Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

03 May 2009

Aku Ingin MencintaiMU

Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri,
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa,
Entah mungkin karna ku terlena,
Sementara Engkau beri aku kesempatan,
Berulang kali agar aku kembali,

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU,
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU,

Aku ingin mencintaiMU,
Setulusnya,sebenar-benar aku cinta,
Dalam do'a, dalam ucapan, dalam setiap langkahku,
Aku ingin mendekatiMU selamanya,
Sehina apapun diriku,
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi...


bY: Edcoustic

Pertama-tamanya mendengar lagu ini,ingatkan untuk manusia tapi bila di amati liriknya rupanya kepada Allah.

Semua orang boleh menutur bicara, Aku Ingin mencintai Tuhanku. Tapi sekadar di pinggir bibir. Ayuh! Sama-sama tekadkan azam untuk mengenal Sang Pencipta.

ujian itu datang lagi..

DENGAN KUDRAT-NYA

Entah azam ini berorientasikan kepada kebendaan mungkin, maka bila ia hilang, semangat pun turut hilang? Astagfirullah al azim.

Kali ini destop ku rosak, power supply meletup and monitor sekali terbakar. Ganas tak fariha ni? Sebelom ni motherboard laptop rosak, sekarang destop pula menyusul. Ya Rabbi, Tuhan Yang Maha Mengetahui, Yang Maha halus terhadap hambaNYA. Sengaja mengujiku agar aku menjadi hamba yang sabar,agar aku kenal siapa kawan yang sanggup menghulurkan bantuan atau menghindari aku ketika aku kesusahan. Melatih aku untuk berjuang tak kira senang atau susah, tak kira sempit ongkosnya atau luas.

SubhanAllah.. Dia memberi "latihan" ysng lebih agar aku lebih kuat dalamannya. Lebih tegar dalam menghadapi dugaan yang mendatang. Aku kurang sifat sabar, jadi "extra test" Allah bagi supaya ampuh dalam meredah ranjau!

Alhamdulillah..alhamdulillah..

Ujian moga posisi niatku betol. Tepat. Semoga aku beroleh kekuatan..DariMu Ya Rabbi.
Ameen.

wallahualam

17 April 2009

tangisan hati

Sebak,
Kurasa sesak dadaku,
Kurasa amat-amat lemas,
Seolah tiada ruang untuk bernafas..

Ujian itu seringkali menjenggah,
Mengintai kekuatan Iman,
Melihat,keteguhan taqwa,
Menguji,sejauh mana ikhlas..

Ku cuba,
Pasakkan imanku didalam hati,
Moga resepannya sebati hingga ke akar umbi,
Segala kekuatan kupohon hanya pada illahi..

Segalanya sudah tertulis di atas sana,
Sama ada dia atau siapa,
Sudah di tentukan olehNYA,
Asaluka redho,al-huda..

Perjuangan ini pilihanku,
Ini hidupku,ini matiku,
Tiada siapa dapat menghalang,
Hanya Tuhan yang menetukan..

Moga aku thabat dalam perjuangan,
Takkan tergugat hanya dengan ujian yang mengusik jiwa,
Sementara Cuma..



16 April 2009

Da'ie..harus gimana?

AQIDAH DU’AT



بسم لله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه ومن تبعه باحسان الى يوم الدين , أما بعد


MUQADDIMAH

Aqidah adalah merupakan persoalan pokok bagi setiap manusia. Dalam konteks kerja yang kerdil ini kita akan membincangkan aqidah pendakwah selaku individu Muslim dan aqidah pendakwah selaku anggota Jamaah yang mempunyai pegangan tersendiri terhadap Jamaah yang didokongi. Pegangan dan keyakinan pendakwah terhadap Jamaah sudah tentu tidak terkeluar dari garis asal selaku Mukmin, maka di sini dibahagikan aqidah kepada dua skop iaitu Aqidah Islamiah selaku individu Muslim dan Aqidah Jamaiyyah selaku individu Muslim yang menganggotai Jamaah Muslimah.

PENGENALAN

Aqidah adalah perkataan yang berasal dari kalimah Arab yang diertikan dalam Bahasa Malaysia dengan makna simpulan.

