Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

20 June 2015

Pengalaman menggunakan Baby Wearing

Bismillah..

AMARAN: Entry ini panjang!

Sila baca sampai habis, jika anda tidak punya kesabaran sekarang, sila baca lain kali:) hihi

Berkenalan tentang "baby wearing" atau bahasa melayunya, mengendong atau mendokong anak dengan kain. Because, there are HEAVY, I tell you man.. It can be your dumbbell, Building muscle while carrying them. Memang aku salute la kalau mak-mak yang totally dokong anak pakai tangan je.. T_T.

What is baby wearing?  
Babywearing is the practice of wearing or carrying a baby in a sling or in another form of carrier. Babywearing has been practiced for centuries around the world. In the industrialized world, babywearing has gained popularity in recent decades. Part of the reason for this shift is due to the influence of advocates of attachment parenting. Babywearing is a form of baby transport which can be enjoyed for as long as mutually desired, often until toddlerhood and beyond 

Mula cari-cari tentang bende ni bila 2013, me and my husband had our tour to hong kong and macau for our International Herbalife training. Kebetulan waktu raya, jumpa cousin dan dia recommend untuk pakai "moby wrap". Bagus katanya.

So, beginilah rupa wrape tu.


Let me tell you.

Waktu ni Tengahari, Panas. Moby wrap ni dia panjang, nak kene lilit dekat badan. Tebal pulak tu. Emak dengan anak panas. Itulah senyuman paling manis aku boleh bagi. Fatiyyah pon nak tak nak je senyum. T_T.

Nak pakai dan tanggalkan agak susah untuk aku, I was like..... ARGHHHH.. huhu. Frust juga.. Tapi nak kene pakai juga sebab jalan kaki jauhhh.. Dan memang akan bergaduhlah dengan suami siapa nak kene dokong anak kalau tak pakai bende ni..haha.


I only have 2 pictures with this moby wrap. Ada je nengok orang lain pakai wrap macam cool je. But ,not for me ;) 

So, this is the first and the last, I use this. Lepas tu tersimpan je dalam almari.. 

Untill...........

I have this 10days internship training. Since I'm a full time breastfeeding mother, aku tak boleh tinggal anak 10 hari dekat rumah. Ya. 10 hari, dari 9 pagi sampai 6 petang punya training, duduk dalam hall macam dalam kuliah tu.

*Sila bayangkan.*

4 days dokong Hadi, and aku rasa nak give-up je training tu. Sebab tangan memang dah sakit sangat, sebab dokong Hadi manual. Walaupon waktu tu dia baru 5-6kg. Barulah nak cari-cari semula wrape sebelum ni yang disimpan sahaja and I have this creative Idea. Which, the "moby wrap" becoming, my "sling wrap". 

Tadaa......

this sling wrap is kind like safety boat to  me.

Alhandulillah, berjaya juga graduate dari NCIP training selama 10 hari. T_T

Ianya tidak berhenti disitu. Aku terus menggunakannya. Pergi wedding cousin, untill pak cik aku comment dah macam bibik Indonesia. I don't care lah whatever orang nak cakap. Yang dokongnya aku. hehe.


Kelemahan

Kelemahan bila pakai sling wrap ni, hanya one side sahaja, dan the weighing only distribute on one side, which make my shoulder painful.

Memang luar biasalah jadi mak-mak nikan, bukan sakit mengandung, sakit bersalin, sakit menyusu je nak kene tanggung, cerita pasal dokong dan sakit bahu dokong anak pon boleh berjela panjang ceritanya. So many painful to carry and face, but because of unconditional love, we carry on la kan. Rahmat dari Allah swt, alhamdulillah. Sayang semua ibu-ibu di luar sana ;) 

Kembali kepada sling wrape tadi. hihi. Jadi aku mencari solusi nak kan sesuatu yang nampak modern-simple and easy-going. Senang di pasang dan di tanggalkan. Selesa untuk si ibu dan anak.



Berkenalan dengan SSC!

So I have this one loyal customer, her name Kak Nyni, dia memang pro sangat bab-bab ni sampai buat gathering baby-wearing, so I text her.

"akak kenal tak siapa-siapa yang jual SSC second-hand"? (sampai sekarang tak ingat ssc tu stand for what.hehe)

Aku ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal, she offer her ssc with only RM130. Thank you kak, sampai sekarang saya guna, May Allah reward you Jannah :)

Since then.... Memang guna SSC "cuddle me".


Overseas trip again
Baru-baru ni aku terpaksa pergi sendiri tanpa suami ke Extravaganza Bangkok, Thailand untuk 5hari 4 malam for another Herbalife International training.

