Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

20 November 2008

USRAH (I)

DARI MANA KITA DATANG :

Usrah kedua (kalau tak silap bersama) Naqibah Kak Roha bagi kami assignment untuk figure out soalan yang dia bagi. Dan jawapan di perbincang dan apalah kiranya kalau aku bisa untuk berkongsi sedikit ilmiah bersama korung semua. Persoalan yang menjadi tanda tanya yang aku rasa memang wajib untuk semua insan di dunia ini tahu. Asal-usul kita diciptakan ia itu dari mana kita datang. Takkanlah tiba-tiba manusia ni terjadi "pelepup" (bunyi magic) macam tu ja. Mustahil, pasti ada Sang Pencipta yang Maha Agung. Allah s.w.t telah berfirman dalam Al-Quran bahawa;

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat,
"Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi." Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak
menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-MU dan menyucikan nama-MU?" Dia berfirman, "Sungguh, Aku
mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
(2:30)

Ayat di atas telah menjelaskan pada kita akan asal-usul dari mana kita datang, sudah tentu dari Ya Khaliq Allah s.w.t.

TUJUAN DI CIPTAKAN:

Dalam surah Al-Baqarah tadi juga Allah telah menjelaskan secara jelas, terang dan nyata lagi bersuluh bahawa peranan kita di dunia ini adalah untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Apa peranan Khalifah? Dalam konteks yang di fahami Khalifah berperanan juga sebagai da'ie iaitu menyapaikan apa yang dia ketahui, mentadbir bumi Allah, diri sendiri seterusnya keluarga, masyarakat dan negara. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini adalah khalifah dan berperanan untuk berfungsi sebagai khalifah.

Dan sesungguhnay Allah menjelaskan juga dalam firmanNYA Surah Az-Zariyat;


"Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka beribadah kepadaKU"
(51:56)

Perkataan "ibadah" berasal dari perkataan "abid" yang bermaksud hamba. Jelaslah disini bahawa kita diciptakan bukan sahaja untuk menjadi khalifah di bumi semata-mata tapi untuk menjadi hambaNYA dengan beribadat kepada Allah s.w.t. Manusia yang tidak tahu matlamat dan asal hidupnya di ibaratkan umpama kapal yang tidak berlayar. Nakhoda apatah lagi. Bila kita tahu peranan kita, maka kita akan berfungsi pada landasan yang sepatutnya.

HANYA ALAT:

Tidak kira apa pun anda di dunia ini, sebagai mahasiswa mahasisiwi, doktor, guru, polis, tentera, orang jual ayam, jual sayur, usahawan, pemimpin semua itu hanyalah alat untuk mencapai matlamat dan memainkan peranan sebagai hamba semata-mata..! Dalam apa keadaan sekalipun status kita sebagai "hamba" Allah s.w.t tidak akan berubah dan peranan sebagai khalifah serta da'ie harus terlaksana. Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Tuhannya. Bilamana kita tahu fungsi diri, dalam tiap ketika insyaALLAH kita akan mengpraktikannya. Kebanyakkan manusia kini punya matlamat untukberjaya yang menjulang tinggi tapi malangnya mereka tidak tahu dengan " kejayaan" itu apakah peranannya yang sebenar. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah;


إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

(Ingatlah) ketika Tuhan Berfirman Kepadanya (Ibrahim),
"Berserah dirilah!" Dia menjawab, "Aku berserah diri kepada Tuhan
seluruh alam."
(2:131)

Perkataan "aslam" merupakan kata perbuatan iaitu fe'el amar yang Jelas Allah s.w.t menyuruh hambanya untuk "berserah" diri hanya kepada Allah sahaja.

KEMANA KITA SELEPAS INI:

Sudah tentu manusia itu akan kembali kepada Illahi dan setiap tingkah perbuatannya akan di perhitungkan di hari akhirat kelak. Kebaikkan atau kejahatan walau sebesar zarah sekalipon tidak akan terlepas daripada perhitungan Ya Rabb. Malaikat di kedua-dua bahu telah mencatit setiap perbuatan, mana mungkin akan terlepas. Hanya syafaat Rasulullah s.a.w dan amalan-amalan dunia di atas Rahmat Allah yang dapat membantu kelak. Jika kita menganggap dengan amalan kita, maka kita akan masuk ke dalam syurga, maka kita silap. Rahmat Allah lah sebenarnya yang menjadi kunci untuk kita masuk ke syurga. Kerana jika di timbangkan sebelah mata beratnya sama dengan seisi dunia. MasyaALLAH..


wallahualam..


No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)