Firman Allah s.w.t. :

ومن شر النفاثات فى العقد ( الفلق : 4 )

Adapun pengertian aqidah pada syara’ ialah suatu pegangan yang sebati terhadap sesuatu perkara yang berada dalam sanubari manusia dan ianya menguasai sanubari tersebut dan juga tindakannya bahkan ianya membawa kepada pengorbanan demi untuk mempertahankan aqidah tersebut .


AQIDAH ISLAMIAH

Pendakwah selaku Muslim yang beriman mereka mestilah berpegang kepada Aqidah Islamiah yang hakiki iaitu Aqidah yang dianuti oleh para Rasul dan menjadi dasar kepada Ubudiyyah mereka dalam mengesakan Allah Taala.

Firman Allah s.w.t. :

أمن الرسول بما أنزل اليه والمؤمنون كل أمن بالله والملآئكته وكتبه ورسله لا نفرق بين احد من رسله وقالوا سمعنا واطعنا غفرانك ربنا واليك المصير ( البقرة : 285 )


Aqidah Islamiah adalah sangat luas skop perbicaraannya, antara persoalan pokoknya ialah :

1. BERIMAN KEPADA ALLAH

Beriman kepada Allah bererti, pendakwah mestilah beriman kepada Allah dengan keimanan yang sebenar dengan segala apa yang bersangkut dengan Allah Taala sama ada zatNya, sifatNya dan nama-namaNya. Pendakwah juga mestilah menjauhkan diri dari segala bentuk penyekutuan kepada Allah sama ada dalam bentuk terang-terangan ataupun sebaliknya. Kerana syirik adalah sebesar-besar maksiat di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t. :

ان الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء ومن يشرك بالله فقد افترى اثما عظيما ( النساء :48 )

Keimanan ini mestilah sentiasa teguh di dalam hati pendakwah dan tidak boleh digugat oleh mana-mana anasir sekalipun.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

عن أبى عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبدالله رضى الله عنه قال : قلت يا رسول الله قل لى فى الاسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك. قال : قل آمنت بالله ثم استقم.
رواه مسلم))


PEMBAHAGIAN SYIRIK

i. Syirik yang bersangkutan dengan zat Allah dan sifatNya seperti yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasara yang menyatakan bahawa Uzair dan Al-Masih itu anak Allah.
Firman Allah s.w.t. :

وقالت اليهود عزير ابن الله وفالت النصارى المسيح ابن الله ( التوبة : 30 )

Selaku pendakwah mereka mestilah menyucikan Allah dari segala bentuk syirik dan menolak golongan syirik di sepanjang zaman. Mereka mestilah meyatakan betapa besarnya jenayah yang dilakukan oleh golongan syirik serta bebal dan hinanya mereka dan betapa tidak layaknya golongan ini dijadikan sebagai rakan dan taulan.

ii. Syirik Rububiyyah iaitu dengan menyandarkan hak penciptaan dan pentadbiran kepada yang lain dari Allah atau pun mengambil okum-hakam yang lain dari Allah.
Firman Allah s.w.t. :

اتخذوا احبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله والمسيح ابن مريم وما أمروا الا ليعبدوا الله الها واحدا لا اله الا هو سبحانه عما يشركون ( التوبة : 31 )

iii. Syirik yang bersangkutan dengan Uluhiyyah dan Ibadah iaitu dengan menghalakan ibadah atau doa kepada yang lain dari Allah, atau meyakini adanya makhluk yang boleh mendatangkan mudarat dan manfaat selain dari Allah2.
Sabda Rasulullah s.a.w. :

واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك الا بشيء قد كتبه الله لك وان اجتمعت على أن يضروك بشيء لم يضروك ال بشيء قد كتبه الله عليك رفعت الأقلام وجفت الصحف.
(رواه الترمذى وقال حديث حسن صحيح)

2. BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Pendakwah mestilah yakin dengan adanya makhluk yang dinamakan malaikat serta beriman dengan sifat-sifatnya dan tugas-tugas yang dilakukan olehnya.

3. BERIMAN KEPADA KITAB
Pendakwah mestilah beriman kepada semua kitab-kitab yang diturunkan secara “ijmali” dan kepada Al-Quran secara “tafsili”.

4. BERIMAN KEPADA RASUL
Pendakwah mestilah beriman kepada rasul secara “ijmali” dan “tafsili”. Seterusnya pendakwah mestilah mempercayai kebenaran mereka, kebersihan dari dosa, bijaksana dan mereka telah menyampaikan risalah Allah.

5. BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
Pendakwah mestilah yakin kepada hari kiamat dan alamat-alamatnya. Beriman kepada hari kiamat juga meliputi beriman kepada alam barzakh, tiupan sangkakala, syurga, neraka, dan seumpamanya seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran3.

6. BERIMAN KEPADA QADHA’ BAIK DAN BURUK
Pendakwah mestilah yakin dan redha kepada apa saja ketentuan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sama ada ianya baik atau sebaliknya.

HASIL IMAN

Hasil daripada keimanan adalah amat banyak. Maka apabila seorang pendakwah telah mencapai keimanan yang sempurna maka terhasillah kepada keistimewaan-keistimewaan tersebut antaranya :

a.Mendapat kebajikan yang sebenar.
Firman Allah s.w.t. :

ليس البرأن تولوا وجوهكم قبل المشرق والمغرب ولكن البر من آمن بالله واليوم الآخر والملآئكة والكتاب والنبيين (البقرة : 177 )

b.Redha dengan ketetapan Allah dan Rasulullah.
Firman Allah s.w.t. :

فلا وربك لا يؤنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدون فى أنفسهم حرجا مما قضيت ويسلموا تسليما ( النساء : 65 )


c.berjuang pada jalan Allah.
Firman Allah s.w.t

الذين آمنوا يقاتلون فى سبيل الله والذين كفروا يتاتلون فى سبيل الطاغوت فقاتلوا أولياء الشيطان ان كيد الشيطان كان ضعيفا ( النساء : 76 )


AQIDAH JAMAIYYAH

Aqidah Jamaiyyah yang dimaksudkan di sini ialah pegangan yang perlu ada bagi setiap ahli Jamaah terhadap Jamaah yang mereka dokong dan ianya tidak terkeluar dari garis keimanan kerana berjamaah itu sendiri adalah tuntutan iman. Iman seperti yang dimaklumi terbahagi kepada 70 bahagian yang utamanya ialah kalimah Syahadah dan yang terkecilnya membuang perkara yang menyakiti di tengah jalan. Dari sini dapatlah kita memahami bahawa skop iman itu terlalu luas. Apabila kita menyebut tentang aqidah dalam berjamaah, maka ianya tidak dapat tidak adanya di sana aqidah atau pun pegangan bagi setiap Jamaah bagi membezakannya dengan Jamaah yang lain. Di sana juga adanya aqidah atau pun pegangan yang khusus bagi ahli satu-satu Jamaah yang membezakannya dengan ahli jamaah-jamaah yang lain. Perlulah kita fahami bahawa di sana mestilah pendokong Jamaah Islam meyakini dengan jamaah yang mereka dokongi dan juga prinsip-prinsip yang dipegangi oleh jamaah tersebut. Di antara keyakinan yang perlu ada bagi setiap ahli Jamaah Islam terhadap Jamaah Islam ialah :

1. MENYAKINI KEBENARAN JAMAAH ISLAM

Setiap pendokong Jamaah Islam mestilah meyakini bahawa Jamaah Islam adalah satu-satunya Jamaah yang benar maka adapun Jamaah yang memusuhi Islam mereka adalah pendokong kesesatan yang mesti diselamatkan. Mereka juga mestilah meyakini bahawa berjuang dalan Jamaah islam adalah tuntutan llahi dan mendapat ganjaran di sisiNya walau sekecil mana sekalipun sumbangan yang mereka berikan, dan ianya akan dihitung oleh Allah. Adapun mengkhianati Jamaah Islam dalam apa jua bentuk sekalipun adalah maksiat. Antara dalil yang menyatakan kebenaran Jamaah Islam dan kewajipan menyertai ialah :

i. Hadith Huzaifah yang masyhur :

تلزموا جماعة المسلين وامامهم
( متفق عليه )
ii. Hadith Ibnu Abbas :

من رأى من أميره شيئا يكرهه فليصبر عليه فانه من فارق الجماعة شبرا فمات الا مات ميتة جاهلية
( متفق عليه)

2. MENYAKINI PRINSIP-PRINSIP JAMAAH

Selaku pendokong Jamaah, kita mestilah meyakini dengan prinsip Jamaah yang kita dokongi selama mana ianya tidak bercanggah dengan syara’ dan kitabullah bahkan wajib kita mematuhinya. Di sini tidak bererti berlakunya taqlid buta dan pembentukan pemikiran yang jumud bahkan kita dituntut untuk nasihat-menasihati antara satu sama lain. Di antara prinsip-prinsip ialah :

i. Syura

Syura adalah merupakan prinsip Jamaah yang perlu dipatuhi dan diyakini, maka apabila syura memutuskan satu-satu perkara yang tidak ada padanya Nas dan ianya mengikut kaedah syura yang betul maka wajiblah anggota Jamaah mematuhinya.