Alone.

Dari flight-naik taxi-angkat bagasi berat-checkin bilik. Alone , takde suami. Ada kawan, tapi tak sama kalau ada suami. Ada suami, kita boleh arahkan itu-ini. hahaha. Sorry abang ;) Bayangkan, dari tempat checkin baggange nak ke pintu penerbangan tu, bukan main jauhhhh lagi.

Tak boleh bayang kalau tak de ssc ni!


kalau tangkap gambar, its either Hadi tidur atau dia tengah menggamuk-gamuk. hehe


Sakit bahu tak? Still sakit juga, tapi kurang. Tambahan Hadi sekarang sudah 9kg tau. Kurang 1kg nak 10kg. 

Alhamdulillah, dapat focus training, dengan jaga anak. Nak tidurkan Hadi pon senang, bawa jalan-jalan dan lepastu dia boleh tidur. Tidur dia lebih lama kalau duduk dalam kendongan ni sebab baby rasa selamat dan "attach"  dengan ibu dia.


So, SSC is my 2nd best friend after husband;) You win my heart bebeh. Kemana mana aku pergi, memang 2nd bestfriend ni tak boleh tinggal, jika tidak, aku dan suami akan main oooo-som, siapa nak kene dokong baby.

And at the end, kalau aku menang pon, aku still kene dokong Hadi sebab dia nak kat aku je T_T. Jadi, ia juga bertanggungjawab kepada keamanan rumah tangga kami. haha.

Untuk maklumat lanjut tentang SSC anda boleh google je:


Kelebihan atau kekurangan "baby-wearing"

Ada sesetengah orang tak nak "asyik" dokong anak, kalau tak nanti tak boleh tinggal anak kalau nak kerje, atau anak asyik nak melekat dengan si ibu je. Well, lain orang lain pendapat dan situasi, I'm not judging anyone here ya.

Don't misunderstood. No one is right and wrong, everyone is different and special:)

For me, if that is the price that I need to pay for bonding with my baby. Which one day diorang ni nanti akan independent, tak payah dokong dah, I would pay for it. Because time fly very fast. And I only had this one chance.


Diorang takkan kecik balik dah lepas ni. This is my personal opinion that apply to me alone. haha.

Its okey kalau tak guna "baby-wearing" pon. Tak kisahlah apa cara dan gaya, yang penting ibu dan baby bahagia. Happy mother equal to happy family. haha :)



Sekian. terima kasih...




CABARAN KURUS 30HARI

#HERBALIFECOACH
SMS/WHATSAPP; 010-8945543




06 June 2015

Salam Ramadhan 1436Hijrah



Salam Ramadhan kareem.. Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan sambut bulan yang penuh barokah, bulan Ramadhan..

Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, yang terlihat atau yang tersembunyi. Semoga kita semua senantiasa dalam rahmat dan lindungan Allah swt.

Teruja!
Ini merupakan Ramadhan ke-5 kami dengan herbalife. Memang berbeza rasanya tenaga jika bersahur dengan nutrisi lengkap. Lebih bertenaga, penat tu mestilah ada, dah namanya puasa tukan menahan lapar dan dahaga. Tapi kita tak mepek la sampai ke petang nak tunggu waktu buka tu..

Tadaaa.............



Rasakan perbezaanya sendiri!

Perbezaan apa? Dari segi tenaga, masa dan jimat duit!:) Lazimnya resolusi pre-ramadhan kami:

1. Sahur dan berbuka dengan herbalife shake sepanjang ramadhan
2. Tidak pergi ke bazar Ramadhan.
    (sebab nak jaga nafsu nak makan yang membuak-buak tu)
3. EAT CLEAN! (this year!) *NEW


Bagaimana penyediannya?

Semudah ABC!:) Cewahh, kemain.. Iya, betul.. Percayalah....


atau




Selamat Mencuba! 



29 April 2015

Menyusukan bayi lelaki

Alhamdulillah Hadi sudah genab usianya 1 tahun 16.4.2015 yang lalu. Sudah berjalan. Tapi jalan-jalan jtuh. Sangat mint buku. Suara pon dah keluar bunyi macm-mcm. mumbling sorang-sorang:)


Rasa cepatnya masa berlalu dan aku, kurang lebih da lebih kurang 11bulan 3minggu lagi tempoh menyusukan Hadi. Rasa macam countdown pula. Belum habis masa tapi dh rasa rindu? Macam mana tu...

Tumbuh gigi awal

Fatiyyah dulu, satu tahun pertama memang heaven susukn dia sebab selepas satu tahun baru fatiyyah tumbuh gigi. hooray.. 


