Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

08 August 2013

Aidilfitri; Kembali Kepada Fitrah

Salam.

Kita kembali kepada fitrah. Fitrah manusia sebenarnya berada pada kedudukan suka meminta maaf. Kerana manusia selalu alpa dan seringkali melakukan kesalahan. Sebab itu Allah jadikan perasaan untuk sedia meminta maaf itu fitrah. Cuma ego dan nafsu amarah yang jika kita tidak kendali dengan betul akan menutup fitrah yang Allah swt kurniakan kepada kita. Alangkah ruginya kita sebagai manusia jika membiarkan ega dan nafsu amarah sebagai batu penghalang.




Buat salah dengan Allah swt, Allah itu lagi Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Buat salah dengan manusia?



Di kesempatan ini saya memohon maaf kepada semua yang mengenali diri. Maafkan saya, kerana jika anda ingin mencari kesalahan saya terlalu banyak, insyaAllah akan diperbaiki supaya boleh menjadi manusia yang dapat memberi banyak manfaat kepada manusia yang lain. Akhir kata dari saya.



Semoga Allah swt mengampunkan dosa2ku juga dosa2 kalian. Jadilah orang yang pemaaf supaya orang lain mudah memaafkan diri kita. Wallahua'lam :)

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)