Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

07 November 2011

Disleksia - TAARE ZAMEEN PAR


Salam.

Sabtu haritu aku nengok cerita hindustan yang touching gila. memang best. mesej yang nak dibawa pon amat bagus terutama boleh mendidik masyarakat. dalam cerita ni dia ketengahkan tentang isu kanak-kanak yang mengalami DISLEKSIA. Merujuk kepada wikipedia, Disleksia adalah:

"Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal." (http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia)



Watak utama budak kecik tu nama die Ishaan. dia ni budak darjah tiga, tapi dah dua tahun dalam darjah tiga tak lepas2. buku die penuh dengan tanda pangkah & bulat2 merah sebab semua salah. dia akan nampak "b" macam "d". tanda soal pon "?" dia akan buat terbalik. faham ke?

so dia sangat tertekan, semua orang marah-marah die cakap die ni malas la, tak nak berusaha. hakikatnya his stragle so much. untill ayah dia pindahkan masuk ke sekolah asrama di usia 9 tahun. lama kelamaan suasana membunuh keyakinan diri dia. boleh bayang tak? sampailah sorang cikgu baru lakonan ameer khan ni jadi guru ganti seni kat sekolah baru dia. ameer khan ni kiranya seorang yang berdedikasi lah. dan rupanya waktu dia kecik dulu dia pon kanak-kanak disleksia. so bila dia check buku Ishaan dia notice yang Ishaan ni mengalami masalah yang sama. budak ni tak bodoh, cuma kene bantu dia sikit untuk atasi masalah dia. aku suka ameer khan ni sebab watak dia bawa sebagai seorang guru yang berdedikasi susah nak dapat sekarang. dia sanggup pergi rumah Ishaan ni jumpa parents dia untk explain pasal anak diorang ni.

part yang paling aku suka ialah watak bapa Ishaan yang dikritik dalam filem ni. sebenarnya, watak bapa Ishaan ni represent masyarakat kita sekarang. aku tak ingat sangatla dialognya tapi lebih kurang macam nilah:

ameer khan: Sir, do you know what happen to your son.

si bapa: his so much trouble, his lazy, don't want to work hard. two years in standard 3, fail all the subject, not like my eldest son.

ameer khan: no sir, i ask what really happen to him and you just tell me about the symptom.

si bapa: tak puas hati and repeat the same thing. last2 dia cakap, so ko cakapla apa kalau ko tahu.

so si ameer khan ni pon explain la kat parents si Ishaan. thensi bapa ni cuba lah jugak untuk faham. satu hari ayah ishaan pergi sekolah jumpa cikgu Ishaan & cakap isteri die ada buat research pasal masalah anak diorang, nak highlight kat cikgu tu la kononnya yang dia amek berat. best betol si ameer khan ni kata, amek berat is you go to ur children, give some kiss, some hug and say its okey to make some mistake, and if you have any problem, come and tell me. T_T. itulah erti ambil berat yang sebenarnya.

sistem zaman sekarang suka mengklasifikasikan manusia yang dapat markah 90% ke atas pandai, yang lain bodoh, masuk kelas A pandai, kelas bawah bodoh, tak masuk universiti tak dep masa depan. sangat tak bagus. hakikatnya setiap manusia ada potensi dan bakat masing2 tapi kita melihat dengan kaca mata standard. Mane boleh. Bapak Irshaan takot yang anak dia tak dapat nak compete dengan orang lain, klu nak compete2 baik bela kuda, jangan lahirkan anak. huhu. hakikat manusia bersaing sebenarnya dengan diri sendiri.

watak bapa Ishaan ni amat mengingatkan aku nak jadi ibu bapa perlukan perndidikan juga. ada ilmunya, ada caranya, ada seninya. Dan nabi kata, didik anak ikut zaman. dan setiap zaman tu berubah-berubah. sangat2 rekemen untuk nengok cerita ni. lagu dia pon lagu yang membawa mesej bukannya bosan kalau nengok cerita hindustan yang cinta-cinta tu. huhu.

lagi satu, cerita didik kita untuk mendidik anak berjiwa besar. ameer khan cerita yang elbert enstain tu pon disleksia time kecik2 dulu, tapi pastu jadi orang yang hebat jugak. bina jati diri kanak2 supaya dia boleh menjadi manusia yang hebat sangat penting. sebab tu jangan suka2 panggil anak bodoh la, pemalas la. itu akan bentuk karakter diri dia nanti. ucapkan perkataan yang baik2 sahaja. dan semuanya bermula dari kita. Memang nak mengalir air mata nengok citer ni tapi aku cover. haha. i promise to my baby im going to be the best ummi for you dear, i dont care how much mark that you get, i dont care which class you enter, as long as you try your best, and be a good person and muslim, it is okey;)

Every children is special ;)

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)