Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

19 November 2008

aku yang dulu VS aku yang sekarang

DAHULU, 18 TAHUN YANG DULU:

Lahirku sebagai seorang Islam yang di warisi dari keturunan ayah dan ibuku. Membesar dengan suasana Islam, tapi hanya sekadar Islam pada nama, mungkin. Tidak tahu apa itu da'wah, tidak kenal siapa da'ie, tidak tahu fungsi diri. Aku mula hanyut tika melangkah ke alam kolej, 3 bulan berada pada zaman kegelapan dan nafsu yang menyongsong diri. Hanyut dengan insan yang bernama lelaki, hilang batasan yang selama ini dijaga rapi (masih dalam kawalan). Mungkin kukira aku terlalu suci dan sombong dengan kesucian diri lalu Allah s.w.t mengguji agar terhapus riak dalam hati dengan jalan sebegini.

Aku redha ketentuan illahi.

Dalam dilema mencari identiti diri, aku mahu menjadi muslimah sejati, wanita solehah idaman suami mithali. Kerana wanita ini hiasan dunia dan sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Noda-noda hitam sudah mula melingkari hati dan jiwa. Dalam kemaksiatan masih lagi aku punya harapan pada Allah moga di tunjukkan aku jalan keluar dan kekuatan.

Ini bukan diri ku.

Akibat bila kita lupa Tuhan maka balasan aku terima. Terputus hubungan dengan si dia membuat aku nanar dan frust gila-gila. Tak pernah sayang kat orang macam aku sayang kat dia. Bila kita sandarkan sesuatu pada manusia,ia tidak akan kekal lama, tapi kalau kita sandarkan harapan pada yang Esa kita tidak akan kecewa. Namun, dalam pedih dan duka betapa aku bersyukur kerana Allah mahu selamatkan aku dari noda dosa yang nista terpalit dalam diari kehidupan. Dan benarlah dalam firmanya:


"boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu
padahal itu amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
pahal ia tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu
tidak mengetahui."
(2:216)


JANJI ALLAH ITU BENAR:

Aku memikirkan diriku yang tidak keruan tanpa tuju haluan, umpama kapal yang kehilangan layar, begitulah aku di ibaratkan. Takut ku pada janji Allah andai aku wanita jahat maka lelaki jahat yang selayaknya untuk aku. Jiwa aku meronta-ronta untuk mendapat ma'rifatullah tapi aku tidak tahu jalannya bagaimana. Dan Allah itu Maha Pengasih dia tidak biarkan hambaNYA yang meminta bantuan terkapai-kapai begitu sahaja maka di temukan aku dengan sahabat-sahabat yang bercita-cita menjadi syuhada'. Betapa aku bersyukur di kurniakan teman seperti mereka. Kini aku melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang mampu menjadi penyuluh. Teringat kata-kata Naqibah Roha, 'kalau kita nak dapat suami yang baik,kite kena baikkan diri kita dahulu.' Cita-cita untuk menjadi muslimah kerana aku yakin dengan janji Allah s.w.t bahawa:

" perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji
untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik
untuk laki-laki yang baik, danlaki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan
yang baik (pula) Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang.Mereka memperoleh

ampunan dan rezki yang mulia (syurga)."
(24:26)


Alhamdulillah yang tak terucap olehku. Diberikannya aku petunjuk dan dituntun menuju kepada jalan yang diredhainya membuat aku teringat pada sepotonh hadith:

"siapa yang diinginkan Allah ke atasnya kebaikkan, maka di
faqehkan(kefahaman) dia dalam perkara agama"
(Bukhari dan Muslim)


Dahulu hidup yang mungkin hanya macam robot bangun tido, mandi, makan, pergi kuliah, penat lastly tido semula. Seolah tidak ada apa untuk diperjuangkan. Hidup aku terasa kosong tapi hati aku sering kali tercari-cari suatu yang mungkin tika itu hijap di hati masih belom terbuka. Aku seperti berada dalam keadaan jahiliyah.

"manusia itu logam. Barangsiapa yang terpilih semasa jahiliyah, dia juga
akan terpilih semasa Islam. Sekiranya dia Faham"
(HR: Abu Hurairah)

AKU KINI...

Aku belajar untuk menjadi hamba Allah s.w.t yang tahu untuk mensyukuri nikmatNYA. Aku belajar menjadi hamba yang hanya menggantungkan setipa harapan hanya kepadaNYA. Aku cuba untuk menggeluarkan dunia dari hatiku. Aku mahu menjadi hamba yang sentiasa mengingatiNYA. Aku mahu tautkan sepenuhNYA cintaku pada ILLAHI.

Menjadi hambaNYA ynag bersederhana dalam apa jua yang di lakukan. Yang ku ceritakan ini bukanlah untuk membuka pekong di dada, tapi untuk berkongsi sedikit cebisan kisah silam yang boleh di jadikan pengajaran. Kerana Islam sendiri tidak menyembunyikan zaman kejatuhannya dari sejarah, ku harap begitu juga aku. Terpulang lah kepada kamu untuk menilai aku, melalui kisah silamku atau mungkin mahu menghukum akan kesalahan laluku.

Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat~

wallahualam.

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)