Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

06 June 2015

Salam Ramadhan 1436Hijrah



Salam Ramadhan kareem.. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan sambut bulan yang penuh barokah, bulan Ramadhan..

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, yang terlihat atau yang tersembunyi. Semoga kita semua senantiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt.

Teruja!
Ini merupakan Ramadhan ke-5 kami dengan herbalife. Memang berbeza rasanya tenaga jika bersahur dengan nutrisi lengkap. Lebih bertenaga, penat tu mestilah ada, dah namanya puasa tukan menahan lapar dan dahaga. Tapi kita tak mepek la sampai ke petang nak tunggu waktu buka tu..

Tadaaa.............



Rasakan perbezaanya sendiri!

Perbezaan apa? Dari segi tenaga, masa dan jimat duit!:) Lazimnya resolusi pre-ramadhan kami:

1. Sahur dan berbuka dengan herbalife shake sepanjang ramadhan
2. Tidak pergi ke bazar Ramadhan.
    (sebab nak jaga nafsu nak makan yang membuak-buak tu)
3. EAT CLEAN! (this year!) *NEW


Bagaimana penyediannya?

Semudah ABC!:) Cewahh, kemain.. Iya, betul.. Percayalah....


atau




Selamat Mencuba! 



29 April 2015

Menyusukan bayi lelaki

Alhamdulillah Hadi sudah genab usianya 1 tahun 16.4.2015 yang lalu. Sudah berjalan. Tapi jalan-jalan jtuh. Sangat mint buku. Suara pon dah keluar bunyi macm-mcm. mumbling sorang-sorang:)


Rasa cepatnya masa berlalu dan aku, kurang lebih da lebih kurang 11bulan 3minggu lagi tempoh menyusukan Hadi. Rasa macam countdown pula. Belum habis masa tapi dh rasa rindu? Macam mana tu...

Tumbuh gigi awal

Fatiyyah dulu, satu tahun pertama memang heaven susukn dia sebab selepas satu tahun baru fatiyyah tumbuh gigi. hooray.. 


Tapi bila Hadi, umur 4 ke 5 bulan dia dah tumbuh gigi. Ibarat mimpi ngeri rasanya. Tapi nak buat macam mana? Hadap jela.. Waktu dia tergigit, rasa macam kene renjatan eletrik aku rasa, 

Ada tips, tekan hidung dia ,baby akan lepaskan kan? Tapi tak sempat nak tekan.T_T. huhu. 

Especially bila dia nak masukkan puting ke dalam mulut nak menyusu, dia akan "kaut" dengan gigi. haha. Bijak betul budak ni. So nak elakkan, aku masukkan terus dalam mulut dia.

Sakitnya kadang sampai 3 ke 4 hari. Ada yang sampai kene demam. Tapi aku setakat ni alhamdulillah, tak pernah demam disebabkan perkara ini.

Waktu malam

Bila ada anak, waktu malam memang TIDAK PERNAH untuk tidak terjaga dari tidur. ada waktu-waktunya Hadi nak sentiasa menyusu. waaahh... ni memang penat sebab kene mengiring je.

Setiap kali di bangun nak menyusu, mesti aku akan terjaga, amazing nya Allah bagi sensor mcam ni dekat ibu-ibu. Kalau la aku tidur style macam Abi dia yang tidur, haha. lapar sampai ke pagi la baby tuh!

90% msih lagi susu ibu

Walaupon Hadi dah boleh makan, makanan pepejal, tapi memang 90% aku masih susukan dia sahaja. Sebab, aku yakin dengan susu ibu. Kalau boleh keluar hukum bayi yang hanya menyusu susu ibunya sehingga usia 2 tahun, hukum najis kencingnya muhafafah. Maksudnya, boleh la tu! Aku berpegang pada ini. 

Terpulang la pada anda masing-masing:)

Anak lelaki memang lagi kuat menyusu berbanding anak perempuan. Waktu tahu yang aku sedang mengandng baby boy, memang rasa nervous. huhu. 

Nervous memikirkan ganas dia menyusu tu macam mana. hehe. Sekarang ni lagi la, menyusu gaya free style ^^". mulut menyusu, badan dah menonggeng-nonggeng. Bukan main lagi.

Sekian, itu je nak kongsi.

Terima kasih!:)






10 February 2015

Di Rumah Pak Cik Jalal

Bismillah..

Selepas dapat keputusan PMR yang agak baik, aku diterima masuk ke sebuah sekolah agak baik di Kuala Lumpur. Ketika nak mohon tu kononnya saja nak mohon sekolah jauh-jauh. Nak merantau niatnya.

 Kat sini lah tahu istilah "home sick". Padan muka. T_T

Nak di pendekkan cerita aku melanjutkan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur atau dikenali dengan Technical Institute of Kuala Lumpur (TIKL).