Tapi bila Hadi, umur 4 ke 5 bulan dia dah tumbuh gigi. Ibarat mimpi ngeri rasanya. Tapi nak buat macam mana? Hadap jela.. Waktu dia tergigit, rasa macam kene renjatan eletrik aku rasa, 

Ada tips, tekan hidung dia ,baby akan lepaskan kan? Tapi tak sempat nak tekan.T_T. huhu. 

Especially bila dia nak masukkan puting ke dalam mulut nak menyusu, dia akan "kaut" dengan gigi. haha. Bijak betul budak ni. So nak elakkan, aku masukkan terus dalam mulut dia.

Sakitnya kadang sampai 3 ke 4 hari. Ada yang sampai kene demam. Tapi aku setakat ni alhamdulillah, tak pernah demam disebabkan perkara ini.

Waktu malam

Bila ada anak, waktu malam memang TIDAK PERNAH untuk tidak terjaga dari tidur. ada waktu-waktunya Hadi nak sentiasa menyusu. waaahh... ni memang penat sebab kene mengiring je.

Setiap kali di bangun nak menyusu, mesti aku akan terjaga, amazing nya Allah bagi sensor mcam ni dekat ibu-ibu. Kalau la aku tidur style macam Abi dia yang tidur, haha. lapar sampai ke pagi la baby tuh!

90% msih lagi susu ibu

Walaupon Hadi dah boleh makan, makanan pepejal, tapi memang 90% aku masih susukan dia sahaja. Sebab, aku yakin dengan susu ibu. Kalau boleh keluar hukum bayi yang hanya menyusu susu ibunya sehingga usia 2 tahun, hukum najis kencingnya muhafafah. Maksudnya, boleh la tu! Aku berpegang pada ini. 

Terpulang la pada anda masing-masing:)

Anak lelaki memang lagi kuat menyusu berbanding anak perempuan. Waktu tahu yang aku sedang mengandng baby boy, memang rasa nervous. huhu. 

Nervous memikirkan ganas dia menyusu tu macam mana. hehe. Sekarang ni lagi la, menyusu gaya free style ^^". mulut menyusu, badan dah menonggeng-nonggeng. Bukan main lagi.

Sekian, itu je nak kongsi.

Terima kasih!:)






10 February 2015

Di Rumah Pak Cik Jalal

Bismillah..

Selepas dapat keputusan PMR yang agak baik, aku diterima masuk ke sebuah sekolah agak baik di Kuala Lumpur. Ketika nak mohon tu kononnya saja nak mohon sekolah jauh-jauh. Nak merantau niatnya.

 Kat sini lah tahu istilah "home sick". Padan muka. T_T

Nak di pendekkan cerita aku melanjutkan pelajaran tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur atau dikenali dengan Technical Institute of Kuala Lumpur (TIKL).

Bila masuk asrama ni culture shock la sebab sentiasa je rasa penat dan mengantuk dalam kelas. Lepas tu rasa lapar je nak makan. hehe.

*ke aku sorang je yang rasa macam tu?*

So, pembelajaran jadi kucar kacir la, rasa payah nak adapt dengan situasi dekat asrama ni.

Waktu form 4 ketika awal-awal masuk asrama aku satu dorm dengan seorang budak ni, namanya Naimah Bt. Abdul Jalal. Tapi dia tak lama sangat duduk asrama sebab lepas tu mohon jadi out sider sebab ada isu la dekat dorm tu. haha. Aku masih ingat lagi, ko ingat tak mah? :)

Disebabkan naimah dah jadi out sider, ibu selalu kirim duit, pos duit ke rumah Naimah untuk diberikan kepada aku. Sebab duduk asrama 3minggu sekali je boleh balik, rumah pon jauh la katakan kan.. Dari situ la jadi rapat dengan Naimah..

Naimah ni orangnya baik dan manis raut wajahnya.. ececeh.. ni betul, tak tipu.. So bila rapat ade sekali tu bila outing aku pon balik la , bertandang ke rumah Naimah di Kota cheras.. Pulak tu keluarga Naimah ni asalnya orang Johor, keturunan jawa.. waa..lagi boleh masuk la... Boleh geng la orang bandar kata..

Satu hari lepas balik dari tangkak, dari Station bus Pudu (waktu tu) aku jalan kaki nak masuk asrama, aku nanges tepi jalan, atau aku duduk nanges tepi jalan..

*tak berapa nak ingat la..*

tapi naimah nampak aku nanges la yang penting.. lepas tu.. pastu aku cakap la rasa tak boleh nak study la duduk dekat asrama ni.. hua hua hua.. nanges... hahaha.