Firman Allah s.w.t. :

وشاورهم فى ألأمر فاذا عزمت فتوكل على الله ان الله يحب المتوكلين (آل عمران : 159 )

Selaku pendokong Jaaah mereka mestilah mematuhi serta meyakini bahawa keputuasan yang dibuat melalui syura yang betul akan mendapat pertolongan dari Allah.

ii. Ketaatan

Di antara prinsip Jamaah ialah ketaatan, maka wajib kepada anggota Jamaah memberi ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Jamaah dan pemimpin-pemimpin di dalam Jamaah bahkan ketaatan itu menggambarkan keimanan mereka kepada Allah s.w.t..

Firman Allah s.w.t. :

يآيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم فان تنازعتم فى شيء فردوه الى الله والرسول ان كنتم تؤمنون بالله واليوم الأخر ذلك خير واحسن تأويلا
(النساء ك 59 )

Saidina Abu bakar pula pernah berkata : “ Taatlah kepadaku selama mana aku taat kepada Allah dan Rasul”. Umar Al-Khattab pernah berkata “Tidak ada Islam melainkan dalam Jamaah, tiada Jamaah melainkan dengan adanya kepimpinan dan tiada kepimpinan melainkan dengan adanya ketaatan”.

iii. At-Ta’awun

Di antara prinsip Jamaah yang jelas ialah tolong-menolong, maka selaku anggota Jamaah mereka mestilah yakin dengan prinsip ini dan menjadikan ianya sebati dalam diri mereka. Mereka janganlah menjadikan diri mereka orang yang mementingkan diri sendiri dengan mengenepikan prinsip tolong-menolong. Dengan wujudnya tolong-menolong maka semakin kuatlah ukhuwwah di kalangan anggota Jamaah dan bertambahnya kekuatan Jamaah yang menggerunkan .

Fiman Allah s.w.t. :

ياايها الذين آمنوا اطيعوا الله والرسول واولى الا مر منكم (المائدة : 2 )

Apabila ahli Jamaah benar-benar meyakini dengan prinsip Jamaah maka keyakinan yang disertakan dengan kerja yang bersungguh-sungguh akan menjadikan Jamaah benar-benar berfungsi dan semakin mantap, maka janji Allah akan semakin terserlah sama ada di dunia atau pun di akhirat.

3.KEYAKINAN TERHADAP MATLAMAT JAMAAH

Pendokong Jamaah juga msetilah meyakini terhadap matlamat Jamaah Islam yang mereka dokongi kerana dengan keyakinan ini menjadikan mereka bersungguh-sungguh untuk menuju ke arah matlamat tersebut. Dengan keyakinan yang ada, kerja-kerja Jamaah bukanlah dianggap sebagai main-main dan matlamat yang hendak dituju
oleh Jamaah bukanlah khayalan dan teori semata-mata. Mereka mestilah meyakini bahawa matlamat Jamaah adalah benar dan suci dan ianya akan diredhai oleh Allah SWT.

Bolehlah kita bahagikan matlamat Jamaah kepada dua :

i. Matlamat khusus
- Mewujudkan individu Muslim dan mengembalikan keperibadian Mualim yang telah luput.
- Mewujudkan keluarga Muslim dan mengembalikan sifat-sifatnya yang sebenar.
- Melahirkan masyarakat Muslim yang akan menjadikan Islam sebagai manhaj dakwah dan cara hidup sehingga manusia dapat melihat Islam dalam gambaran yang jelas.
- Menyatukan umat Islam demi menghadapai serangan kuffardan nifaq.

ii. Matlamat umum
- Menjadikan manusia meyembah Allah Tuhan yang Esa sesuai dengan firmanNya :

وما خلقت الجن والانس الا ليعبدون (الذاريات : 56 )

Mengetuai gerak kerja amar ma’ruf annahi mungkar seperti firman Allah s.w.t.

