Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

15 November 2012

What stop YOU from getting MARRIED?

Salam..

Okey topik ini "What stop YOU from getting MARRIED" is a very HEAVY topik kepada siapa yang memang nak sangat kahwin. Basically tajuk ni di tujukan kepada yang dah bercouple-couple ni pastu tak kahwin-kahwin. Bukan kepada yang masih mencari pasangan nak kahwin, maksudnya nak kahwin tapi calon tak ada, itu lain cerita.


Kahwin vs ber"couple".

Aku jumpa sangat ramaaaai orang yang ber"couple" ni tak meletakkan matlamat berkahwin secara serious. Begins with the end in mind. Tak tahu hala tuju hubungan nak END bila? Saja cintan-cintan dengan anak orang. Okey aku taknak ulas panjang lebar sangat tentang bende ni. 

Aku nak share beberapa perkara yang POPULAR menjadi HALANGAN kepada mereka ANAK MUDA terutamanya ni yang buat mereka tak kahwin-kahwin lagi.


MATLAMAT TAK JELAS
Begins with the end in mind ni maksudnya memang dah letak target dan tarikh dan jumpa parents bakal isteri menyatakan nak kahwin bila. Dah buat? ni selalu couple muda-muda tapi bila tanya kahwin langsung muka tak nampak serious pastu tak jelas langsung macam mana nak kearah kahwin, so apa matlamat couple tu konon? Okey, aku maybe nampak cool tapi serious rasa macam nak penyepak je kalau di tanya soalan ni budak tu jawab "tak tahu lagi la". Dalam hati membara je, pastu sibuk berkepit kesana kemari. kann..

Matlamat jelas maksudnya there is something that you are doing that leads to married. 

"couple" lama-lama ni tak elok kot. Haih. Okey, aku takkan ulas kat sini pasal dosa pahala orang bercouple pastu dating berdua sana-sini. Boleh cari maklumat di tempat lain, lagi pon korang dah besar kan? Mesti faham. 


TAKOT "COMMITMENT" 
Aku nak kahwin tapi takotla fikir nanti nak sewa rumah macam mana. Aduh fikir wedding ni nak kene belanja semua dekat RM20K keatas. Aduh takotla.

Takotla wey kereta pon tak ada lagi ni, nak kahwin macam mana? Income pon macam tak stabil lagi.

Kalau lelaki takot nak menyara anak orang, yang perempuan takot belanja kahwin tak cukup. TAKOT TAKOT tak habis-habis. Allah kan maha kaya, mintalah kat Allah. Tapi kene kurangkan maksiat baru doa makbul, atau jom buat solat sunat taubat. Kita manusia yang tak lepas buat dosa.

So, stop from scared of commitment kalau serious nak kahwin.

Ko serious ke tak ni? Kalau serious kenapa dok cakap takot-takot? Aku kurang sabar kalau orang bagi alasan macam ni.-_-".

pesanan dari penaja.huhu

MASALAH KEWANGAN
Ini merupakan cabaran utama anak muda zaman sekarang. Tahniah kepada yang mencari solusi seperti menjana extra income dengan kerja part time atau buat business sampingan TERUTAMA sekali yang masih menuntut. 

Sangat ramai yang ber"couple" time belajar lepas tu nak tunggu habis degree, nak cari kerja, nak beli kereta target lagi 4 ke 6 tahun lagi baru nak kahwin sebab nak tunggu semua "stable" baru boleh nak kahwin. 

Tak takot pulak dosa couple lama-lama tu. *dush*

Jangan jadikan ini sebagai ALASAN TERKUKUH untuk tidak kahwin, anda manusia yang Allah kurniakan aqal fikiran dan kudrat untuk berusaha, YOU DECIDE FOR YOURSELF not your circumstances decide for you. Faham ke? *garang ni, huhu*

Kalau kami OBVIOUSLY la kan kami buat HERBALIFE as our career. So, terpulang lah korang nak buat ape, if you want to join us you're welcome but if not please do something else. At least DO! Kalau tak 10 tahun lagi la baru ko kahwin, true story it happen to one of my friends.

Kalau dah tahu kewangan tak cukup sangat, cukup la majlis akad nikah jemput sedara-mara datang kos tak lebih RM3K pon, macam majlis aku. Simple dan berkat. ni nak Grand-grand sampai nak RM20K tp kerje hampeh.-_-".


RELAX LA MASIH MUDA
Memang aku ada jumpa yang macam ni, couple dah lama, lebih 6 tahun. dah biasa datang rumah parents masing-masing siap tido-tido lagi dah macam mak sendiri, bilik asing-asing konon tapi sebumbung so "tak pe".

Belah perempuan tak kesah hantaran berape-berape pon. Tapi family pihak lelaki pulak yang over kalau tak grand tanak, malu katanya. Aduihai.. Sakit betol masyarakat macam ni.

Than sampai la ni la tak kahwin, selesa lagi pon belum kahwin dah santai je boleh kesana kemari then tdo uma parents sana parents sini si lelaki tu pon tak rase terdesak sangat nak kahwin. Hurm. 

Bila di tanya bila nak kahwin, boleh lelaki tu jawab "relax muda lagi". Seriously kene ubah sikap tu.

Ini bukan soal muda ini soal dosa pahala, syurga neraka. Tak kira usia tau. 

Kalau dah baligh tanggung sendiri semua ni tau. Peace :) 


PESANAN 

berpesan-pesan kepada kebaikkan.


JALAN KELUAR

Semua masalah di atas ada jalan keluarnya. Nak ke taknak je. Kalau anda selesa dengan "trend" remaja sekarang nak TUNGGU TUNGGU TUNGGU je semua stabil baru nak kahwin banyak-banyakkan la berdoa moga Allah buka hati dan fikiran tu. 

Berani nak ngorat anak dara orang, berani la pikul tanggungjawab.

Kalau dalam Herbalife nak move next level kene seat dengan upline untuk plan target nak achieve macam mana, samela dengan bab kahwin ni, kalau tak tahu boleh la tanya orang yang dah kahwin ni macam mana nak sampai ke destinasinya. Jangan sombong bertanya.

Sekian saja dari saya.

Moga memberi cetusan dan tindakan.

Amin.

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)