Mungkin Naimah balik cerita dekat parents dia lepas tu jumpa aku offer aku duduk rumah dia, masa tu lagi 3 bulan sebelum SPM.

 I was very poor on my MATH, like SERIOUSLY tak suka MATH! pulak tu amik FIZIK, ADD MATH, memang its was like........ belajar tak faham apa-apa pon dekat kelas! 0_0.

Tapi Naimah very good in math, dia la yang ajar aku dan tak sangka pulak, aku boleh dapat A dalam matematik moden, add math memang sorry la.. haha. Terima Kasih Naimah!

Jutaan terima kasih kepada jasa, budi dan ihsan
daripada kalian sekeluarga. pak cik, mak cik, kak jiha, kak anis, abg ayip dan naimah :)


Ketika di rumah Pak Cik Jalal..

Haa, baru nak masuk topik, tadi tu intro je.. kemain panjang..

Jadinya, bila duduk rumah orang, maksudnya aku duduk di rumah orang yang tidak ada langsung pertalian darah dengan aku. Bukan ayah, bukan abang. Its totally stranger. Kata arabnya, "ajnabi", asing.. dan di sini aku belajar lebih tentang tutup aurat.

Sebelum kenal keluarga Naimah, kalau orang datang rumah, atau kita keluar ke laman rumah , depan rumah je nak buang sapah atau sapu sampah, jarang kita tutup aurat pakai tudung. Kan?

 Kalau nak keluar jalan jauh je baru kita tutup aurat. Sedangkan, tidak kira di mana sahaja, jika dalam rumah sekali pon tapi ade sekali orang asing, kita mesti tutup aurat.. ramai orang terlepas pandang akan hal ni.


Dengan adik ipar.

Abang ipar, suami kakak kita.

Pak cik yang di kahwini oleh mak saudara kita.

Adik beradik lelaki suami kita.

Dengan sepupu-sepupu lelaki kita.


Mereka semua lelaki asing yang boleh kita kahwini, Haram sementara. Jadi kita kene tutup aurat sempurna dengan mereka. Maksudnya kalau balik kampung memang 24hour dalam rumah kene pakai tudung.


Maksudnya kalau duduk satu rumah, keluar bilik kita je dah kene tutup aurat.

Maksudnya, kalau orang asing bertandang ke rumah kita kene tutup aurat sempurna.

Maksudnya kalau jejak ke beranda rumah je, pon nak kene tutup aurat sempurna.

Tutup aurat sempurna maksudnya baju lengan panjang, pakai tudung. bukan pakai baju lengan 3 suku, lepastu pakai tudung.


So, dekat rumah Naimah memang aku 24hour pakai tudung bila keluar je dari bilik aku. Since then, balik kampung memang 24hour pakai tudung je..

Contoh situasi yang lazimnya berlaku..

Duduk rumah dekat kampung, depan rumah pak cik, belakang rumah atok.. Jadinya senang sedara-mara nak access keluar masuk rumah, jadinya kene sentiasa tutup aurat jika mereka masuk..

Duduk dengan keluarga mertua, dimana kita ada adik beradik ipar lelaki, jadinya kene sentiasa tutup aurat..

Kawan-kawan suami datang rumah, atau ada orang bertandang ke rumah.. kita kene tutup aurat..

Penat? Jangan risau, dunia kan sementara.. Nanti, jika di izinkan Allah dan kita dapat masuk syurga (mudah-mudahan), dalam syurga kita tak payah pakai tudung dah.

                *******************************************************

Marilah kita perbaiki amal ibadah kita, semoga mendapat redho dari Allah swt dan dapat masuk ke syurgaNYA.

Semoga perkongsian tak seberapa ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.. ameen..







31 January 2015

Pengalaman Penyusuan Anak Sepenuhnya (full breastfeeding)


Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2015. Baru harini unblok blog selepas 7 bulan lamanya di private kan. Sorry untuk bahasa aku yang agak kucar kacir sikit. :)

Jadinya, nak kongsi sedikit pengalaman yang tak seberapa ni mengenai pengalaman menyusukan anak pertama dan anak kedua, semoga berguna buat ibu-ibu di luar sana. 



Impian setiap ibu-ibu.

Menyusukan anak sepenuhnya sudah pasti menjadi impian semua ibu-ibu atau bakal ibu.

Tapi, tanpa persediaan diri dengan ilmu pengetahuan seringkali membuatkan proses terbantut di tengah jalan,

Lagi parah, kalau si ibu terus putus harapan.


Pengalaman anak pertama.

