Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

21 December 2012

First Experience Hired a MAID

Salam..

Its been 22 December today and really near to EOM. Getting nervous and busy. Okey, topik harini pasal maid a.k.a bibik. 

gambar sekadar hiasan, maid aku bukan la seksi mcm ni.he

Okey, seriously sepanjang 23 tahun aku hidup memang tak pernah terfikirkan pon nak ambil pembantu rumah. Sebab aku rasa aku boleh handle semua bende kot. Simple je kan? Kemas rumah, basuh baju, jemur baju, gosok baju, mop rumah, masak, masak makanan fatiyyah, (eh macam banyak la pulak) huhu. 

Waktu mula-mula kahwin dulu pernah cakap dengan hubby, kita nak ada bibik ke ek? Memang tak la jawabnya sebab rasa tak selesa ada orang lain kat rumah, pastu takot kalau dia bawak lari anak la, etc. Negative though in mind. So one day I have conversation with my up upline Amalina and she said, kalau kita fokus kat bende tu kita dapat tulah, doa banyak-banyak kat Allah (selalu ingatkan aku supaya selalu doa doa doa) insyaAllah Allah akan bagi apa yang kita mampu dan mahu. 

My first concern of having maid is because of Fatiyyah. Yelah, ke booth aku bawa, kemana-mana sahaja dan memang tak pernah nak tinggal. But as she grow up and gain more weight, aku kepenatan carry dia ke sana sini, my energy drain as I have to do all the home work and taking care of fatiyyah. End up aku tak bolehh fokus kerja and selalu gaduh dengan hubby.hihi.

Yelah kan, kita suami isteri sama-sama kerja, sama-sama penat, tapi cara fikir tak sama.

Balik rumah, rumah sepah, almost sentiasa sepah,haha. Aku kemas pagi petang dah tunggang langgang, padahal aku hubby and fatiyyah je pon yang duduk dalam rumah  ni -__-". So perempuan nak rumah sentiasa kemas kalau boleh.

Oleh kerana penat so aku nak hubby sama-sama kemas rumah, paksa2, marah2, boleh bayang tak situasi tu? Tapii.... lelaki ni balik rumah kepala dia fikir lain, nak rehat nak main game. Rumah kemas ni perkara ke-3 ke-4.. Dah la darah muda kan, hihi. So, setelah istikharah alhamdulillah Allah tunjukkan jalan dalam keadaan yang tak disangka-sangka dalam masa sehari  je dapat rezeki untuk ambil pembantu rumah ni.. Inilah kisahnya kenapa aku ambil maid. Kalau tak Herbalife, tak terfikir kot? Alhamdulillah, thank you Herbalife.

Aku sentiasa bawa bibik ni kemana-mana, takde tinggal rumah untuk jaga fatiyyah. Dia datang Nutriwalk center aku di wangsawalk tu dan jaga fatiyyah disitu. So still fatiyyah with me where ever I go. And aku boleh fokus kerja invite orang untuk buat wellness evaluation:)

Sekarang dah 3 hari, as so far now I can see shes pray on time, baca quran, bagun 6am kemas rumah. Bibik makan memang menyedihkan, ambil nasi, lauk ciput je dia ambil pastu makan kat tengah-tengah dapur beralaskan selipar.haha. Macam aku ni majikan jahat je kan. Meja makan aku kat ruang tamu so dapur tak de meja makan. Aku suruh makan kat depan mati-mati dia taknak. So aku biar jela and bagi meja kecik kat dia, so each time nak makan dia akan open table tu sendiri. 

Bibik aku ni umur 42 tahun, tak kahwin lagi. Orang jawa dan buat kerja rumah bagus, serious rumah aku tak pernah sekemas ni, jemputla datang rumah:) Alhamdulillah setakat ni 90% yang aku "order" dengan Allah dapat. 

Semalam dari 6am sampai 11pm baru dia tidur, aku suh tidur pon dia sibuk nak buat kerje lagi. Aku tak suruh iron baju dia pi iron baju satu bakul! Baju t-shirt yang biasa tak perlu iron pon dia nak iron -__-". Terlebih rajin pulak bibik ni. huhu. Sampai aku kene bagi arahan "bibik pergi tidur sekarang", baru dia masuk tidur. huhu. 

okey sampai disini sahaja..

will be continue..........

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)