Follow Fariha Saibani in INTAGRAM @farihasaibani_coach for latest update.#teamsurikurus

31 December 2011

Kisah Abu Dehdah

Salam.

Pagi tadi dengar ceramah kat ikim.fm bahagian ZUHUD yang dibincangkan oleh Ustaz Zaharuddin memang sangat best dan menyentuh hati.


KISAH ABU DEHDAH.

Satu hari ada seorang anak yatim yang hendak membuat pagar di sekeliling rumahnya untuk dia berteduh. Namun ada sepohon kurma milik jiran sebelah rumahnya yang menghalang dia untuk membuat pagar tersebut. Lalu dia pon bertemu dengan jirannya lalu berkata, "Aku mahu membuat pagar dirumahku namun pohon kurma milikmu menghalang aku untuk membuat pagar, adakah kau boleh kau memberi pohon kurma itu kepada ku?. Lalu jiran tu pon menjawab; "Tak boleh. Jika tidak, bolehkah kau menjualkannya kepada aku, jiran tu pon taknak jugak.

Anak yatim ni pon pergi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dan menceritakan akan permasalahannya. Rasulullah s.a.w pon menyuruh anak yatim itu untuk memberitahu jirannya supaya bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Jiran anak yatim itu pon datang diketika nabi bersama sahabat-sahabat yang lain lalu jiran anak yatim tu berjumpa dengan Nabi dan Nabi pon bertanyakan, sama ada menyerahkan pohon kurma itu kepada anak yatim tu atau menjualkannya pon jiran tu taknak jugak (nabi negotiate pon degil jugak ni. huhu). Lalu Nabi berkata, jika engkau menjualkannya kepada anak yatim ini maka aku jamin engkau akan diberi ganjaran sepohon kurma yang orang boleh berteduh 100tahun berjalan pon masih belum habis lagi teduhan itu (tak terbayang beb, punyalah besaaaaaaaaaaaar amat!).

Lalu seorang sahabat ni si Abu Dehdah terdengarkan apa yang nabi cakap, pelan-pelan dia pergi ke nabi dan tanya, Ya Raulullah betol ke apa yang kau cakap tadi tentang pohon kurma itu? Nabi menjawab, Ya. Abu Dehdah ni terkenal dekat 1 madinah tentang kekayaan dia. Dia ada satu dusun yang dalamnya ada 600 pohon kurma, sungai megalir, telaga dan sebuah rumah yang besar! Waw! Dia pon pergi kat jiran si anak yatim dan bertanya, kau kenal aku? Jiran tu pon jawab sudah tentu, siapa tidak kenal Abu Dehdah, pastu abu dehdah pon offer kalau begitu aku nak beli sepohon kurma milikmu dengan aku gantikan seluruh dusunku.

Lepas tu dia pergi uruskan & kembali kepada Rasullulah s.a.w dengan muka tersenyum. Dia pon bertanya, Ya Rasulullah, sudahkah aku mendapatkan sepohon kurma di syurga? Lalu Rasulullah pon menjawab. Tidak. Binggung si Abu Dehdah & Rasulullah pon menyambung, engkau bukan sahaja mendapatkan sepohon kurma malahan Allah s.w.t memberikan ganjaran yang lebih iaitu sebuah dusun kurma di syurga yang didalamnya ada banyak pohon kurma tak terkira jumlahnya!

MASYA ALLAH, SUBHANALLAH, ALLHUAKABAR! Kebaikkan akan di balas kebaikkan, Ustaz Zaharudin kata adalah lebih baik harta itu berada di tangan orang yang baik kerana dia akan memeberi manfaat kepada ramai orang. Dan menunjukkan orang kaya pon boleh zuhud juga. Betapa harta dunia langsung tak terlekat di dalam hati Abu Dehdah dan dia seolah-olah melihat pohon kurma di syurga di hadapan matanya, betapa yakinnya dia dengan janji Allah!

IMPIAN AKU BILA JADI JUTAWAN
Yes, one of my dream is I want to be a millionaire. Tak salah di sisi Islam.


Income dalam Herbalife is UNLIMITED! Incomes President Team RM100 000 keatas. Ameen ya rabb~~ Moga zuhud walau harta banyak. Ya Allah ease our journey to President Team. Moga harta yang banyak dapat memberi manfaat yang banyak kepada orang sekelilingku. ameen~~

END

No comments:

NOTICE!!!

Sekiranya anda merupakanexisting customer/member Herbalife, sebarang pertanyaan sila ajukan kepada COACH ANDA. Kami tidak berhak menjawab sebarang pertanyaan. Program Herbalife adalah personalize, hasil produk yang baik datang daripada komunikasi yang baik antara anda dan coach anda. Semoga berjaya!! :)