Bila masuk asrama ni culture shock la sebab sentiasa je rasa penat dan mengantuk dalam kelas. Lepas tu rasa lapar je nak makan. hehe.

*ke aku sorang je yang rasa macam tu?*

So, pembelajaran jadi kucar kacir la, rasa payah nak adapt dengan situasi dekat asrama ni.

Waktu form 4 ketika awal-awal masuk asrama aku satu dorm dengan seorang budak ni, namanya Naimah Bt. Abdul Jalal. Tapi dia tak lama sangat duduk asrama sebab lepas tu mohon jadi out sider sebab ada isu la dekat dorm tu. haha. Aku masih ingat lagi, ko ingat tak mah? :)

Disebabkan naimah dah jadi out sider, ibu selalu kirim duit, pos duit ke rumah Naimah untuk diberikan kepada aku. Sebab duduk asrama 3minggu sekali je boleh balik, rumah pon jauh la katakan kan.. Dari situ la jadi rapat dengan Naimah..

Naimah ni orangnya baik dan manis raut wajahnya.. ececeh.. ni betul, tak tipu.. So bila rapat ade sekali tu bila outing aku pon balik la , bertandang ke rumah Naimah di Kota cheras.. Pulak tu keluarga Naimah ni asalnya orang Johor, keturunan jawa.. waa..lagi boleh masuk la... Boleh geng la orang bandar kata..

Satu hari lepas balik dari tangkak, dari Station bus Pudu (waktu tu) aku jalan kaki nak masuk asrama, aku nanges tepi jalan, atau aku duduk nanges tepi jalan..

*tak berapa nak ingat la..*

tapi naimah nampak aku nanges la yang penting.. lepas tu.. pastu aku cakap la rasa tak boleh nak study la duduk dekat asrama ni.. hua hua hua.. nanges... hahaha.

Mungkin Naimah balik cerita dekat parents dia lepas tu jumpa aku offer aku duduk rumah dia, masa tu lagi 3 bulan sebelum SPM.

 I was very poor on my MATH, like SERIOUSLY tak suka MATH! pulak tu amik FIZIK, ADD MATH, memang its was like........ belajar tak faham apa-apa pon dekat kelas! 0_0.

Tapi Naimah very good in math, dia la yang ajar aku dan tak sangka pulak, aku boleh dapat A dalam matematik moden, add math memang sorry la.. haha. Terima Kasih Naimah!

Jutaan terima kasih kepada jasa, budi dan ihsan
daripada kalian sekeluarga. pak cik, mak cik, kak jiha, kak anis, abg ayip dan naimah :)


Ketika di rumah Pak Cik Jalal..

Haa, baru nak masuk topik, tadi tu intro je.. kemain panjang..

Jadinya, bila duduk rumah orang, maksudnya aku duduk di rumah orang yang tidak ada langsung pertalian darah dengan aku. Bukan ayah, bukan abang. Its totally stranger. Kata arabnya, "ajnabi", asing.. dan di sini aku belajar lebih tentang tutup aurat.

Sebelum kenal keluarga Naimah, kalau orang datang rumah, atau kita keluar ke laman rumah , depan rumah je nak buang sapah atau sapu sampah, jarang kita tutup aurat pakai tudung. Kan?

 Kalau nak keluar jalan jauh je baru kita tutup aurat. Sedangkan, tidak kira di mana sahaja, jika dalam rumah sekali pon tapi ade sekali orang asing, kita mesti tutup aurat.. ramai orang terlepas pandang akan hal ni.


Dengan adik ipar.

Abang ipar, suami kakak kita.

Pak cik yang di kahwini oleh mak saudara kita.

Adik beradik lelaki suami kita.

Dengan sepupu-sepupu lelaki kita.


Mereka semua lelaki asing yang boleh kita kahwini, Haram sementara. Jadi kita kene tutup aurat sempurna dengan mereka. Maksudnya kalau balik kampung memang 24hour dalam rumah kene pakai tudung.


Maksudnya kalau duduk satu rumah, keluar bilik kita je dah kene tutup aurat.

Maksudnya, kalau orang asing bertandang ke rumah kita kene tutup aurat sempurna.

Maksudnya kalau jejak ke beranda rumah je, pon nak kene tutup aurat sempurna.

Tutup aurat sempurna maksudnya baju lengan panjang, pakai tudung. bukan pakai baju lengan 3 suku, lepastu pakai tudung.


So, dekat rumah Naimah memang aku 24hour pakai tudung bila keluar je dari bilik aku. Since then, balik kampung memang 24hour pakai tudung je..

Contoh situasi yang lazimnya berlaku..

