Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

19 May 2009

:: SENATOR Mumtaz ::

JEMPUTAN

Alhamdulillah, baru-baru ini Kem Kepimpinan PMI dapat berjalan dengan lancar. Walaupun perit pada mulanya, terlalu banyak cabaran dirasa dan kerenah manusia yang mencabar kesabaran iman. Akhirnya, boleh juga membuahkan senyuman.

Antara penceramah jemputan adalah dua orang hebat iaitu Senator Mumtaz Md Nawi dan Ustaz Ashari. SubhanAllah, sungguh tidak terjangka, tak sangka seorang Senator sudi datang ke program kami yang tak seberapa nih. Bukan program gran-grand pon, sekadar kem kepimpinan budak kolej Legenda, apalah sangat. Tapi dia menerima lamaran kami menjemputnya untuk hadir memberikan ceramah kepada ahli-ahli PMI, Alhamdulillah.

Kalau nak di bandingkan dengan pimpinan-pimpinan UMONAYAM ni, korung ingat diorang nak ke datang program-program sengkek macam ni? Jangan mimpi lah, mimpi di siang hari pon aku dah tahu confirm depa takkan nak datang. Nak kena bagi makan five stars punnya standard, banyak cekadak. Tawu senator Mumtaz kami jamu ape? Dia terima seadanya masakkan yang kami masak sendiri, yang tak bapa nak sedap tapi kalau makan insyaAllah kenyang :) Dan cara dia buat kita tak rasa kekok atau terlalu merendah diri dengan dirinya. Dia bahasakan dirinya "kakak" dan kami pon panggil dia kakak. Cuma kadang terlepas panggil Senator atau YB. Tapi dia buat tak tahu je pon.

Such a humble and sporting person I ever met entire my life you know! Fuhhh..


SUATU PERKONGSIAN YANG BERMAKNA

Untuk menjemput YB Mumtaz dari Airport Subang adalah Nadia dan baliknya aku yang menghantar dia untuk pergi ke program lain. Beliau di temani oleh suaminya. Akak Mumtaz kata "kemana-mana saya selalu akan ditemani suami saya, iaitu mahram saya. Jarang saya pergi tanpa ditemani oleh mahram saya. Sejak dari Universiti dulu, adik saya 1 universiti dengan saya. Pergi pasar malam pon saya dengan adik saya. Saya tidak berseorangan."

SubhanAllah, begitu dia menjaga tentang dirinya. Dan dalam sepanjang perjalanan pulang dia ramah berbicara, dalam hati bermonolog, siapalah aku untuk berbicara dengannya, tapi dia membuatkan aku rasa sayang dan rasa dekat dengan dirinya. Banyak yang kami bicarakan dan antaranya sudah pasti tentang masakkan.

Suaminya tak habis-habis memuji "akak kamu ni pandai masak, lihatlah suaminya sampai boroi perut". Sempoi dan santai saja mereka berdua, tak lokek berkongsi cerita, hingga kadang rasa kelu lidah berbicara tapi hati berbungga mendengar dengan gembira (cewah).


SAYA NAK AWAK LIHAT HIDUP NI MUDAH

Di waktu ceramahnya dia ada membicarakan tentang perkahwinannya di usia muda dalam keadaan masih lagi belajar. Dan dalam kereta aku pon menggambil kesempatan untuk bertanyakan tentang itu.

aku: kak, kalau tidak keberatan, boleh saya tahu kenapa akak kawin muda dalam keadaan sedang belajar pulak tu. Macam mana akak dengan suami survive?

akak Mumtaz: Ha a, waktu akak nikah dulu umur akak 22 dan suami 23. Alhamdulillah jadi senang sebab tak da halangan dari keluarga, mereka merestui. Kami bertunang seminggu je pastuh terus nikah. Alhamdulillah walimah kami macam orang lain juga, meriah.

aku: owh~ survival pulak macam mana kak?

akak Mumtaz: Hidup ni mudah, akak nak orang lihat hidup ni mudah. Jangan fikir nak kena ada sebiji rumah, nak kena ada sebuah kereta, baru boleh nikah. Cukuplah kalau ada sebuah bilik pon. Memang ada peritnya, ada ketika akak dengan suami makan roti je, time tuh akak mengandung dan mengidam nak makan pizza. Suami tak da duit, akak cakap kat suami, tak pelah bang, kita makan roti je pon takpa. Tapi kami bahagia, siap boleh gelak-gelak lagi. (Kesempitan bukan bermaksud kesedihan bagi mereka yang beriman). Kamu kena redholah dengan suami, kalau suami mampu moto, naiklah moto. Kalau hidup berdua nih lagi jimat, dulu makan sorang sekarang berkongsi. Betol. Dan rasa lebih barokah. Hati tenang, dah tak payah fikir-fikir pasal suami dah. Nak kemana-mana pon senang, ke library suami hantar, balik suami jemput. Pergi makan sama-sama. Semuanya berteman dengan dengan mahram.

aku: tapi nak survive macam mana ek? huu (tp xdelah cakap "huu") hee

akak Mumtaz: Boleh kerja part time. Otak manusia nih Allah cipta creative. (Betollah tuh, takkanlah belajar tinggi-tinggi carik makan tak bleh nak fikir.) Keluarlah dalil: Kuntum khairan ummati ukhrijat linnasi
(Kamu adalah sebaik-baiknya ummat yang di-tampilkan untuk ummat manusia. Qs. 3:110)
Mudah ja. Perkahwinan kami pon ringkas, kerana perkahwinan yang paling ringkas itulah yang paling diberkati. Takperlulah nak baju dua ke tiga pasang, kalau gitu memanglah payah. Dan kalau termengandung pon, kenapa nak risau, Allah kata setiap anak itu ada rezekinya, Allah yang jadikan, mestilah dia tahu, takkanlah Dia tak tahu.

