THE MESSAGE
Semalam aku berkesempatan seketika untuk melihat tayangan muvie yang diadakan setiap hari rabu. Tayangan kali ini menayangkan sebuah cerita "Tha Message". Sebenarnya da pernah dah aku menonton cerita ni. Dan ini kali yang kedua, tapi kali ni, "aura"nya sedikit berbeza.. Sesejuk salju mengalir dalam hati, hampir saja menitis di tubir mata, tapi cover. hee.
Kepada siapa yang malas membaca sirah maka muvie ini amat sesuai unuk di tonton seisi keluarga. Andai aku punya anak nanti, akan ku didik mereka dengan cerita-cerita begini yang memberi kesan pada hati, tapi belum lagi..;)
Bila melihat keimanan Sumaiyah.. Bilal.. Amar bin Yassir.. Abu Bakar.. Hamzah.. dan sahabat-sahabat yang lain.. subhanAllah.. hati mana yang tidak sayu.. Lidah mana yang tidak terkedu.. SOLIDnya iman mereka.. Setinggi gunung.. mempertahankan Aqidah Tuhan yang Esa.. andai aku hidup di zaman itu, adakah aku akan berada di kalangan mereka??
Termenung sendirian memikirkan diri.. bersyukur dengan Islam dan nikmat Iman kurnian illahi..
Ubat paling mustajab dalam meredakan gelora di hati, sujud di tikar sejadah, esakan mengiringi itu sudah pasti.. Puas, puas mengadu pada yang Maha Mendengar, Yang Maha Melihat.. Yang Maha Mengetahui.. Yang Maha Pengasih..
Aku akan berasa sakit dan berasa hatiku kering andai tiada titisan yang merembes di tubir mata.. Nikmat Islam yang kita rasai kini adalah kerana perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Ya rasulullah,betapa pengorbananmu.. Aku terasa rindu untuk bertemu denganmu.. Rasa sentiasa jatuh cinta tiap kali membaca sirahmu dabn akhlakmu..
Sejauh mana kita mengenali Kekasih Allah ini.. Sejauh mana kita menyayanginya..
Renungkan bersama..
wassalam....(T_T)..sob3..
No comments:
Post a Comment