كنتم خير امة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله
(آل عمران : 110 )

- Menyampaikan Islam kepada umat manusia seluruhnya. Ini adalah tugas para Rasul dan tugas Jamaah Muslimin selaku mereka menjadi saksi kepada umat seluruhnya dan Rasul menjadi saksi ke atas mereka. Firman Allah s.w.t. :

وكذلك جعلناكم أمة وسطا لتكونوا شهداء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيدا ( البقرة : 143 )

- Menghilangkan egala fitnah yang terdapat di muka bumi ini. Firman Allah s.w.t. :

وقاتلوهم حتى لا تكون فتنه ويكون الدين كله لله فان انتهوا فان الله بما يعملون بصير
( الأنفال : 39 )

- Pembukaan Rom. Di antara hadaf Jamaah Muslim yang mesti dilaksanakan ialah membuka kota Rom seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam sabdanya :

عن أبى قبيل قال: كنا عند عبد الله بن عمرو بن العتص وسئل عن أى المدينتين تفتح أولا قسطنطنية أو رومية فدعى عبد الله بصندوق له خلق قال : فأخرج منه كتابا قال : فقال عبد الله بينما نحن حول رسول الله صلى الله عليه وسلم نكتب اذ سئل رسول الله صلى الله عليه وسلم أى المدينتين تفتح أولا قسطنطنية او رومية فقا ل رسول الله صلى الله عليه وسلم مدينة هر قل تفتح اولا يعنى قسطنطنية

( أخرجه احمد والدارمي وصححه الحاكم )

- Memerangi semua manusia sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah . Sabda Rasulullah s.a.w. :

أمرت أن أقاتل الناسحتى يشهدوا ألا اله الا الله وأن محمدا رسول الله ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة فاذا فعلوا ذلك عصموا منى دماءهم وأموالهم الا بحق الاسلام وحسابهم على الله
( أجرجه الشيخان ) (1)


HASIL DARIPADA AQIDAH JAMAIYYAH

1. Melahirkan anggota jamaah yang benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab mereka dan sanggup bekerja untuk jamaah dan berkorban di waktu senang ataupun sebaliknya .
2. Dapat mewujudkan sebuah jamaah yang begitu mantap dan jitu yang dapat menangani segala permasalahan dan mehnah serta tidak boleh diganggu oleh mana-mana anasir.
3. Dalam masa yang singkat tersinggkap janji Allah seperti yang dijanjikan. Firman Allah s.w.t.

وعد الله الذين آمنوا منكم وعملوا الصالحات ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذى ارتضى لهم وليبد لنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدوننى لايشركون بى شيئا ومن كفر بعد ذلك فأولئك هم الفاسقون ( النور : 55 )

Jika semua ahli Jamaah meyakini dengan aqidah yang dianuti oleh Jamaah dengan sebenar-benarnya maka segalanya akan menjadi mudah dan keredhaan Allah yang dicari-cari akan terserlah dengan lebih jelas.

SYUBHAT TERHADAP AQIDAH SERTA PENAFIAANNYA

Aqidah Islam adalah merupakan aqidah yang benar lagi suci dan ianya lebih jelas dari sinar mentari, tetapi menjadi sunnah Ilahi di sana adanya golongan yang cuba mempertikaikannya. Firmam Allah s.w.t. :


يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكافرون ( الصف : 8 )


1. Syubhat terhadap Rububiyyatullah

Di sana lahirnya golongan sekular dan ideologi manusia yang lain yang menafikan hukum Allah dan kesesuaiannya di zaman ini tetapi sekarang telah jelas bahawa semua ujikaji yang dibuat oleh manusia bahawa tiada satupun peraturan yang dapat menyelamatkan manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat melainkan hukum Allah, Cuma yang menjadi permasalahan kepada umat Islam ialah syirik ini tidak dinamakan dengan syirik tetapi dilabelkan dengan nama yang mengelirukan umat Islam.