Duduk rumah dekat kampung, depan rumah pak cik, belakang rumah atok.. Jadinya senang sedara-mara nak access keluar masuk rumah, jadinya kene sentiasa tutup aurat jika mereka masuk..

Duduk dengan keluarga mertua, dimana kita ada adik beradik ipar lelaki, jadinya kene sentiasa tutup aurat..

Kawan-kawan suami datang rumah, atau ada orang bertandang ke rumah.. kita kene tutup aurat..

Penat? Jangan risau, dunia kan sementara.. Nanti, jika di izinkan Allah dan kita dapat masuk syurga (mudah-mudahan), dalam syurga kita tak payah pakai tudung dah.

                *******************************************************

Marilah kita perbaiki amal ibadah kita, semoga mendapat redho dari Allah swt dan dapat masuk ke syurgaNYA.

Semoga perkongsian tak seberapa ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.. ameen..







31 January 2015

Pengalaman Penyusuan Anak Sepenuhnya (full breastfeeding)


Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2015. Baru harini unblok blog selepas 7 bulan lamanya di private kan. Sorry untuk bahasa aku yang agak kucar kacir sikit. :)

Jadinya, nak kongsi sedikit pengalaman yang tak seberapa ni mengenai pengalaman menyusukan anak pertama dan anak kedua, semoga berguna buat ibu-ibu di luar sana. 



Impian setiap ibu-ibu.

Menyusukan anak sepenuhnya sudah pasti menjadi impian semua ibu-ibu atau bakal ibu.

Tapi, tanpa persediaan diri dengan ilmu pengetahuan seringkali membuatkan proses terbantut di tengah jalan,

Lagi parah, kalau si ibu terus putus harapan.


Pengalaman anak pertama.

Pengalaman anak pertama agak tragis aku rasa. Salah diri sendiri sebab tak prepared diri dengan knowledge.

Sewaktu melahirkan Fatiyyah, discharge dari hospital sebenarnya dalam keadaan baby belum kencing, kalau bersalin dekat hospital, hanya boleh dis charge bila baby dah berak dan kencing (pengetahuan buat yang belum pernah bersalin lagi).

Semalaman cuba susukan tapi air susu belum berapa banyak lagi.

Ada sikit-sikit.

Hari ke-2 baru la susu keluar banyak, selepas berurut. Bila dekat rumah, nenek Fatiyyah jadi panik, cucu tak kencing lagi.

Sepupu aku bagi nasihat "free", bagi la susu formula dulu buat sementara supaya dia kencing dan "kesian baby lapar". Kononnya lah.

Aku dengan "berat hati" dan memang risau pon termakan lah nasihat tu. Kalau ingat sampai sekarang memang geram tapi itulah pengajaran yang aku ambil.

Iaitu mempersiapkan diri betul-betul tentang ilmu penyusuan.

Ikutkan ibu aku dulu pon susu dia tak terus keluar.

Tapi bila kene dekat cucu, worried over take because there is no knowledge , menyebabkan tindakan memberi susu formula terjadi.

Sedangkan, yang sebenarnya perut seorang bayi hanya sebesar kacang pis je.

Maksudnya kecik.

Dan susu yang sedikit memang mencukupi untuk baby. Kalau baby nangis bukan semestinya dia lapar, kadang dia tak selesa, atau panas, atau nak kita borak dengan dia.

Proses penyusuan ibu dan anak kan aturan Allah.. Mesti Allah tahu keperluan baby tu...... Yang kita risau tak tentu pasal kenapa?

Grrrr..

Tapi..... aku tetap tak berputus asa untuk menyusukan Fatiyyah susu badan, after 5months alhamdulillah dapat sepenuhnya susu badan.

Sebab, tiap kali susukan badan rasa macam tak cukup baby kenyang. Yela, bila baby tu dah terbiasa di bagi banyak, dia nak banyak. Akhir sekali aku nekad, susu badan je.

Alhamdulillah, berjaya. walaupon kadang ibu suruh bagi susu formula, tapi aku buat tak tahu je.

Kita sendiri kenalah kuat. Dan kekuatan tu datang dari Allah.. so banyakkan lah berdoa :)

Dan ini bukan salah nenek, kita sendiri yang tak siapkan diri dengan ilmu pengetahuan.


Pengalaman penyusuan anak kedua.

Anak kedua memang aku bulatkan hati.

Sediakan diri siap-siap dengan ilmu.

Dan yang penting kita haruslah bersiap sedia dengan kemungkinan. Kemungkinan susu  keluar serta-merta, yang ni tak jadi masalah. Tapi kemungkinan susu tak terus keluar.

Bila aku baca-baca, rupanya ramai ibu-ibu kat luar sana tu yang macam aku! Maksudnya, yang menghadapi cabaran susu lambat keluar.

