Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

12 July 2020

Keperluan Minum Air Yang Secukupnya Ketika Diet #tipskurus

Antara perkara terpenting ketika anda sedang menurunkan berat badan adalah pastikan anda minum air secukupnya.

 Air adalah komponen penting di dalam tubuh badan manusia, 60-70% kandungan badan manusia terdiri adalah molekul  air. 



Berapa literkah keperluan harian untuk minum air?

Ada berbeza pendapat tentang berapa banyak intake air harian untuk di minum. Antaranya formula setiap 25kg badan perlukan 1 liter air. 

Berdasarkan pengalaman saya coaching selama 9 tahun (since 2011) jumlah intake air yang optimum untuk melancarkan proses penurunan berat badan adalah 4 ke 6 liter sehari. 

Biasakan diri minum 4 liter sehari tetapi anda tidak perlu memaksa diri untuk minum air 6 liter sehari melainkan anda memang berasa dahaga. 


Air putih tidak mengandungi sebarang kalori. Jadi minum air putih sehingga 4 liter tidak akan membuatkan badan anda menyimpan lemak. 

Malahan ianya akan membantu proses detox, iaitu racun atau bahan radikal bebas untuk keluar dari badan. Air juga merupakan perantara terpenting untuk lemak keluar dari badan melalui sistem perkumuhan.

Kekurangan pengambilan air akan menyebabkan proses perkumuhan juga tidak dapat berjalan dengan lancar.


Air Sejuk atau minuman ais punca gemuk?
Betul, saya setuju. 

Minum air sejuk atau minuman yang berais akan menyebabkan anda naik berat badan jika air yang anda minum adalah air yang mangandungi gula.

Gula mengandungi kalori, kemana gula pergi bersamanya ada kalori bersamanya. 1 sudu gula mengandungi lebih kurang 80kalori. 80 kalori bersamaan dengan sebiji epal bersaiz sederhana. 

Perbezaan kalori dan saiz fizikal yang sangat berbeza.

Bukan sahaja berbeza dari sudut fizikal, bila ianya masuk ke dalam badan, ia juga memberi kesan berbeza dari sudut cara ia di hadamkan dan hormon yang terlibat ketika proses menghadamkan makanan.

Saya akan berkongsi dengan lebih mendalam berkenaan topik gula di entry yang lain. 


Sebenarnya, dengan minum air sejuk ia bukannya menyebabkan anda naik berat badan, sebaliknya anda ia menaikkan metabolisma badan.

 Ini kerana apabila air sejuk masuk ke dalam badan, badan perlu menyesuaikan suhu sejuk kepada suhu badan dan proses ini menggunakan "tenaga" yang ada di dalam badan. 

Bila tenaga perlu di gunakan, itulah metabolisma.


Manfaat minum air putih.

Berita baik untuk anda yang mula mengamalkan minum air putih, adalah:

1. Kerap ke tandas untuk kencing.
2. Badan berasa lebih segar.
3. Berat badan lebih mudah untuk turun.
4. Kulit akan jadi lebih bersinar, tidak kusam.
5. Proses perkumuhan akan berjalan lebih lancar.
6. Elakkan dari masalah sembelit.
7. Membantu badan untuk nyah toksin.


Selamat mencuba! 

 
Join Channel Telegram>> Coach Fariha Saibani
untuk dapatkan tips kurus dan pemakanan seimbang.  
 








No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)