2. Syubhat terhadap aqidah Jamaiyyah dan Amal Jamaie

Di sana terdapatnya golongan yang bukan saja menolak pegangan yang dianuti oleh sesebuah Jamaah Islam yang tidak bercanggah dengan Islam bahkan mereka menolak amal jamaie itu sendiri. Perkara ini banyak berlaku sama ada ianya secara terang-terangan ataupun tanpa disedari. Adapun yang berlaku secara terang-terangan seperti yang berlaku kepada setengah individu yang mengasingkan diri dari kelompok masyarakat ramai dan ia berpendapat bahawa Islam itu hanyalah ibadah yang fardhu saja dan untuk menegakkan kebenaran tidak perlu kepada jamaah bahkan individu mampu untuk melakukan perkara tersebut jika sekiranya semua individu mempunyai kesedaran Islam maka amal jamaie akan terlaksana dengan sendirinya.

Adapun golongan yang kedua pula, mereka ini tidak menolak kewajipan amal jamaie, tetapi dari tindakan yang mreka lakukan tanpa disedari ianya menampakkan bahawa mereka juga menolak kewajipan amal jamaie. Sebagai contohnya apabila mereka diberi tugas atau diminta bekerja dalam amal jamaie mereka menolak dan mendatangkan berbagai-bagai alasan. Inilah golongan yang mendatangkan syubhat terhadap aqidah berjamaah dan amal jamaie itu sendiri. Adapun golongan pertama lebih dikhuatiri daripada golongan kedua yang mungkin mereka akan menyedari akan kesilapan mereka apabila diberi nasihat. Untuk menjawab syubhat dari golongan ini maka ianya telah jelas kepada kita semua tentang kewajipan amal jamaie dan tuntutannya.

SOROTAN DARI GENERASI AQIDAH MITHALIYYAH

Dari batang tubuh Rasullullah SAW tergambar kepada kita seorang Rijallul Aqidah yang mana aqidahnya terpancar ke segenap anggota tubuhnya bahkan ke seluruh alam. Firman Allah s.w.t.:

لقد كان لكم فى رسول الله اسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا
( الأحزاب : 21 )

Begitu juga dengan para sahabat, aqidah yang ada dalam diri mereka menggerakkan anggota mereka menjadikan mereka generasi contoh. Kefahaman dan keimanan terhadap Jamaah yang mereka dokong menjadikan Jamaah yang mereka dokong adalah Jamaah contoh yang tidak pernah lahir Jamaah seperti itu sebelum dan sesudahnya. Mereka adalah generasi aqidah yang unik. Aqidah seperti inilah yang mesti ada bagi setiap individu pendakwah sama ada aqidah mereka selaku Mukmin mahupun yang merangkumi aqidah mereka selaku pendokong Jamaah Islam.

PENUTUP

Semoga segala yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT Jika terdapat salah dan silap harap perbetulkan.

والله أعلم ولله الحمد

15 OGOS 1993

Rujukan :

*Al-Quran
*Hadith 40 Nawawi
*Tahlil Wa Takmil Al- Iqtisad Fil I’tikqad – Dr. Qandil Mohamad Qandil
*At-Toriq ila jama’atil muslimin- Husin bin Muhsin bin Ali Jaber
*Al- Islam – Said Hawa
*Al-amal Al-Jamaie Mahasinuha Wa Jawanibul Naqsi Fihi- Dr Abdul Wahab Ad-Dailami

p/s: copyright.

cintaKU..padamu..Rasulullah~

Tak kenal maka tak TAHU.. Tak tahu maka tak CINTA.. Tak cinta maka tak SETIA..


Dalam sebuah syair dituturkan:

Yang harus kita maklumi,
beliau hanyalah seorang manusia biasa.
Di samping beliau adalah hamba Allah yang terbaik.
Allah mengistimewakan beliau dengan stempel putih kenabian.
Bagaikan cahaya yang terang bersinar.
Allah menyertakan nama beliau dengan asma-Nya.
Saat muadzin mengumandangkan adzan lima kali sehari semalam dengan bersyahadat.
Hingga nama beliau dipetik dari nama-Nya sebagai penghormatan.
Allah Subhannahu wa Ta'ala pemilik `Arsy adalah Yang Maha Terpuji,
Sementara beliau adalah yang terpuji.


