


SAYU:

Benar, sayu tatkala kita hayati akan DOA RABITAH ini. Doa penyambung hati, ikatan hannya pada ILLAHI. Dikala ukhwah terasa berat teruji, ikatan hablu minannas maka kembali la pada hablu minaALLAH. Mungkin ada yang tidak beres antara kita dengan Pencipta maka di uji sedemikian rupa agar kembali merayu dan memohon, meminta padaNYA. Mungkin, Allah rindu untuk mendengar rintihan dari hambaNYA.


TERINGAT KU PADA SEORANG SAHABIAH INI:

Rindu? Mungkin juga, dahulu aku punya seorang teman yang membantu aku untuk bangun menggenal Tuhan. Yang bisa aku berbicara meluah kan perasaan yang mungkin insan lain tidakkan bisa untuk menggerti bicara hati. Dikala hati membeku tapi mata mahu menggalirkan butiran mutiara barangkali, acapkali aku datang kepadanya dan bisa runtuh empangan yang dijaga. Namun takdir menentukan i katan ini di uji Maha hebat kemesraan itu hilang...

Hilang dan aku juga seperti hilang punca, rindu untuk aku berbicara soal hati dengannya, rindu untuk aku berbocara akan perjuangan yang kami impikan bersama. Namun dia memilih jaalannya sendiri, aku redha ketentuan Illahi yang Maha Mmengetahui. Betol, Bersangka baik adalah jalan yang yang di Redha Illahi. Semoga dia berbahagia dengan perjuangannya kini walau bukan berada pada jalan yang berbeza tapi matlamat sama. Aku bersyukur kerana dia masih ade sesuatu untuk diperjuangan. Harap bila tiba suatu ketika dpaat aku berbicara dengannya seperti dulu. Aku rindu dia yang dulu......


sahabat-sahabtku,

harapanku pada kalian tinggi menjulang,

kerna kurasa rebah bila keseorangan,

mana mungkin aku bisa seorang diri,

sahabat,

terima kasih kerana kalian sudi membimbing ku dan memberikan peluang kedua,

acapkali kau melakukan kesalahan,

Alhamdulillah,segala puji hanya pada ALLAh.

ameen.



Entah Kali-keberapa??

BENAR, ENTAH KALI KEBERAPA?:

Hati meronta-ronta untuk turut mengikut jejak langkah sahabat-sahabat ku yang melakar pemikiran di dalam ruagan tanpa batasan ini. Nak ikutkan ini merupakan blog ku yang ke-tiga. MasyaALLAH baru kini di izinkan Tuhan. Aku terlalu mementingkan kesempurnan mahu punya blog secantik sahabat yang lain, tapi tidak tahu caranya oleh yang demikian tiap kali aku punya keinginan, aku buat kemudian aku give up sebab tak seperti yang aku mahukan.

Tapi kali ini takkan kubiarkan hasratku terkubur dek diri sendiri yang menjadi penghalang. Alhamdulillah dengan izin Illahi dapat juga aku "post my thought" untuk berkongsi pandangan dan pemikiran moga membawa kepada fikir dan zikir kepada Ya Khaliq Sang Pencipta. Teringat kata-kata seorang sahabat "kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua" itulah yang menjadi inspirasi ku dan dengan bantuan sahabat yang arif mengenai serta tunjuk ajarnya dapat jua ku menzahirkan apa yang aku impikan.

AHLAN-WASAHLAN:

Salam perkenalan ku ucapkan kepada sahabat-sahabat blogger ku. Mungkin takkan kita pernah bersua muka, tapi cukuplah andai coretan bisa menjadi penghubung dan membina ukhwah. Kerana dari penulisan dapat juga kita mengenali fikrah nya. Kerana NUKILAN HATI TERJEMAHAN DIRI..

Di harap sokongan dan tunjuk ajar terhadap diri serta kritikan membina amatlah dialu-alukan. Kerana, dengan teguran di harap dapat ku bina jati diri yang lebih berkualiti, yang ampuh untuk meredah arus dunia global yang mengganas dan tidak menggira mangsa.

HARAPAN KU:

harapanku pada dunia,

agar aku bisa bernafas dalam tenang,

harapanku pada sahabat,

moga dapat menjadi tompang kehidupan,

harapanku pada teman,

agar sentiasa berada dikala aku memerlukan,

harapanku pada kawan,

agar dapat kuhulur salam persahabatan,

harapanku pada TUHAN,

agar dapat ku kucup rindu,

agar bisa ku genggeam rindu,

kurasa walau secebis relung CINTA,

ynag hakiki cuma padaMU ILLAHI,

harapanku di ruagan ini,

agar dapat membimbing diri,

menuju redha Illahi...



yang merindui cinta Illahi:
fariha shahida

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)