DISCLAIMER.
Sebarang pendapat atau pandangan adalah pandangan dan pengalaman peribadi penulis.
Tidak "apply" kepada semua wanita. Anda berhak untuk setuju atau tidak bersetuju.
Mari kita cari titik silang persamaan (common interest) dan bukanlah perbalahan
dan semua yang saya lalui adalah dengan izin Allah swt.
. Let us empower woman together :)
Salam Perkenalan
Assalamualaikum dan hai sis, mummies and friends. Jika anda sampai di entry ni mesti anda mencari-cari artikel tentang gentle birth atau anda adalah mummy-to-be or expecting mother yang plan nak gentle birth atau home birth. Atau anda wanita dan rakan saya yang looking forward a better birth experience. Saya harap perkongsian saya sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana.
My du'a and love and support to you guys for a wonderful labor experience :)
Gentle birth ni apa?
Ini selalu oang tanya. Kelahiran tanpa ada intervensi (yang tidak perlu seperti induce, pain killer, etc) secara natural. Dan wanita itu bebas untuk membuat keputusan di mana dia mahu melahirkan anaknya bukan rigid pada satu tempat sahaja. We need to RESPECT her decision.
Aku bebas nak melahirkaan anak di hospital atau di rumah. If she want to deliver her baby at the hospital, shes right. If she want to deliver her baby at home, shes also right.
Setiap orang tak sama. Jadi jangan bandingkan diri anda dengan diri saya. Kita berbeza dari segi perwatakan, latar belakang dan pengalaman.
Persediaan "gentle birth".
Teruja bila kawan baik dalam herbalife selamat melahirkan anak ke-2 nya secara alami. Mula la baca sharing dia dekat blog dan I say to myself. This is it! So bila tahu pregnant anak ke-3 terus cari Educator Amani birth (antara aliran gentle birth yang islamik). Dekat Melaka tak da. Yang terdekat ada di Bangi. So aku contact educator di Bangi. Rancangan aku nak ulang alik every month untuk attend kelas tu. Tapi perancangan Allah swt tu lagi terbaik. My best friend had become one of educator as well and move to Melaka. Ibarat bulan jatuh keriba.
I read four books to understand more what is gentle birth. I read Amani birth TWICE. Sebelum pregnant lagi dah baca sebab teruja nak tahu tentang gentle birth ni apa. My second book really blow my mmind is Joyous Childbirth Change The World. Our world. Our small world. Aku banyak di pengaruhi oelh Dr Tadashi. Agak hardcore mentallity dia tentang gentle birth. Tapi dia kene dengan jiawa aku and everything that he says is just make sense! Thats all. So I really recommend you to read this book. Tapi...kalau tak dapay baca semua, baca satu pon boleh :)
Pengalaman pertama "gentle birth".
Sebenarnya sejak dari anak pertama lagi berangan nak belajar tentang "hypnobirth". Tapi waktu tu tak tahu nak dapatkan ilmu tu dari mana? Cuma pernah dengar orang share dekat tv wanita tu kongsikan yang bersalin ni tak sakit. Tak sakit?? Kita pon teruja la kan.
Kalau anda jumpa mana-mana wanita yang melahirkan anak,Jjarang dapat jumpa yang boleh describe yang melahirkan tu bukan sesuatu yang menakutkan. Yes, it is menakutkan bila kita kene bersalin dekat tempat yang kita tak biasa, dan orang yang tak pasti layanannya kepada kita nanti macam mana? Tak boleh ke bersalin ni jadi sesuatu yang kita tak perlu nak takut-takut? *monolog dalaman aku*
If you see me before my gentle birth experience and ask me about my birthing experience. Sure Im going to terrified you!
Kelahiran Fatimah Az-zahrah.
Kalau ikutkan due date tarikh adalah pada 5/72/2016. Dan kalau ikut pengalaman aku anak 1st dan 2nd pada minggu 38 dah bersalin. So memang dah set dalam otak last week Ramadhan akan deliver baby. Raya memang berpantanglah jawabnya. Siap-siap dah buat kuih raya dan makan kuih raya waktu puasa tu. Yang mana kuih raya feveret dan selamat dalam perut. hihi.
Seminggu sebelum raya suami dah siap-siap ambil cuti. 10/6 perut dah mula cramp. Happy rasa, wahh ni dah ada tanda-tanda kearah kelahiran. Tunggu punya tunggu tapi tak ada apa-apa birth show (blood or mucus or ketuban pecah ke). Sakit senggugut tu dah mula adala. Waktu tu dah melepasi minggu ke 38. Baby belum ready nak keluar, okey fine kita tunggu je. Let the baby chose the date when she want to be born. Cewah, tulis macam senang tapi dalam hati.. Memang tak sabar nak bersalin sebab rasa badan ni berat sangat dah.