Meskipun kita tidak sempat menyaksikan beliau Shalallaahu alaihi wasalam secara langsung di dunia, karena terpisah ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam dalam sabdanya:

"Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!" Para sahabat Shalallaahu alaihi wasalam berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam menjawab, "Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul." "Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?" tanya sahabat. Beliau Shalallaahu alaihi wasalam menjawab, "Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepala dan kakinya di antara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?" "Tentu saja wahai Rasulullah!" jawab mereka. "Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan air wudhu'. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga (Al-Kautsar)!" jawab beliau." (HR. Muslim)

Saya memohon kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala semoga kita semua tergolong orang-orang yang mengikuti jejak beliau Shalallaahu alaihi wasalam dan meneladani kehidupan beliau serta menapaki sunnah-nya. Saya juga memohon kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala semoga Dia Shalallaahu alaihi wasalam mengumpulkan kita bersama beliau di Surga `Aden. Dan semoga Allah Subhannahu wa Ta' ala memberikan pahala yang sempurna bagi beliau Shalallaahu alaihi wasalam sebagai balasan atas seluruh yang telah beliau persembahkan. Shalawat dan salam semoga tercurah atas beliau, segenap keluarga serta sahabat.



KUNJUNGAN ISTIMEWA

Marilah kita telusuri kembali kurun yang telah ber-lalu. Membuka lembaran-lembaran masa silam. Membaca dan memperhatikan dengan seksama kisah-kisahnya. Kita akan mengadakan kunjungan istimewa, mengunjungi Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam di rumah beliau melalui untaian kata dan kalimat. Singgah di rumah beliau barang sehari saja. Melihat-lihat keadaan rumah beliau serta beberapa kisah tentangnya. Guna mengambil pelajaran dan ibrah yang akan menjadi pelita dalam amal perbuatan kita.

Seiring dengan pesatnya kemajuan ilmu pengetahuan akhir-akhir ini, literatur-literatur yang dibaca kaum muslimin pun semakin banyak. Mereka dengan mudah dapat mengunjungi Timur dan Barat melalui buku-buku dan tulisan-tulisan, melalui film-film dan berbagai referensi lainnya. Padahal, sebenarnya kita lebih berhak mengada-kan kunjungan syar'i ke rumah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam daripada mereka. Untuk melihat keadaannya, kemudian bersungguh-sungguh meneladani apa yang kita lihat dan dengar tentangnya. Namun disebabkan terbatasnya kesempatan, kita hanya menyorot beberapa keutamaan di rumah beliau Shalallaahu alaihi wasalam, mudah-mudahan kita dapat mendidik diri kita untuk dapat menerapkannya di rumah masing-masing.

Wahai saudaraku seiman ….

Tujuan kita membuka lembaran masa silam bukan-lah hanya untuk menikmati atau melihat-lihat kisah-kisah yang sudah berlalu. Namun tujuan kita yang hakiki adalah menjadikannya sebagai wasilah untuk beribadah kepada Allah Subhannahu wa Ta'ala. Dengan membaca sirah (sejarah hidup) Nabi Shalallaahu alaihi wasalam diharapkan kita dapat mengikuti sunnah beliau dan berjalan di atas manhaj (pedoman) beliau. Sebagai bentuk ketaatan kita kepada perintah Allah Subhanahu Wa ta`ala yaitu kewajiban mencintai Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam. Di antara tanda-tanda kecintaan kepada Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam ialah mentaati perintah beliau dan menjauhi segala yang dilarang dan dibencinya. Serta menjadikan beliau sebagai teladan dan anutan.


Mengenai hal itu Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman,
"Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Ali Imran: 31)

Dalam ayat lain Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman,
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab: 21)


Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam sendiri menegaskan bahwa mencintai beliau termasuk salah satu sebab mendapatkan manisnya iman. Beliau Shalallaahu alaihi wasalam bersabda,

"Ada tiga perkara, bila terkumpul pada diri seseorang, ia pasti mendapatkan manisnya iman; hendaklah Allah Ta'ala; dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya." (Muttafaq `alaih)

Dalam hadits lain beliau Shalallaahu alaihi wasalam bersabda,

"Demi Dzat yang jiwaku berada di Tangan-Nya, tidak akan sempurna keimanan seseorang hingga ia menjadi-kan aku yang lebih dicintainya daripada orangtua dan anaknya sendiri." (HR. Muslim)

Sirah Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam adalah sirah yang sangat menakjubkan. Banyak sekali pelajaran yang dapat kita petik dan petunjuk yang dapat kita teladani darinya.


Makin aku jatuh Cinta!

wallahualam..(^_^)..

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)