Dan ianya merupakan sesuatu yang NORMAL. Ada juga tips-tips orang dulu-dulu boleh try, tapi aku cuma urut sahaja.

Bila susu sikit, janganlah terus claims, susu jenis tak banyaklah, memang keturunan susu tak banyaklah. Dah kalau mind set fikir macam tu, memang la jadi macam tu!Grrrr...

*okey aku memang emosional sikit kalau cerita pasal ni*. haha.

Aku memang dulu malas membaca. Dan aku menyesal sebab malas membaca. Smart phone di hujung jari, tapu buka fb, twitter je.

Jangan jadi macam aku yang dulu ye korang-korang.

Patut zaman canggih, lagi senang kita nak access dengan ilmu!

Penyusuan anak kedua lebih lancar dan lebih confident. Alhamdulillah hadi dah nak masuk 10 bulan dan sepenuhnya susu badan. Alhamdulillah..

Doaku kepada ibu-ibu di luar sana semoga kalian kuat dan terus berjuang.


Tiada istilah sudah terlambat!:)

Berita baik, Its never too late to start. Gagal anak peetama? Kita cuba anak kedua. Atau kalau yang sudah ada empat ke lima orang anak, anak yang seterusnya:)

Untuk tips macam mana nak banyakkan susu, boleh search kat blog lain sebab takde tips sangat nak share dan tak berapa rajin nak explain. he he.

Cuma boleh kongsi sikit, mind set dan nutrisi lengkap amatlah baik untuk ibu-ibu.

Sekian.


FARIHA 1036

MASJID TANAH

27 April 2014

Turun Berat Badan dengan Herbalife

Salam..

Since I'm in confinement mode, so officially, aku berada dalam ZONE weight lose program. Di coach oleh suami tercinta, Abdul Rasyiid. hehe. I can say his best coach for me because had lose 5kg in 25days, alhamdulillah. Tahniah hubby. Jangan garang-garang sangat tau coach saya. hee. 

Siapa sini yang dah cuba bermacam-macam untuk turun berat badan, dapat result. Turun 10kg. Tapi............... suddenly, after a certain times of "diet", had a problem of "weight gain" again, this time even more than you had lose.

Kemudian, "diet" lagi dan lagi, untill...... You giving up on "fighting" having an ideal weight. Di sini pesanku, jangan berputus asa! Itu yang shaitann suka tuuuuu.


So, we offer you a FOREVER solution on weight management!


Turun berat badan dengan cara yang sihat dan bukan "crash diet"!

Since hubby just come back from Philippine, my coach a.k.a my husband learn A LOT about having right way on weight lose program. 

Adakah anda berminat hendak tahu jika saya boleh tunjukkan cara turun berat badan secara sihat dan kekal dengan pengambilan nutrisi herbalife 2x sehari, juga makan nasi 2x sehari???     Ini soalan cepukMAS! 

Betul. Ini serious. Tak tipu. 

Kerana ini BUKAN DIET, tapi gaya hidup. Gaya hidup bukan untuk satu bulan dua, tapi in shaa Allah sampai bila-bila. No more worries about weight management. How nice it is?!:)



Ramai orang "straggle" giler nak turunkan berat badan terutama kalau ade perkara-perkara yang mendesak, contohnya nak kahwin, atau kerjaya yang memerlukan badan untuk kekal fit seperti tentera atau polis. Kebanyakkannya cuba untuk tidak makan nasi, atau melakukan senaman "intense" setiap hari, berpuasa. Betul, ia juga boleh buat anda turun berat badan. Tapi......

Adakah anda berminat jika saya boleh tunjukkan cara untuk menurunkan jumlah lemak dalam badan tanpa  mengurangi jisim otot pada badan??!


Kebanyakkan diet menyebabkan komposisi otot kita yang mengurang, bukan lemak. Sedangkan, untuk mengekalkan berat badan, ianya bergantung kepada jumlah otot yang ada pada badan. Tak faham tak apa, hubungi kami untuk konsultasi lebih lanjut:)


Program Nutrisi 10 hari Secara Intensif

Program 10 hari ini di reka KHAS untuk bakal pelanggan mendapat pendidikan dan followup yang eksklusif. Yang bestnya, anda akan mendapat 1 hari percuma dengan menjadi Nutrition Club Member (ahli kelab nutrisi) kami:)

Setiap hari akan ada informasi (10 talking points) yang akan anda pelajari, sharp and simple:)

Bagaimana ingin bermula? Hbungi kami segera, jika lokasi anda berdekatan dengan Kelab Nutrisi kami. iaitu di :


Maka temujanji akan di lakukan di Kelab kami, jika tidak, tidak menjadi masalah. Maklumkan sahaja lokasi anda:) 

Haa... sekarang berminat nak tahu???

Hubungi kami sekarang!:)







NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)