Raya pon ala kadar, beli baju untuk anak-anak je sebab memang tak fikir sangat pasal raya, lebih fikir persediaan nak bersalin je. Raya ke-2 anak-anak balik kampung ikut atuk dan nenek diorang. Suami sepatutnya kerje malam haritu, so aku plan nak duduk je sorang-sorang dekat rumah sendiri. Tengah nak masuk toilet nak kencing tiba-tiba rasa ada air panas mengalir keluar. Ada leaking. Yes, malam ni aku akan bersalin! Segala penantian akan berakhir! Sekali lagi suami aku ambil EL malam tu. Cuti lagi..... Malam tu tidur macam biasa. Tunggu punya tunggu tak ada sakit yang regular lagi. tunggu sehingga keesokkkan harinya masih tak ada apa-apa. So kami decide balik tangkak untuk ambil anak-anak. Rasa macam mati kebosanan mereka tak de.
kawan2 gentle birth datang dan bagi kata2 semangat:)
Syawal ke-10..pukul 2pagi. Surge yang strong mula datang. Kejut suami. Sakit dah mula kuat ni. Tapi belum regular. Aku masih boleh senyum tapi setiap kali surge suami dah mula buat counter pressure. Kalau sebelum ni dia teman bersalin tapi kaku tak tahu nak buat apa-apa. Tapi kali ni he really be my birth companion. Counter pressure during surge help to reduce half the pain when the wave is coming.
Timing dia jarak-jarak. Siang tu siap boleh makan cheese cake lagi. Mengidam, kononnya makan last sebelum nak berpantang dan nak turunkan berat badan yang dah rasa berat sangat macam gajah ni. Suami dah siapkan posisi katil dalam bilik suami lebih mudah nak letak pool.
7pm above surge semakin kuat. lepas solat magrib dah rasa tak boleh nak bercakap dan senyum sangat. senyum pon kelat. Suami sentiasa buat counter pressure each time surge datang. Aku duduk dekat gym ball. Sentiasa pastikan rahang longgar dan muka tak ketat. Bahu dan tanggan tak tegang. Supaya pintu rahim cepat terbuka. Tapi sakit ketika surge datan g adalah sangat bearable dan surge yang datang tidak lama serta interval time yang tidak terlalu dekat. Aku rasa relex dan tak stress dan tak penat dan bebas bergerak.
Rasa nak kencing boleh pergi toilet. Tak perlu nurse nak keluarkan air kencing guna tube. Kat situ je dah release stress sangat. Tidak ada VE (vaginal examination). Kat situ dah dua kali relief. Tenang dan focus pada breathing. I free to move, to walk to make noise. Whatever i want. This is why I chose home birth.
Dalam mind imaginasi untuk birth position tu lain. Bila real situation jadi lain. Mak mak yang ada pengalaman ni bagi nasihat, follow your body and your instinct. Bende ni tak pakai otak. huhu. I was like...betulke? 945pm rasa macam waktu dah nak dekat ni untuk baby keluar. So minta suami isi air dalam pool. Bila masuk je dlam pool rasa lega sangat. Tapi rasa tiba-tiba surge hilang. haha. Aku cuak pulak. Malas la nak delay lama-lama kalau boleh nak cepat baby keluar *monolog dalaman masa tu*. lebih kurang 20minit tak de rasa surge. So aku berehat bersandar dekat kepala tilam.
Tiba-tiba rasa macam nak meneran.I was in a pro-gravity position (all four). Tak boleh nak control, memang rasa nak teran betul-betul. Time ni pulak anak ke2 bangun dan menangis. I ask husband to handle our 2nd child. Lepas tu mula rasa "ring of fire". Pergh....time ni rasa macam nak tolak balik baby masuk dalam.haha. Perit betul.... Dekat sini tak teran, FOCUS ON BREATHING. I can touch her hair... Ya Allah baby dah betul betul dekat birth canal ni.. Focus on breathing dan pandang ke depan (i'm alone waktu ni husband terpaksa handle anak 2nd.huhu) and I really can feel baby is crowning. Betul-betul dapat rasa seperti muka dia ke kiri dan kenan untuk cari jalan keluar dan alhamdulillah baby slidely fall near to me and I catch her up to my chest!
Ade bunyi nangis sikit and her eyes widely open. Shes very calm and right after that terus menyusu, sampai berbunyi macam haaus sangat tak pernah minum! :) Terus skin to skin and breastfeeding baby alhamdulillah placenta pull out 15 minutes after that. What a relief.............
We manage to Delay Cord Clamping until tomorrow evening. Alhamdulillah baby was 3.8kg and without any tear.
Positive mindset and support
Sepanjang pregnancy memang tak baca apa apa yang kontroversi atau nak klik link yang cerita tentang bende bende yang negative tentang gentle birth. Lagi -lagi home-birth. Even today I'm not going to read any negative story especially dari orang yang salah faham tentang gentle birth ni apa.
I would like to thank my husband for his support in whatever decision I made. Thank you for being my very best birth companion. Taking care of the kids and me during confinement the first 7days all on his own. I'm bless to have you as my husband and the father of my kids. Our kids. Our little Khalifah. Jazakallah..
a warm welcome from sister and brother.
Sekian.. wassalam.....
Fariha
3.01pm
21/6/2016
Tangkak
No comments:
Post a Comment