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah memberi nafkah dari apa yang diberikan ALLAH kepadanya (sekadar yang mampu).”

(Surah al-Talaq ayat 7)


aku: mengiyakan. *monolog dalam hati*. otak ligat berputar. Fikir dan fikir. zikir.

suami kak Mumtaz: yang penting ada cinta. Cinta tu penting, tak de cinta tak bahagia.

aKak Mumtaz: Cinta kerana Allah s.w.t.

Begitulah bicara kami. Dia buat aku rasa hidup ini senang dan mudah. Yang menjadikan nampak susah adalah kita meletakkan sesuatu terlalu tinggi, padahal ada saja jalan mudahnya. Kata kak Mumtaz, kalau kita betol-betol nak, insyaAllah boleh. Allah akan tunjukkan jalan, insyaAllah. Banyak perkara aku fikirkan, seperti Allah mengilhamkan jalan keluar, tapi sekadar aku yang berfikir, dia? huu

sabda Nabi:"yassirru wala tua'ssiru wa basyiru wala tunafiru"
maksudnya: berilah kemudahan dan jangan mempersukar, berilah khabar gembira yang menarik dan jangan berikan sesuatu yang membuat mereka lari."


KATA KAK NURUL

Aku berkenalan dengan sehabiah nih, beliau dan suami memang suka makan kobes. Faham-fahamlah ya. Saja-saja buat research tapi takat nih masih belum ada developmentnya (maaf dewan bahasa dan pustaka).

Kak nurul sekarang berusia 22 tahun dan suaminya 23 tahun. Sewaktu mereka bernikah dia berusia 19 tahun dan suami 20 tahun. Mudakan? Perkara major aku tanya dia, kenapa memilih untuk bernikah di usia yang sebegitu muda. Tahu apa dia jawab. Mudahnya, sebab dah ada pasangan, fitrah manusia untuk sayang menyayangi, jadi bila sudah ada pasangan nih, maka eloklah berkahwin sebab syaitan pasti akan jadi orang yang ketiga. Terkedu. Betol tu. Betol.

Kak nurul dan suami berkenalan dari bait muslim, mereka bertunang cuma 2 bulan katanya sekadar mengikut syariat. Beliau pelajar langkau ketika darjah 3. Dulu mantan DQ dan kini berada di UIA Kuantan dalam bidang kedoktoran. Fulamak. Setelah 2 tahun berkahwin dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 7bulan. Mereka berdua dalam tahun tiga kalau tak silap dalam jurusan yang sama.

Dan soalan yang sama aku tanyakan adalah, macam mana survive? Dia kata memang kena jimat-jimat, tak de masalah, rasa hidup lebih berkat dan tenang. Dulu buat job part time, sekarang ada anak, dah tak boleh lagipon dah tahn 3. Agak busy, tapi alhamdulillah, Allah kan pemberi rezeki.


FIKIR

Panjang aku fikir, dari semua sudut aku kaji, tanyalah, insyaAllah ada jawapan (confidet je ek.hee). Aku fikir..aku fikir..dan fikir lagi, aku je ke yang fikir..? Tapi benarlah kata akak Mumtaz, kalau nak InsyaAllah ada caranya. Teringat kata-kata Ustaz Idris "apa yang ada dalam fikiran kamu, insyaAllah Tuhan akan makbulkan". Last-last, penat fikir. Terdiam. Kalau aku je yang fikir, memang takkan jadi apa-apa.hukhuk. Tapi tak kesah. Nak fikir jugak. Mana tahu sampai gelombang ke.


PESANAN DARI IBU

Balik dari kem, malam tuh aku hubungi ibu. Rindu. Kalau call je mesti tanya, orang tuh macam mana kak? erk, tak da orang pon, orang-orang adalah. hee. Ibu pesan, ibu nih kalau anak perempuan dah lepas, senang. Nak kahwinkan anak perempuan ni cepat, dah kawin lega rasa. Aku diam mendengar butir bicara, senyap. Ibu tak kesah, tak yah hantaran pon tak apa, janji nikah (wah...baik betol ibu ni.). Tapi aku mengerti, butir bicara ibu itu benar-benar dia maksudkan. Tapi..kalau dah ada cara mudah, tak ada orang pulak..kui3. Allah sebaik-baik perancang. Aku terus berdoa, terus. Dan tawaqal.

p/s:Ada kesamaan antara rezeki dengan kematian, Kedua-duanya harus terjadi. jika pada waktunya, setiap hamba harus beranjak meninggalkan dunia ini, maka juga setiap hamba tidak akan diwafatkan sebelum ia memakan semua rezeki yang ditetapkan baginya. Adalah bentuk kezhaliman bagi Allah melakukan itu. Suatu ketika, seseorang bertanyakan suatu pertanyaan kepada Imam Hasan Al-Bashri tentang salah satu rahsia zuhud dan ketenangan hidupnya, ia menjawab, ''Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain. Karena itulah, qalbuku selalu merasakan klimaksnya ketenangan.'' Seperti inilah semestinya setiap hamba menyikapi rezekinya, ia harus menyadari bahwa rezekinya tidak tertukar kepada yang lain dan ia pun tidak akan memakan rezeki orang lain. Seekor semut hitam, bertengger di dahan yang paling hitam, di malam yang paling gulita, di belahan bumi yang jauh dari kasat mata, toh juga Allah tidak akan lalai menanggung rezekinya. firman Allah, Dan tidak ada binatang melata pun di bumi ini melainkan rezekinya ditanggung Allah. ..(Hud: 6)

.isyarat.moga faham. sekadar cetusan fikiran bersama. renungan bersama.

wallahualam..

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)