Pengalaman anak pertama agak tragis aku rasa. Salah diri sendiri sebab tak prepared diri dengan knowledge.

Sewaktu melahirkan Fatiyyah, discharge dari hospital sebenarnya dalam keadaan baby belum kencing, kalau bersalin dekat hospital, hanya boleh dis charge bila baby dah berak dan kencing (pengetahuan buat yang belum pernah bersalin lagi).

Semalaman cuba susukan tapi air susu belum berapa banyak lagi.

Ada sikit-sikit.

Hari ke-2 baru la susu keluar banyak, selepas berurut. Bila dekat rumah, nenek Fatiyyah jadi panik, cucu tak kencing lagi.

Sepupu aku bagi nasihat "free", bagi la susu formula dulu buat sementara supaya dia kencing dan "kesian baby lapar". Kononnya lah.

Aku dengan "berat hati" dan memang risau pon termakan lah nasihat tu. Kalau ingat sampai sekarang memang geram tapi itulah pengajaran yang aku ambil.

Iaitu mempersiapkan diri betul-betul tentang ilmu penyusuan.

Ikutkan ibu aku dulu pon susu dia tak terus keluar.

Tapi bila kene dekat cucu, worried over take because there is no knowledge , menyebabkan tindakan memberi susu formula terjadi.

Sedangkan, yang sebenarnya perut seorang bayi hanya sebesar kacang pis je.

Maksudnya kecik.

Dan susu yang sedikit memang mencukupi untuk baby. Kalau baby nangis bukan semestinya dia lapar, kadang dia tak selesa, atau panas, atau nak kita borak dengan dia.

Proses penyusuan ibu dan anak kan aturan Allah.. Mesti Allah tahu keperluan baby tu...... Yang kita risau tak tentu pasal kenapa?

Grrrr..

Tapi..... aku tetap tak berputus asa untuk menyusukan Fatiyyah susu badan, after 5months alhamdulillah dapat sepenuhnya susu badan.

Sebab, tiap kali susukan badan rasa macam tak cukup baby kenyang. Yela, bila baby tu dah terbiasa di bagi banyak, dia nak banyak. Akhir sekali aku nekad, susu badan je.

Alhamdulillah, berjaya. walaupon kadang ibu suruh bagi susu formula, tapi aku buat tak tahu je.

Kita sendiri kenalah kuat. Dan kekuatan tu datang dari Allah.. so banyakkan lah berdoa :)

Dan ini bukan salah nenek, kita sendiri yang tak siapkan diri dengan ilmu pengetahuan.


Pengalaman penyusuan anak kedua.

Anak kedua memang aku bulatkan hati.

Sediakan diri siap-siap dengan ilmu.

Dan yang penting kita haruslah bersiap sedia dengan kemungkinan. Kemungkinan susu  keluar serta-merta, yang ni tak jadi masalah. Tapi kemungkinan susu tak terus keluar.

Bila aku baca-baca, rupanya ramai ibu-ibu kat luar sana tu yang macam aku! Maksudnya, yang menghadapi cabaran susu lambat keluar.

Dan ianya merupakan sesuatu yang NORMAL. Ada juga tips-tips orang dulu-dulu boleh try, tapi aku cuma urut sahaja.

Bila susu sikit, janganlah terus claims, susu jenis tak banyaklah, memang keturunan susu tak banyaklah. Dah kalau mind set fikir macam tu, memang la jadi macam tu!Grrrr...

*okey aku memang emosional sikit kalau cerita pasal ni*. haha.

Aku memang dulu malas membaca. Dan aku menyesal sebab malas membaca. Smart phone di hujung jari, tapu buka fb, twitter je.

Jangan jadi macam aku yang dulu ye korang-korang.

Patut zaman canggih, lagi senang kita nak access dengan ilmu!

Penyusuan anak kedua lebih lancar dan lebih confident. Alhamdulillah hadi dah nak masuk 10 bulan dan sepenuhnya susu badan. Alhamdulillah..

Doaku kepada ibu-ibu di luar sana semoga kalian kuat dan terus berjuang.


Tiada istilah sudah terlambat!:)

Berita baik, Its never too late to start. Gagal anak peetama? Kita cuba anak kedua. Atau kalau yang sudah ada empat ke lima orang anak, anak yang seterusnya:)

Untuk tips macam mana nak banyakkan susu, boleh search kat blog lain sebab takde tips sangat nak share dan tak berapa rajin nak explain. he he.

Cuma boleh kongsi sikit, mind set dan nutrisi lengkap amatlah baik untuk ibu-ibu.

Sekian.


FARIHA 1036

MASJID TANAH

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)